You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ANNAU

PANDUAN KESELAMATAN , KEBERSIHAN DAN PERATURAN DI KELAS.



1. Pelajar diwajibkan untuk meminta kebenaran guru atau memaklumkan
kepada ketua kelas terlebih dahulu sekiranya hendak keluar dari kelas ke
tandas, bilik guru dan lain-lain.
2. Dilarang merayau-rayau, berkelakuan tidak sopan dan ponteng sekolah.
3. Dilarang meludah di merata tempat.
4. Dilarang membuat bising, berkejaran atau makan dalam kelas.
5. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada ketika waktu rehat.
6. Digalakkan menghias kelas dengan alat-alat pembelajaran yang menarik,
sesuai dan dapat membantu dalam proses pembelajaran.
7. Pastikan plan laluan kecemasan dipamerkan di dalam kelas.
8. Peraturan keselamatan sekolah harus dipatuhi sewaktu berlaku kebakaran
atau kecemasan.
9. Dilarang membawa benda tajam dan bahaya ke sekolah.
10. Elakkan pembaziran dan gunakan lampu serta kipas pada masa yang
diperlukan sahaja. Tutup suis sebelum meninggalkan kelas.
11. Laporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak sebarang perbuatan
yang mencurigakan atau cubaan merosakkan harta benda sekolah.
12. Laporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku kecemasan,
kehilangan dan kecurian untuk tindakan selanjutnya.
13. Susun kerusi meja dengan teratur dan kemas bagi mengelakkan
kemalangan.
14. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa
mendapat kebenaran daripada guru besar atau guru penolong kanan.
15. Ketua darjah dan penolong hendaklah membantu mengawal disiplin di
dalam bilik darjah dan hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar atau
Guru Penolong Kanan dengan segera jika guru tiada di dalam bilik darjah.
16. Murid-murid hendaklah berjalan dengan teratur sewaktu hendak pergi dan
balik dari dewan makan / tapak perhimpunan / bilik-bilik khas dan lain-lain.
17. Tidak dibenarkan menconteng, mengoyak, merosak atau menurunkan
carta, gambar, lukisan atau hasil karya murid dan sebagainya yang
dipaparkan di papan kenyataan bilik darjah.



LETS MAKE IT GREAT






























Tiap-tiap murid murid dikehendaki patuh kepada peraturan berikut
serta bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menjaga nama baik
sekolah serta meninggikan disiplin.
l. PENTADBIRAN
a)Murid-murid dikehendaki berada disekolah 10 minit sebelum
loceng dibunyikan.
b)Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan hanya
boleh masuk ke kelas apabila guru berada bersama.
c)Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah
seorang diri atau dengan orang luar sebelum waktu balik. Ibu bapa
yang ingin membawa anak-anak mereka balik mesti memberitahu
guru kelas, Guru Penolong Kanan dan menandatangani buku "Murid
Pulang Awal" yang disediakan di Pejabat.
d)Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab
tertentu hendaklah memberitahu guru kelas dengan membawa
surat akuan doktor atau surat alasan ibu bapa / penjaga.
e)Murid-murid yang tidak sihat dilarang datang ke sekolah.
2. PEMBELAJARAN
a)Murid-murid mesti menunjukkan sikap yang positif dalam
pelajaran mereka.
b)Semua kerja-kerja rumah hendaklah disiapkan dirumah.
c)Murid-murid mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang
tenang dan berdisiplin setiap masa.
d)Murid-murid yang berpindah kelas mesti beratur dan bergerak
dengan cepat, senyap dan berdisplin.
3. SIKAP DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR
a)Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru,
pengawas-pengawas dan pekerja-pekerja sekolah.
b)Murid-murid mesti mengamalkan budi bahasa yang baik di
antara satu dengan lain dengan cara mengucapkan
Assalammualaikum / Selamat Sejahtera / Selamat Pagi kepada
guru-guru, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang menolong atau
memberi sesuatu.
c)Murid-murid mesti mengamalkan sikap sedia berkhidmat atau
memberi pertolongan kepada guru-guru, pekerja-pekerja dan
rakan-rakan.
d)Murid-murid mesti menjaga harta benda sekolah supaya tidak
rosak, hilang dan pecah.
e)Jimatkan air dan elektrik supaya jangan membazir.
f)Murid-murid mesti berbaris ketika membeli barang-barang
makanan di kantin, masuk ke bilik darjah atau ketika menaiki bas
4. AKADEMIK
a)Hanya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh digunakan di
dalam pertuturan harian di sekolah.
b)Murid-murid yang tidak sihat hendaklah memberitahu guru
pendidikan jasmani supaya boleh dikecualikan daripada mengambil
bahagian.
5. KOKURIKULUM
a)Murid-murid Tahap 2 dikehendaki mengambil bahagian dalam
satu gerakerja persatuan, satu kelab dan satu pasukan pakaian
seragam.
b)Kedatangan murid adalah wajib.
c)Setiap murid adalah dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan
yang diambilnya.
6. TATATERTIB MURID
a)Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
b)Murid-murid diwajibkan memakai kasut kanvas dan bertapak
getah dan berwarna putih. Sarung kaki hendaklah yang pendek dan
berwarna putih.
c)Murid-murid hendaklah memakai lencana sekolah pada baju
mereka.
d)Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas dan
fesyennya hendaklah sesuai dengan pelajar sekolah.
e)Murid-murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti
gelang, rantai, loket, subang dan cincin.
f)Murid-murid hendaklah berkuku pendek dan bersih. Tidak
dibenarkan mewarnakan kuku.
g)Hanya reben berwarna biru tua atau putih boleh dipakai.
h)Subang dibenarkan kepada murid-murid perempuan sahaja.
Ukurannya tidak melebihi garis lintang 1 cm.
7. TATATERTIB SEMASA DI DALAM BILIK KELAS
a)Murid-murid mestilah sentiasa senyap, berdisiplin dan bersedia
untuk belajar.
b)Keluar masuk kelas dilarang semasa ketiadaan guru.
c)Kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama. Kebersihan
sekitar kerusi dan meja dijaga oleh murid yang duduk disitu.
d)Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah bila
murid-murid pada masa itu perlu berada di kelas lain.
e)Lima minit sebelum loceng akhir berbunyi, murid-murid
hendaklah bersihkan meja masing-masing, kelas dan bakul sampah.
Pastikan kipas ,lampu, tingkap dan pintu ditutup.
8. TATATERTIB SEMASA REHAT DI KANTIN
a)Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik-bilik darjah
pada waktu rehat.
b)Murid-murid wajib beratur dengan senyap dan tidak berebut-
rebut ketika membeli makanan dan minuman di kantin.
c)Dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin.
d)Selepas makan / minum, murid-murid dikehendaki meletakkan
pinggan / mangkuk / gelas dan lain-lain di tempat yang disediakan.
e)Buang semua sampah (sisa makanan dan pembungkus makanan)
dalam tong sampah.
f)Makanan dan minuman boleh dibeli hanya pada waktu rehat,
waktu sebelum persekolahan dan selepas sekolah.
9. TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS
a)Murid-murid tidak digalakkan menggunakan tandas kecuali waktu
rehat, sebelum sekolah bermula dan waktu persekolahan berakhir.
b)Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.
c)Tutup paip air sebaik sahaja digunakan.
d)Murid perempuan dilarang membuang tuala wanita di dalam
tandas. Tuala wanita yang sudah digunakan hendaklah dibungkus
dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
e)Dilarang membuat bising di dalam tandas.
10. KESELAMATAN
a)Jika berlaku kemalangan / kecurian di kawasan sekolah perlu
dilaporkan dengan segera kepada Guru Kelas / Guru Besar / P.
Kanan / Guru yang bertugas.
b)Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan berhenti di tengah-
tengah pintu pagar sekolah supaya tidak mengganggu lalulintas.
c)Kereta ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak dari
sekolah tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah kecuali
pada hari hujan sahaja.
d)Kenderaan tidak boleh diletak sepanjang bahu jalan berhadapan
dengan pagar sekolah.
e)Murid-murid tidak dibenarkan memakai barang kemas kecuali
jam tangan.
f)Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak.
g)Murid-murid dilarang berlari di kawasan sekolah kecuali di
padang sekolah.
11. HARTA BENDA SEKOLAH
a)Murid-murid hendaklah mejaga harta benda sekolah dengan
sebaik-baiknya dan bertanggungjawab mengganti harta benda
sekolah yang dihilangkan atau dirosakkan.
b)Segala benda yang rosak / pecah hendaklah dilaporkan kepada
guru bertugas.
c)Murid-murid tidak dibenarkan menconteng perabot, papan
kenyataan atau dinding sekolah.
d)Kerusi / meja tidak boleh dipindahkan dari suatu tempat kecuali
dengan kebenaran.
e)Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan boleh digunakan
semasa rehat, sebelum sekolah bermula dan selepas waktu
persekolahan sahaja.

You might also like