You are on page 1of 3

Kaunseling Individu ialah kaunseling yang diadakan antara kaunselor dan

kliennya secara individu. Di peringkat sekolah, bimbingan secara individu merujuk


kepada proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar dengan seorang
guru bimbingan yang menyediakan peluang untuk sesuatu situasi temu bual dengan
tujuan membantu pelajar yang berkenaan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
dan seterusnya membuat pemilihan daripada alternative yang disarankan dengan
harapan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.

Kaunseling Individu boleh dibahagikan dalam empat jenis iaitu Kaunseling Krisis
yang merujuk kepada kes-kes kritikal seperti bertumbuk dengan tujuan mencedera,
percubaan membunuh orang , masalah mental atau penyalahgunaan
dadah.Seterusnya, Kaunseling Penyediaan Kemudahan yang merujuk kepada kes-kes
penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan
dengan bidang kurikulum akademik atau kokurikulum. Yang ketiganya, Kaunseling
Pencegahan yang merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau
menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoral dan sebagainya. Akhirnya,
Kaunseling Perkembangan ialah aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu
supaya membentuk personality dan konsep kendiri yang positif kea rah mencapai
prestasi diri yang lebih baik.

Kesimpulannya, tujuan kaunseling individu adalah untuk menjalin hubungan baik
di antara kaunseling dengan klien, membantu pelajar membina kemahiran dan
keyakinan untuk menyelesaikan masalah sendiri, membantu pelajar supaya membuat
keputusan secara rasional dan praktikal serta menyelesaikan masalah dengan
berkesan atau mencegah masalah kritikal menimbul atau mengubah tingkah laku
negative kepada positif.

Kaunseling kelompok sesuai digunakan untuk sekumpulan pelajar di sekolahnya
menghadapi masalah yang sama.Bimbingan dan kaunseling kelompok di perinkat
sekolah boleh dirumuskan sebagai proses mencari alternative untuk membantu
sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang
akademik atau bidang social.Teknik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan
proses bimbingan dan kaunseling secara kelompok ialah pemerhatian atau soal selidik
dalam peringkat pembentukan kumpulan dan sesi sumbangsaran. Antara jenis
perkhidmatan kaunseling kelompok ialah merancang dan menjadi penyelaras aktiviti
bimbingan berkumpulan,mengadakan bimbingan berkumpulan, atau bimbingan dan
kaunseling tentang perbincangan sesuatu topic misalnya, masalah disiplin, pelajaran,
social dan topic-topik lain.Seterusnya, membimbing pelajar memilih matapelajaran
elektif untuk PMR,SPM dan STPM.

Tujuan kaunseling kelompok diadakan adalah untuk memperolehi kefahaman diri
dan pandangan orang lain, saling membantu untuk perkembangan, pencegahan dan
pemulihan dalam diri danahli-ahli yang lain. Seterusnya untuk menguasai kemahiran
merancang dan malaksanakan saranan yang dipilih dan untuk meningkatkan kemahiran
sosial dan keyakinan diri.

Perkhidmatan untuk menyedia dan mengurus inventori dalam bimbingan dan
kaunseling adalah penting digunakan untuk membantu pelajar mengenali potensi diri
secara menyeluruh tetapi juga untuk menentukan arah hala masa depan pelajar pada
masa kelak. Untuk itu pihak sekolah akan menyediakan kad Himpunan 001 dan 002.
Tujuan utama diadakan Kad Rekod Persekolahan murid ini ialah untuk mengetahui
kemajuan murid dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum dari setahun ke
setahun, ,memahami sifat-sifat mereka , minat dan kesihatan murid serta latar belakang
keluarganya.

Antara perkhidmatan dalam Kaunseling konferensi keluarga adalah seperti
berikut. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa untuk bersama-sama mengawasi
kemajuan pelajar, menghubungi ibu bapa apabila kemajuan pelajar didapati tidak
memuaskan,menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan mengadakan sesi
kaunseling jika masalahnya berpunca dari keluarga.

Seterusnya kita melihat peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan adalah salah satu tugas pendidikan yang penting kerana setiap kanak-kanak
perlu diberi bimbingan supaya bertingkah laku sesuai dengan kehendak bangsa,agama
dan Negara. Guru biasa memainkann peranan penting dalam membimbing pelajar di
bawah jagaannya. Guru menolong pelajar membuat penyesuaian peribadi,social,emosi
dan akademik dengan persekitaran sekolah,peraturan-peraturan tatatertib dan
sebagainya.Pelajar menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki
situasi pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Pelajar perlu
diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan
pelajaran,kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah.
Guru juga harus memberi kesedaran kepada pelajar di peringkat awal lagi
tentang pelajaran dan menolong mereka menyelesaikan masalah pembelajaran. Guru
juga harus menolong pelajar membuat keputusan yang rasional dan menolong pelajar
membentuk tabiat kerja yang baik, menghargai kerja dan membina sifat-sifat personality
yang sempurna. Seterusnya, guru juga harus bekerjasama dengan ibu bapa pelajar
bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam mengendalikan program
motivasi. Terdapat perbezaan antara guru biasa dan guru kaunseling.

You might also like