You are on page 1of 17

TOPIK 2 : CARA KANAK-KANAK

BELAJAR SAINS
Topik ini membincangkan:

tentang struktur otak manusia dan fungsi otak
dalam proses pembelajaran.
Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron
yang merupakan struktur asas otak.
Struktur ini yang berfungsi memindahkan utusan
dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
Berasaskan stuktur dan fungsi otak,
pembelajaran berasaskan otak telah
diperkenalkan.
Terdapat dua belas prinsip utama dalam
pembelajaran berasaskan otak.
Hasil Pembelajaran

Menghuraikan struktur dan bahagian-
bahagian otak manusia
Membincangkan fungsi otak dalam
proses pembelajaran
Membincang maksud pembelajaran
berasaskan otak
Menyenaraikan prinsip-prinsip utama
dalam pembelajaran berasaskan otak

Cara kanak-
kanak belajar
Struktur Otak dan
fungsinya dalam
pembelajaran
Pembelajaran
berasaskan otak

Bahagian-bahagian otak
mempunyai fungsi tertentu
Baca tentang teori otak Truine oleh Paul D.
MacLean, teori otak Roger Sperry dan teori
pelbagai kecerdesan oleh Howard Gardner
serta perkembangan pembelajaran. Sediakan
ringkasan dalam bentuk power point dan
muat naik ke laman blog kumpulan anda.
Anda boleh pergi ke laman sesawang berikut;

http://www.scribd.com/Artikal-Teori-Otak-
Dan-Pembelajaran-Zainuddin-
Mamat/d/33643007 sebagai permulaan.
2.2 Pembelajaran berasaskan otak

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu pendekatan pengajaran
yang menyeluruh menggunakan dapatan kajian sains neuro semasa.

Pembelajaran ini menegaskan cara otak belajar berasaskan
pengetahuan kita tentang stuktur dan fungsi otak manusia pada tahap-
tahap perkembangan yang berbeza.

Jenis pembelajaran ini merangkumi konsep-konsep yang berkaitan
diantaranya;
Pembelajaran masteri
Pembelajaran experiential
Gaya pembelajaran
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori
yang menyatakan bahawa proses pembelajaran
berkait rapat dengan struktur dan perkembangan
otak.

Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses
semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses
pembelajaran.
persekitaran yang menganggu pembelajaran
yang dilakukan oleh otak kita.
Pengajaran yang kurang sesuai dengan
gaya pembelajaran kanak-kanak,
kurikulum yang terlalu padat, dan
komuniti yang mementingkan
peperiksaan daripada pembelajaran
seringkali menyebabkan ada kanak-
kanak yang diabaikan, minatnya
berkurangan dan akhirnya
pembelajaran tidak berlaku.
Prinsip utama pembelajaran berasaskan adalah:

Otak adalah pemproses selari iaitu boleh
berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam
satu masa.
Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan
fisiologi
Mencari makna secara dalaman
Mencari makna melalui pencorakan
Emosi adalah penting dalam pencorakan
Otak memproses secara keseluruhan dan
bahagian secara serentak

Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan
penumpuan yang sedang ditumpukan.
Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar
sedar.
Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan
hafalan
Pemahaman tertinggi berlaku apabila
pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial
memory.
Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran
tanpa paksaan.
Otak adalah unik
1. Layari internet.
2. Kumpulkan beberapa contoh rancangan
pelajaran Sains
yang menggunakan pembelajaran berasaskan
otak.
3. Kenalpasti prinsip yang diintegrasikan dalam
rancangan
itu.

Tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan
pembelajaran berasaskan otak adalah;

1. keadaan tenang dan peka (relaxed alertness)

2. orkestrasi pengalaman yang diperkaya peka
(Orchestrated immersion)

3. pemprosesan aktif( active processing)






Melalui struktur utama yang berbeza (otak reptilian, otak
tengah dan neokorteks), otak memerlukan pendekatan
khusus untuk beroperasi secara optimum.

Berdasarkan fungsi tersebut, pendekatan yang memberi
pertimbangan terhadap iklim emosi, strategi pengajaran
serta strategi pengukuhan menepati tujuan berkenaan.


Akhirnya unsur-unsur yang melibatkan keadaan tenang
dan peka, orkestrasi pengalaman yang diperkaya serta
pemprosesan aktif seperti yang disarankan oleh Prinsip
prinsip Pembelajaran Berteraskan Otak merupakan atribut
penting bagi memastikan pembelajaran otak yang berkesan.
KESIMPULAN
Guru perlu sedar kepelbagaian
kecerdasan dan perbezaan murid
dalam satu kelas disebabkan
kematangan otak.
Implikasinya, pendekatan pengajaran
berasaskan otak perlu mengintegrasi Prinsip prinsip
Pembelajaran Berasaskan Otak dalam usaha
menjana potensi optimum individu pelajar. Melalui
pertimbangan yang menyeluruh, dijangka struktur
pengajaran yang selari dengan otak mampu
dilaksanakan.
Situasi ini diharapkan juga dapat merangsang
dan meningkatkan kefahaman konsep dan
memotivasikan pelajar di samping meningkatkan
potensi pembelajaran mereka yang mempunyai
kecenderungan gaya pembelajaran yang berbeza.

You might also like