You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PARAS 7, BLOK J Tel : 03-2586900
PUSAT BANDAR DAMANSARA Fax : 03-2535150
50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (10)


1 Oktober 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/2002 :


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS
MULAI TAHUN 1 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) DAN (T)

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan bahawa mata pelajaran Bahasa
Inggeris akan diperkenalkan mulai Tahun 1 di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T)
seluruh negara pada Tahun 2003.

2. Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran bagi Bahasa Inggeris adalah


sebanyak enam puluh (60) minit seminggu bagi Tahun 1 dan Tahun 2 yang diambil daripada
masa pilihan guru besar sebanyak tiga puluh (30) minit dan pertambahan masa
persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap Satu sekolah rendah. Bagi Tahun 3
peruntukan masa sedia ada sebanyak enam puluh (60) minit seminggu hendaklah
dikekalkan.

3. Dengan ini masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahap Satu di
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) adalah seperti berikut :

• Tahun 1 : 60 minit seminggu


• Tahun 2 : 60 minit seminggu
• Tahun 3 : 60 minit seminggu

4. Sehubungan ini lebihan masa sebanyak enam puluh (60) minit bagi Tahun 3
hendaklah ditambah kepada peruntukan masa bagi pengajaran Bahasa Melayu sedia ada.
Oleh yang demikian masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 3
berjumlah dua ratus tujuh puluh (270) minit seminggu.

5. Bagi Tahun 4, 5 dan 6 peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran adalah


sebanyak seratus dua puluh (120) minit seminggu. Peruntukan ini diperoleh dariapda
pertambahan masa sebanyak enam puluh (60) minit seminggu bagi Tahap Dua sekolah
rendah. Dengan pertambahan ini sebanyak tiga puluh (30) minit diperuntukkan kepada
Bahasa Inggeris dan yang selebihnya iaitu sebanyak tiga puluh (30) minit hendaklah
ditambah kepada Bahasa Melayu menjadikan jumlah masa sebanyak seratus lapan puluh
(180) minit seminggu.

6. Dengan ini masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tahap Dua di
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan (T) adalah seperti berikut :

• Tahun 4 : 120 minit seminggu


• Tahun 5 : 120 minit seminggu
• Tahun 6 : 120 minit seminggu

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like