You are on page 1of 3

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN SEKSUAL

UNICEF Malaysia, September 2010


www.uniteagainstabuse.my
1
HELAIAN FAKTA
DEFINISI:
PENDERAAN SEKSUAL terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak
dalam kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak
dapat dipersetujuinya dengan arif, atau yang melanggar undang-undang
atau kelaziman masyarakat. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah
kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksual kepada orang yang
melakukannya.
Penderaan seksual merangkumi perbuatan meraba-raba kemaluan,
memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan
meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit
atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan
sentuhan juga merupakan penderaan seksual, misalnya mengintai,
mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucah yang
diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk
tujuan pornografi, termasuklah melalui Internet, dengan itu membolehkan
seseorang kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan
menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan,
mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan
lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual.
Kanak-kanak boleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh
kanak-kanak lain yang diberi tanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa
tersebut, atau yang dipercayainya.

Penderaan seksual
mengeksploitasikan
dan menjatuhkan
maruah kanak-kanak,
dan boleh
menyebabkan rasa
putus harapan, sikap
antisosial dan kelakuan
yang membinasakan
diri sendiri.
DEFINISI MENURUT
AKTA KANAK-KANAK
2001
Seksyen 17(2)(c), Bab 1 Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia
menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu
didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai
pelaku ataupun pemerhati, apa-apa kegiatan yang bersifat seksual
untuk tujuan:
i. menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau
pertunjukan yang bersifat pornografi, lucah atau tidak senonoh.
ii. eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual
kepada orang lain.

Seseorang kanak-kanak
itu didera secara
seksual jika dia dipaksa
menyertai kegiatan
yang bersifat seksual.
SIFAT PENDERAAN:
Tanda-tanda amaran bahawa seseorang itu melakukan penderaan seksual

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN SEKSUAL

UNICEF Malaysia, September 2010
www.uniteagainstabuse.my
2
HELAIAN FAKTA
Penderaan seksual
berlaku dalam kalangan
setiap masyarakat.
Penderaan seksual
berlaku pada segenap
peringkat
sosioekonomi dan
pendidikan, dalam
kalangan semua
kumpulan bangsa dan
budaya, dan di semua
kawasan bandar dan
luar bandar.
terhadap kanak-kanak ialah asyik bercakap tentang kegiatan seksual kanak-
kanak atau anak remaja, terlalu kerap melancap, bercakap tentang fantasi
seksual dengan kanak-kanak, suka menggalakkan kanak-kanak menceritakan
rahsia mereka, menonton bahan pornografi kanak-kanak, terlalu banyak
masa dihabiskan dengan kanak-kanak atau remaja dan bukannya dengan
orang dewasa yang lain, dan menggunakan istilah pasar yang bersifat seksual
untuk merujuk kepada kanak-kanak.
Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan
melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta
pasangannya yang dewasa untuk berpakaian ataupun berkelakuan seperti
kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual.
Penderaan mungkin akan menggunakan helah, rasuah, tekanan, ugutan,
atau paksaan untuk memujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan
seksual.


AKIBATNYA:
Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamil
dan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV.
Antara akibat jangka panjang penderaan seksual ialah tanggapan kronik oleh
mangsa bahawa dirinya tidak berupaya, putus harapan, kemurungan, sukar
mempercayai orang lain, menyalahkan dirinya sendiri, melakukan perbuatan
yang membinasakan dirinya sendiri, dan harga diri yang rendah.
Kaji selidik peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual
yang berlaku berulang kali akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh
akhirnya mengakibatkan salah guna dadah dan arak pada peringkat hidup
yang kemudian.

Penderaan seksual
boleh meninggalkan
kesan emosi yang
buruk dan
berpanjangan, misalnya
kesukaran menjalinkan
hubungan yang rapat
dan stabil pada
peringkat hidup yang
kemudian.

PENDERAAN KANAK-KANAK: PENDERAAN SEKSUAL

UNICEF Malaysia, September 2010
www.uniteagainstabuse.my
3
HELAIAN FAKTA
TANDA & SIMPTOM:
Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana
kebanyakan penderaan akan mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal
terhadap mangsanya supaya dia boleh melakukan penderaan itu lagi selepas
beberapa lama.
Fizikal
Pakaian dalam yang koyak, kotor atau berkesan darah
Sukar berjalan atau duduk
Bahagian kemaluan yang merah-merah, bengkak atau gatal.
Kerap mengalami jangkitan salur kencing dan/atau rasa sakit pada
bahagian abdomen
Perubahan selera makan yang berlaku secara tiba-tiba dan
perubahan berat badan (bertambah ataupun menyusut) yang
mendadak

Kelakuan Dan Emosi
Bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit (pada kanak-
kanak kecil)
Menunjukkan kelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-
kanak usia itu, misalnya menghisap ibu jari, kencing semasa tidur,
tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil)
Takut akan orang dewasa sesuatu jantina
Berasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yang dekat
dengan orang lain
Tiba-tiba berasa takut keluar dengan seseorang ataupun takut berada
bersama-sama orang itu
Tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan
Mengalami kemurungan dan kegelisahan
Mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual
yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak
kecil yang belum mencapai usia baligh)
Menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidak
bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang
belum mencapai usia baligh)
Berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja)
Cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja)
Menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak
remaja)

You might also like