You are on page 1of 3

Pendahuluan

Bimbingan, atau guidance dalam bahasa Inggeris membawa erti memberi


panduan atau nasihat kepada seseorang. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan,
di bawah konsep pendidikan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan
dengan betul kepada pelajar apabila diperlukan.

Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi
masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah
yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama,
iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses bimbingan, pelajar
yang berkenaan akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya
menyelesaikan masalah tertentu.

Manakala, kaunseling pula ialah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Mengikut Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan
proses teratur yang melibatkan perbincangsn yang rapi tentang masalah yang
dihadapioleh seseorang dan usaha mengatasi menerusi bimbingan dan nasihat.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada
perkhidmatan bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses
pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan
peranan sebagai kaunselor,dengan seorang pelajar yang menghadapi masalah peribadi
atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala aspek
seperti orientasi, inventori,penempatan, kaunseling,tunjuk ajar dan nasihat serta
tindakan susulan.


Terdapat beberapa prinsip-prinsip dalam proses bimbingan dan kaunseling.
Antaranya, pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling tanpa mengira kaum, status,sosial , latar belakang dan
agama atau kepercayaannya. Ini memudahkan pelajar dari pelbagai situasi boleh
berjumpa dengan kaunselor tanpa rasa segan atau was-was.

Selain kaunselor dengan pelajar, kaunseling boleh diadakan antara kaunselor
dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat atau dengan ibu bapa. Kaunseling
hanya menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik, teratur dan diuruskan
mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Sesi kaunseling hanya boleh diberi
kepada pelajar yang sudi menerimanya dan tidak boleh memaksa seseorang pelajar
untuk mengikut cadangan yang diberikan oleh kaunselor.

Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di bilik yang disediakan khas dan
maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak
yang bersama membantunya sahaja. Kaunseling dijalankan dalam situasi bersendirian
di antara kaunselor dan pelajar sahaja dan perkara yang dibincangkan harus
dirahsiakan.

Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas sesi kaunseling agar
masalah yang dihadapi oleh seseorang tidk akan timbul semula. Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang berpengalaman
yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah
akademik ataupun masalah peribadi.

Terdapat beberapa objektif dalam Bimbingan dan Kaunseling. Mari kita melihat
objektif tersebut. Antaranya, sesi kaunseling diadakan untuk menolong pelajar
memahami dan membentuk nilai,sikap dan tingkah laku yang sesuai , melayan
keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi secara maksimum.
Seterusnya,mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha
menyelesaikan dengan penuh keyakinan. Seterusnya, memberi tunjuk ajar dan
membantu mereka membentuk konsep kendiri positif . Selain itu memberi nasihat dan
menolong mereka memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri supaya mereka
boleh menyesuaikan diri dalam semua situasi. Seterusnya mengadakan kem motivasi
bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah.

Terdapat beberapa bidang-bidang penting dalam bimbingan dan kaunseling.
Antaranya, Bidang Peribadi termasuk social, Bidang Pendidikan dan Bidang kerjaya.
Dalam bidang peribadi kaunseling diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah
peribadi atau emosi. Masalah peribadi ini berpunca daripada factor dalaman dan luaran.
Factor dalaman ialah tekanan emosi dan perasaan , manakala factor luaran ialah
masalah keluarga, kewangan, kasih saying, pembelajaran atau kejutan budaya dalam
interaksi social. Faktor-faktor seperti ini akhirnya membawa kepada melanggar
peraturan sekolah.

Kaunseling social pula merujuk kepada sejenis masalah peribadi. Pelajar yang
menghadapi masalah ini mempunyai konsep kendiri yang negative dan mempunyai
personality yang introvert iaitu suka bersendirian dan tidak suka bergaul dengan orang
lain. Kejutan budaya juga boleh menjadi salah satu punca masalah tersebut. Oleh itu,
guru sebagai seorang kaunselor, harus membimbing pelajar yang menghadapi masalah
social dengan membantunya membentuk konsep kendiri positif serta keyakinan dalam
diri mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, pelajar yang kurang cerdas dan kurang minat
belajar. Pelajar dalam golongan ini sering bergantung dan memerlukan tunjuk ajar dan
bimbingan guru. Sekiranya, pengajaran yang disampaikan oleh guru tidak berkesan,
pelajar golongan ini menghadapi kesukaran dalam memahami pelajaran tersebut.
Terdapat empat jenis perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling iaitu, Kaunseling
Individu, Kaunseling Kelompok, Inventori dan rekod serta Kongferensi Keluarga.

You might also like