You are on page 1of 1

( PENYELESAIAN MASALAH )

1.0 Apa Itu Masalah?


Masalah merupakan kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian tetapi penyelesaian itu tidak begitu nyata atau ketara. Ia
merupakan cabaran kepada murid yang harus memainkan peranan aktif dalam
penyelesaiannya.
2.0 Apa Dia Penyelesaian Masalah?
Proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau
soalan. Murid perlu berfikir, membuat keputusan-keputusan serta menggunakan
strategi-strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
3.0 Jenis-Jenis Masalah
3.1 Routin Problem ( masalah rutin)
Masalah yang hanya melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam
penyelesaiannya. Ia hanya memerlukan murid memahami masalah, memilih operasi
yang sesuai serta mempraktikkanalgoritma-algoritma yang telah dipelajari.
3.2 Non-Routin Problem ( masalah bukan rutin)
Masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi. Kejayaan dalam
penyelesaian masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan murid menggunakan
pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik bersama fakta-fakta dan maklumat
dalam pertimbangan..

You might also like