You are on page 1of 5

Sindrom Down

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau
kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali
menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada
struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan
tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognirif lebih rendah
berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal. Kelemahan perkembangan
seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit atau navet. Sejumlah kecil
berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1
setiap 800 atau hingga 1 setiap 1,000 kelahiran.
Banyak ciri-ciri fizikal biasa bagi sindrom Down turut terdapat pada mereka yang mempunyai set kromosom
piwaian. Ia termasuk satu garis bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan
epikanthik pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah kesihatan berkait
dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal
reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Campurtangan zaman kanak-kanak awal, penyaringan bagi masaalah biasa, rawatan perubatan apabila
diperlukan, persekitaran keluarga yang membantu, dan latihan vokational mampu meningkatkan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak dengan sindrom Down. Sungguhpun sesetengah masalah genetik fizikal sindrom
Down tidak dapat diatasi, pendidikan dan jagaan yang betul mampu meningkatkan kualiti kehidupan.
[1]


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal
berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor
muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah
terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek,
tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield,
[2]
lentur melampau pada sendi, kecacatan
jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of
the fifth finger, and a higher number of ulnar loopdermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan sindrom
Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 5070) kepada serdahana (IQ 3550),
[3]
with scores
of children having Mosaic Down syndrome (explained below) typically 1030 points higher.
[4]
Tambahan
lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan
pada mana-mana sistem badan.
Genetik[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Genetic origins of Down syndrome


Karyotype bagi sindrom Down trisomi. Lihat tiga salinan kromosom 21
Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan
pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian
(disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara
individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran,
dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan
seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee
[5]
dan tikus. Baru-baru ini,
penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan
kepada kromosom tikus biasa).
[6]
Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza.
Karyotaip manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan
aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan.
[7]

Trisomi 21[sunting | sunting sumber]
Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat
kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom
21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal dari
pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21
adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada
gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.
[8]

Mosaicism[sunting | sunting sumber]
Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas.
Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel
mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik(46,XX/47,XX,+21).
[9]
Ini boleh
berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal
mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui
(nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal.
Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian
tisu. Ini merupakan punca 12% dari sindrom Down yang dikaji.
[8]

Translokasi Robertsonian[sunting | sunting sumber]
Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan
oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom
lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagaiisokromosom, 45,XX,
t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang
besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali
dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang
dikaji.
[8]
Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan
oleh bapa atau ibu.
Gandaan sebahagian kromosom 21[sunting | sunting sumber]
Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan
tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX,
dup(21q)).
[10]
Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikan
dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat
jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes.
Incidence[sunting | sunting sumber]


Graf menunjukkan peningkatan peluang sindrom Down berbanding usia ibu.
[11]

Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran.
[12]
Pada
2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap
733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun).
[13]
Sekitar 95% dari ini
adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku dikalangan semua ethnik dan semua golongan tahap
ekonomi.
Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia 25,
risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah
1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah
1/30.
[14][15]
Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down
dilahirkan pada wanita bawah usia 35,
[16]
menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia
tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.
Penyaringan Sebelum Kelahiran[sunting | sunting sumber]
Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka.
Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan sindrom Down. Nasihat
genetikserentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau
ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya
ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan sindrom Down, atau di mana ujian
paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masaalah. Penyaringan genetik seringkali
dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.
Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan
peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan
kecederaan fetus atau keguguran. Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang
boleh mengesan samaada fetus mempunyai sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir
tempoh satupertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh duapertiga kehamilan.
Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif,
mencadangkan fetus mempunyai sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan
genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis sindrom Down dilakukan. Prosedure
penyaringan biasa bagi sindrom Down diberikan pada jadual Table 1. Sungguhpun dengan
penyaringan tidak menceroboh terbaik, kadar pengesanan adalah sekitar 90%95% dan kadar positif
palsu adalah 2%5%. Positif palsu boleh disebabkan oleh banyak fetus yang tidak dikesan (amat
jarang dengan ujian ultrasound), tarih kehamilan yang salah, atau variasi normal pada protin.

You might also like