You are on page 1of 21

ISL 15

MENGUMPUL DAN MENCARI BAHAN


TENTANG DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN(PIPP)DARIPADA PELBAGAI
SUMBER.
Dasar pendidikan negara sebelum merdeka
mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang
terasing di antara satu sama lain, iaitu sekolah
Inggeris, Melayu, Cina, India dan agama.
Sejak tahun 1946, British sedar satu sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan harus
diwujudkan bagi menyatukan masyarakat yang
berbilang kaum.
Kesedaran ini terbukti dalam Rancangan
Cheessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris
sebagai asas penyatuan sistem persekolahan.

Usaha-usaha telah dijalankan untuk menuju
ke arah penyatuan sistem pendidikan. Selepas
merdeka, usaha mewujudkan satu sistem
pendidikan kebangsaan diteruskan. Dasar
pendidikan kini lebih bertujuan membentuk
perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu
dasar pendidikan yang lebih baik adalah
penting bagi membentuk negara yang stabil,
bersatu-padu dan progresif.

LAPORAN ABDUL RAZAK 1957
Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah :-
Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama.
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan
untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi
pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam
Malaysia.

Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji
Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato Abdul
Razak bin Hussein. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan
Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan
Laporan Razak:

1. Sekolah rendah
i. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina
dan Tamil sebagai bahasa pengantar.

ii. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.

iii. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang
mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin
belajar.

iv. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan
mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

2. Sekolah menengah
i. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3
tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan
pra-U (2 tahun).

ii. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran
wajib.

iii. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan
sukatan yang sama.

iv. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus
peperiksaan memasuki sekolah menengah.

3. Sistem Peperiksaan
i. Sekolah menengah rendah
Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan
bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran
(SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.

ii. Sekolah menengah atas
Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang
sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.

iii. Pra-U
Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi
Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki
universiti.

Laporan Razak telah diluluskan pada April
1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh
orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam
pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina
menentang kerana sesetengah cadangan
dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa
Cina.

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB 1960
Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan
bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-
langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib.
Beberapa syor telah dikemukakan:

1. Bahasa kebangsaan
i. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi
pengajian tinggi.

ii. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.

iii. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum
masuk ke sekolah menengah
2. Kelas peralihan
Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan
SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah
aliran Melayu atau Inggeris.

3. Kenaikan automatik
i. Kenaikan darjah secara automatik di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan
kerajaan.

ii. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan
secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan
3 tahun sekolah menengah rendah.

iii. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah
tanpa mengira bahasa pengantarnya
4. Mata pelajaran akhlak
i. Murid beragama Islam Pendidikan Islam.
ii. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.

Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal
menjadi Akta Pelajaran 1961. Melalui akta ini:

Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama
tanpa mengira aliran sekolah.

Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah
rendah ke sekolah menengah sampai institusi
pengajian tinggi.

Umur minimum meninggalkan sekolah 15 tahun.


Laporan Kabinet (1979 )

Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang
berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu
kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam
menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar
Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan
kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi
perhatian ialah :-

Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca,menulis dan
mengira ) dan pengajaran pemulihan.
Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
Pendidikan kerohanian yang kukuh.
Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.


"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang
diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957
ialah untuk menubuhkan satu sistem
pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi,
dan politiknya..."
Asas
Pembangunan
Teras Asas
Pembangunan
Pendidikan
Teras Strategik
PIPP
Pendekatan
Faktor Kritikal
Kejayaan
Matlamat
Pendidikan
berkualiti untuk
semua
Kerangka Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010
*Rujuk lampiran 1
Membina Negara Bangsa
Merapatkan Jurang
Pendidikan
Memartabatkan
Profession Keguruan
Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan
Membangunkan Modal
Insan
Melonjakkkan
Kecemerlangan Institusi
Pendidikan
TERAS DASAR MATLAMAT
1) Membina
negara
Bangsa
Menyokong hasrat Negara
untuk membina Negara
bangsa dengan masyarakat
Bangsa Malaysia bagi
mengukuhkan perpaduan,
membina identity nasional
dan semangat kebangsaan
serta membangunkan sumber
manusia bersesuaian dengan
keperluan Negara.
Melahirkan pelajar yang memiliki
jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran
agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat yang
penyayang, demokratik, liberal,
bertolak ansur, berfikiran dan
berbudaya saintifik serta hidup
bersatu padu.

2) Membangunkan
Modal Insan
Membangunkan modal insan
yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran
serta menghayati nilai-nilai
murni.
Memupuk semangat menguasai
ilmu pengetahuan, kemahiran
dan kompetensi, menerapkan
nilai moral dan sikap positif serta
membina disiplin diri di kalangan
pelajar
TERAS DASAR MATLAMAT
3) Memperkasa
Sekolah
Kebangsaan
Menjadikan sekolah
kebangsaan sekolah
pilihan utama masyarakat.
Menigkatkan dan mengukuhkan
perpaduan di kalangan pelajar
pelbagai kaum dan memastikan
semua sekolah mempunyai
kesamarataan beroperasi secara
berkesan.

4) Merapatkan
Jurang
Pendidikan
Merapatkan jurang pendidikan
antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap
keupayaan pelajar.
Memastikan semua sekolah dan
pelajar mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk
cemerlang.

TERAS DASAR MATLAMAT
5) Memartabatkan
Profession
Keguruan
Memartabatkan profesion
keguruan dengan
meningkatkan kualiti guru,
kerjaya guru dan
kebajikan guru.
Menjadikan profesion keguruan
dihormati dan dipandang tinggi
sesuai dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan
generasi masa hadapan Negara.
6) Melonjakkan
Kecemerlangan
Institusi
Pendidikan
Melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan bagi
memstikan pendidikan
berkualiti dan bertaraf dunia.
Pewujudan kluster
kecemerlangan pendidikan.

You might also like