You are on page 1of 42

PJM3106

ANATOMI DAN FISIOLOGI


MINGGU 2 DAN 3
SISTEM RANGKA
Sistem Rangka (Tulang dan Sendi)
Terdiri daripada 2 bahagian iaitu:-
i. Rangka Aksial (Paksi atau tulang belakang )
ii. Rangka Apendej (Anggota atau tangan
dan kaki)


Rangka Aksial
Rangka aksial adalah penting
dalam membentuk struktur
tubuh manakala Rangka
Apendej pula penting dalam
memberi sokongan untuk
mengawal pergerakan.
Terdapat lebih kurang 206 tulang pada manusia
yang terdiri daripada :
(i) Tulang Panjang
contoh : Tulang Kaki dan tangan yang
berperanan sebagai tuas.
(ii) Tulang Pendek
Contoh: Tulang kaki(tarsals)tangan (carpals)
(iii) Tulang Leper
contoh: Tulang Rusuk, Tulang Selangka dan
tulang ilium- untuk mencantumkan otot-otot
dan melindungi rongga-rongga.
Tulang Panjang
Tulang Pendek

Tulang Tak sama Bentuk
Vetebra dan sfenoid

Tulang Leper
Sambungan..
Daripada jenis-jenis tulang yang dinyatakan
tadi, ia boleh dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti berikut:
a) Tulang Tengkorak
- tulang tengkorak terdapat dibahagian kepala
dan terdiri daripada 22 tulang iaitu 8 tulang
dalam bahagian kranium dan 14 tulang di
bahagian muka.
Sambungan..
Tengkorak berfungsi sebagai pelindung kepada
bahagian otak dan organ-organ yang terdapat
di bahagian kepala.
b) Tulang belakang (vetebra)
Tulang belakang atau turus vertebra
merupakan rangkaian tulang-tulang kecil yang
tediri dari 33 tulang iaitu 7 ruas vertebra leher,
12 ruas vertebra toreks, 5 ruas vertebra
pinggang, 5 ruas vertebra punggung dan 4
ruas vertebra tongkeng yang membentuk
tulang belakang. Di bahagian tengah ruang
tulang terdapat satu rongga yang di sebut
sebagai saluran neuron.
Sambungan
Tulang belakang memberi sokongan kepada
berat tubuh dan juga menentukan binaan
bentuk badan manusia. Pergerakan vertebra
adalah terhad walaupun ia boleh dilentur
tetapi pergerakannya terhad pada sendi di
antara ruas-ruas tulang.
Struktur tulang belakang
c) Tulang rusuk (rib)
Tulang rusuk terdiri daripada tulang-tulang yang
membentuk seperti sangkar di bahagian dada.
Terdapat 12 pasang tulang-tulang tersebut di
bahagian dada iaitu 1 hingga 7 adalah tulang rusuk
sebenar.
Pasangan 8 hingga 12 adalah tulang rusuk palsu.
Pasangan 8,9,10 terletak pada tulang ketujuh
pasangan 11 dan 12 adalah tulang rusuk terapung
Bahagian utama rangka tulang
d) Tulang bahu (clavicel)
Tulang bahu ini terletak di bahagian stas dada.
Ianya terdirir daripada tulang belikat dan
tulang selangka.
Tulang belikat adalah leper berbentuk segi tiga
manakala tulang selangka adalah leper
dibahagian luar dan hujung serta tebal
dibahagian dalam.
e) Tulang pangkal lengan
(humerus)
Tulang pangkal lengan merupakan jenis tulang
panjang yang membentuk lengan atas.



F) Tulang bawah

Terdiri dari dua tulang penaung yang terletak
sebelah menyebelah. Tulang disisi dalam
adalah tulang hasta ( ulna) dan disisi luar
adalah tulang pemulas (radius)

g) Tulang Pergelangan tangan
(carpals)
Terdiri daripada 8 tulang dan berjenis pendek.
Tulang-tulang tersebut berada dalam keadaan
teratur dalam dua barisan dan membentuk
bahagian pergelangan tangan.
Tulang Tapak Tangan (Metacarpals)
Terdiri daripada 5 tulang yang membentuk
bahagian tangan. Tulang-tulang ini berbentuk
panjang dan tiap-tiap satu mempunyai aci dan
dua hujung.
(i) Tulang Jari (Phalanges )
Tulang jari terdiri daripada 14 tulang iaitu 3
tulang setiap satu pada jari telunjuk, jari
hantu, jari manis dan jari kelingking serta 2
tulang pada ibu jari.
(j) Tulang Pelvis
Terdiri daripada tulang-tulang seperti tulang
papan punggung (inomina), tulang ruas
punggung (sakrum), tulang pelana ( isikium)
dan tulang ari-ari (pubis ) yang bertaup
menjadi satu.


sakrum
Tulang Anggota Bawah
Tulang anggota bawah ini terdiri daripada
tulang-tulang berikut:
- Tulang peha (femur)
- Tulang Tempurung lutut (Patella)
- Tulang Kering (Tibia)
- Tulang betis (Fibula)
- Tulang pergelangan kaki(Tarsals)
- Tulang tapak kaki (metatarsals)
- Tulang jari kaki( Phalanges)
TERIMA KASIH

You might also like