You are on page 1of 28

1

HALAMAN PENGAKUAN



















Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan:
Nama Pelajar: YEAP CIA MIN
Tarikh :




2

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat
1. Halaman Pengakuan 1
2. Senarai Kandungan 2
3.. Pengenalan 3~4
4. Punca-punca pencemaran alam
sekitar
5~9
5 Kesan-kesan pencemaran alam
sekitar
10~15
6. Langkah-langkah mengatasi
pencemaran alam sekitar
16~20
7. Peta minda pencemaran alam
sekitar
21~23
8. Penutup 24
9. Rujukan 25
10. Lampiran 26~28












3

PENGENALAN
Tajuk kajian yang saya jalankan ialah pencemaran alam sekitar, dalam usaha
mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan
ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dielakkan manusia sering mengabaikan masalahmasalah alam sekitar yang
timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.
Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara
terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.
Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,
sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan
kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti
ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha
pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai
pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke
alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian
kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifatsifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan
hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,
keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan
dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada
pelbagai bentuk pencemaran alam:
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran laut
4. Pencemaran bunyi
5. Pencemaran tanah
4

6. Pencemaran haba
7. Pencemaran sungai dan kolam
Konsep pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu
nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang
menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran
menjadi kabur. Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila
didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di
dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza
memberikan paras bahaya yang berbeza pula. Ini kesan daripada bahan kimia
terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia
di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm (bahagian bahan kimia
per juta pelarutnya). Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur
dengan unit-unit tertentu.

















5

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. Pencemaran udara.
Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar
Utusan Pengguna pada tahun 2001, jumlah keluaran bahan-bahan
pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.
Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini (58.1%),
diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri
(9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka (4.9%).
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan
yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,
binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap,
kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon,
Sulfur Oksida, baubauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan
buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Jumlah kenderaan di
seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan ini
berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh
kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan
ozon.dioksida pada kenderaan.
Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat
daripada stesen janakuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau kilang,
kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar
melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.
Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok
yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di kawasan
perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran
udara.



6

2. Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi
biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai
bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di
mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan
pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:
a) Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah
kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
b) Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh
sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
air.
c) Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini
adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan
hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam
sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras
air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Sesetengah bandar dan
kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala
kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh
membunuh ikan, tumbuhan dan haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak
kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai
dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh pelbagai jenis hidupan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata
telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.
Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan
mengambil jalan mudah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun
7

menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan
pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba
mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung
keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Pembangunan tidak boleh
dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Pembangunan
adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai
merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri,
perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang
hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya
fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara
turut tercemar.


3. Pencemaran tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau
pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau
fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
a) Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa
toksik dan sisa-sisa kilang.
b) Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini.
c) Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi
salah satu punca
pencemaran tanah.
d) Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di
kawasan menarik dan indah. Penebangan pokok-pokok dan industri
pembalakan di kawasan tersebut, bertujuan kononnya untuk menggerakkan
8

industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara. Kesan penebangan
telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran
tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir
kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk
melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk
dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang
ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan
juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan
cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan
kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah
tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan
yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan
buruk terhadap alam sekitar contohnya hakisan tanah, perubahan iklim, kesan
kepada rumah hijau dan banjir.


4. Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pencemaran ini
mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan
selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
a) Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran
ini.
b) Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
9

bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan
sebagainya.
c) Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu,
enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.
d) Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

























10

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

KesanKesan Pencemaran Udara
Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di
dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia
akibatdaripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara
dan bahancemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau
mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida
(CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen
dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen
Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan
cemar gas ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga
menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi
yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluoro carbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.
Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan
kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.
Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan
kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia padamasa kini



11

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap
dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan
global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlakusecara kerap dan juga berlakunya
kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan
kualiti udara.

Kesan-Kesan Pencemaran Air
Kesan Kepada Kualiti Air
Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi
mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas
selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan
disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu
akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk
beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara
mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara
perlahan-lahan.
Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap
kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di
sungai dantasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan
toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan
12

mempengaruhikualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap
kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang
akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada
orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut
Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri
pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya
nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut.
Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak
langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi.
Sebatian organikterlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen
terlarut(BOD).


Kemusnahan Hidupan Akuatik
Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan
menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran
organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran
utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari
darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti
Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang,
Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis
racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies
yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, sama ada disebabkan oleh
kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak,
pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko
yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian
makanan, termasuk manusia.

13

Kesan-Kesan Pencemaran Tanah
Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara
seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang
sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan
sampah-sarap, sisatoksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak
boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di
Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23
orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radio aktif nuklear tersebut.
Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,
penjualan daging terpaksa dihentikankerana kadar pencemaran terlalu tinggi
dan membahayakan kesihatan.

Kerosakan Tanah dan Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa
industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan
tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan
tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah,
perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan
menyebabkan tanah terhakisdan rosak. Selain itu penggunaan racun
serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.
Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah
telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan
lapangan terbang.

Hakisan Tanah
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah
adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.
Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
14

mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan
juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen
yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit
yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada
dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan,
padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas
hanya satu jenis tanaman.


Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi
Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah
menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau.
Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan
menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwanjuga
akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih
senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah
kepada manusia juga.

Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia
secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi
yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan
pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan
kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat
iaitu lebih 85dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga
akan menjadi pekaksecara perlahan-lahan
15

Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu
meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan
pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik
seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal,
gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

























16

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

A. PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak
mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya
teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas,
kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal
yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah
kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh,
sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk
menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis
udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap
kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga
merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat
mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada
kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai
pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan bagi
menggurangkan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden
jenterajentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang
mencemarkan alam sekitar.


B. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja
dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk
rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah
mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara
17

yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar
ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam
sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar
tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini
kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat
sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam
sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat
menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan
terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain
itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan
ceramah.


C. AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran,
langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk
melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia
adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan
undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan
Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha
kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan
Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna
memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.
Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih
18

barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa
permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha
kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan
alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam
tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama
untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan
usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
a) Pameran
b) Kempen-kempen
c) Pertandingan
d) Projek Riadah Alam Sekitar


D. PAMERAN PENCEMARAN ALAM
Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang
berkaitan dengan isu pencemaran.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat
awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu
alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh
dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan menarik seperti
carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita
video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh
ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar
masyarakat untuk melindungi alam sekitar.


E. KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu
yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi
19

alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat
alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini,
peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan
caracara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar
semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang
boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk
berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti
menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan
sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan
sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat menapis debu yang berterbangan
di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan
kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen
cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan
sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada
penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.


F. PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi
alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami
apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat
pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian
kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang
berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran
kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.
Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan
20

dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.


G. PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya
pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan
berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media
massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran
ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini
contoh TV3 dan NTV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya.
Artikel dari sanoslayer


















21

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR




PEMBUANGAN SISA
BAHAN KILANG
PEMBUANGAN SAMPAH
PENGGUNAAN RACUN
SIKAP MANUSIA ACUH
TAK ACUH
ASAP KENDERAAN
BERMOTOR
INDUSTRI
(PENGGUNAAN JENTERA)
KUARI
PROSES PEMBANGUNAN
SISA BAHAN BUANGAN
KILANG
PENEROKAAN
PEMBAKARAN BAHAN
API INDUSTRI
STESEN JANAKUASA
ELEKTRIK
KERJA-KERJA PEMBINAAN
PEMBAKARAN SAMPAH-
SARAP
PUNCA
PENCEMARAN
UDARA
PUNCA
PENCEMARAN
AIR
PUNCA
PENCEMARAN
TANAH
PUNCA
PENCEMARAN
BUNYI
22

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR










TANAH RACUN
KEROSAKAN TANAH &
KUALITINYA
PENGANGGUAN
PERSEKITARAN
MASALAH
PENDENGARAN
MANUSIA
MENGURANGKAN
KANDUNGAN OKSIGEN
TERLARUT
KEMUSNAHAN
KEHIDUPAN AKUATIK
PENYUSUTAN LAPISAN
OZON
RUMAH HIJAU &
PEMANASAN GLOBAL
KESAN
PENCEMARAN
UDARA
KESAN
PENCEMARAN
AIR
KESAN
PENCEMARAN
TANAH
KESAN
PENCEMARAN
BUNYI
23

LANGKAH-LANGKAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR













-PENGUNAAN
TEKNOLOGI MODEN
-PENDIDIKAN ALAM
SEKITAR MELALUI
KURIKULUM
-KEMPEN
-PERTANDINGAN
- AKTIVITI DAN
CADANGAN UNTUK
MELINDUNGI ALAM
SEKITAR
-PAMERAN
PENCEMRAN ALAM

-PENDEDAHAN
MADIA MASSA
24

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk
terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,
penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang
serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia
dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia
memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka
tiadalah sumber makanan untuk manusia.
Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi
semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus
secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara
perlahan-lahan.
Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta
memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan
kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh
lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.
Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan
pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada
masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa
keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil
tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh
diselamatkan lagi.
Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan
berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan
pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan
hidupmasa hadapan.



25

RUJUKAN
Buku
1. Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM
2. Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of
America : Oxford University Press
3. David D. Kemp.1990. Global Environmental Issue: A Climatological
Approach.London : Routledge
4. Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From
Marine Pollution. United States Of America:Island Press
5. ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And
Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah
6. EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD
Sabah.
7. Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United
StatesOf America : McGraw-Hill, Inc
8. Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM
9. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan
Bunyi.Kuala Lumpur :Penerbit Mikamas
10. Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex
Sdn. Bhd.
11. Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
12. William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science:
A Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

Internet
1. http://www.greenpages.com.my
2.http://www.keepandshare.com/doc/2005692/pencemaran-alam-sekitar-pdf-j
une-24-2010-1-22-pm-578k?da=y

26

LAMPIRAN

Rajah 1.1 - Pencemaran udara hasil dari pembangunan industri



Rajah 1.2 - Pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon



Rajah 1.3 - Pembuangan sampah di sungai
27


Rajah 1.4 - Pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan
pembangunan industry



Rajah 1.5 - Asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai



Rajah 1.6 - Pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah


28


Rajah 1.7 - Pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi
merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan



Rajah 1.8 - Hasil kayu balak yang ditebang.



Rajah 1.9 - Kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

You might also like