You are on page 1of 1

PERATURAN PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

TAHAP 1 DAN 2



1) Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

2) Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah
tamat.

3) Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

4) Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5) Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan
yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.
Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.

6) Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan markah.
Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

7) Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks cerita
hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.

8) Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:

menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;
menggunakan prop, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

9) Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

You might also like