You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAC 2012






HBEF3103


PRINSIP VISUAL DAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM
SISTEM PENDIDIKAN














NO. MATRIKULASI : 721101085905001
NO. KAD PENGENALAN : 721101085905
NO. TELEFON : 0196599986
E-MEL :



PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA



HBEF3103




1

ISI KANDUNGAN
Bahagian Muka surat
1. Pengenalan 2

2. Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Internet 3

3. Kajian Dan Huraian Reka Bentuk Visual Pada Bahan Bantu Mengajar 4
3.1 Simplisiti 4
3.2 Dominan 4
3.3 Pola 6
3.4 Seimbang 7
3.5 Variasi 7
3.6 Harmoni 8

4. Laman Web Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kemahiran 9
Berfikir

5. Empat Ciri Reka Bentuk Kemahiran Berfikir Yang Terdapat Pada 10
Laman Web Yang Dipilih:
5.1 Ciri 1: Kemahiran Berfikir Kritis 10
5.2 Ciri 2: Kemahiran Berfikir Kreatif 11
5.3 Ciri 3: Proses Penyelesaian Masalah 12
5.4 Ciri 4: Proses Membuat Keputusan 13

6 Rumusan Keseluruhan 14

7. Rujukan 15



HBEF3103




2
1. Pengenalan
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian)
media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau
mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap media atau
sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang
tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.
Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap
pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang
perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum bahan bantu pengajaran
adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang
minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Bahan bantu pengajaran bukanlah
perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih
kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu
guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik
serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai
objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997).Bahan bahan
pengajaran yang dipilih guru juga perlulah menyumbang ke arah kemahiran
berfikir untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan pelajar untuk berfikir.

Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan
A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan
menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding
rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual
membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.Jenkins,
Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal
HBEF3103




3
stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan.Keberkesanan
Bahan BantuMengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh
teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s
145)Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan
dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan
konsep.

2. Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Internet.


Sumber: http://www.epa.gov/safewater/kids/flash/flash_watercycle.html

Bahan bantu pengajaran yang dipilih adalah berkaitan dengan mata pelajaran
Sains Tahun 5 yang bertajuk Perubahan Keadaan Bahan melalui kajian terhadap
kitaran air.










HBEF3103




4
3. Kajian Dan Huraian Reka Bentuk Visual Pada Bahan Bantu Mengajar:

3.1 Simplisiti
Simplisiti dalam prinsip grafik bermaksud sesuatu rekaan haruslah
memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.Cara yang terbaik adalah
mempersembahkan satu perkara pada satu masa.Prinsip kesederhanaan ini dapat
memberi ilusi yang menarik dan mendorong murid untuk menghayati dan
memudahkan guru menyampaikan konsep dengan mudah..Melalui bahan yang
dipilih,simplisitinya adalah jelas Penggunaan perkataannya adalah di antara 15
20 patah perkataan sahaja.Hurufnya mudah dibaca. Contohnya guru ingin
menerangkan perihal awan.Maka apabila di klik pada perkataan awan, pada papan
tanda yang berwarna kuning itu tertera perkataan clouds dan di belakangnya
diperjelaskan lagi dengan gambar awan yang bergerak yang boleh menjadi titik
tumpu pengajaran bagi menarik minat pelajar..Mengikut Gagne dan Briggs(1974)
rangsangan fizikal yang dihasilkan terbahagi kepada 6 kategori iaitu perkataan
yang diucapkan,perkataan bercetak,bunyi selain daripada perkataan yang
diucapkan,gambar pegun,gambar bergerak dan sampel sebenar.Hasil gabungan di
antara perkataan dan gambar bergerak melalui bahan bantu mengajar ini dapat
meningkatkan kefahaman murid disamping penggunaan audio yang turut sama
memberi penerangan yang boleh meninggalkan kesan konkrit dalam minda
pelajar.Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada
pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa
yang dituturkan atau melalui kesan bunyi mahupun melalui muzik latar yang
terdapat pada rakaman tersebut..

3.2 Dominan
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat.Dalam suatu rekaan
visual,objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca
maksudnya.Konsep dominan pertama yang dapat dilihat dalam gambar ini ialah
menggunakan peraturan satu pertiga.Daripada kajian ini,perhatian tertumpu lebih
di sudut sebelah kiri berbanding sudut-sudut yang lain.Penjelasan tentang proses
HBEF3103




5
kitaran air lebih tertumpu di bahagianuse your keys and click the circle hereIni
bermakna.untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan tentang fakta kitaran air,
bahagian sudut sebelah kiri lebih mendominasi berbanding ruangan kanan yang
hanya 14% sahaja penggunaannya.Warna-warna dan bentuk yang digunakan juga
adalah kontras bagi memudahkan sesuatu item dapat dilihat.Pemilihan warna biru
muda sebagai latar belakang dan biru tua ,hijau gelap dan coklat sebagai latar
depan,imej dan teks dapat menimbulkan kesan penegasan.Di samping itu
penggunaan anak panah pada bentuk oval memberi gambaran perjalanan kitaran
air yang berlaku dan lebih mudah untuk difahami pelajar.Visual ini juga
mempunyai gerakan seperti aliran air bawah tanah yang dipam ke
rumah,pembentukan awan dan hujan serta menunjukkan proses penyejatan di
mana cecair bertukar menjadi wap.Gambar gerakan cahaya matahari yang
bersinar dan malap juga dapat memberikan situasi hari panas yang membolehkan
pelajar mengaitkan dengan situasi sebenar.Kekurangan yang terdapat di sini ialah
dari segi saiz.gambar yang kecil. Banyak gambar yang perlu di paparkan
menyebabkan saiz gambar perlu dikecilkan bagi memenuhi ruangan
grafik.Contoh gambar yang bersaiz besar bersifat dominan adalah seperti berikut:

Sumber : http://2.bp.blogspot.com/


Dominan bersaiz
besar,warna bentuk
kontras serta
menggunakan cahaya
yang memancar.
HBEF3103




6


3.3 Pola
Pola dan corak dalam pengurusan grafik adalah berkaitan dengan susunan item-
item dalam suatu rekaan yang boleh menarik minat dan mengekalkan perhatian
serta memandu penonton/pembaca bagi melihat maksud yang terkandung dalam
visual.Pola pada gambar ini tidak jelas.Susunan item-itemnya adalah secara
rawak.Murid tidak dapat melihat item manakah yang perlu diutamakan dahulu
bagi mengetahui proses kitaran air.Gambar yang dipaparkan tidak dapat menarik
mata meninjau lebih jauh apa yang berlaku di bahagian awan,dalam tanah dan
penghasilap wap air secara terperinci.Misalnya istilah kondensasi yang abstrak
yang sukar dibayangkan ,jika hanya diucap secara lisan.Akibatnya,pelajar
terpaksa menghafal dan gagal dalam pengertian yang sebenarnya.Contoh gambar
yang menggambarkan prinsip grafik pola ialah seperti berikut:

Pola mengikut bentuk geometri
Sumber : https://ieonline.microsoft.com






HBEF3103




7


3.4 Seimbang
Dalam rekaan visual,prinsip seimbang perlu diambil kira kerana sesuatu yang
tidak seimbang akan nampak janggal, tidak menarik dan tidak sedap mata
memandang.Item perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain
pada paparan.Elemen grafik pada gambar yang dipilih adalah jenis seimbang
formal.Pembahagian ruang atas gambar yang mewakili ruangan atmosfera adalah
sama besar dengan bahagian yang mewakili darat. Kesesuaian jarak pandangan
mata di antara gambar membolehkan grafik dilihat oleh murid secara keseluruhan
dan berfokus.Penglihatan mata adalah cara yang terbaik untuk menentukan
keseimbangan.Jika diperhatikan dari segi hukum graviti,objek yang berada dekat
dengan penglihatan contohnya gambar pokok adalah lebih besar daripada saiz
hutan yang berada di belakang.Penglihatan melalui kajian perbandingan dalam
visual dapat membantu perkembangan emosi dan imaginasi pelajar.Secara tidak
langsung, murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan
objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara
konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu
terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.


3.5 Variasi
Prinsip variasi juga penting dalam penghasilan rekabentuk visual yang menarik.
Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.
Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat
menjadikan visual seolah-olah hidup.Pada visual tersebut,di dapati banyak bentuk
tiga dimensi dan dua dimensi yang digunakan.Pelbagai tekstur juga dipaparkan
menerusi visual ini. .Contohnya,pada bahagian kerak bumi, batu-batan dan tanah -
tanih mempunyai tekstur yang kasar dan halus.Begitu juga pada bumbung rumah
yang teksturnya lebih kasar berbanding dinding rumah.Warna-warna yang
HBEF3103




8
digunakan juga adalah pelbagai dan menegaskan tentang warna-warna alam
seperti langit berlatarkan warna biru,tumbuh-tumbuhan berwarna hijau dan air
berwarna biru cerah bagi kedalaman yang cetek dan biru gelap bagi menunjukkan
paras yang lebih dalam.Garisan juga digunakan bagi membahagikan gambar
kepada bahagian atmosfera dan darat.Kedudukan imej yang berbeza
menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam kejadian alam .Contohnya
pergerakan awan,air yang menyerap masuk ke dalam tanah selepas hujan dan
watak kartun itu sendiri yang dapat menarik tumpuan murid kerana setiap kali
penerangan diberikan kartun tersebut menjadi sebagai penunjuk arah dan disusuli
dengan penerangan.Warna kontras digunakan sebagai warna penegasan dan
mewujudkan tumpuan.Contohnya warna huruf pada papan tanda itu adalah
berwarna merah dan perhatian murid dapat ditumpukan ke arahnya.

3.6 Harmoni
Ketika ingin menghasilkan rekabentuk visual yang menarik, pereka cipta juga
harus meneliti prinsip harmoni dalam suatu reka bentuk visual.
Harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton atau pembaca kerana
mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen grafik, aliran
persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.Harmoni pada gambar tersebut dapat
dilihat pada warnanya. Contohnya warna biru dan hijau dapat dikaitkan dengan
warna alam semulajadi yang mewujudkan suasana kelembutan dan kedamaian.
Animasi yang digunakan mampu menarik dan menumpukan perhatian murid dan
meningkatkan pemahaman dan membantu murid mengingati mesej yang
disampaikan .Ia juga dapat mengilustrasikan idea yang kompleks dan
meningkatkan konsentrasi murid dalam pengajaranMelalui visual ini,dapat
diperhatikan terdapat kesinambungan di antara penggunaan huruf,warna,arah
aliran persembahan(gerakan imej serta arah anak panah) dan pengajaran yang
tersusun dapat meningkatkan proses pembelajaran murid.



HBEF3103




9
4. Laman Web Yang Dicadangkan Untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir


Sumber : http://www.petaminda.com/index_files/EclipesSample.pdf

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan
pembelajaran,percambahan fikiran,ingatan,pemikiran visualisasi dan penyelesaian
masalah oleh para pendidik.jurutera ,pakar psikologi dan orang ramai secara
umumnya.Menurut Buzan(2003),peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk
dan aplikasi termasuk dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering
kali ia diajar sebagai jaring atau penjaringan,merancang dan pengilustrasian
dalam kejuruteraan.Penggunaan peta minda juga dapat mencetuskan kreativiti di
samping boleh digunakan sebagai memori atau mengeluarkan idea secara
kompleks.





HBEF3103




10
5. Empat Ciri Reka Bentuk Kemahiran Berfikir Yang Terdapat Pada Laman
Web Yang Dipilih

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998),alat berfikir merupakan instrument yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan
berkesan.Penggunaan alat berfikir ini dapat menjadikan idea-idea yang disampai
lebih tersusun,jelas dan mudah difahami Menurut pandangan Islam, berfikir ialah
fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Menurut Edward de Bono (
1976 ) Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.Empat ciri reka
bentuk yang terdapat pada laman web yang dicadangkan bagi meningkatkan
kemahiran berfikir adalah seperti berikut:

5.1 Ciri 1 : Kemahiran kritis
Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan
minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.Berdasarkan peta minda di atas,
terdapat unsur-unsur membanding beza yang di ketengahkan.Pelajar akan nampak
dengan jelas perbezaan di antara kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan
dan diperkukuhkan lagi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni yang dapat
menarik minat pelajar dan memberikan ingatan yang konkrit dalam minda.Pelajar
juga dapat membuat kategori bahawa terdapat dua jenis gerhana yang berlaku
iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari.Ciri-ciri peta minda itu sendiri adalah di
mana idea-idea di masukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat dan
dikembangkan dari sekelilingnya untuk pelajar meneliti dari bahagian yang kecil
dan keseluruhannya.Contohnya perkataan gerhana,dipecahkan lagi isi-isi
pentingnya kepada tajuk gerhana matahari,bagaimana kejadian gerhana penuh
matahari berlaku,akibatnya,keadaan di bumi semasa berlaku gerhana sehinggalah
urutan kejadian gerhana yang lebih tersusun untuk memudahkan pelajar
HBEF3103




11
mengingati sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta
menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri.Pada bahagian urutan
kejadian gerhana bulan separa dan gerhana bulan penuh mempunyai kemahiran
menyusun mengikut urutan.Murid dapat melihat corak atau saiz cahaya yang
berkurang dan bertambah semula apabila gerhana semakin
berakhir.Seterusnya,pelajar juga di beritahu tentang senario di bumi semasa
berlakunya gerhana matahari iaitu untuk membentuk kemahiran meramal.Guru
juga boleh menggunakan teknik bersoal jawab untuk mengusul periksa andaian
sekaligus membuat inferens berdasarkan pemerhatian dan hipotesis.Contoh soalan
yang boleh dikemukakan oleh guru adalah seperti Ramalkan keadaan suhu di
bumi sewaktu kejadian gerhana matahari.Berdasarkan peta minda itu,murid
boleh meramalkan suhunya berdasarkan keadaan gelap dan redup yang berlaku
boleh menurunkan suhu bumi walaupun pada masa itu murid tidak mengalami
keadaan yang sebenarnya.

5.2 Ciri 2 : Kemahiran Berfikir Kreatif
Kemahiran berfikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk
menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa,
pelbagai,dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.Selain
itu,pelajar diajar untuk meneroka dan mencari makna ,pemahaman dan
penyelesaian masalah secara inovatif.Penggunaan peta minda dapat menjana idea
dan menghasilkan idea.Sebagai contoh,murid dapat mendengar penerangan guru
dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci
terpenting.Contohnya dengan mengetahui bagaimana berlakunya kejadian
gerhana, murid boleh mengaitkan konsep sains itu dengan pelajaran sifat-sifat
cahaya iaitu cahaya bergerak lurus dan menyebakan terbentuknya bayang-bayang
apabila cahaya tidak dapat melalui bahan legap.Secara tidak langsung murid dapat
menjana dan menghasilkan idea baru dalam pembelajaran mereka.Pengajaran
akan lebih berkesan jika pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan daripada
peta minda tadi kepada bentuk eksperimen.Contohnya lampu suluh mewakili
matahari,glob mewakili bumi dan bola ping pong mewakili bulan .Penggabungan
HBEF3103




12
idea ini dapat meluaskan lagi konsep sains dalam pembelajaran mereka.Pelajar
juga dapat mencipta analogi melalui kaedah perbandingan antara satu perkara
berdasarkan cirri-ciri persamaan dan perbezaan.Contohnya murid dapat melihat
persamaan pada bahagian mengapa gerhana berlaku dan juga pada fasa-fasa
berlakunya gerhana.Perbezaannya pula dapat dilihat melalui perbezaan waktu
berlaku gerhana dan kedudukan matahari,bumi dan bulan.Ini dapat mengukuhkan
lagi fahaman pelajar dan mengelakkan kekeliruan. Metafora adalah sejenis bahasa
figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna sesuatu perkara dengan
menggunakan kata lain. Dengan erti kata lain kita melihat sesuatu perkara itu
sebagai sesuatu perkara yang lain.Contohnya untuk menghafal apakah objek yang
berada di tengah sewaktu berlakunya gerhana matahari,guru boleh menggunakan
perkataan GAMELAN yang membawa maksud GA mewakili gerhana,ME
mewakili matahari dan LAN mewakili bulan.Jadi murid dapat mengingat dengan
cara apabila berlaku gerhana matahari,bulan berada ditengah-tengah di antara
bumi dan matahari.

5.3 Ciri 3 : Proses Penyelesaian Masalah
Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang
sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.Menyelesaikan sesuatu masalah
boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan
masalah akan menimbulkan keseronokan.Alat berfikir yang sesuai digunakan
untuk penyelesaian masalah ialah peta minda.Murid dapat memetakan mindanya
dengan maklumat yang dipelajari.Fakta-fakta sains yang perlu diingati oleh murid
dalam mata pelajaran sains adalah banyak.Oleh itu,penyelesaian masalah yang
dapat diatasi menerusi peta minda ialah pelajar dapat mengingati lebih banyak
fakta dalam bentuk yang paling ringkas.Menerusi cabang-cabang peta yang
tersedia ,semakin banyak maklumat dapat dicetak ke dalam minda.Masa untuk
mengulangkaji juga dapat disingkatkan kerana ingatan murid semakin
baik.Ulangkaji yang berulang kali dapat menambahkan daya ingatan murid dalam
jangka masa yang pendek.Dalam tajuk mengkaji kejadian gerhana ini terdapat 7
kemahiran yang perlu diingati oleh pelajar.Bagi murid cerdas ,mungkin ini tidak
HBEF3103




13
menimbulkan masalah,tetapi bagaimana pula dengan murid yang mempunyai
daya ingatan yang lemah? Ciri-ciri peta minda yang ringkas,unik dan menarik
dapat membantu pelajar yang lemah ini untuk membentuk gambaran mental yang
lengkap daripada perkara yang didengar,dilihat atau dibaca.Pembelajaran melalui
peta minda dapat melatih murid merancang dan menyusun idea dalam bentuk
kerangka pemikiran untuk diguna pakai dalam bentuk penulisan atau
persembahan lisan.Contohnya,apabila murid diminta oleh guru untuk menjelaskan
kejadian gerhana matahari secara lisan,maka menerusi maklumat penting yang
ada peta minda,,murid dapat menghuraikannya mengikut jaringan yang
dibina.Secara tidak langsung murid juga dapat membina keyakinan diri kerana
terdapat banyak maklumat yang mampu dihuraikan. Bagi seorang guru pula,peta
minda membantu proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan
masa.

5.4 Ciri 4 : Proses Membuat Keputusan
Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking
mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis
dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement".
Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing,
selecting".Mereka juga memberikan menu untuk menggunakan kemahiran ini
berdasarkan akronim J. U. D. G. E.
J untuk J ot down occasion for decision
U untuk Use brainstorming for alternatives
D untuk Decide on best possibilities
G untuk Gauge positive and negative outcomes
E untuk Express selection; DECIDE.
HBEF3103




14
Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu membuat keputusan secara
tersusun dan sistematis ialah peta minda.Menerusi bahan pengajaran yang
dipilih,kemahiran membuat keputusan yang boleh diperolehi ialah murid belajar
bahawa pembelajaran sains itu adalah bermaksud memahami alam semula
jadi.Guru boleh menggunakan teknik soalan dan penyoalan untuk mengumpul
dan menganalisa maklumat dan seterusnya membuat keputusan.Contohnya, guru
bertanya apakah kepentingan pelajar mengkaji tentang gerhana?Di sini guru akan
menggunakan kaedah sumbangsaran dengan mengambil kira semua idea
murid.Guru mengadakan perbincangan dengan murid untuk memilih jawapan
jawapan yang relevan.Setelah pilihan dibuat,guru boleh menyarankan murid
memilih kriteria dan seterusnya membuat keputusan.Antara jawapannya ialah
menghargai keindahan alam serta bersyukur dengan kejadian Allah s.w.t.
6. Rumusan Keseluruhan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) memberi sumbangan yang amat besar
dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar. Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini juga dapat menyelesaikan
berbagai-bagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman. Selain itu, dengan penggunaan Bahan Bantu
mengajar (BBM) yang sesuai ia dapat mencetuskan minat pelajar terhadap apa
yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan ini juga dapat membentuk kemahiran
berfikir dan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran kritis
dan kreatif dan mengukuhkan persepsi pelajar. Sekiranya Bahan Bantu Mengajar
(BBM) digunakan dengan baik, maka keberkesanan penyampaian pengajaran oleh
guru akan bertambah dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang
cukup positif terhadap pencapaian pelajar.Keberkesanan bantu mengajar bukan
sahaja ditentukan oleh kualitinya, tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam
situasi bilik darjah.Seorang guru yang inovatif dan kreatif dapat menjayakan
wawasan negara sekaligus mampu membangunkan negara dan bangsa yang
berjaya.
HBEF3103




15
7. Rujukan
Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua.
Tanjung Malim: Quantum Books.

Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school.
London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.dan strategi.
Kajang: Masa Enterprise.

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Syarikat Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Gagn, R. M., & Briggs, L. J. (1974). The principles of instructional design ( 1st
ed.). New York, NY: Holt

Jenskins, Joseph R.;Neale,Daniel C .; Deno, Stanley L.Journal of Educational
Psychology, Vol 58(5), Oct 1967, 303-307. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran. Penghasilan bahan
pengajaran berkesan.Penerbit UPM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah:
Kaedah
Som Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif(KBKK). Petaling Jaya : Pearson Education
Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan.

2718 patah perkataan
HBEF3103




16

















APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan


HBEF3103




17

You might also like