You are on page 1of 5

Mulia anak sempena akhlak,

Mulia tua sempena agama,


Mulia bangsa berbudi bahasa,
Mulia majlis terbit atur cara.

Hadirin-hadirat sekalian, bagi memulakan majlis kita pada pagi
yang indah ini, marilah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri Perak dan Lagu Gemilang Sk Pos Dipang. Hadirin-hadirat
sekalian diminta berdiri.
( Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Gemilang
Sk Pos Dipang)

Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka bicara.
Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak aman
Jaya.

Yang berusaha En. Zul Safaruddin Bin Mat, guru besar SK Pos
Dipang, Cik Roziawaty binti Mohd Sayuty, guru kanan pentadbiran SK
Pos Dipang,
Encik Khairul Anuar bin Khalid, guru kanan Hal Ehwal murid Sk Pos
Dipang,
En. Francis a/l Vedamuthu, guru kanan Kokurikulum,
Encik Apa a/l Bengal, Yang Dipertua PIBG SK Pos Dipang,
Pn. Salmi a/p Kupan, NYDP Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru SK Pos
Dipang Penghulu kampung Pos Dipang dan ibu bapa yang disayangi
sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan kesyukuran kerana kita
dapat berkumpul bersama-sama pada pagi yang mulia ini untuk
menjayakan taklimat sarana ibu bapa dan hari Temu bincang bagi
peperiksaan penggal 1 yang telah diadakan pada bulan Mei yang lalu.

Tuan-tuan dan puan-puan sekali, kehadiran tuan-tuan dan puan-
puan sekalian pada pagi yang mulia ini amat dialu-alukan oleh pihak
sekolah kerana pihak sekolah terlebih dahulu akan memberikan serba
sedikit taklimat mengenai sarana ibu bapa sebelum melaksanakan hari
temu bincang bagi peperiksaan penggal 1 2014.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sarana ibu bapa merupakan
salah suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-anak sama ada di dalam dan di luar
sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara Malaysia yang
tercinta.

Tanpa melengahkan masa dengan ini majlis mempersilakan tuan
guru besar SK Pos Dipang bagi memulakan ucapan dan memberi
taklimat ringkas mengenai sarana ibu bapa 2014, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar. Seterusnya,
majlis dengan sukacitanya menjemput Cikgu Azizul Yaacob selaku
___________________bagi sarana ibu bapa untuk menyampaikan
taklimat beliau. Dipersilakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, selesailah sudah taklimat
sarana ibu bapa pada pagi ini. Semoga taklimat ini dapat memberi ilmu
dan manfaat kepada kita semua dalam mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang sempurna dan cemerlang demi negara yang gemilang. Majlis
akan berhenti untuk kudapan sebelum kita meneruskan majlis yang
seterusnya iaitu Hari Temu Bincang.

Dengan ini, majlis menjemput hadirin sekalian untuk menikmati
kudapan yang disediakan. Dipersilakan.

Salam sejahtera dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang
masih setia meneruskan majlis yang seterusnya.

Sebelum kita mulakan sesi temu bincang, terlebih dahulu majlis
akan diteruskan dengan memberi penganugerahan Kecemerlangan
Akademik bagi peperiksaan PKSR 1/ 2014. Anugerah ini diadakan bagi
menyuntik semangat ketekunan yang ditunjukkan dalam peperiksaan
PKSR 1/ 2014. Diharap semoga dengan adanya anugerah seperti ini
maka murid-murid akan menunjukkan kesungguhan dan ketekunan
untuk menghadapi peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 dan
PKSR 2 iaitu peperiksaan akhir tahun bagi murid-murid yang lain.

Majlis dengan hormatnya majlis menjemput tuan YDP PIBG, Encik
Apa a/l Bengal bagi menyempurnakan penganugerahan Kecemerlangan
Akademik kepada murid-murid. Majlis dimulakan dengan
penganugerahan kedudukan terbaik dalam kelas kepada murid-murid
tahap 1.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 1, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 2, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 3, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Anugerah seterusnya diberikan kepada murid-murid yang
memperolehi pencapaian terbaik dalam kelas pemulihan.
Bagi murid tahap 1, dijemput ______________________________
dari kelas tahun 2 Satria dan _______________________dari kelas
tahun 3 wira.
Seterusnya murid tahap 2, dipersilakan ______________________
dari kelas tahun 4 wira dan _______________________juga dari kelas 4
Wira.

Terima kasih atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Majlis
seterusnya menjemput Tuan guru besar SK Pos Dipang, Encik Zul
Safaruddin Bin Mat untuk menyampaikan anugerah kecemerlangan
akademik bagi murid-murid tahap 2. Dipersilakan.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 4, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 5, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Bagi kedudukan terbaik dalam kelas tahun 6, tempat ketiga
dianugerahkan kepada ___________________, tempat kedua
___________________ dan tempat
pertama_______________________.

Maka berakhirlah majlis penyampaian hadiah kita pada pagi ini.
Dengan ini, majlis akan bersurai dan menjemput tuan-tuan dan puan-
puan untuk menjayakan hari temu bincang bersama guru kelas anak-
anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian di meja yang sediakan mengikut
kelas masing-masing. Dipersilakan. Sekian, terima kasih.

You might also like