You are on page 1of 19

Tajuk : Bengkel asas membaca: Kaedah Abjad Nama pensyarah: En.sidek bin.

pendahuluan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian kita. Melalui pembacaan, sesorang itu, akan memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Justeru, murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku0buku yang dirujuknya.

Takrif membaca
Membaca boleh diertikan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan 2 proses: Menterjemahkan lambang bertulis( atau bercetak) kepada bunyi bahasa. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Dalam proses membaca, aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca sapat memahami isi,maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

Kaedah abjad
Keadah ini merupakan kaedah tertua sejak kerajaan Greek dan Rom yang digunakan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak Kaedah ini telah diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali sebgai kaedah huruf atau mengeja. Kaedah abjad ialah kaedah yang memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha untuk menghafal dan membentuk suku kata adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar mengeja perkataan, maka kaedah ini juga dinamakan kaedah mengeja.

Menyebut nama huruf abjad a hingga z


Pelbagai strategi dan pendekatan boleh digunakan bertujuan mengenalkan murid-murid dengan abjad dalam fonem Melayu. Kreativiti guru akan mempengaruhi pencapaian murid-murid dalam menyebut abjad tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran aka menjadikan P&P lebih bererti dan murid-murid akan merasa gembira ketika belajar. Kaedah pemeringkatan ini dimulakan dengan mengenal huruf vokal terlebih dahulu, diikuti konsonan

Dalam kaedah ini nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar) mengikut susunan.

Semasa melaksanakan pembelajaran dan pengajaran tajuk di atas, objektif berpusatkan murid-murid digalakkan. Setiap langkah memerlukan penglibatan aktif muridmurid. Guru perlu merancnag aktiviti yang dapat mengesan pencapaian individu kerana asas ini sangat penting sebagai persediaan murid-murid untuk membaca. Kegagalan guru dalam P&P ini akan memberi kesan yang berpanjangan kepada seseoran gmurid. Guru perlu menyedari bahawa pengajaran dalam permainan dan nyanyian telah menjadi kegemaran murid-murid.

Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a,e,I,o dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.

Menyebur suku kata V dan KV


Setelah pelajar telah menghafal semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Suku kata tertutup satu abjad vokal: /a/ untuk a + yam (ayam) /e/ untuk e + mak (emak)\ /i/ untuk I + kan (ikan) /o/ untuk o+ bor (obor)

Seterusnya membunyikan huruf konsonan + vokal. Kepelbagaian kecanggihan alatan audio visual kini boleh dipersembahkan dalam tajuk ini. Contoh

contoh: video

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa


Daripada suku kata itu, dibentuk perkataan, seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan. Bunyi-bunyi yang dihasilkan dalam KV seperti bu, ci, da dinamai suku kata. Suku kata tersebut disambung dengan suku kata yang lain akan memebntuk perkataan .

Frasa adalah unit yang boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih dari suku kata yang berpotensi untuk diperluaskan, frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa tidak mengandungi subjek atau predikat. Frasa sudah boleh difahami walaupun belum menjadi ayat.

Burung Seekor burung Burung merpati Seekor anak burung Seekor anak burung merpati

Membina dan membaca ayat

You might also like