1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
SK Bandar Baru Beris Jaya, Ruj : IPDA/01/1/32/Jld7 (175)
Bandar Baru Beris Jaya, Tarikh : 03 Ogos 2009 08200 Sik, Kedah Darul Aman
Tuan,
MAKLUMAN PERKHEMAHAN DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa guru-guru pelatih Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PK/PJ 1, Ambilan Januari 2008, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman, Jitra, Kedah akan mengadakan perkhemahan dan Program Khidmat Masyarakat di Kg. Bandar Baru Beris Jaya, 08200 Sik, Kedah seperti butiran berikut:
Tempat : Kg. Bandar Baru Beris Jaya Tarikh : 09 hingga 11 Ogos 2009 Bilangan peserta : 20 orang guru pelatih : 2 orang pensyarah pengiring
3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program yang akan dilaksanakan sepanjang tarikh berkenaan untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian. Terima Kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENDIDIK DAN MEMIMPIN
Saya yang menurut perintah,
(SHAARI BIN OSMAN) b.p Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman 06000, Jitra Kedah Darul Aman