You are on page 1of 4

BUNGA RAYA ( BUNGA KEBANGSAAN NEGARA)

Bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Bunga


raya dipilih sebagai lambang kebangsaan kerana bunga ini
memang telah dikenali oleh seluruh penduduk Malaysia.Bunga
raya mempunyai banyak kegunaan terutama dalam bidang
perubatan. Dipercayai bahawa akar daripada pokok bunga ini
boleh menyembuhkan demam. Penyakit kulit juga boleh
disembuhkan dengan menyapukan jus yang diambil daripada
daun dan akarnya.Pokok bunga raya senang ditanam sama
ada di dalam pasu atau di atas tanah. Bunga ini juga mudah di
temui di negara kita dan juga mempunyai pelbagai warna.
Bunga raya yang mempunyai lima kelopak dan berwarna
merah telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga raya
juga melambangkan kedamaian dan kemakmuran bagi seluruh
rakyat di negara ini.

JALUR GEMILANG (BENDERA


MALAYSIA)
Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang. Jalur Gemilang
mempunyai empat warna iaitu merah, putih, biru, dan kuning.
Bendera ini mempunyai tujuh jalur berwarna putih dan tujuh

jalur berwarna merah. Jalur-jalur ini melambangkan bilangan


negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Di petak yang
berwarna biru ada bulan sabit dan bintang berwarna kuning.
Warna biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna kuning
adalah warna diraja. Bulan sabit pula melambangkan agama
Islam sebagai agama rasmi negara.Jalur Gemilang sentiasa
dikibarkan di bangunan-bangunan kerajaan dan di sekolahsekolah. Kita hendaklah sentiasa menghormati Jalur Gemilang.
Kita perlu berbangga dengan bendera negara kita.Pencipta
Bendera Malaysia ialah Allahyarham Mohamed Bin Hamzah
berasal dari negeri Johor.

BAPA KEMERDEKAAN
Alyamarhum Tunku

Abdul

Rahman

Putra

Al-Haj

ibni

Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6


Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai

"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa


Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

LAMBANG NEGARA MALAYSIA


Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang
pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.Bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri
Melayu

Tidak

Bersekutu

dahulu

(Johor,

Kedah,

Perlis,

Kelantan

dan

Terengganu).Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau
Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka.
Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam
empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih
ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna
Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.Tiga bahagian di sebelah bawah itu
menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengahtengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan
sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam
Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di

sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.Warna kuning pada awan-awan itu ialah
warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

KONSEP 1 MALAYSIA
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilainilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar
baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatanpendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan
yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain
1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu
memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat.

You might also like