You are on page 1of 2

MUHAMAD NOR FAIZAL BIN SHAMSUDIN PISMP BM SEMESTER 3

Sistem Saraf
Sistem saraf ialah pusat kawalan bagi sistem komunikasi tubuh iaitu setiap
pemikiran, tingkah laku dan emosi menggambarkan aktivitinya. Manakala impuls
pula adalah maklumat atau mesej saraf yang dialirkan di sepanjang fiber saraf dalam
bentuk gelombang bergerak yang mempunyai sifat elektrik. Impuls ini megalir
pantas, spesifik dan menghasilkan respons dengan serta mera.
Sistem saraf mempunyai tiga fungsi yang bertindan iaitu yang pertama
sebagai pusat, iaitu menggunakan berjuta respons reseptor sensori untuk mengesan
peurbahan yang berlaku di dalam dan di luar tubuh badan. Perubahan ini dipanggil
rangsangan dan maklumat yang dikumpul pula dipanggil input sensori. Kedua,
sistem ini memproses dan menterjemah input sensori dan membuat keputusan
tentang sesuatu yang perlu dilakukan dan dipangil integrasi. Fungsi seterusnya ialah
menghasilkan respons yang melibatkan aktiviti otot atau kelenjar dan dipanggil
output motor
Klasifikasi Sistem Saraf
Klasifikasi Struktur
ahagian utaman sistem saraf adalah sistem saraf pusat dan sitem saraf periferi.
Sistem saraf pusat terbahagi kepada otak dan saraf tunjang. Saraf tunjang terlindung
dalam vetebra. Sistem saraf periferi pula terdiri daripada saraf kranial, saraf spina
dan ganglia.
Klasifikasi Fungsiklasifikasi ini membahagikan sistem saraf periferi kepada sistem
sensori atau aferen dan sistem motor atau eferen. Sistem motor atau eferen ini pula
terbahagi kepada sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik.
ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM SARAF
MUHAMAD NOR FAIZAL BIN SHAMSUDIN PISMP BM SEMESTER 3
Sistem saraf pusat
!erdiri daripada otak dan saraf tunjang yang terletak pada kaviti dorsal badan.
Sistem saraf pusat bertindak sebagai pusat integrasi dan arahan sistem saraf.
Kedua"duanya menterjemah malmat sensori yang diterima dan mengeluarkan
arahan kepada afektor berdasarkan pengalaman sedia ada dan situasi baru yang
dialami.
Sistem saraf periferi
Sebahagian daripada sistem saraf yang berada di luar sistem saraf pusat.
Sebahagian besar adalah saraf yang memanjang ke luar daripada otak dan saraf
tunjang. Saraf spina"membawa impuls ke saraf tunjang dan dari saraf tunjang. Saraf
kranial membawa inpuls ke otak dan dari otak. Kedua"duanya bertindak sebagai
talian komunikasi.
Fungsi sistem saraf
i. Mengintegrasikan rangsangan yang diterima
ii. Menterjemah rangsangan
iii. Men#etuskan pergerakan motor
iv. Menyimpan maklumat
v. Menjana pemikiran dan idea
Persimpangan saraf otot
Ialah tapak neuron motor bertemu fiber otot. !ransmisi rangsagan dalam
bentuk impuls dari neuron ke fiber otot adalah sama seperti transmisi impuls dari
neuron ke neuron ke#uali tiada mekanisme peren#atan pada persimpangan saraf
otot.
$setilkolina %$#h& ialah neurotransmiter. 'embesan $#h membolehkan impuls
baru di#etuskan. $pabila dirembeskan, asetilkolinesterase dirembes untuk bertindak
balas dengan asetilkolina. Ini menghalang pengujaan otot pada impuls bagi tempoh
masa tertentu.
ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM SARAF

You might also like