You are on page 1of 2

Mengelola Maklumat Dalam Carta, Jadual Atau Graf

6.8.1 Pengelolaan maklumat ke dalam carta, jadual atau graf adalah satu cara untuk
menggambarkan maklumat supaya lebih cepat dan mudah ditafsirkan
menyenaraikan maklumat secara tersusun

6.8.2 Graf boleh digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua atau lebih set
fakta atau maklumat. Fakta atau maklumat boleh dikelolakan dalam bentuk piktograf,
graf palang, graf garis atau carta pai.
6.8.3 Anda perlu belajar bagaimana membaca carta, jadual atau graf terlebih dahulu
dan kemudian belajar bagaimana membinanya dan melaporkan maklumat. Membaca
dan meembina graf adalah suatu kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir,
mencerakin dan menggunakan maklumat. Maklumat yang boleh digambarkan adalah

CARTA JADUAL GRAF
menu
kalendar
ramalan
cuaca
jadual bas
jadual sekolah
buku telefon
maklumat
sukan
majalah
keputusan
peperiksaan
laporan perniagaan
6.8.4 Masalah akan dapat diselesaikan dengan lebih mudah jika kita
menterjemahkannya ke dalam jadual, carta atau graf
6.9 Kerja Secara Songsang
Ada beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan
dan anda dikehendaki menentukan apa yang berlaku sebelumnya. Dalam masalah-
masalah sedemikian, anda boleh menentukan syarat-syarat akhir itu terlebih dahulu
dan kemudiannya menggunakan strategi kerja secara songsang (work backwards)
6.10 Mengenalpasti Subgoal
Banyak masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan mengenalpasti 'subgoal'
bagi masalah itu. Penyelesaian subgoal berkenaan membawa kita kepada
penyelesaian masalah itu.
6.11 Menggunakan Gambarajah
Biasanya perkaitan di antara unsur-unsur dalam sesuatu situasi masalah akan
menjadi lebih jelas dengan menggunakan gambarajah

You might also like