You are on page 1of 3

REFLEKSI INDIVIDU Mohd Hasbullah Bin Mt.

Said (910111-11-5453)

Assalamualaikum, Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan dan seterusnya amali permainan kanak-kanak ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Sarudin Bin Md Amin kerana memberi bimbingan kepada kumpulan kami setiap masa tanpa ada rasa jemu. Tidak lupa juga rakan-rakan yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Tugasan yang diberikan merupakan tugasan berbentuk kumpulan dan memerlukan kami untuk mereka satu permainan kanak-kanak yang baru berdasarkan beberapa kategori seperti sasaran, serangan, dinding dan jaring, serta memukul dan memadang. Kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri, Mohd Hasbullah, Mohd Zulkhairie, Muhammad Faiq serta dua orang pelajar perempuan iaitu Nurashikin dan Nurbaraa Aah dikehendaki merekacipta satu permainan yang berkonsepkan jaring atau dinding Kami sebulat suara bersetuju untuk menamakan permainan kanak-kanak bagi kumpulan kami iaitu ping-ton. Saya amat berbangga dengan ahli dalam kumpulan saya kerana kami mempunyai sifat kerjasama yang tinggi. Sikap kerjasama antara kami juga dapat dilihat ketika kami menyediakan alatan-alatan untuk permainan kami. Masing-masing menberikan komitmen yang tinggi. Setiap masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan adanya kerjasama antara kami serta bimbingan daripada pensyarah. Sehari sebelum berlangsungnya amali permainan kanak-kanak ini, kami semua telah diberikan masa terlebih dahulu untuk membuat persediaan sebelum aktiviti amali dijalankan. Pada hari berlangsungnya amali permainan kanak-kanak, saya dan ahli kumpulan telah bersedia dari segi mental mahupun fizikal. Sebelum amali kumpulan kami dijalankan, saya serta rakan seklas yang lain menempuh dahulu amali oleh

kumpulan yang lain. Pada pendapat saya, permainan kanak-kanak untuk kumpulan lain cukup hebat. Semuanya bertepatan dengan tajuk dan tema yang telah ditetapkan untuk kumpulan masing-masing. Walaupun aktiviti amali ini dijalankan dibawah sinaran mentari yang terik, namun kami semua seronok dan bersuka ria dengan permainan yang dijalankan. Hal ini bermakna, kanak-kanak juga akan seronok apabila bermain dengan permainan ini berdasarkan dengan keseronokan yang kami semua lalui. Apa yang saya lihat, permainan bagi kumpulan lain banyak kebaikannya. Tetapi terdapat sedikit kekurangan yang perlu diambil kira. Pertamanya ialah dari segi aspek keselamatan. Hal ini kerana, siapa yang bermain permainan ini ialah kanak-kanak yang kita perlu awasi. Kedua ialah dari segi aspek peraturan. Disini, saya hanya ingin menghuraikan tentang permainan kanak-kanak bagi kumpulan kami iaitu ping-ton. Rakan saya iaitu Zulkhairie telah memberikan penerangan yang cukup jelas cara-cara bagaimana untuk bermain permaianan ini. Sebaik sahaja permainan kami bermula, saya amat gembira melihat wajah-wajah peserta yang gembira. Gelak tawa mereka menjadikan permainan kami bertambah meriah disamping mereka berusaha menjadi pemenang. Segala yang kami rancang berjalan dengan lancar semasa hari pertandingan tanpa sebarang gangguan. Komitmen yang diberikan oleh semua peserta amat baik. Ini memudahkan lagi kumpulan kami untuk mengendalikan perlawanan. Walaupun kepenatan, namun terpancar sinar kegembiraan pada wajah mereka. Selain itu, hubungan kami semua menjadi lebih erat. Setelah selesai amali yang dijalankan, saya dapati permainan ini amat sesuai jika dimainkan oleh pelajar sekolah rendah. Ini kerana permainan ini tidak merbahaya dan tidak dapat mendatangkan kecederaan kepada peserta. Hal ini kerana alatan yang digunakan tidak berbahaya dan hanya menggunakan raket badminton serta bola ping-pong. Saya juga dapati permainan kami merupakan permainan yang mudah tetapi menguji sifat kerjasama dalam kalangan peserta. Mereka perlu merancang strategi yang berkesan untuk mendapatkan mata dalam permainan ini. Sememangnya kami ingin menekan sifat kerjasama dalam permainan ini kerana ia amat penting untuk para pelajar.

Di samping itu juga, melaui permainan Ping-Ton ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas. Secara keseluruhannya, permainan
kanak-kanak Ping-Ton bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Akhir sekali, saya berasa gembira dapat melaksanakan tugasan seperti ini kerana banyak nilai-nilai murni yang saya dapat dalam proses menyiapkan tugasan ini. Memberi taklimat kepada peserta mengajar saya untuk berani dan tidak gugup semasa berada dihadapan khalayak ramai. Saya harap tugasan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan insan guru yang seimbang. Sekian,terima kasih.

You might also like