You are on page 1of 8

http://aniza3046.wordpress.

com/ict-dalam-
pendidikan/teknologi-maklumat-dalam-
pendidikan/mobile-learning/

Mobile Learning
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KOD KURSUS:GGGE 6543
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TAJUK:
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
ANIZA BINTI AHMAD (P 63766)
PENSYARAH:
PROF.MADYA DR. NORIZAH @NORAZAH BINTI MOHD NORDIN
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI MALAYSIA
(MOBILE LEARNING EDUCATION IN MALAYSIA)
1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi dan telekomunikasi dekad ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap pembangunan
negara malah memberi kesan terhadap dunia pendidikan pada hari ini. Perkembangan teknologi dan telekomunikasi yang begitu
pantas dan bersifat global telah membawa satu transformasi baru dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan hari ini tidak lagi
bersifat konvensional malah berada di luar kotak dan menjangkau jauh ke hadapan serta dikelilingi persekitaran yang lebih
terarah kepada teknologi maklumat dan telekomunikasi(TMK) atau Information and Communitation Techonology (ICT).
Teknologi maklumat telah membawa perubahan yang dinamik dalam dunia pendidikan. Pendidikan telah diterima sebagai asas
kepada pembangunan ekonomi di alaf baru ini kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan dan
mempunyai bermoral. Pendidikan adalah satu proses yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga mempunyai
perbezaan pencapaian dalam proses pembelajaran. Oleh itu , pihak kerajaan akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
pendidikan untuk menghasilkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan diri setiap pelajar.
Perkembangan teknologi terkini, terutama dalam bidang teknologi maklumat mempunyai kesan yang besar kepada cara hidup
kita , termasuk dalam bidang pendidikan.
Teknologi maklumat terkini dapat membantu guru, pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak
langsung , teknologi komputer telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan di Malaysia. Baru-baru ini ,
perkembangan drastik dalam teknologi mudah alih telah menghasilkan satu revolusi baru dalam bidang pendidikan. Teknologi
mudah alih berkembang pesat di mana sebanyak 4 bilion pengguna telefon mudah alih di seluruh dunia telah direkodkan pada
pertengahan 2011. Menurut DigitalBuzz (2011) , 57% daripada penduduk dunia atau 1.08 bilion pengguna mempunyai pembantu
digital peribadi (PDA).
Perkembangan global semasa pada hari ini, telah membuka lebih banyak peluang kepada pendidik untuk merancang dan
melaksanakan pengajaran berasaskan ICT. Kemajuan teknologi mudah alih terutamanya telah membuka pelbagai peluang kepada
pelajar-pelajar untuk membantu mereka berhadapan dengan persekitaran pembelajaran yang kompleks dan mencabar pada dekad
ini. Hal ini kerana tidak dinafikan bahawa penggunaan bahan-bahan dan peralatan yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat membantu pelajar dalam membuat keputusan yang lebih bermakna. Menurut Kenning (2007), kesan ICT
dalam pendidikan telah terbukti dalam pelbagai kajian kerana dapat memjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik, memotivasi serta bermakna. Kemajuan teknologi tidak lagi dianggap asing dalam dunia pendidikan dan kini dunia
pendidikan telah melangkau setapak ke hadapan dengan mengimplementasi teknologi mudah alih dalam bidang pendidikan.
Teknologi mudah alih dalam pembelajaran telah mula menarik minat para pendidik untuk mengadaptasikan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemilik teknologi mudah alih seperti telefon bimbit mudah alih semakin
meningkat terutama dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Supyan,Mohd Radzi &et.al(2013), pendidik harus melihat jauh
ke hadapan untuk mengintegrasikan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih dalam program akademik di Institusi
Pengajian Tinggi. Dalam kajiannya menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah biasa dengan penggunaan teknologi
komputer, mereka sangat mengalu-alukan penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan.
2.0 PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH
(MOBILE LEARNING)
Teknologi mudah alih dalam pembelajaran atau Mobile Learning merupakan satu konsep baru dalam proses pembelajaran.
Pembelajaran mudah alih boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama seperti formal, tidak formal dan juga directed atau self-
directed (Brink , 2011). Pembelajaran Normal meliputi pembelajaran terkawal melalui pemberitahuan dan peringatan seperti
sistem pesanan ringkas. Perisian juga dikategorikan sebagai pembelajaran formal. Strategi pembelajaran tidak formal akan
meliputi pertukaran mesej dua hala dan hubungan interaktif.
Menurut Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya menyatakan Mobile Learning sebagai
penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar menggunakan peranti pengkomputeran mudah alih. Pernyataan ini
disokong oleh Yakub dan Ishak(2008) yang menjalankan kajian berkaitan persepsi terhadap pembelajaran mudah alih
menjelaskan penggunaan peranti mudah alih dalam kalangan pelajar universiti merupakan satu cara untuk menjadikan
pembelajaran sesuatu subjek lebih menarik dan berkesan.
Terdapat pelbagai peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi mudah
alih. Setiap peranti mempunyai fungsi teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan yang berbeza antara satu sama lain.
Antara alat peranti mudah alih yang digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran teknologi mudah alih ialah:
Telefon bimbit pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh berkomunikasi melalui teks dan grafik.
Notebook dan Netbook fizikal kecil dan ringan dan mampu beroperasi seperti PC. Ia juga menyokong teknologi tanpa wayar.
PDA alat kecil yang berfungsi sebagai pembantu peribadi digital bersaiz kecil.
Telefon Smart menggabungkan telefon bimbit dan fungsi PDA dan sokongan aplikasi perisian mudah alih termasuk akses
internet dan aplikasi multimedia.
Dengan adanya teknologi mudah alih ini, pelbagai kaedah pembelajaran boleh diaplikasi bagi mencipta inovasi pembelajaran
dalam komuniti yang lebih meluas, dapat menghubungkan kalangan masyarakat dalam dunia nyata dan maya serta untuk
menyediakan kepakaran yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat ( Sharple , 2007) . Zoraini Wati
Abas et.al(2009) menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih mempunyai potensi besar untuk
disepadukan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pernyataan ini disokong oleh Norazah Nordin et
al.(2010:1) yang melaporkan bahawa 120 orang pelajar pasca siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil
bahagian dalam kaji soal selidik, bersetuju bahawa telefon bimbit telah berjaya meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajiannya juga menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran menggunakan teknologi mudah
alih merupakan cara yang berkesan untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping berkesan memupuk interaksi. Pernyataan
ini juga disokong oleh Issham Ismail et al.(2010), di mana dalam kajiannya mendapati kebanyakan responden berpuas hati
dengan pembelajaran teknologi mudah alih.
3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH
Teknologi Mudah Alih atau Mobile Learning ( M -Learning ) merupakan satu konsep baru dalam proses pembelajaran yang
menekankan keupayaan untuk memudahkan proses pembelajaran tanpa terikat kepada situasi atau persekitaran proses
pembelajaran berlaku. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau netbook,
PC tablet dan telefon pintar. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan penerimaan dan kecenderungan yang tinggi
yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar berdasarkan keputusan kajian. Dari hasil kajian , pelajar bersedia untuk menggunakan
teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran dan mereka mempunyai persepsi yang positif dan kesedaran kepada teknologi
mudah alih dan akan menggunakan elemen-elemen dalam teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran untuk meningkatkan
prestasi dan minat mereka dalam pembelajaran. Pelbagai kajian perlu diteruskan untuk membangunkan idea serta mewujudkan
teori asas, reka bentuk, jenis mobile pembelajaran dan aktiviti yang berhubung kait dengan teknologi mudah alih. Hal ini kerana
menggunakan kaedah pembelajaran mudah alih boleh meningkatkan minat pelajar , tumpuan pembelajaran dan prestasi pelajar .
Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi berlaku di tempat-tempat yang tidak bergantung kepada rangkaian, melayari Internet
secara bebas, dan boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Penggunaan telefon bimbit meningkatkan akses kepada
pendidikan dan memudahkan perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyokong sebahagian besar proses
pembelajaran. Kemudahan ini membolehkan pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari oleh mereka dari satu
situasi biasa kepada situasi yang berbeza. Perkembangan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet serta kemajuan dalam
teknologi wayarles telah meningkatkan potensi pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih untuk menjadi alat yang
berkesan bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Hung dan Khine(2006,p.9) dalam kajiannya menyatakan akan
pentingnya pendidik untuk menghubungkaitkan pembelajaran dengan teknologi baru dan terkini. Mereka bertanggapan bahawa
Penglibatan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan adanya penggunaan teknologi.
Kebanyakan pelajar pada hari ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit atau lain-lain telefon bimbit. Pernyataan
ini disokong oleh Supyan, Mohd Radzi,Zaini Amir &et.al(2013), yang memetik dalam kajiannya tentang laporan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun 2008 berkenaan pengguna utama rangkaian telefon mudah alih terdiri
dalam kalangan mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun. Lebih daripada separuh (56.4%) daripada 28000
responden ialah lelaki dan selebihnya (43.6%) ialah kalangan pengguna perempuan. Selain itu Media Digital seluruh Asia pula
melaporkan, pada tahun 2009 terdapat 100.8 buah telefon bimbit adalah milik bagi setiap 100 orang rakyat di Malaysia.
Hakikatnya, ini menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Langganan 3G
Malaysia juga meningkat dengan ketara daripada 427 langganan pada tahun 2006 meningkat kepada 4366 pada tahun 2008.
Peningkatan jumlah ini menunjukkan juga peningkatan pemilik telefon mudah alih. Justifikasinya, perlu bagi kalangan pendidik
untuk mengkaji kemungkinan untuk mengintegrasikan pembelajaran teknologi mudah alih dalam pendidikan di Malaysia.
Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya menyatakan Mobile-Learning merupakan
penyampaian kandungan pembelajaran jarak jauh. Mobile pembelajaran ini merupakan satu peringkat baru dalam pembelajaran
yang menghasilkan pengalaman pada bila-bila masa dan di mana sahaja proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran merupakan
satu proses di mana seorang pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Hasil pembelajaran perlu diukur untuk
memastikan proses pembelajaran telah berlaku. Guru sebagai fasilitator, ditambah dengan pengunaan bahan bantu mengajar
seperti LCD, bahan-bahan bacaan dan nota serta alat-alat komunikasi, akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik dan berkesan terhadap pemahaman pelajar itu sendiri seterusnya membantu pelajar untuk mencapai hasil
pembelajaran yang diharapkan.
Penggunaan teknologi mudah alih dalam pembelajaran merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran. Peralatan mudah alih seperti telefon bimbit atau tablet merupakan sebahagian peralatan untuk membantu
meningkatkan proses pembelajaran. Penggunaan seperti telefon pintar akan menjadikan pembelajaran menggunakan teknologi
mudah alih ini lebih berkesan. Telefon pintar ini bukan sahaja memberi kemudahan untuk berkomunikasi, tetapi juga boleh
digunakan untuk membuat dokumen, membaca data fail dan mengakses internet. Selain telefon pintar, tablet atau ipad
merupakan teknologi terkini yang lebih inovatif membenarkan aplikasi bersepadu antara sistem pengkomputeran dan
komunikasi. Teknologi ini memberikan cara yang lebih mudah untuk menerima e-mel, mesej dalam bentuk multimedia atau teks,
menerima nota kuliah dan menggunakan video dalam format 3G. Mereka boleh mencari maklumat di internet, mensintesis
maklumat dan membina maklumat untuk menjadikannya sebagai pengetahuan yang lebih bermakna. Hal ini akan menjadikan
proses pembelajaran lebih bersifat global dan berada di luar kotak pemikiran pelajar (Supyan, Mohd Radzi, Zaini Amir
&et.al,2013). Kenyataan ini disokong oleh Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013), dalam kajiannya
menyatakan bahawa penggunaan mobile-pembelajaran menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang diperoleh pada bila-
bila masa dan di mana-mana sahaja pembelajaran berlaku. Penggunaannya akan memberikan pengalaman pendidikan yang
sangat berbeza. Keadaan ini boleh merubah sistem pendidikan konvensional yang berasaskan bilik darjah kepada pendidikan
yang lebih kreatif dan bermotivasi serta memberikan pengalaman dalam pembelajaran pelajar.
Pelajar menjadi lebih aktif dan inovatif dalam aktiviti pembelajaran kerana mereka boleh mengakses maklumat secara meluas
melalui internet serta memiliki tahap celik teknologi yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Issham Ismail et al.(2010b)
melaporkan pelajar mudah memperoleh maklumat yang diperlukan oleh mereka pada bila-bila masa sahaja melalui pembelajaran
menggunakan teknologi mudah alih. Hasil dapatan kajian juga mendapati para pelajar mendakwa bahawa kandungan sistem
pesanan ringkas(SMS) yang diterima oleh mereka melalu telefon mudah alih sangat mudah untuk diingati oleh mereka. Mereka
mahu pembelajaran interaktif, berpusatkan pelajar , saling kerjasama dan saling memenuhi keperluan serta permintaan.
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan serta teknologi mudah alih berupaya memainkan peranan
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut DePan (2010), pelajar cenderung untuk melakukan
perkara berikut melalui pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih:
Bebas dan membina maklumat mereka sendiri dan pengetahuan.
Boleh bekerja dengan cara kerjasama.
pembelajaran selesa daripada pelbagai sumber maklumat.
Dapat belajar dalam ruang bebas dan sentiasa berhubung.
Mengisi pelbagai tugas (multi -tasking ) sekali gus.
Sentiasa mencari maklumat menggunakan peralatan seperti telefon bimbit dan komputer riba.
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri amalan yang berkesan pembelajaran dalam abad ke-21 yang menekankan
ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru-guru (Law et al. , 2002). Hasil kajian telah mendapati bahawa pelajar menunjukkan sikap
yang lebih positif di mana mereka dapat berfikir secara kritis, belajar kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan Internet,
boleh belajar daripada komuniti mereka dengan idea saling menghormati antara satu sama lain dan belajar daripada pelbagai
sumber.
4.0 PERBANDINGAN PEMBELAJARAN BIASA DENGAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI MUDAH ALIH (MOBILE LEARNING)
Menurut Shahan Ahmad Chowdry,Waqas Khalid,Jadual, Haslina Arshad(2013) menyatakan penggunaan teknologi mudah alih
dalam pembelajaran memberikan pengalaman berbeza kerana kaedah ini berupaya menukar kaedah pembelajaran yang yang
berasaskan bilik darjah tradisional kepada kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan bermotivasi. Berikut menunjukkan
beberapa perbezaan di antara gaya pembelajaran biasa dan pembelajaran menggunakan teknik mudah alih ( Devinder dan Zaitun ,
2006) :
4.1 Gaya Pembelajaran Biasa
Lebih terarah kepada penilaian individu.
Projek kumpulan
Perbincangan kumpulan dan pembentangan projek akan dilakukan melalui kuiz dan tutorial.
Pelajar-pelajar akan pergi ke kelas atau dewan kulian
Pelajar akan berinteraksi secara bersemuka dan membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan.
Menggunakan kaedah kapur dan bercakap ketika menyampaikan maklumat.
4.2 Pembelajaran Menggunakan Teknologi Mudah Alih
Menggunakan elemen multimedia dalam menyampaikan maklumat dan menerima maklum balas dalam talian.
Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Pelajar boleh mendapatkan nota dengan cepat tanpa menyalin di papan hitam.
Terdapat pelbagai fungsi peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam pembelajaran. Setiap peranti mempunyai fungsi
teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan yang berbeza. Antara fungsi peralatan mudah alih yang digunakan dalam
pembelajaran ialah:
Telefon bimbit pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh berkomunikasi melalui teks dan grafik.
Notebook dan Netbook fizikal kecil dan ringan dan mampu beroperasi seperti PC. Ia juga menyokong teknologi tanpa wayar.
PDA alat kecil yang berfungsi sebagai pembantu peribadi digital bersaiz kecil.
telefon Smart menggabungkan telefon bimbit dan fungsi PDA dan sokongan aplikasi perisian mudah alih termasuk akses
internet dan aplikasi multimedia.
5.0 TEKNOLOGI MUDAH ALIH DALAM PEMBELAJARAN DI
MALAYSIA
Pembelajran menggunakan teknologi mudah alih telah diserap dalam senario pendidikan di Malaysia meskipun masih di
peringkat awal. Kajian yang telah dijalankan di beberapa universiti dan kolej di Malaysia telah membuktikan bahawa penerimaan
dan kecenderungan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang menggunakan peranti mudah alih dalam Pembelajaran
berdasarkan keputusan kajian. Menggunakan kaedah pembelajaran M -Learning boleh meningkatkan minat pelajar , tumpuan
pembelajaran dan prestasi pelajar boleh diperbaiki ( Isham et al. , 2011) , ( Irwan dan Norazah , 2011) , ( Issham et al. , 2010)
seperti yang telah diamalkan di negara-negara lain seperti Amerika. Di Malaysia , kaedah pembelajaran menggunakan teknologi
mudah alih masih berada di peringkat awal. The Ambient Insighit Komprehensif (2011), melaporkan Malaysia berada
dikedudukan ke-9 di peringkat global bagi tempoh tahun 2010-2015 .
Amerika Syarikat, Kanada , Britain , Australia ( Schmeeckle , 2003) dan Eropah ( Conole et al. , 2002 ) serta negara-negara Asia
yang lain ( Kaur dan Ahmed , 2006) mengatakan negara-negara tersebut telah mengamalkan pembelajaran menggunakan
teknologi mudah alih.. Penilaian berterusan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajar juga boleh dilaksanakan dengan sewajarnya.
Penggunaan telefon bimbit adalah sangat penting di mana maklumat boleh disampaikan pada bila-bila masa dan di mana-mana
tempat ( Hiramatsu et al. , 2012). Telefon bimbit adalah alat yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
institusi pendidikan. Komuniti di Malaysia telah mula menerima idea mengenai penggunaan telefon bimbit dalam pendidikan.
Terdapat beberapa sekolah yang telah mula menggunakan telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Malaysia juga telah menjalankan kajian rintis ke atas pelaksanaan melalui kajian Penggunaan I-Phone dalam Pembelajaran
Maya (Utusan , 2011). Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Malaysia mempunyai telefon mudah alih dan
membolehkan mereka melayari dan mencari maklumat melalui pembelajaran yang dilaksanakan . Perubahan dalam pendidikan
terutama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia tidak mudah seperti yang dijangkakan tanpa sebarang
halangan dan cabaran. Ia akan mengambil kira senario ekonomi , sosial dan politik yang secara tidak langsung akan memberi
kesan kepada sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, mengikut keadaan ekonomi semasa, penggunaan telefon bimbit
telah meningkat secara mendadak di negara ini terutama dengan bilangan telefon pintar di pasaran yang meningkat (Suruhanjaya
Multimedia 2012 dan Komunikasi Malaysia) memberikan satu petunjuk yang positif tentang peluang untuk melaksanakan
pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih di Malaysia. Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:
keperluan pembelajaran Tinggi.
inisiatif sendiri untuk mencari maklumat.
infrastruktur pembelajaran Mobile.
proses pembelajaran Interaktif.
Menentukan aktiviti-aktiviti penerangan.
maklumat pembelajaran Bersepadu.
Selain itu pendidikan berasaskan teknologi mudah alih memerlukan reka bentuk dan model yang tersendiri. menentukan masa
pembelajaran mereka sendiri dan menyediakan satu pendekatan baru untuk pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Chen dan
Kinshuk (2005), perkhidmatan pendidikan berdasarkan teknologi mudah alih adalah sumber pembelajaran mudah alih dan boleh
diakses oleh pelajar-pelajar tanpa mengira masa dan tempat.
Reka bentuk pendidikan berasaskan teknologi mudah alih mestilah dinamik , mudah berskala dan boleh digunakan pada setiap
masa dan tempat. Kesimpulannya , reka bentuk pendidikan berasaskan teknologi mudah alih boleh disesuaikan oleh pengguna
pada setiap masa dan keadaan.
6.0 KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DALAM
PENDIDIKAN
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah terbukti berkesan di negara-negara lain dan kini telah mula diperkenalkan
di Malaysia. Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi telah mengintegrasikan teknologi mudah alih dalam kurikulum
pengajaran mereka. Nota-nota boleh dikongsi dengan adanya peranti mudah alih seperti telefon bimbit dan telefon pintar dalam
kalangan pelajar. Mereka tidak perlu duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat turun nota. Mereka boleh menggunakan
internet yang disediakan melalui telefon bimbit atau menggunakan infrastruktur tanpa wayar yang disediakan oleh fakulti atau
jabatan untuk memuat turun nota di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa . Sebelum ini, kuiz hanya boleh
dilakukan di dalam kelas , tetapi kini pelajar boleh mengambil kuiz mereka pada bila-bila masa . Pensyarah boleh memasukkan
soalan dan menetapkan masa untuk menjawab soalan kuiz. Perisian untuk kuiz ini boleh didapati dengan mudah dan juga boleh
dihasilkan oleh pensyarah menggunakan teknik pengaturcaraan yang mudah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh
Triantafillou et al. (2006) untuk ujian dan peperiksaan yang dijalankan melalui peranti mudah alih dalam pendidikan mendapati
bahawa penilaian yang dibuat adalah lebih berkesan dan cekap.
Selain itu pelajar boleh mendapatkan markah mereka melalui peranti mudah alih secara nyata. Melalui aktiviti pembelajaran,
pelajar menggunakan teknologi mudah alih, fleksibiliti dan kawalan yang diberikan kepada pelajar. Pelajar diberi fleksibiliti
untuk menyerahkan tugasan, kuiz , memuat turun nota, berbincang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut
perspektif yang lebih luas berdasarkan keperluan mereka dan keperluan semasa.
Oleh sebab setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza, pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih adalah sebagai
satu motivasi bagi mereka untuk meningkatkan prestasi pencapaian dalam pendidikan secara berterusan. Hakikatnya kemudahan
peranti mudah alih akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah kerana semua maklumat yang berkaitan boleh
dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Kemudahan ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelajar dan pensyarah untuk
menetapkan jadual harian mereka tanpa terikat pada masa-masa tertentu
7.0 KESIMPULAN
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah mula memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Kewujudan
teknologi tanpa wayar mudah alih telah menjadikan inovasi ini satu realiti untuk dibangunkan dalam bidang pendidikan.
Fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar dan mendapatkan maklumat merupakan satu kepentingan menggunakan teknologi mudah
alih dalam pembelajaran. Dengan adanya teknologi canggih dan peranti mudah alih , pembelajaran menggunakan teknologi
mudah alih ini tidak sukar untuk diimplementasikan di negara kita dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing
dan dapat menguasai kemahiran generik pelajar seawal mungkin di sekolah. Bagi pelajar-pelajar dekad ini, mereka mempunyai
kesedaran untuk mengaplikasikan teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran dan bersedia untuk melaksanakannya pada
bila-bila masa . Faedah yang boleh diperolehi dengan penggunaan peranti mudah alih ini, boleh dijadikankan sebagai motivasi
dalam menjayakan kaedah pengajaran baru ini. Jadikannya sebagai elemen kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk
merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih di dalamnya. Di Malaysia, kita harus
merebut peluang yang ada dalam teknologi mudah alih untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai
kemahiran generik yang perlu ada dalam pelajar.
Rujukan
Brink J.2011. M-Learning the future of training techonology.ProQuest Educational Journal.
Chen, J. and Kinshuk. 2005. Mobile technology in educational services. Journal of Educational
Multimedia andHypermedia, 14(1): 91-109.
Conole, G., M. Hall and S. Smith. 2002. An evaluation of an online course for medical practitioners.
Journal of Educational Technology and Society, 5(3): 66-75.
DePAN, 2010. Dasar e-pembelajaran negara (depan) untuk institusi pengajian tinggi.
DigitalBuzz. 2011. Infographic: Mobile statistics, stats & facts 2011. (online). Available from
http://www.digitalbuzzblog.com/2011-mobile-statistics-stats-facts-marketing-infographic/.
Devinder, S. and A.B. Zaitun, 2006. Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian Online Journal of
Instructional Technology (MOJIT), 3(2): 26-42.
Ernisa Marzuki, (2013) Linguistic features in SMS apologies by malay native speakers. GEMA: Online
Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 179-192. ISSN 1675-8021
Gabarre, Serge and Gabarre, Cecile and Rosseni Din, and Parilah Mohd Shah, and Aida Abdul
Karim,(2013) Using mobile facebook as an LMS: exploring impeding factors. GEMA: Online
Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 99-115. ISSN 1675-8021
Isham, S., H, , M.A. I and Ramlee. M.. 2011. Teknologi mobil dalam pembelajaran modul seni reka di
politeknik port dickson. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam
Pendidikan Dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIE-TVT2011). Penang: pp: 506 511.
Issham, I., Thenmolli. G, P.P. Koh and Rozhan M.I., 2010. Satisfaction of distance learners towards
mobile learning in universiti sains malaysia. Malaysian Journal of Education Technology, 10(2).
Johnson, S.A. and M.L. Romanello, 2005. Generational diversity teaching and learing approaches.
Nurse Educator, 30(5): 212-216.
Irwan, M., I. and M.N. Norazah, 2011. Kesediaan pelajar politeknik terhadap pembelajaran mobil. In:
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT2011). Penang: pp: 506 511.
Kaur, A. and A. Ahmed. 2006. Open distance pedagogy: Developing a learning mix for the open
university Malaysia. California: Pfeiffer.
Kukulska, H., A.G. and J. Traxler, 2005. Mobile learning. A handbook for educator and trainers. New
York: Routedge Falmer.
Law, N., Y. Lee and A. Chow, 2002. Pracice characteristics that lead to 21st century learning outcomes.
Journal of Computer Assisted Learning, 18: 415-426.
Malaysian Communications and Multimedia Commission, 2012. Communication and multimedia: Pocket
book statistics q2 2012 (online). 22 26. Available from Journal of Asian Scientific
Research, 2013, 3(6):527-537
537
Rashidah Rahamat,Parilah m.Shah,Rosseni Din,Juhaida Abd Aziz.2011.Student rediness and perceptions
towards using mobile technologies for learning the English language literature component the
English teacher. GEMA: Online Journal of Language Studies,XL:69-81.
Shahan Ahmad Chowdbury,Waqas Khalid Obeidy,Haslina Arshad,BehrangParhizkar.2013.A mobile
augmented reality and multimedia application for mobile learning.International Journal of
Digital Content Techonology and its Applications,7:25-32.
Sharple, M. 2007. Big issues in mobile learning. Report of a workshop by kaleidoscope network of
excellence mobile learning initiative. Nottingham: The University of Nottingham.
Sharples, M., J. Taylor and G. Vavoula. 2007. A theory of learning for the mobile age. London: Sage
Publications.
Supyan Hussin,Mohd Radzi Manap,Zaini Amir &Pramela Krish.2012.Mobile learning readiness among
Malaysian students at higher learning institutes Asian Social Science. GEMA: Online Journal of
Language Studies,8(12):276-283
Triantafillou, E., E. Georgiadou and Economides A. A. 2006. The design and evaluation of a
computerized adaptive test on mobile devices. Science Direct 1319-1330.
Utusan, E., 2011. E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia. Utusan Melayu.

You might also like