You are on page 1of 16

NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN

910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


1
1.0 PENGENALAN
Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya.
Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Bangsa
Melayu juga mempraktikkan pelbagai budaya mengikut negeri masing-masing.
Budaya yang berasal daripada gabungan perkataan Sanskrit dan juga Melayu
iaitu budhi dan daya membawa erti tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang
menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan (2011), budaya bermaksud tamadun atau
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Edward
B. Taylor (1871), berpendapat bahawa budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang
kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan,
seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh
oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Thomas J. Sullivan (1993) pula,
budaya merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang. Justeru, budaya dapat
disimpulkan sebagai cara pemikiran yang maju dan menghasilkan sistem perlakuan
yang pelbagai seperti kepercayaan, peraturan, adat istiadat dan sebagainya.
Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah
laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan. Politik manusia awal
berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat, dan suku kaum dan
berkembang menjadi kerajaan. Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja merupakan
sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan
beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta
Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal
turun- temurun hingga kini. Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek
demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau
pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu
kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


2
peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang
dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep
pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam
menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan.
Ekonomi pula merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian
sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian
tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi berasaskan
Hasil Perdagangan Antarabangsa Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih
besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang
berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah
Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China.
Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada
halaman 9 dan 16 yang berbunyi kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam
bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu zaman
Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian dalam ekonomi Melayu bermula pada
abad ke-15. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di
kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan,
pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang
membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil
pertanian. Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang
mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.
Kebudayaan Melayu dari sudut sosial pula dapat dilihat dalam pelbagai kategori.
Antaranya ialah nilai murni. Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai murni yang
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


3
dibawa Islam khususnya seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan
dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah
bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan
panduan pembentukan imej masyarakat yang membudayakan nilai murni. Selain itu
juga, sudut sosial juga memperlihatkan permainan tradisional sebagai satu budaya
dalam masyarakat Melayu. Tujuan utama permainan ini diwujudkan sebagai satu
hiburan untuk masyarakat Melayu pada waktu lapang. Apabila hal budaya
diperkatakan, maka tidak lengkap jika tidak dihuraikan sedikit tentang undang-undang
atau adat dan kepercayaan. Menurut A. Aziz Deraman dalam bukunya Tamadun
Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia (2000), beliau memperkatakan tentang
warisan masyarakat Melayu. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu
negara. Sesiapa yang melanggar peraturan tersebut mungkin akan dihukum atau
didenda. Masyarakat Melayu kaya dengan dialek mengikut negeri masing-masing.
Dialek atau nama lainnya loghat, ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi
ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.
Kerja kursus kali ini akan menganalisis bahan sastera atau bukan bahan sastera
dan perkaitannya dengan amalan budaya masyarakat Melayu di Malaysia khususnya.
Hasil analisis akan dinilai dari sudut pandangan tasawur (world-view) dan kosmologi
masyarakat Melayu yang memperlihatkan keadaan latar belakang penulis bahan yang
dipilih dengan keadaan masa kini.






NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


4
2.0 ANALISIS BAHAN SASTERA
Bahan sastera yang telah dipilih ialah puisi sajak. Tajuk sajak yang dipilih ialah
Anak Global karya Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh atau lebih dikenali
dengan gelaran Pak Sako. Sajak ini berkisar mengenai suatu situasi di dalam gerabak
kereta api. Terdapat seorang anak Malaysia yang sedang duduk di hadapan penyajak.
Penyajak mencari unsur-unsur jati diri bangsa Malaysia pada diri anak muda tersebut.
Namun, penyajak hanya menemui cebisan dari budaya lain dan peralatan berteknologi
canggih dan terkini. Penyajak berasa kecewa kerana ibu bapanya pernah
memperjuangkan jati diri dan kebanggaan budaya bangsa tetapi anak muda tersebut
langsung tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai rakyat Malaysia.
Sajak merupakan karangan berangkap yang bebas bentuknya. Sajak juga
merupakan sejenis pengungkapan dengan perasaan yang terdapat di dalamnya
mengandungi fikiran dan tanggapan. Pembaca mempunyai kebebasan sepenuhnya
untuk mentafsir sajak itu mengikut kefahamannya sendiri tetapi mestilah ada logik
sasteranya. Hal ini bersesuaian dengan sifat bahasa sajak itu sendiri yang bersifat
konotatif dan ambiguiti.
Dalam sajak Anak Global, tema yang ingin ditekankan oleh penyajak iaitu
Muhammad Haji Salleh ialah golongan remaja yang terpengaruh dengan gaya hidup
Barat dan pakaian yang berjenama semata-mata untuk menjaga status masyarakat
moden. Malah, tema ini ada kaitan dengan masalah pembinaan jati diri bangsa yang
masih menjadi tanggungjawab negara.





NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


5
Rangkap satu:
gerabak mulai pasang manusia.
di depanku kerusiku
seorang anak muda
zaman mewah

Penyajak memulakan sajak beliau menggunakan situasi di dalam kereta api.
Penyajak dapat melihat gerabak kereta api yang dinaiki mula dipenuhi dengan
penumpang. Tempat duduk yang bertentangan dengan penyajak diduduki oleh seorang
pemuda bergaya yang melambangkan pemuda pada zaman kemewahan sekarang.
Pemuda zaman kemewahan yang dinyatakan di dalam sajak ini bermaksud pemuda
pada tahun 90-an yang mula menerima pengaruh kuat dari luar khususnya pengaruh
Barat.
Rangkap dua:
dari jarak jauh dia anak biasa
pakaiannya mengingat masa
ekonomi belum tersembam
di depan rakyat yang tersentak jatuh.

Penyajak bermonolog terhadap pandangan luaran pemuda tersebut, jika
dipandang dari jauh, pemuda itu hanyalah bersikap biasa. Ini kerana pakaian yang
dikenakan pemuda tersebut mengingatkan penyajak sewaktu zaman sebelum negara
mengalami krisis ekonomi sehingga menyebabkan rakyat turut mengalami masalah
kewangan.


NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


6
Rangkap tiga:
dari dekat dia dibintangi
nama dan warna dunia.
beg sandang kelabu memanjat High Sierra
cermin mata hitamnya dari kompeni Oakley
baju-t bangganya mengiklan
tempat asalnya, Hard Rock Cafe, New York,
jean Levis bernombor siri
ada lencana Planet Hollywood
sandal dari Adidas
jam menyembul G-Shock
dan telefon bimbitnya Nokia.

Penyajak bermonolog lagi tetapi dari pandangan yang lebih dekat. Jika dilihat
pada jarak dekat pula, pemuda itu diselubungi dengan pakaian, peralatan dan barangan
yang berjenama. Beg sandang yang dibawa pemuda tersebut yang berwarna kelabu
dibeli di High Serra, manakala cermin mata hitamnya dari keluaran salah sebuah
syarikat di Oakley. Di bahagian depan baju-T pemuda itu terdapat iklan Hard Rock
Caf, New York. Seluar jeannya berjenama Levis yang disertakan nombor siri sebagai
menunjukkan bahawa seluar tersebut sememangnya original. Dia mengenakan lencana
Hollywood dan sandalnya daripada jenama Adidas. Jam tangan yang dipakai pula
daripada jenama G-Shock dan telefon bimbitnya pula daripada jenama Nokia.




NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


7
Rangkap empat:
aku menanya dalam diri
celana dalam pasti dari luar negeri
dan ubat jerawat dibeli mengikut
arahan iklan mana?

Penyajak membuat kesimpulan bahawa seluar dalam yang dikenakan pemuda
itu juga pasti jenama yang diimport dari negara luar, manakala ubat jerawatnya dibeli
mengikut arahan yang ditayangkan dalam iklan.

Rangkap lima:
kucari diri Malaysianya
tapi yang kutemui
kulitnya sehitam tanganku,
hidungnya agak penyek
dan ada bau petai yang memanjat
ke udara kereta api.
namun bahasanya aku tidak mengerti,
dua patah Melayu ditimbun sepuluh
Inggeris, dipinjam dari majalah anak muda.
aku tunduk
mencari Malaysianya,
yang mungkin terjatuh
ke bawah kerusinya.
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


8
Penyajak meneliti dan mencari identiti diri pada pemuda itu. Dia hanya dapat
mengenalpasti sifat fizikal yang ada pada pemuda itu iaitu kulit tangannya sama hitam
dengan tangannya, hidungnya penyek dan dia dapat menghidu bau petai. Namun
penyajak tidak pasti bahasa pertuturannya. Penyajak hanya dapat mengesan
penggunaan bahasa Melayu oleh pemuda itu melalui penggunaan dua patah kata
bahasa Melayu dan dicampuradukkan atau dirojakkan dengan sepuluh patah kata
bahasa Inggeris. Bahasa yang dituturkannya pula mengikut bahasa majalah remaja
yang banyak menggunakan perkataan baharu mengikut peredaran zaman. Penyajak
menunduk mencari jati diri Malaysia di dalam pemuda tersebut yang mungkin sudah
ditenggalami dengan budaya baru.

Rangkap enam:
tapi yang ada hanya abuk sepatu
dan kotoran yang mengelak penyapu.

Penyajak turut memerhati untuk mencari identiti Malaysia pada pemuda itu yang
mungkin telah diketepikannya. Penyajak menemui banyak habuk pada kasutnya dan
kotoran yang dapat mengelak daripada penyapu.







NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


9
Rangkap tujuh:
sewaktu dia turun di stesen
aku mengeluh
dan murung,
segalanya yang diperjuangkan
oleh ayahnya
diterjemah jadi barangan
konsumer unggul dunia.

Sewaktu pemuda itu keluar daripada gerabak kereta api, penyajak mengeluh dan
sedih kerana perjuangan untuk membina jati diri bangsa oleh bapanya dahulu hanyalah
sia-sia. Ada beberapa pendapat mengatakan ayah yang digunakan oleh penyajak
merujuk kepada Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj. Pendapat lain pula mengatakan bapa penyajak itu sendiri. Apa yang berlaku,
mereka cepat terpengaruh dengan budaya dunia yang semakin merebak. Penyajak
menganggap pemuda yang segerabak dengannya menjadi ukuran tahap pengaruh luar
yang telah diserapkan pada diri pemuda-pemuda waktu itu.

Setiap pengarang memiliki dinamika kepengarangan yang akan mendorong
pengarang berusaha untuk memajukan diri dengan menghasilkan karya-karya yang
bermutu tinggi. Pengarang mempunyai hasrat untuk mencipta kelainan, perkara baru
yang berbeza dengan pengarang lain mahupun karya-karyanya yang terdahulu. Hal ini
dapat dilihat dari karya Muhammad Haji Salleh iaitu Anak Global. Muhammad Haji
Salleh mencipta kelainan dalam karyanya dengan mengemukakan isu golongan remaja
yang terpengaruh dengan gaya hidup Barat dan sanggup menggadai jati diri bangsa
semata-mata ingin menjaga status mereka di mata masyarakat.
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


10
Dalam sajak Anak Global ini juga, pengarangnya telah berjaya mencipta
pembaharuan dan kreativitinya yang tersendiri kerana menimbulkan persoalan
mengenai sikap remaja kita pada masa kini yang tidak lagi berbangga dengan budaya
kita sendiri. Pengarang dengan lantang menegur sikap remaja yang mementingkan
barangan yang berjenama dan meminggirkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa
rasmi negara. Pengarang juga berasa kesal kerana golongan muda sekarang tidak
menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang demi mempertahankan
maruah bangsa dan negara.

Sajak ini menggunakan ayat yang mudah difahami dan setiap baris sajak yang
ditulis dapat digambarkan oleh khalayak kerana ia berdasarkan situasi yang benar-
benar berlaku kepada anak muda pada masa kini. Berpakaian ala-ala Barat,
menggunakan teknologi terkini serta penggunaan bahasa Inggeris dalam pertuturan
merupakan identiti remaja zaman moden yang digambarkan pengarang dalam sajak.

Pengarang ingin menghasilkan karya yang berkaitan dengan remaja yang
mengagungkan budaya Barat, maka pengalaman-pengalaman yang berkaitan dengan
remaja masa kini sahaja yang akan dipilih atau dirujuk oleh pengarang untuk
membentuk ideanya. Pengarang memaparkan pengalamannya sendiri berhadapan
dengan remaja yang sudah kehilangan jati diri sebagai orang Melayu dalam
menghasilkan sajak Anak Global. Pengalaman yang ada di pemikiran pengarang dipilih
seterusnya diolah menjadi sebuah sajak yang mudah dihayati oleh khalayak.

Sajak Anak Global merupakan contoh pelanggaran yang dilakukan oleh
pengarang kerana pengarang telah menambah elemen baharu dengan mengemukakan
isu remaja masa kini yang tidak lagi berpegang kepada adat bangsa Melayu.
Pengarang juga telah menambah nilai-nilai positif yang baik kepada golongan muda ini
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


11
supaya tidak tersasar dari norma kehidupan bangsa Melayu yang sebenar. Nilai seperti
bertatatertib apabila berada di negara orang, mempunyai maruah demi menjaga nama
baik negara, bertanggungjawab dalam menjaga bahasa rasmi negara, serta bersikap
mesra apabila berhadapan dengan orang yang lebih dewasa. Selain itu, nilai yang
ditambah oleh pengarang dalam sajak tersebut yang diharap dapat dihayati oleh
golongan remaja ialah kenali diri sendiri sebelum memahami gaya hidup masyarakat
lain dan rasa bangga dengan barangan buatan negara sendiri.

Dalam sajak Anak Global yang dihasilkan, pengarang berasa kesal dan tidak
berpuas hati terhadap remaja masa kini yang tidak menghargai perjuangan ibu bapanya
yang berjuang membela bangsa. Keadaan ini mendesak dirinya agar melakukan
perubahan dan pembaharuan dalam karyanya supaya golongan remaja tersebut sedar
akan sikap mereka seterusnya berubah ke arah kebaikan. Maka terhasillah sajak Anak
Global yang menggunakan bahasa yang mudah difahami serta menimbulkan
persoalan-persoalan yang harus direnungi oleh khalayak yang sudah semakin lupa
dengan asal usul mereka.

Pengarang Anak Global juga menunjukkan prinsip individualiti atau
keperibadiannya dengan dengan menggunakan pengalamannya sendiri semasa
berhadapan dengan remaja yang sudah kehilangan identiti sebagai bangsa Melayu di
dalam gerabak kereta api. Pengarang juga menggunakan perkataan aku untuk
membahasakan dirinya dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa apa yang ditulisnya
adalah berdasarkan apa yang dilihat di hadapannya. Dari pemerhatiannya terhadap
remaja itu dari segi pemakaian, penggunaan teknologi terkini dan pertuturannya,
pengarang dapat menyimpulkan bahawa remaja itu telah kehilangan jati dirinya sebagai
bangsa Melayu.

NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


12
Penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Anak Global ialah alusi,
penggunaan perkataan Bahasa Inggeris, inversi, dan pemilihan kata atau diksi. Alusi
ialah ayat yang menggunakan beberapa kata nama khas untuk menunjukkan nama
barang, pakaian dan nama tempat. Contohnya dalam sajak Anak Global, pengarang
telah menggunakan nama jenama beg High Sierra, cermin mata dari keluaran syarikat
Oakley, baju-t berjenama Hard Rock Caf, New York, dan lain-lain barangan lagi.
Penggunaan Bahasa Inggeris pula digunakan pengarang untuk menonjolkan identiti
remaja zaman moden yang mementingkan jenama dan status mereka dalam
masyarakat seperti perkataan G-Shock, Hard Rock Caf, New York, High Sierra dan
lain-lain lagi. Selain itu pengarang turut menggunakan gaya bahasa diksi atau pemilihan
kata yang bermaksud pengarang menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh
khalayak, serta karya yang ditulis berasal dari pengalaman penyajak itu sendiri.
Pengarang menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya khalayak dapat
membaca mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh pengarang.













NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


13
3.0 PENILAIAN DAN PEMAHAMAN MENURUT TASAWUR DAN KOSMOLOGI
Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.
Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran
warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam
semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.
Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi Islam,
namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya
sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut mengambil tempat dicelah-celah
pentafsiran kosmologi Melayu Islam.
Dewasa ini kebudayaan barat sudah mendominasi segala aspek. Peradaban
barat kini telah menguasai dunia. Banyak perubahan-perubahan peradaban yang dilihat
pada remaja atau belia kini. Kebudayaan barat merupakan petaka buruk bagi
masyarakat dan peradaban Timur. Masyarakat timur yang menonjolkan peradaban
mulia, sedikit demi sedikit mulai mengikuti kebudayaan barat.
Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian
manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media massa
ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah
surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat
memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya
hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini
telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja.
Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak
dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri
televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan
rakyat negara ini terutama remaja dan belia



NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


14
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam
masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari
segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap
masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh
pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihakpihak yang
berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur
dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual,
penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang
kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang
dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada
kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan
keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu. Antara
cara yang paling hampir untuk dilaksanakan ialah penapisan filem Barat. Lembaga
Penapisan Filem (LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur
negatif untuk mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan
budaya yang ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang,
dadah dan arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur
sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau
bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran dan
pendidikan harus digalakkan.
Terdapat banyak huraian tentang tamadun disebabkan para sarjana
mendefinisikannya dari pelbagai perspektif. Sama ada tamdaun dilihat sebagai
pencapaian tertinggi yang diperolehi oleh sesebuah measyarakat dalam pelbagai
bidang kehidupan atau kemajuan dalam konteks pembangunan material atau
kecanggihan teknologi, ia wajar dilihat dalam prospek yang lebih luas di mana terdapat
aspek-aspek lain juga tidak kurang pentingnya bagi sesebuah tamadun seperti nlai
keagamaan, kerohanian, keutuhan institusi keluarga, kehalusan budi pekerti dan adab,
dan matlamat pencapaian kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.
NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


15
Yang mewarnai peradaban Barat adalah, dengan diwarnai dan diberikan identiti
tamadun Barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada
kemajuan fizikal. Konsep sekularisme, modenisme, liberalism, humanism, rasionalisme
inilahyang berakar umbi dalam pemikiran barat dan telah mencetuskan kemajuan
dalam sains dan teknologi . pemikiran dan falsafah barat jugalah yang menentukan
identity, hala tuju dan destinasi peradaban Barat. Selain sekularisme, liberalism dan
modenisme diperakui sebgai ubat yang mujarab bagi masyarakat barat yang telah
berhasil mengeluarkan mereka daripada kemunduran dan kegelapan kepada kemajuan
dan kemakmuran. Ketiga-tiga pemikiran ini kemudian mehjadi asas kepada kemunculan
beberapa isme-isme lain seperti humanisme, posititivisme, rasionalisme dan empirisme.
Al-Attas kemudian menyenaraikan ciri-ciri, substansi, dan identity peradaban Barat:
Reliance upon the powers of the human intellect alone to guide man through life;
adherence to the validity of the dualistic vision of reality and truth; affirmation of the
reality of the evanescent-aspect of existence projecting a secular worldview; espousal
of the doctrine of humanism; emulation of the allegedly universal reality of drama and
tragedy in the spiritual, or transcendental, or inner life of man, making drama and
tragedy realand dominant elements in human nature and existence- these substance ,
the spirit, the character and personality of Western culture and civilization.
Penekanan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, kebendaan, pemikiran,
moral dan akhlak adalah merupakan keistimewaan peradaban dan tamadun Islam,
yang menjanjikan kesejahteraan, keharmonian dan kebaiakn bagi seluruh umat Islam
manusia. Sayyid Qutb juga melihat bahawa tamadun yang dihasilkan oleh Barat
sebenarnya bukan sebuah tamadun yang membangun seutuhnya, sebagaiman
sepatutnya, akan tetapi tamadun tersebut sebenranya telah menghancurkan dan
merendahkan manusia. Teori evolusi Charles Darwin, teori psikoanalisis Sigmund
Freud dan teori materialisme Karl Marx adalah contoh contoh yang cukup
membuktikan sejauhmana kesan negatif teori-teori tersebut terhadap ketemadunan
umat manusia.

NURZAWANI BINTI MHD FAKHRUDDIN
910519-02-5996
BAHASA MELAYU / PENDIDIKAN JASMANI / PENDIDIKAN SENI VISUAL


16
4.0 PENUTUP

Sajak Anak Global karya Muhammad Haji Salleh dihasilkan dengan tujuan
memberi kesedaran kepada golongan remaja zaman moden yang sudah kehilangan jati
diri mereka sebagai bangsa Melayu. Dalam mengejar arus kemodenan, kita tidak
seharusnya melupakan asal usul dan pengorbanan ibu bapa kita pada masa dahulu
dalam memperjuangkan maruah bangsa dan negara. Kita seharusnya berbangga
dengan bahasa rasmi negara dan tidak terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa penjajah yang telah menjajah kita beratus-ratus tahun. Kenali diri
kita sendiri terlebih dahulu sebelum mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat lain
supaya orang lain akan lebih menghormati kita.
Muhammad Haji Salleh mengemukakan isu remaja yang bangga dengan gaya
hidup Barat dan ini bertentangan dengan konvensi kepengarangan yang telah berakar
umbi sejak sekian lama dalam diri pengarang. Dalam menghasilkan karya yang
berbeza dengan karya pengarang lain, seseorang pengarang itu mesti berani
melakukan pembaharuan dan bijak mengolah karya berlandaskan bidang keilmuan
yang tinggi.
Identiti tersediri juga perlu ada semasa menghasilkan karya supaya khalayak
dapat membezakan hasil karya pengarang dengan pengarang yang lain. Dengan
membaca satu atau dua baris ayat, khalayak dapat meneka siapa penulisnya kerana
setiap penulis mempunyai identiti yang tersendiri terutamanya dari segi gaya bahasa
yang digunakan. Karya yang dihasilkan berdasarkan pengalaman pengarang itu sendiri
juga akan menghasilkan karya yang lebih realistik dan mudah difahami oleh khalayak.

You might also like