You are on page 1of 4

1.

Maksud sejarah yang paling tepat ialah


A Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
A Buku
B Ucapan
C Akhbar
D Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai
A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
A Mengetahui cerita seseorang
B Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
C Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?
A Pengenalan diri seseorang
B Dokumen berkaitan orang lain
C Keterangan tentang diri dan keluarga
D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas terdiri daripada
A datuk, nenek dan sepupu
B ibu saudara, abang dan kakak
C ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D ayah, ibu dan anak-anak

7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
A Adik
B Along
C Angah
D Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
A Guru
B Murid
C Kerani
D Guru Besar

10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
A Sesuatu yang hendak dicapai
B Lambang kebanggaan sekolah
C Wawasan atau berpandangan jauh
D Langkah untuk mencapai kejayaan


11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Membuang sampah merata-rata
B Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D Menconteng dinding sekolah


13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat
tinggal?
A Mengharapkan pujian orang lain
B Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
C Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut
16. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
A Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
B Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
C Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
D Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan

17. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

18. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV Asia
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV



19. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
A kejadian banjir
B pencairan air batu
C pergerakan glasier
D kenaikan paras air laut

20. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman
Air Batu
A lima
B enam
C tujuh
D lapan

You might also like