You are on page 1of 2

Diskriminasi gender

https://www.unicef.org/malaysia/msl/support_6111.html

Sejarah berkenaan dengan kelahiran serta tarikh yang didapati daripada bancian yang
telah dilakukan menunjukkan kelahiran bayi lelaki yang tinggi dan juga lebih ramai
bayi lelaki yang hidup sehingga berumur lima tahun di Asia, terutama sekali di India
dan China, yang mencadangkan bahawa terdapat kaedah memilih jantina fetus dan
bayi di dalam dua buah negara yang masyhur di dunia tersebut, walaupun terdapat
inisiatif untuk menghapuskan amalan-amalan tersebut di kedua-dua buah negara.
Lebih daripada 15 juta kanak-kanak yang sepatutnya berada di sekolah rendah tidak
dapat menghadirinya. Untuk setiap 100 orang kanak-kanak lelaki yang tidak
menghadiri sekolah, terdapat 115 orang kanak-kanak perempuan yang berada di
dalam situasi yang sama.
Tidak dapat mengikuti persekolahan secara tidak langsung telah menafikan kanak-
kanak perempuan peluang untuk berkembang kepada potensi mereka sepenuhnya.
Kira-kira seorang kanak-kanak perempuan daripada lima orang di sekolah rendah di
negara-negara membangun tidak dapat menghabiskan pendidikan di peringkat sekolah
rendah.
Di negara-negara membangun secara puratanya terdapat 43 peratus anak-anak gadis
yang berada di dalam lingkungan umur yang bersesuaian untuk menghadiri pengajian
di sekolah menengah. Kajian-kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa
wanita yang mempunyai pendidikan mempunyai kebarangkalian yang kurang untuk
menghadapi masalah ketika melahirkan anak seperti kematian dan mempunyai
kebarangkalian yang tinggi untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Soal-selidik yang dijalankan oleh UNICEF di beberapa buah negara yang terpilih
telah menunjukkan bahawa secara purata, kanak-kanak yang mempunyai ibu yang
tidak berpendidikan adalah dua kali ganda lebih berkemungkinan untuk tidak
mengikuti pendidikan di sekolah rendah berbanding kanak-kanak di mana ibu mereka
pernah mengikuti pengajian di peringkat sekolah rendah.
Lebih daripada 130 juta wanita serta anak-anak gadis yang melalui kehidupan mereka
kini telah melalui salah satu bentuk kecederaan/kerosakan pada alat kelamin (FGM/C)
mereka, yang boleh membawa akibat buruk kepada kesihatan mereka, termasuklah
kegagalan untuk sembuh sepenuhnya, meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV,
masalah-masalah ketika melahirkan anak, penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan
juga gangguan pada saluran air kencing.
Semakin muda anak-anak gadis melakukan perhubungan seks buat pertama kali, lebih
besar kemungkinan perhubungan seksual telah dipaksa terhadap mereka. Menurut
kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 150 juta gadis dan 73 juta lelaki di bawah umur
18 tahun pernah mengalami hubungan seksual yang dipaksa atau sebarang bentuk
keganasan fizikal dan seksual dalam tahun 2002.
Secara global, sebanyak 36 peratus daripada wanita yang berumur di antara 20-24
tahun telah berkahwin sebelum mereka mencecah umur 28 tahun. Kehamilan dan
kelahiran bayi yang tidak cukup bulan selalunya amat merbahaya lebih-lebih lagi
untuk anak-anak gadis.
Adalah dianggarkan seramai 4 juta orang anak-anak gadis yang berumur di dalam
lingkungan 15-19 tahun melahirkan anak setiap tahun. Jika seorang ibu berumur
bawah 18 tahun, peluang untuk bayi tersebut meninggal dunia ketika tahun pertama
hidupnya adalah 60 peratus lebih banyak berbanding dengan bayi yang dilahirkan
oleh ibu yang berumur lebih daripada 19 tahun. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-
ibu yang berumur kurang daripada 18 tahun besar kemungkinan akan mengalami
berat badan yang rendah, kurang nutrisi dan juga perkembangan fizikal dan kognitif
yang lambat.
Setiap minit, seorang wanita akan meninggal dunia disebabkan oleh masalah
kehamilan, di mana ia merupakan tambahan kepada lebih daripada setengah juta
wanita yang telah meninggal dunia di seluruh dunia. 99 peratus kematian ibu-ibu
berlaku di negara-negara yang sedang membangun, di mana lebih daripada 90 peratus
adalah daripada benua Afrika dan Asia. Pada tahun 2000, dua pertiga daripada
kematian ibu-ibu yang mengandung berlaku di 13 buah negara di kalangan negara-
negara yang termiskin di dunia.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan tetapi tidak mempunyai ibu mempunyai
kebarangkalian untuk meninggal dunia sebanyak 3 sehingga 10 kali berbanding
dengan bayi-bayi yang baru dilahirkan di mana ibu mereka masih hidup selepas
melahirkan mereka.
Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti HIV berbanding dengan
lelaki, sebahagiannya disebabkan oleh faktor fisiologi. Tetapi diskriminasi gender
juga memainkan peranan, menafikan hak wanita untuk berunding agar mereka dapat
mengurangkan risiko daripada dijangkiti.
Kadar buta huruf yang tinggi di kalangan wanita telah mencegah mereka daripada
mengetahui tentang risiko-risiko jangkitan HIV dan cara-cara untuk melindungi diri
mereka sendiri.
Wanita-wanita yang sudah berumur pula mungkin terpaksa menghadapi diskriminasi
berganda hanya berasaskan gender dan juga umur mereka. Wanita mempunyai
kecenderungan untuk hidup lebih lama berbanding dengan lelaki, mungkin tidak
mempunyai kawalan terhadap sumber-sumber keluarga dan mungkin akan
menghadapi diskriminasi di dalam warisan harta and juga undang-undang yang
berkaitan dengan harta benda.

You might also like