You are on page 1of 7

TAJUK 3 : KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

KAEDAH PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur memerlukan
guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar
yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.
Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah berlandaskan teori linguistik dan
psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah daripada
pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan
peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai
tujuan tertentu.
Kaedah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
<!--[if !supportLists]-->1- 1- <!--[endif]-->Kaedah terus
<!--[if !supportLists]-->2- <!--[endif]-->Kaedah fonetik/ linguistik
<!--[if !supportLists]-->3- <!--[endif]-->Kaedah eklektik
<!--[if !supportLists]-->4- <!--[endif]-->Kaedah audio-lingual
<!--[if !supportLists]-->5- <!--[endif]-->Kaedah komunikatif
KAEDAH TERUS
Kaedah ini merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai
bahasa pertama secara natural. Kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus, iaitu
menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran
mendengar dan bertutur adalah diutamakan kerana perkataan yang diajarkan adalah
perkara yang digunakan sehari-hari. Berdasarkan kaedah ini, perkataan konkrit
contohnya, sudu di ajarkan dengan menunjukkan objek sudu. Perkataan abstrak
contohnya, sayang pula diterangkan menggunakan perkataan yang diketahui oleh murid-
murid (tunjuk contoh ibu bapa mereka). Pengajaran sesuatu topik baharu pula adalah
berdasarkan sesuatu topik lain yang telah diajarkan tetapi mempunyai kaitan dengan
topik baharu tersebut. Sebagai contoh, untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata
nama + kata kerja + kata nama haruslah berdasarkan ayat yang telah diajarkan
sebelumnya.
Contoh ayat :
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->- Saya minum (ayat sebelumnya)
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->-Saya minum susu (ayat baru)
Kaedah ini mengutamakan kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar
dan bertutur dan bukannya pengetahuan tentang bahasa. Kelebihan penggunaaan kaedah
ini ialah, kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan
kerana murid-murid telah dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam
bahasa sasaran.
KAEDAH FONETIK/ LINGUISTIK
Pengajaran berdasarkan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan
dengan penyebutan bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina
berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini
tidak menggunakan ejaan biasa tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik misalnya
[ ma?] untuk perkataan emak. Nahu atau tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu
contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum
peraturan dan rumus-rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid murid akan
menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca
KAEDAH EKLEKTIK
Kaedah ini mengambil ciri-ciri yang baik daripada kaedah lain dan
menggabungkannya. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif kerana gabungan ciri-
ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Berdasarkan kaedah
eklektik, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan, iaitu bertutur,
menulis, memahami dan membaca. Aspek tatabahasa diajarkan mengikut situasi, iaitu
sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan meliputi latihan mendengar dan bertutur, bacaan kuat dan bersoal jawab.
KAEDAH AUDIO LINGUAL
Kaedah ini merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar
(audio) dan kemahiran bertutur (lingual). Kaedah ini mementingkan penggunaan bahan
bantu belajar berupa alat-alat audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio) dan
piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid ialah petikan bunyi
haiwan, bunyi sesuatu suasana misalnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan
cerita, sajak, dan sebagainya. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendengar
(contohnya bunyi sajak daripada pita rakaman). Melalui pengalaman mendengar tersebut,
murid-murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar termasuk
nada dan intonasinya secara latih tubi. Murid-murid seterusnya akan berlatih
mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan atau berkumpulan. Melalui
kaedah ini, murid-murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar. Ingatan
murid-murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula rakaman dan
berbincang dengan rakan-rakan.
KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah komunikatif mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak
yang melibatkan kognitif dan interaksi bahasa. Kaedah ini menitikberatkan pengajaran
kecekapan bahasa, iaitu tatabahasa dan kecekapan komunikatif khususnya kemahiran
mendengar dan bertutur. Ketika murid-murid melalui proses pemerolehan bahasa, mereka
menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat menggambarkan makna tersebut dalam
struktur ayat tertentu. Proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut
memerlukan guru-guru melatih murid-murid menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti bahasa
yang bermakna dalam kaedah komunikatif ialah penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya.
TEKNIK- PENGENALAN
Teknik pengajaran merupakan taktik atau cara-cara yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran.
Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang
digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan
pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang
digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah
dipilih untuk murid-muridnya.
Teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik soal jawab
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik main peranan
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik lakonan/drama
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik permainan bahasa
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik hafazan
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik latih tubi
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik perbincangan
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Teknik penyelesaian masalah
TEKNIK SOAL JAWAB
Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan
murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.
Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->-untuk menggalakkan murid berfikir secara
kreatif, inovatif, logik dan kritis
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->-untuk mendorong murid menyusun dan
menghuraikan bahan yang diajar
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan
berkesan.
TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan satu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting. Teknik ini adalah satu bentuk drama yang tidak memerlukan
penghafalan skrip. Murid-murid yang berlakon dalam teknik ini akan cuba untuk
menjelaskan sesuatu situasi kepada murid lain. Murid-murid yang lain pula akan
mempraktikkan peranan murid-murid yang berlakon tadi secara spontan. Teknik ini
biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai (contoh : amalan berbudi
bahasa). Masalah ini dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya
atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, dan sebagainya. Berdasarkan apa yang
dibaca, dilihat, didengar itu, murid-murid akan melakukan main peranan untuk
menunjukkan amalan berbudi bahasa tersebut. Murid murid lain pula akan
mempraktikkan peranan yang telah dimainkan secara spontan.
TEKNIK LAKONAN/DRAMA
Tujuan utama teknik ini adalah untuk melatih murid-murid menggunakan
kemahiran bahasa khususnya kemahiran mendengar dan bertutur, unsur paralinguistik
(jeda, nada, intonasi), dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala) dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat
mendorong dan merangsang murid-murid untuk menghubungkan perasaannya dengan
mata pelajaran yang dipelajarinya. Teknik ini dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping menyuburkan sahsiah mereka.
*teknik ini berbeza dengan main peranan kerana murid berlakon berdasarkan skrip
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Teknik ini adalah satu-satunya cara untuk mempelajari bahasa melalui permainan.
Penglibatan dalam permainan akan memberi peluang kepada murid-murid bagi
memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat pengesanan
(diagnostik). Teknik ini dapat merangsang kemahiran lisan, menambah kefasihan dan
keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, serta sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan pengayaan. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa yang boleh
digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu iaitu :
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Permainan menyampaikan pesanan
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Permainan tekalah saya
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Permainan memerhati dan mengingat
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Permainan berpasangan
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Permainan slip undian
TEKNIK HAFAZAN
Teknik ini turut dikenali sebagai teknik latih tubi informan. Pengajaran
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pembahagian ini
mempunyai nisbah 2 : 1 (1 demonstrasi dan 2 latih tubi). Bahagian demonstrasi adalah
pengajaran tentang tatabahasa atau nahu, sebutan dan perbendaharaan kata. Demonstrasi
dilakukan oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati. Melalui bahagian
latih tubi pula, informan jati atau guru akan membaca beberapa baris ayat, manakala
murid-murid mengajuk sebutan tersebut sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Berdasarkan
teknik hafazan ini, tatabahasa atau nahu diajarkan secara induktif atau melalui ayat-ayat
contoh. Selepas tatabahasa diajarkan, pelajaran diteruskan dengan memberi kuliah,
mengadakan pementasan drama dan perbincangan.
TEKNIK LATIH TUBI
Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuan
teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui
teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan
itu. Teknik ini memberi penekanan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa
iaitu :
Aspek kebolehan menggunakan
bahasa
Huraian
<!--[if !supportLists]--> <!--
[endif]-->Sebutan (accent)
menyebut perkataan atau suku
kata dengan betul termasuk
intonasi yang membawa makna
dalam sesuatu situasi
<!--[if !supportLists]--> <!--
[endif]-->Tatabahasa (grammar)
penggunaan bahasa yang tepat
berdasarkan hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek
<!--[if !supportLists]--> <!--
[endif]-->Perbendaharaan kata
(vocabulary)
meluaskannnya dengan
penggunaan imbuhan yang
sesuai berdasarkan konteksnya
dalam situasi tertentu
Kefasihan (fluency)
<!--[if !supportLists]-->
menggunakan perkataan dan
lain-lain dengan cara spontan
tanpa menitikberatkan
maksudnya
<!--[if !supportLists]--> <!--
[endif]-->Kefahaman
(comprehension)
latihan memahami soalan dan
mengemukakan jawapan yang
wajar
TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik ini didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid meluahkan perasaan
dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid dengan penyeliaan dan kawalan
seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan teknik ini :
<!--[if !supportLists]-->1- <!--[endif]-->Guru menarik perhatian murid-murid kepada
tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
<!--[if !supportLists]-->2- <!--[endif]-->Guru membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan dan melantik seorang ketua.
<!--[if !supportLists]-->3- <!--[endif]-->Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan.
Mereka perlu berbincang sesama mereka dan semasa perbincangan berjalan, guru
sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya terarah.
<!--[if !supportLists]-->4- <!--[endif]-->Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.
TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki,
silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran,
prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang
ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid
memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu,
memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan
aktiviti penyelesaian. Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran melalui teknik ini :
<!--[if !supportLists]-->1- Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid
memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai kemahiran yang berkaitan.
<!--[if !supportLists]-->2- Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan
dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka.
<!--[if !supportLists]-->3- Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu
membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti masalah itu.
<!--[if !supportLists]-->4- Guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara
untuk menyelesaikan masalah.
<!--[if !supportLists]-->5- Guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk
menyelesaikan masalah. Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan kepada murid
yang berfikir agak lambat secara individu.

You might also like