You are on page 1of 15

MPU2253 – KEMAHIRAN BERFIKIR

TAJUK: PENGURUSAN GRAFIK

TUGASAN BERKUMPULAN (ALAT BERFIKIR)

PENSYARAH: TUAN SITI MASTAZAMAETUN BINTI LONG TUAN


KECHIK

KUMPULAN 5

KETUA KUMPULAN: AHLI KUMPULAN: AHLI KUMPULAN:


Nur Humairah Binti Nur Amni Sofea Binti Nur Ariesha Nadhiera
Ruzlan Bustamam Binti Mohd Rudlan

20041667 20041636 20041657


Diploma Al-Syariah Diploma Al-Syariah Diploma Al-Syariah
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 DEFINISI PENGURUSAN GRAFIK 2

3 KENAPA PENGURUSAN GRAFIK DIPERLUKAN 3

4 JENIS – JENIS PENGURUSAN GRAFIK

5 FAEDAH MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK DI


DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6 CARA PENGHASILAN GRAFIK YANG BERKESAN

7 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGURUSAN


GRAFIK

8 PROSEDUR MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK

9 KEBERKESANAN PENGURUSAN GRAFIK DAN


PENDEKATAN DALAM PENGURUSAN GRAFIK

10 KESIMPULAN

11 RUJUKAN
1.0: PENGENALAN

Pengurusan ialah membawa maksud hal yang mengurus dan mentadbir sesuatu yang
berkaitan tanggungjawab dan selok – belok kerja. Manakala grafik pula bermaksud maklumat
atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan sebagainya untuk
menjelaskan atau menyampaikan idea. Selain itu, grafik adalah lukisan pada susunan
halaman dalam majalah contohnya,buku ,surat khabar dan seumpamanya.

Menurut Listrom pada tahun 1994 grafik ialah ilutrasi dan gambar yang berupaya
bercerita, menarik perhatian dan menggambarkan orang, tempat atau benda. Grafik boleh
ditunjukkan dengan menggunakan Teknik carta, graf dan rajah dengan menyediakan dimensi
maklumat dengan kepalbagaian secara visual dan grafik dapat dapat menunjukkan maklumat
yang jelas dengan cara bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu dan
secara mudah bahawa pengurusan grafik adalah membincangkan cara- cara atau perihal
mengurus sesuatu kerja yang melibatkan teknik memapar ,mencipta,mencetak dan
menghasilkan imej atau lukisan. Alat pengurusan dikenali sebagai peta pengetahuan, peta
konsep peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Dengan pengurusan grafik ini juga dapat
memberi fokus kepada apa yang sedang kita sedang fikirkan serta menggambarkan
pengetahuan, konsep, pemikiran, idea – idea dan juga hubungan antara mereka.

2.0: DEFINISI PENGURUSAN GRAFIK


1 https://wsllcp.wordpress.com/pengurusan-grafik/
Tujuan asal alat pengurusan grafik adalah sebagai bantuan visual dan memudahkan
pelajar berfikir. Hal ini demikian kerana kebanyakkan pada masa kini kebanyakkan
matapelajaran memerlukan pembacaan dan tidak semua idea yang disampaikan oleh penulis
dapat difahami dan diterima oleh pelajar melalui dengan penulisan yang panjang. Oleh itu,
dengan menggunakan pengurusan grafik ini membuat sesuatu maklumat itu akan menjadi
lebih manarik serta mudah untuk memahami kerana terdapat simbol – simbol sebagai
gambaran – gambaran yang boleh dibayangkan dalam fikiran pelajar.

Terdapat lapan jenis pengurusan grafik antaranya adalah: Pengurusan grafik


membanding dan membeza , Pengrusan grafik membut kategori , Pengurusan grafik meneliti
bahagian -bahagian kecil dan keseluruhan , Pengurusan menerangkan sebab , Pengurusan
grafik membuat ramalan , Pengurusan grafik membuat periksa andaian , Pengrusan grafik
menyelasaikan masalah.

Pengurusan grafik ini salah satu yang merupakan alat yang dapat membantu dalam
mentadbir maklumat yang kita terima dan dapat diolah ke dalam bentuk visual yang menarik
dan merupakan satu bentuk ilutrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang ,
mengurus ,meneliti ,menganalisis ataupun untuk menghasilkan sesuatu idea dengan
pemikiran dan lebih sistematik jelas dan berkesan dan konsep grafik merupakan sebuah
lukisan , percetakan ,gambar ,atau huruf dengan menggunakan teknik computer dengan
teknik ini dapat menampakkan dan menvisualkan sesuatu imaginasi sesorang itu pada skrin
komputer.

Alat pengurusan juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep ,peta cerita dan
alat pengurusan kognitif .Dengan pengurusan grafik ini juga dapat memberi fokus kepada apa
yang sedang kita sedang fikirkan serta menggambarkan pengetahuan ,konsep,pemikiran,idea
– idea dan juga hubungan antara mereka

3.0: KENAPA PENGURUSAN GRAFIK DIPERLUKAN

2 http://kemahiranbelajar1999.blogspot.com/2017/10/pengurusan-grafik-pengenalan-pengurusan_2.html?m=1
Pengurusan grafik diperlukan kerana ia amat penting dalam memudahkan kaedah
pembelajaran . Antara sebab – sebab pengurusan grafik diperlukan :

1- Untuk merancang dan menyusun idea agar segala kerja lebih teratur dan jelas .

2- Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.

3- Untuk mudah menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk
yang tersurat.

4- Untuk menjadikan proses berfikir yang lebih sistematik dan aktif.

5- Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu – buru , sempit , kabur dan
berkecamuk.

6- Supaya pemikiran pelajar mempunyai hala tuju yang lebih jelas ,idea yang tersusun
dan terancang.

7- Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran sendiri .

8- Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan teratur.

3 http://aisyahazmi1115.blogspot.com/2017/09/v-behaviorurldefaultvmlo.html?m=1
4.0: JENIS – JENIS PENGURUSAN GRAFIK

1) Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza.

- Pengurusan grafik ini amat penting untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi
konsep-konsep yang susah dan juga mengelirukan.

- Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di
antara dua konsep atau tajuk.

2) Pengurusan Grafik Membuat Kategori.

- Dengan berpandukan pengurusan grafik ini dapatlah pelajar akan mudah membuat analisis
dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan
hubung kait antara objek-objek dalam kelas yang sama.

4 https://gohfongblog.wordpress.com/about/
3) Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan.

- Kemahiran ini dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian-bahagian kecil dalam
suatu benda atau organisme atau sistem serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil
itu dengan keseluruhahan.

- Setiap bahagian kecil memberi sumbangan kepada keseluruhan dan bagaimana setiap
bahagian itu berfungsi, maka ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan
dunia di sekeliling kita.

4) Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat.

- Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri
untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.

- Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua
mata pelajaran.

5 https://id.scribd.com/doc/37749661/peranan-grafik-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
5) Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian.

- Memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak. Bertujuanmengelakkan daripada membuat


keputusan yang merugikan.

- Kemahiran ini boleh dilakukandengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.

6) Pengurusan grafik meramal kesan akibat

Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri
untuk membuat ramalan yang sebaiknya, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh.
Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata
pelajaran.
6

7) Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.

6 https://gohfongblog.wordpress.com/about/

7 http://kemahiranbelajar1999.blogspot.com/2017/10/pengurusan-grafik-pengenalan-pengurusan_2.html?m=1
Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber
maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Mendapat penyelidikan yang perlu disahkan
kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara
kritis. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu
sumber maklumat.

8) Pengurusan grafik idea berpusat

Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan
kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untuk membantu pelajar melihat dan
menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang
pelajaran.

FAEDAH MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK DI DALAM


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Dalam proses membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi
kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) di bilik darjah. Banyak faedah apabila
menggunakan kaedah pengurusan grafik ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, jika
para murid diberikan peluang untuk menggunakan kaedah pengurusan grafik akan
memberikan impak yang besar dan lebih berkesan serta dapat membantu pelajar/guru
mencapai objektif. Hal ini kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek
berikut akan dicapai.

Antaranya ialah tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran akan lebih jelas
kepada murid. Justeru, tugas yang sukar akan menjadi lebih senang untuk difahami dan
dilaksanakan oleh pelajar. Menurut John. H. Clarke (1991), kaedah ini membolehkan
guru memastikan pelajar berada pada tahap pemikiran tinggi tanpa mengalihkan
tumpuan mereka terhadap mata pelajaran yang diajar. Seterusnya, David Hyerle (1996)
mendapati bahawa kaedah pengurusan grafik ini dapat digunakan juga sebagai bahan yang
membina idea dan menyusun maklumat penting dengan lebih teratur yang mudah
difahami bagi lisan serta penulisan.

Demikian itu, proses penyusunan grafik ini juga akan mengukuhkan dan membantu
menguatkan proses ingatan pelajar untuk jangka panjang. Menurut Martin (1968)
mendapati bahawa kaedah penyusunan grafik dapat meningkatkan pencapaian dalam
pelajaran dan daya ingatan pelajar. Tambahan itu, kaedah ini juga berupaya untuk
mengembangkan kemahiran dalam diri pelajar. Berdasarkan kajian Diessa (1979) pelajar
mampu melihat dan menganalisis kaedah mereka berfikir melalui lembaran
penyusunan grafik, guru boleh membantu pelajar mengenali proses pembelajaran yang lebih
aktif, menyesuaikan sesuatu tujuan khas kognitif dan kaedah ini dapat memberikan maksud
yang lebih jelas tentang ilmu itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, perkara yang paling berfaedah daripada penggunaan


pengurusan grafik ini dalam pelajaran dan pembelajaran ialah alat berfikir ini menghasilkan
proses yang mana pelajar dapat memindahkan perkara yang dalam fikirannya dan
mindanya kepada lembaran penyusunan grafik, sejurusnya guru dapat mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan pelajar semasa melakukan pelbagai kaedah kemahiran berfikir
kritis kreatif (KBKK).
Seterusnya, pelajar dibimbing dan dipupuk untuk pemikiran analitis, kritis dan
kreatif. Melalui pengurusan grafik juga kandungan pelajaran akan lebih bermakna
kerana dapat memudahkan lagi pelajar fahami isi-isi pelajaran.
CARA PENGHASILAN GRAFIK YANG BERKESAN:

(a) Perancangan
Sebagai pendidik atau fasilitator harus teliti sebelum sesuatu bahan visual
dihasilkan. Ini kerana perancangan yang teliti perlu dirancang bagi mencapai sasaran
objektif. Kebiasaannya, sesuatu idea untuk menghasilkan visual tersebut akan
dimulakan dengan lakaran kasar. Penghasilan ini berdasarkan beberapa prinsip-
prinsip reka bentuk iaitu menggunakan bahan yang sedia ada atau yang perlu
disenaraikan seperti alat tulis. Ianya bagi menentukan objektif visual dan jumlah
penerima maklumat bagi menentukan kesesuaian, mengelakkan pembaziran dan perlu
tahu bentuk visual untuk dipersembahkan.

(b) Prinsip reka bentuk


i. Prinsip mudah iaitu menghadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan
kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Untuk
mendapatkan konsep yang mudah difahami oleh guru dan pelajar lukisan
perlulah jelas dan terang. Garisan luar hendaklah dibuat dengan garisan tebal.
ii. Prinsip penyatuan merujuk kepada perhubungan yang lahir di antara elemen
visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsisebagai satu keseluruhan.
Elemen ini perlulah saling lengkap-melengkapi. Penyatuan dapat diperolehi
dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu,
warna dan sebagainya.
iii. Prinsip penegasan di mana satu elemen atau satu idea yang boleh menjadi
pusat minat dan perhatian ditegaskan. Untuk penghasilan tersebut perlu
gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea.
iv. Prinsip seimbang yang mana kesemua elemen visual haruslah seimbang pada
keseluruhannya dan tidak berat sebelah.

(c) Elemen visual untuk memenuhi prinsip reka bentuk


Elemen visual untuk memenuhi prinsip reka bentuk ialah garisan, bentuk,
ruang dan warna. Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan
elemen visual danuntuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan
urutan yang tertentu. Bentuk pula merujuk pada tiap persembahan visual yang
berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Visual
akan kelihatan menarik dan istimewa apabila ada arahan dari satu elemen kepada satu
elemen yang lain.
Seterusnya, ruang bertujuan untuk menimbulkan rasa selesa atau lapang di
antara elemen-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas
dan terancang. Ruang diperlukan disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk
mengelakkan perasaansesak di kalangan pelajar mahupun pemerhati. Akhir sekali
warna, penggunaan warna adalah untuk memudahkan dan meningkatkan kejelasan
visual dan menimbulkan minat tertentu.

(d) Penggunaan warna


Warna digunakan untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen
tumpuan. Warna digunakan supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami dan
perlu perancangan untuk melahirkan kesan tertentu. Sekiranya warna putih digunakan
sebagai warna latar maka permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas kemudian
diikuti dengan warna-warna yang lain.

(e) Penghurufan
Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf
dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras dengan
warna latar, jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf yang digunakan pula
mestilah cukup besar mengikut tahap supaya dapat dibaca dengan baik contohnya jika
jarak dari visual adalah 20.0 cm maka saiz minima huruf kecil adalah 5.2 cm.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENGURUSAN GRAFIK:

Anatara kelebihan penggunaan grafik ialah memainkan peranan yang penting


terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru. Ia memberi kesan yang efektif
terhadap ucapan gurutersebut dimana guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar
dan kompleks denganlebih mudah dan jelas berdasarkan visual. Misalnya, memperkenalkan
topik baru, menjelaskan, menginterprestasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip,
merumuskan dan mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta
menilai pengajaran dan pembelajaran. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan
mengurangkan tekanan keatas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan
visual.

Di samping itu, penggunaan grafik boleh meningkatkan kebolehpercayaan guru dan


pelajar. Objektif dan hasil pembelajaran akan tercapai apabila guru dan pelajar dapat
menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan grafik tanpa
perasaan prejudis. Bagi kebanyakan pelajar, mereka akan percaya dan memahami dengan
lebih baik tentang sesuatu perkara melalui deria penglihatan berbanding deria pendengaran.
Tetapi, bahan yang digunakan mestilah sesuai mengikut perkembangan teknologi Pendidikan
serta penghasilan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu peka dari aspek kebolehan
pelajar yang pelbagai.

Tambahan itu, gaya pembelajaran visual seperti grafik adalah sesuai bagi pelajar yang
sukar untuk mengingati nama, tetapi mungkin dapat mengingati ciri-ciri rupa seseorang itu
dengan baik berdasarkan gambaran. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-
alat bantu mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Misalnya, mereka
lebih suka membaca buku cerita sendiri berbanding orang lain membacakan untuk
merekakerana gambaran menarik minat mereka ke arah melakukan sendiri. Malah,
kecenderungan untuk menulis nota atau membuat nota tangan sendiri semasa proses
pembelajaran di dalam kelas. Tujuan untuk membantu pelajar mengurus dan menyusun idea
dan maklumat supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Justeru, ianya sebagai alat
mencetus idea dan menyusun maklumat untuk penulisan serta dapat memupuk pemikiran
analitis, kritis dan kreatif.

Seterusnya, proses pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dan guru mudah


mengawal proses pembelajaran. Dengan penggunaan grafik ianya dapat menggalakkan
penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu
dapat ditimbulkan. Misalnya aktiviti pembelajaran sains dimana pelajar dikehendaki untuk
membuat hipotesis, analisis, manipulasi dan sebagainya sehingga menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan dan menggalakkan
penyertaan dan penglibatan pelajar secara maksimum dalam pembelajaran serta pelajar
terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara
maklumat pembelajaran.

Antara keburukkannya pula, maklumat yang disampaikan tentang sesuatu tajuk


adalah tidak menyeluruh kerana hanya isi utama yang ditekankan dalam pengurusan grafik.
Maklumat tambahan yang terdapat dalam topik pembelajaran tetapi tidak dimasukkan dalam
pengurusan grafik akan menyebabkan pelajar terlepas pandang terhadap maklumat tersebut.
Selain itu, tidak berapa sesuai untuk membuat nota pelajaran. Memerlukan penggunaan
banyak pengurusan grafik yang berbeza untuk meringkaskan sesuatu maklumat berdasarkan
artikel atau bahan penulisan lain. Hal ini menyebabkan penggunaan masa yang banyak untuk
menyiapkan satu-satu pengurusan grafik.

Seterusnya, penggunaan pengurusan grafik dalam pembelajaran dalam kelas akan


menarik minat pelajar hanya untuk melihat gambar-gambar atau simbol-simbol yang
digunakan. Pelajar akan lebih tertarik terhadap grafik yang digunakan berbanding maklumat
yang ingin disampaikan dalam alat pengurusan grafik tersebut. Perkara ini akan terjadi
terutamanya penggunaan alat pengurusan grafik kepada pelajar sekolah rendah. Oleh itu,
grafik yang digunakan mestilah bersesuaian dan tidak keterlaluan agar pelajar dapat fokus
terhadap maklumat yang ingin disampaikan. Akhir sekali, menyukarkan pelajar untuk
mengulangkaji kerana pelajar perlu membaca banyak alat pengurusan grafik yang berbeza
untuk hanya satu topik. Keadaan akan menjadi lebih sukar jika maklumat-malumat dalam alat
pengurusan grafik itu tidak tersusun. Oleh itu, peta minda adalah lebih sesuai untuk
mengulangkaji kerana hanya menggunakan satu peta minda sahaja terdapat semua maklumat
tentang keseluruhan topik yang dipelajari.

You might also like