You are on page 1of 24

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN PROSES

PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERMAKLUMAT:


SATU ANALISIS SEMULA PERANAN MEDIA
ELEKTRONIK Dl MALAYSIA
Disediakan Oleh:
Mokhtar Muhammad
Abdullah @ Kassim Mohamad
Darusalam Abu Bakar
Jamaludin Abdul Rashid
Haliza Hasan
1998
COPYRIGHT @ UiTM
KumpulanPenyelidik
MOKHTAR MUHAMMAD
KETUA PROJEK
Tandatangan
ABDULLAH@KASSIMMOHAMAD
Ahli
HALIZA HASAN
Ahli
Tandatangan
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaandanribuanterimakasihdiucapkankepadasemuapihak
yangterlibat secaralangsungdantidak langsungbagi membolehkanpenyelidikanini
disiapkandengansempurna
Di antaranya:
Datuk Ir. (Dr.) AhmadZaideeLaidin
(Rektor)
Prof. Dr. SyedNohSyedAhmad
(PenolongRektor 1998)
Dr. AzmuddinIbrahim
(DekanFakulti SebaranAm)
Prof. MadyaDr. NorsaadahHj. Ismail
(KetuaBRC)
Dr. RahmahMohdRashid
(Koordinator Sains Sosial danKemanusiaan, BRC)
dan
Semuastaf danpelajar yangterlibat
COPYRIGHT @ UiTM
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dibuat ialah untuk melihat sama ada terdapat pertalian di antara teknologi
komunikasi dari proses pembentukan masyarakat bermaklumat. Kajian ini meliputi semua
penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada media informasi elektronik
(radio; televisyen, briteks dan internet). Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Penganalisaan kajian mengenai impak media ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang
didapati dari kumpulan responden tersebut. Perbincangan tentang hasil kajian dibuat dengan
terperinci meliputi aspek-aspek seperti (i) Penggunaan Media Elektronik, (ii) Keberkesanan
Siaran Pendidikan di Radio dan Televisyen, (iii) Peranan Teknologi Komunikasi Dalam
Pembentukan Masyarakat Bermaklumat dan (iv) Faktor Demografi Responden
Secara keseluruhan kajian mendapati bahawa majoriti responden memiliki radio'dan/atau
televisyen dan lebih kerap mengikuti rancangan di televisyen berbanding radio. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa majoriti responden tidak menggunakan internet, lebih-lebih lagi briteks.
Dari segi peranan media dalam membentuk masyarakat bermaklumat pula, kajian
menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa televisyen memainkan
peranan terpenting berbanding dengan media lain. Responden juga telah menyatakan tentang
keupayaan maklumat yang diterima melalui media-media dalam mempengaruhi mereka
dalam menerima sesuatu perubahan.
i
COPYRIGHT @ UiTM
Kandungan
Muka Surat
Abstrak
f
1.0 Pengenalan dan Objektif 1 . 1
1.1 Latarbelakang 1. 1
1.2 Media Elektronik dan Masyarakat 1- 1
1.3 Objektif Kajian 1 . 2
1.4 Penemuan dan Faedah yang Dijangka 1- 2
1.5 Skop Kajian 1 . 2
2.0 Tinjauan Susastera 2- 1
2.1 Definisi Komunikasi 2 - 1
2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau 2- 2
Pengiriman
2.1.2 Takrifan Yang Menekan Pengkongsian Makna 2- 3
2.1.3 Takrifan Yang Menekankan Pembujukan 2- 3
2.1.4 Takrifan Yang Menekankan Aspek Tingkahlaku 2- 4
2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan 2 - 4
2.2.1 Media Sebagai Sumber Maklumat 2- 4
2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan 2 - 5
2.2.3 Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran 2 - 6
2.3 Kesan Media Terhadap Tingkahlaku Masyarakat 2 - 6
2.3.1 ImpakIklan Ke Atas Kanak-Kanak 2- 6
2.3.2 Impak Media Ke Atas Remaja 2 - 7
2.4 Kesan Media Terhadap Masyarakat 2- 7
2.4.1 Media Sebagai Agen Sosialisasi 2- 7
2.5 Pembentukan Masyarakat 2- 8
2.5.1 Media Massa, Masyarakat dan Stratifikasi Sosial 2 - 8
2.5.2 Media Dan Penbentukan Minda Masyarakat 2- 10
2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda 2- 11
Masyarakat
2.6.1 Fungsi Memberitahu 2- 11
2.6.2 Fungsi Mendidik 2- 11
2.6.3 Fungsi Membujuk 2- 12
2.6.4 Fungsi Menghibur 2- 12
2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial 2- 13
3.0 Metodologi 3 - 1
3.1 Rasional Pemilihan Kaedah 3 - 1
3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian 3- 1
3.3 Skop Kajian 3 - 2
3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampel 3 - 2
ii
COPYRIGHT @ UiTM
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 3 - 2
3.6 Kaedah Analisis 3- 3
4.0 Analisis Kajian 4 - 1
4.1 Analisis Mengenai Penggunaan Medium Radio Dan TV 4- 1
4.2 Rancangan-Rancangan Radio Dan TV 4- 18
4.3 Analisis Keberkesanan Siaran Pendidikan Di Radio Dan TV 4- 37
4.4 Penggunaan Medium Internet Dan Briteks 4- 41
4.5 Peranan Teknologi Komunikasi Dalam Pembentukan Masyarakat
Bermaklumat 4- 52
4.6 Analisis Peranan Media dalam Membentuk Masyarakat
Bermaklumat 4- 61
4.7 Faktor Demografi Responden 4 - 65
5.0 Kesimpulan dan Cadangan 5 - 1
5.1 Kesimpulan 5- 1
5.2 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 5- 2
Bibliografi

COPYRIGHT @ UiTM
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF
1.1 Latarbelakang
Hari ini, istilah bermaklumat telah digunakan untuk menerangkan celek atau berpengetahuan
dalam soal-soal kehidupan seperti ekonomi, politik, muzik, komputer dan sebagainya. Oleh
itu bermaklumat dalam bidang muzik boleh diertikan sebagai berpengetahuan dalam bidang
muzik, bermaklumat dalam bidang komputer sebagai berpengetahuan dalam bidang komputer
dan seterusnya. Dan memberi pengetahuan dalam melahirkan individu atau kumpulan
bermaklumat adalah salah satu fungsi komunikasi.
1.2 Media Elektronik dan Masyarakat
Dalam era yang dipanggil zaman bermaklumat (information age) ini komunikasi dan
penyebaran maklumat adalah perkara penting. Lebih ramai orang terlibat dalam penciptaan,
pemerosesan dan komunikasi maklumat. Umpamanya, kakitangan bank, guru, pengendali
komputer, pekerja dalam industri komunikasi, individu dalam kumpulan tertentu. Proses
komunikasi dan penyebaran maklumat bertambah canggih dan dunia menjadi semakin kecil.
Proses penyebaran maklumat adalah begitu cekap, cepat dan tepat. Telefaks, videoteks,
telefon bergambar, internet, telegraf, faksimili, satelit penyiaran terus (DBS), radio dan TV
kabel, penerbitan setempat (Desktop Publishing), TV berdefinisi tinggi (HDTV) dan Iain-Iain
adalah contoh teknologi yang membantu dalam proses pewujudan masyarakat bermaklumat.
Masyarakat bermaklumat adalah salah satu pra-syarat bagi pembentukan negara maju
menjelang tahun 2020. J usteru, mengetahui bagaimana teknologi komunikasi membantu
dalam proses ini adalah sesuatu yang penting dan bermanfaat.
1 - 1
COPYRIGHT @ UiTM
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum penyelidikan ini ialah untuk menganalisis peranan media elektronik di dalam
membentuk masyarakat bermaklumat.
Manakala objektif khusus pula dapat dilihat dari beberapa aspek antaranya:
1. Mengkaji pengguna dan penggunaan teknologi komunikasi dalam penyebaran maklumat
di kawasan-kawasan terpilih dalam kajian.
2. Menilai peranan teknologi komunikasi dalam pembentukan masyarakat bermaklumat.
1.4 Penemuan Dan Faedah Yang Dijangka ,
Kajian ini dijangka dapat menghasilkan beberapa penemuan yang boleh memberi gambaran
semula tentang peranan media elektronik di dalam membentuk masyarakat bermaklumat.
1.5 Skop Projek
Skop projek meliput semua penduduk Malaysia yang terdedah kepada salah satu daripada
media elektronik iaitu radio, tv, briteks dan internet.
1 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
2.0 KAJIAN LITRATUR
2.1 Definisi Komunikasi
Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi
antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti perhubungan jalan raya
keretapi dan kapal terbang. Komunikasi antara manusia pula lebih tertumpu kepada
perhubungan antara manusia yang melibatkan penyampaian atau penukaran sesuatu utusan
daripada individu kepada individu yang lain sama ada secara bersemuka atau melalui
perantaraan media massa.
Istilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris, communication. Istilah
Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu communcare yang bermaksud to make
*
common atau mewujudkan persamaan.
Hybels dan Weavers (1991), menyatakan komunikasi adalah apa saja proses di mana
melibatkan seseorang berkongsi maklumat, idea dan perasaan. Proses tersebut bukan
hanya melibatkan percakapan dan tulisan perkataan tetapi juga bahasa badan, gaya dan
tingkahlaku dan meliputi apa saja perkara yang memberi makna kepada mesej.
Diana J anun (1991), memetik pendapat Alexender Code (1959), yang memberi definisi
komunikasi sebagai maklumat yang dijadikan milik bersama.
Berdasarkan kepentingan sumber dalam komunikasi, maka Irving J anis (1953),
mendefinisikan komunikasi sebagai proses ransangan secara lisan untuk memperigaruhi
perlakuan individu lain. Steven (1966) menyatakan pandangannya dari perspektif penerima,
di mana komunikasi adalah tindakbalas individu terhadap ransangan.
4- 1
COPYRIGHT @ UiTM
Stewart dan D'Angelo (1988), pula menyatakan bahawa proses komunikasi atau hubungan
manusia melibatkan perpindahan maklumat, mempunyai suasana (dipengaruhi oleh faktor
sekeliiing, psikologi dan hubungan) dan mempunyai metamesej.
Nayan (1975) menyatakan, komunikasi adalah proses yang berlaku di antara manusia
sejagat yang menggalakkan perpindahan buah fikiran, pengetahuan, sikap dan kemahiran
untuk menghasilkan kerjasama, penyelarasan, perancangan dan pembelajaran yang lebih
baik.
Mohd Yusuf (1975), menyatakan bahawa definisi komunikasi adalah kegiatan bertujuan dan
sengaja, dalam ertikata seseorang individu menyampaikan perutusan kepada individu lain
dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu ransangan darinya. Ini berdasarkan kepada
definisi Cord Hovland (1948), yang menyatakan bahawa komunikasi adalah proses
seseorang individu (penghubung atau sumber) menyampaikan ransangan (selalunya
lambang verbal) untuk mengubah perlakuan individu (orang yang dihubungi atau penerima)
George Lundberg pula menyatakan perhubungan komunikasi sebenarnya ialah interaksi
melalui tanda dan lambang yang boleh mengendurkan ketegangan dan melahirkan
persaudaraan.
Menurut Dance (1970), terdapat 98 takrifan komunikasi yang berbeza. Bagaimanapun
takrifan terbahagi kepada empat kategori seperti yang diterangkan berikutnya.
2.1.1 Takrifan Yang Menekankan Penyebaran Atau Pengiriman
Theodorson dan Theodorson (1969) mengatakan bahawa "Komunikasi adalah pengiriman
maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seorang individu atau kumpulan kepada
individu atau kumpulan yang lain dengan mengunakan simbol-simbol". Takrifan sedemikian
merupakan satu asas komunikasi yang dikatakan berlaku sekiranya terdapat pergerakan
usaha daripada satu pihak. Di sini dengan hanya mengirimkan atau menyampaikan
maklumat fikiran atau emosi kepada orang lain, komunikasi dikatakan telah berlaku.
2 - 2
COPYRIGHT @ UiTM
2.1.2 Takrifan Yang Menekankan Perkongsian Makna
Antara takrifan komunikasi yang boleh digolongkan dalam kategori ini ialah yang
dikemukakan oleh Wilbur Schramn (1971). Menurut Schramn ia dianggap satu perkongsian
orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Rogers (1969), pula mentakrifkan komunikasi
sebagai satu proses apabila kedua-dua pihak yang terlibat membentuk dan berkongsi di
antara satu sama lain dengan bertujuan untuk mencapai persefahaman. Perkongsian yang
ditekankan di sini ialah perkongsian sesuatu isyarat. Sesuatu isyarat atau maklumat mungkin
memberitahu makna yang berlainan kepada individu.
Kita sering mendengar masalah "jurang komunikasi" di antara ibu bapa dan anak. J urang
komunikasi itu sebahagian besarnya disebabkan kedua-dua pihak tidak dapat
bersetujudengan apa yang mereka bicarakan kerana ibu bapa dan anak mempunyai
perspektif mereka yang tersendiri.
Menurut Dervin (1983), kita sering menganggap bahawa sesuatu maklumat itu akan memberi
makna yang sama kepada semua individu. Hakikat yang sebenar ialah, setiap individu
memproses maklumat yang diterima berdasarkan pengalaman masanya dan juga
persekitarannya. Dengan itu dua individu yang berasal daripada latar belakang yang sama
tidak semestinya mempunyai tafsiran yang sama terhadap sesuatu maklumat. Pengalaman
individu itu sendiri dan juga matlamat hidupnya akan mempengaruhi bagaimana ia
mentafsirkan sesuatu maklumat itu.
2.1.3 Takrifan Yang Menekankan Pembujukan
Kebanyakan aktiviti komunikasi yang dilaksanakan sekarang ini mempunyai unsur-unsur
pembujukan. Carl Hovland (1953) mentakrifkan "komunikasi sebagai proses penyampaian
ransangan (lazimnya secara lisan) dengan bertujuan untuk menukar tingkahlaku individu
lain".
2 - 3
COPYRIGHT @ UiTM
Charles Osgood (1954) pula, menyatakan bahawa komunikasi berlaku apabila satu sistem
atau sumber cuba mempengaruhi sistem lain atau sasarannya, dengan memanipulasikan
beberapa simbol alternatif yang boleh disampaikan melalui saluran yang menghubungkan
mereka.
2.1.4 Takrifan Komunikasi Yang Menekankan Aspek Tingkahlaku
Carter (1973), mengganggap komunikasi sebagai satu tingkahlaku. Menurut beliau, apabila
seseorang individu berkomunikasi, beliau bukanlah bertindak terhadap maklumat yang
sampai kepadanya. Di sebaliknya, apabila individu berkomunikasi ia berusaha untuk mencari
maklumat yang boleh digunakan bagi mengatasi permasalahan yang sedang dihadapinya
supaya ia mempunyai satu gambaran yang lebih tepat tentang alam persekitaran yang perlu
dihadapinya.
Beliau mentakrifkan komunikasi sebagai satu cara bagaimana seseorang individu mencari
dan menyebarkan maklumat tentang realiti keadaan di sekeliling agar ia dapat mengawal
atau memandu perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian ataupun secara kelompok
"dengan individu yang lain. Pada pandangan Carter, komunikasi ialah satu tingkahlaku yang
digerakkan oleh individu untuk mencari dan menyebarkan sesuatu maklumat.
2.2 Kesan Media Terhadap Pengetahuan
2.2.1 Media Sebagai Sumber Maklumat
Media dianggap sebagai sumber maklumat utama bagi masyarakat Malaysia hari ini. Lebih
80% pelajar sekolah rendah menggunakan media dalam proses pembelajaran mereka.
Manakala 60% orang dewasa menggunakan media sebagai cara untuk memilih pemimpin.
Oleh yang demikian, media juga merupakan sumber maklumat yang paling percayai oleh
masyarakat.
2 - 4
COPYRIGHT @ UiTM
Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat menggunakan media dalam
kehidupan seharian mereka. Faktor yang utama ialah media mampu memperkayakan lagi
idea masyarakat terhadap sesuatu perkara. la juga memperagakan sesuatu keadaan secara
lebih simbolik yang akhirnya berupaya menarik sensitiviti masyarakat. Ibu bapa pula
menjadikan program-program di televisyen sebagai satu cara untuk melatih anak-anak
mereka ke arah yang lebih dinamik dan pragmatik. Contohnya menerusi rancangan "Along",
ia akan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berminat mempelajari kaedah untuk mengira,
menulis, juga membaca (3M).
2.2.2 Media Sebagai Bahan Rujukan
Seseorang pengguna media tidak teragak-agak untuk cuba menerima maklumat daripada
media sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Masyarakat menggunakan mesej-mesej
yang diperoleh daripada media untuk dijadikan sebagai asas dalam usaha untuk memaiukan
diri di masa-masa akan datang. Oleh itu, tidak hairanlah kenapa media sering dianggap
sebagai bahan rujukan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat di Malaysia, contohnya apabila tiba musim pilihanraya, seseorang individu
atau kumpulan tertentu akan bergantung sepenuhnya kepada media sebelum sebarang
keputusan dibuat. Maklumat-maklumat yang disebarkan oleh media mampu mendorong
seseorang untuk bersikap natural atau tidak menyokong mana-mana pihak dan sebaliknya.
Ketika negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, masyarakat mendapatkan
maklumat terkini mengenai hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi negara menerusi media
massa. Dengan hal yang demikian, tidak hairanlah jika media massa sering kali dijadikan
sebagai sumber rujukan.
2 - 5
COPYRIGHT @ UiTM
2.2.3 Media Sebagai Agen Pembentukan Kemahiran
Tidak semua program-program di media massa terutamanya di kaca televisyen menjurus ke
arah hiburan semata-mata. Ada di antara program-program tersebut yang memberi faedah
secara langsung kepada masyarakat. Contohnya seperti rancangan MINDA di TV1,
rancangan Cyberwave di TV3, Beyond 2000, dan banyak lagi.
Menerusi rancangan-rancangan sebegini, masyarakat akan lebih terdedah kepada maklumat
terkini mengenai sains, teknologi, dan sebagainya. Pertemuan-pertemuan terbaru dalam
dunia sains juga tidak ketinggalan walaupun ianya merupakan rancangan yang diimport dari
luar negara.
2.3 Kesan Media Terhadap Tingkah Laku Masyarakat
2.3.1 Impak Iklan Ke Atas Kanak-Kanak
Perkembangan budaya lepak adalah kesan daripada iklan. Remaja menyaksikan
keseronokan melepak dalam iklan "Rota" dan "Cornetto" (ais krim). Perhubungan bebas di
kalangan lelaki dan perempuan di dalam iklan di pameran sebagai aktiviti yang penuh dengan
keriangan dan ketara melalui nilai masyarakat hari ini.
Tetapi inilah yang acap kali ditekankan oleh media sebagai budaya baru yang diagung-
agungkan oleh barat. Selain itu, lihat sahaja iklan Salem dan Peter Stuyvesant (kedua-
duanya merupakan jenama rokok) yang memaparkan tentang "kebenaran di barat" dengan
cara yang jelas iaitu pergaulan bebas, melepak dan sebagainya.
4- 6
COPYRIGHT @ UiTM
2.3.2 Impak Media Ke Atas Remaja
Berdasarkan teori Catharsis, apabila seseorang itu menonton filem, ia akan dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapinya. Bagaimanapun, sampai bilakah filem yang
bercorak action movie ini menjadi tempat untuk melepaskan tekanan?
Sebaliknya dalam teori Stimulation, seseorang akan lebih bersikap agresif sesudah menonton
sesebuah filem yang berunsur ganas. Keadaan ini berlaku seolah-olah menerusi filem
tersebut, ia mendapat ilham. Inilah yang amat dikhuatiri.
2.4 Kesan Media Terhadap Sikap Masyarakat
2.4.1 Media Sebagai Agen Sosialisasi
Mesej yang kita terima daripada media komunikasi massa akan kita tafsirkan berdasarkan
nilai yang ada pada diri kita sendiri. Ini jelas ketara dengan mesej dalam TV yang kita terima.
J adi pada diri kita telah ada proses 'sense-making'. Kita memberikan makna dan tafsiran
kepada mesej yang kita terima.
Media cetak dan elektronik mula menyeleweng daripada matlamat utamanya iaitu sebagai
agen pendidik dan pemberi maklumat. Dua motif ini telah dilupakan dan media lebih
menekankan kepada aspek hiburan semata-mata dan mula mengenepikan nilai ketimuran,
adab, dan akhlak.
Tetapi yang dipersoalkan oleh masyarakat umum sekarang ialah unsur yang keterlaluan. Ini
bukan sahaja seks, keganasan, tahyul tetapi juga penyebaran budaya liar dan negatif yang
bertentangan dengan budaya timur kita seperti budaya hedonisme, berfoya-foya, pergaulan
bebas, keruntuhan akhlak, dan sebagainya.
2 - 7
COPYRIGHT @ UiTM
Contohnya dalam usaha kerajaan menekankan konsep keluarga bahagia, media lebih
berminat untuk menyiarkan cerita yang memaparkan perkelahian dalam keluarga, perebutan
harta pusaka, dan aspek-aspek yang membelakangkan tatasusila antara keluarga.
2.5 Pembentukan Masyarakat
2.5.1 Media Massa, Masyarakat Dan Stratifikasi Sosial
Media massa diertikan sebagai alat perhubungan yang dapat menyampaikan maklumat
kepada orang ramai dalam sama yang singkat (menurut Ramus Dewan). Encik Hamdan
Adnan dalam artikelnya yang bertajuk 'Media Massa dan Pengguna' mentakrifkan media
massa sebagai alat yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Media massa terdiri daripada media elektronik iaitu radio, televisyen, alat rakaman, tayangan
gambar dan alat-alat komunikasi yang berasaskan elektronik dan media cetak iaitu akhbar,
majalah, buku, risalah, brosur dan seumpamanya.
Dengan itu, media massa bolehlah dikatakan sebagai alat perhubungan di antara manusia
dan manusia yang lain dalam menyalurkan maklumat, pandangan, hiburan, pengajaran serta
membentuk nilai-nilai tertentu dalam kehidupan.
Masyarakat pula ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di
mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah
laku sosial (menurut De Fleur dan De Fleur).
Dalam kamus Dewan pula masyarakat diertikan sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama dalam suatu tempat dengan aturan-aturan dan cara hidup tertentu.
Masyarakat terbina daripada individu-individu tertentu yang membentuk keluarga. Keluarga
merupakan institusi sosial yang paling asas terdapat dalam sesebuah masyarakat. Pada
asasnya keluarga secara mudah dilihat daripada keanggotaannya yang terdiri daripada ayah,
2 - 8
COPYRIGHT @ UiTM
emak dan anak-anak. Daripada keluarga asas ini pula akan membentuk keluarga luas yang
terdiri daripada ayah, emak, anak-anak dan cucu yang melibat dua generasi atau lebih.
Himpunan daripada keluarga-keluarga ini pula akan membentuk sebuah masyarakat.
Masyarakat terbahagi pula kepada beberapa stratifikasi sosial bergantung kepada apa yang
dihargai dan dinilai sebagai baik dan diperlukan oleh masyarakat yang berkenaan.
Contohnya kemahiran atau jawatan yang dipegang oleh seseorang (menurut David & Moore),
kriteria kekeluargaan, sifat peribadi, pencapaian dan benda-benda yang dimiliki (menurut
Takot Persons), kriteria agama, tanggung jawab, berpendidikan dan kedudukan ekonomi
(menurut Husin Ali) dan faktor jantina (Christian Delphy). Unsur dan kriteria seperti yang
dinyatakan itu merupakan faktor-faktor yang meletakkan seseorang itu berada dalam kelas
sosial tertentu.
Dengan itu stratifikasi sosial bererti perbezaan individu dalam masyarakat yang
menyebabkan kemunculan satu hirarki yang terdiri daripada lapisan orang yang berlainan
kedudukan. Pada kebiasaannya, kelas masyarakat di negara ini dibahagikan mengikut
kriteria tahap pendidikan dan umur. Oleh itu kelas sosial negara ini bolehlah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan elit (terpelajar dan berkedudukan tinggi),
kumpulan orang awam (kurang terpelajar), kumpulan remaja dan kanak-kanak.
Hubungan di antara media dan stratifikasi sosial adalah dalam bentuk peranan dan pengaruh
media terhadap masyarakat sasaran dan bagaimana pula masyarakat yang terdiri daripada
berbagai-bagai strata ini menerima media massa dalam bentuk yang mereka pilih.
Media massa dan masyarakat sememangnya tidak dapat dipisahkan perkaitan antara
keduanya. Tanpa media, masyarakat tidak mendapat berita, pengetahuan dan hiburan.
Tanpa masyarakat pula, media tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan kerana media
kehilangan khalayak. Perkaitan yang sangat rapat ini memberi kesan pro dan kontra
terhadap kehidupan sesebuah masyarakat.
2 - 9
COPYRIGHT @ UiTM
Dalam konteks media dan masyarakat, pembentukan masyarakat akan dilihat daripada sudut
bagaimana media massa berperanan dalam pembentukan minda sesebuah masyarakat dan
bagaimana pula masyarakat tersebut memberi maklum balas mereka terhadap media serta
kesan-kesan yang timbul akibat daripada penglibatan media dalam masyarakat yang
mempunyai berbagai-bagai stratifikasi.
2.5.2 Media Dan Pembentukan Minda Masyarakat
Setakat ini di Malaysia, selera pemilihan media untuk menerima maklumat oleh rakyat di
seluruh negara ternyata berbeza. Ada yang gemar membaca akhbar, tidak kurang pula yang
gemar menonton televisyen atau sebilangan yang lain gemar mendengar radio sahaja.
Bukan selera pemilihan sahaja yang berbeza, kemampuan pemilikan juga berbeza
berdasarkan taraf sosio ekonomi rakyat. Kemudian, kemudahan prasarana dan kemudahan
asas juga berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mungkin di satu-satu tempat
ada rakyat yang mampu membeli televisyen tetapi kerana ketiadaan elektrik terpaksalah dia
menggunakan radio sahaja. Dengan itu, komunikator kerajaan haruslah menyalurkan
maklumat melalui semua jenis media massa yang ada di wilayahnya.
i
Masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai kelas sosial menerima media mengikut cara
mereka tersendiri. Sesetengah masyarakat menerima mesej daripada media tanpa membuat
sebarang penilaian dan analisis. Mereka hanya menerima mesej tersebut dengan tidak
mengambil kira akan kesahihan dan objektif mesej yang disampaikan.
Bagi sesetengah masyarakat pula, mereka membuat penilaian akan kesahihan mesej yang
diterima dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pengetahuan yang ada pada mereka.
4- 10
COPYRIGHT @ UiTM
2.6 Fungsi Dan Kesan Media Dalam Pembentukan Minda Masyarakat
2.6.1 Fungsi Memberitahu
Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawai yang digunakan oleh
manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu masyarakat sesuatu perkara yang dirasakan
oleh media perlu diketahui oleh orang lain. Fungsi memberitahu ini menumpukan
perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk
memberitahu. Apakah reaksi daripada mereka yang menerima maklumat tidak begitu
dipentingkan. Untuk memastikan bahawa fungsi ini berjaya, media seringkaii menggunakan
strategi seperti menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat
dengan lebih kerap. Misalnya iarangan merokok di khalayak ramai dan larangan memandu
ketika mabuk. Radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu dengan seberapa
kerap yang mungkin untuk memberitahu masyarakat.
2.6.2 Fungsi Mendidik
Fungsi ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu
perkara atau sesuatu bidang. la mementingkan kedua-dua belah pihak iaitu penyampai dan
penerima maklumat bagi memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini
bergantung kepada sejauh mana seseorang itu merasai pengetahuannya bertambah hasil
daripada maklumat yang diterima. Fungsi ini tidak begitu berkesan sekiranya maklumat yang
disampaikan telah sedia diketahui oleh penerima. Contoh fungsi ini ialah ruangan Akhbar
Dalam Darjah (ADD) dalam akhbar Berita Harian dan rancangan Ehwal Islam dan belajar
membaca Al-Quran di televisyen.
Di samping peranan mendidik secara umum, media juga boleh berperanan membentuk
generasi baru iaitu masyarakat muda-mudi hari ini bagi menyediakan diri untuk menghadapi
zaman 2020 yang lebih mencabar. Persoalan adakah generasi hari ini mampu mencorakkan
4- 11
COPYRIGHT @ UiTM
kegemilangan 2020 ataupun 2020 hanyalah impian yang tidak kesampaian semata-mata
akibat daripada kesiiapan generasi muda hari ini.
2.6.3 Fungsi Membujuk
Fungsi membujuk digunakan oleh kerajaan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat. Selain
daripada digunakan oleh kerajaan, fungsi ini banyak digunakan dalam iklan-iklan untuk
memujuk masyarakat supaya terpengaruh dan termakan pujukan supaya membeli barangan
yang diiklankan itu. Dengan itu masyarakat yang akan terbentuk sekiranya fungsi ini
berkesan ialah masyarakat membeli atau masyarakat yang setia dan patuh dengan kerajaan
akibat daripada pujukan-pujukan yang diberikan.
Selain daripada itu, pembujukan yang berlebihan sama ada oleh media ataupun kepada
masyarakat akan memberikan kesan buruk dalam pembentukan minda masyarakat itu
sendiri. Contoh yang paling ketara ialah dalam pembentukan minda kanak-kanak yang
mudah terpengaruh dengan iklan sehinggakan mereka
-
dapat meniru gaya watak dan
ungkapan-ungkapan yang terdapat dalam sesuatu iklan itu. J ika disuruh mereka melakonkan
semula iklan tersebut, mereka pasti boleh.
2.6.4 Fungsi Menghibur
Fungsi Menghibur yang dimainkan oleh media begitu ketara dilihat dan begitu meluas dalam
apa jua bentuk media. Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan
televisyen, drama, komik, kartun dan sebagainya. Kekesanan fungsi ini dapat diketahui
daripada reaksi orang ramai.
Pada asasnya fungsi ini bertujuan untuk memberi kerehatan dan melapangkan fikiran kepada
masyarakat tetapi jika sekiranya ianya terlalu banyak disogokkan maka ia akan memberi
kesan yang buruk kepada masyarakat. Hiburan-hiburan yang diimport dari negara-negara
barat lebih banyak memberi kesan buruk berbanding kebaikan. J usteru itu, masyarakat yang
4- 12
COPYRIGHT @ UiTM
terbentuk daripada hiburan yang beriebihan ini adalah masyarakat yang lalai, lupa
tanggungjawab, hilang harga diri, merosakkan norma-norma masyarakat dan sebagainya
kerana terpengaruh dengan keseronokan yang merugikan itu.
Para remaja khususnya, adalah kumpulan yang mudah terpengaruh dengan hiburan-hiburan
yang melalaikan sehingga mereka berkhayalan dan mengagungkan-agungkan para artis
secara yang keterlaluan. Daripada kesan pengaruh sedemikian dan dengan serangan-
serangan yang dilakukan ke atas penonton di Malaysia khasnya kepada kanak-kanak dan
belia, tidak mustahil kelak mereka akan mewarisi budaya tersebut sehingga ianya menjadi
salah satu daripada cirti budaya mutlak mereka. Media massa bertanggungjawab
membentuk cara berpakaian, bertutur, bergaul dan sebagainya sehingga mereka memegang
prinsip bom to be free, seakan-akan mereka kehilangan agama. Hakisan budaya akhirnya
berlaku menyebabkan budaya tradisi menjadi asing.
Mohd. Hamdan Adnan melaporkan dalam rencananya, 'Kesan Media Massa Terhadap
Budaya Belia' bahawa:
"belia-belia berwajah selekeh dengan gaya rambut ganjil di lorong-lorong
Kuala Lumpur, J akarta dan Bangkok hari ini tidak akan sedikit pun terlintas di
fikiran mereka mengenai gaya rambut yang sedemikian jika tidak kerana
mereka didedahkan kepada rancangan televisyen, majalah dan bahan
pembacaan asing."
Oleh itu, media cetak dan elektronik haruslah membendung hal tersebut agar anak-anak
muda lebih mengutamakan sesuatu yang lebih bererti dalam membina kehidupan.
2.6.5 Hubungan Di Antara Media Dan Stratifikasi Sosial
Peranan dan fungsi media massa adalah berlainan bagi tiap-tiap golongan elit, menengah
dan bawahan. Golongan elit memerlukan segala maklumat yang sesuai untuk memastikan
keberkesanan dasar dan rancangan mereka. Contohnya dalam bidang ekonomi, golongan
ini memanfaatkan media massa semaksimum mungkin untuk kepentingan mereka seperti
ruangan saham, berita-berita ekonomi, perkembangan perdagangan semasa di arena
4- 13
COPYRIGHT @ UiTM
antarabangsa dan sebagainya. Begitu juga dengan golongan elit politik yang
memanipulasikan media massa sebagai alat propaganda.
Golongan menengah menjadikan media massa sebagai satu bidang kemasyarakatan yang
penting, penyumbang ke arah keilmuan, pembentukan ke arah kesejahteraan masyarakat,
sumber maklumat, santapan masa lapang untuk kerehatan dan penyalur hiburan.
Golongan bawahan pula menganggap media massa hanya sebagai suatu alat yang memberi
hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa mengambil manfaat daripada maklumat-
maklumat semasa dan kemasyarakatan. Golongan ini menjadikan media sebagai suatu
kemestian untuk berhibur.
4- 14
COPYRIGHT @ UiTM
3.0 METODOLOGI
Berdasarkan kepada matlamat dan objektif kajian seperti yang dinyatakan di atas, kaedah
kajian temubual bersemuka (face-to-face interview) telah diguna pakai dalam kajian ini.
Dalam membincangkan bab kaedah kajian penyelidik cuba menghurai bahagian-bahagian
berikut bagi memudahkan pembaca memahami kaedah penyelidikan yang digunakan.
3.1 Rasional Pemilihan Kaedah
Memandangkan kepada pola sampel yang akan diambil adalah di kalangan penduduk
Malaysia yang berbeza dari segi latarbelakang pendidikan, status keluarga, pendedahan
kepada media, kosmopolite dan sebagainya, maka penyelidik berpendapat adalah wajar
kaedah temubual diguna pakai dalam kajian ini bagi membolehkan pengumpulan data yang
diperlukan dapat dikumpul dengan sistematik dan lengkap. Di samping alasan di atas
penyelidik berpendapat;
r) Bagi memastikan bahawa jawapan yang diberi oleh responden adalah "tulen",
ii) Bagi memastikan responden faham soalan,
iii) Mengawal responden daripada dipengaruhi oleh orang lain dalam memberi jawapan.
3.2 Rasional Pemilihan Kawasan Kajian
Memandangkan kepada kemajuan teknologi komunikasi serta keupayaan masyarakat seluruh
tanahair untuk memiliki televisyen, radio serta berupaya membeli dan mendapat media cetak
di agen-agen jualan, maka penyelidik berpendapat bahawa semua bandar-bandar besar di
seluruh tanahair bolehlah dijadikan lokasi kajian. Bandar-bandar besar atau bandar Ibu negeri
adalah lokasi di mana penduduk Malaysia boleh membeli majalah, akhbar dan sebagainya
sebagai bahan informasi. Di samping bahan informasi bercetak ini penduduk di kawasan
4- 1
COPYRIGHT @ UiTM
bandar lebih terdedah kepada media elektronik dan saluran informasi yang terkini.
Disebabkan faktor inilah penyelidik merasakan kawasan bandar di setiap negeri dijadikan
sebagai kawasan kajian.
3.3 Skop kajian
Kajian ini meliputi semua golongan penduduk Malaysia. Penduduk ini tinggal di seluruh
Malaysia termasuk di Sabah Sarawak. Mereka juga terdiri dari berbagai kaum dan bangsa
seperti yang terdapat di Malaysia.
3.4 Kaedah Pensampelan dan Saiz Sampei
Kajian menggunakan kaedah pensampelan kuota di mana responden perlulah memenuhi dua
syarat iaitu biasa terdedah kepada salah satu dari media elektronik dan/atau saluran informasi
seperti briteks dan internet, dan tinggal di mana-mana lima zon di Malaysia. Zon Utara terdiri
daripada negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Zon Tengah pula terdiri dari negeri-
negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, Zon Timur terdiri daripada negeri-negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang, Zon Selatan terdiri daripada negeri-negeri J ohor, Melaka dan
Negeri Sembilan, dan Zon Sabah/Sarawak pula terdiri daripada negeri-negeri Sabah dan
Sarawak. Saiz sampei bagi setiap zon ialah 1,000 responden menjadikan 5,000 responden
seluruhnya.
3.5 Kaedah Pengumpulan Data
Responden akan ditemubual berdepan menggunakan soalselidik yang akan dibuat bagi
memenuhi kehendak kajian. Enumerator akan dilatih bagi membolehkan mereka
melaksanakan tugas menemubual dengan baik.
4- 2
COPYRIGHT @ UiTM

You might also like