You are on page 1of 10

Amali 4: Mengukur dan Membanding Kepelbagaian Spesies

Tujuan:
Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga
buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang.
Pengenalan:
Dalam dunia ini, terdapat berjuta-juta spesies organisma. Jadi, untuk memudahkan
kajian, spesies-spesies tersebut perlu dikelaskan secara teratur berdasarkan ciri-ciri
sepunya yang dimiliki. Pengelasan boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu secara
spesies biologi iaitu organisma yang boleh membiak bersama dan spesies morfologi
iaitu organisma yang kelihatan sama secara fizikal.
Dalam amali ini, kupu-kupu didatangkan dari 3 buah pulau iaitu Pulau Sipadan,
Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Ia dibeli oleh Dr. Dale bagi kegunaan
mengkaji perbezaan dalam kepelbagaian spesies yang secara rasionalnya untuk
mengutamakan program pengembalian ekologi bagi pulau-pulau tersebut. Terdapat
banyak pentunjuk kepelbagaian yang boleh dikira dan dibuat perbandingan dengan
menggunakan Indeks Kepelbagaian Simpson (Simpsons Diversity Index).
Prosedur:
1. Kesemua kupu-kupu dikelaskan dalam kumpulan yang tertentu.
2. Operasi unit taksonomi yang telah diberikan boleh dianggap sebagai spesies yang
telah dibahagi dan setiap spesies tersebut diberi nama unik.
3. Satu kumpulan spesies kupu-kupu telah dipilih dan dikumpulkan dari ketiga-tiga
pulau tersebut. Prosedur yang sama diulang untuk spesies kupu-kupu yang lain.
4. Bilangan individu yang hadir dalam satu kumpulan spesies dikira dan data
dimasukkan ke dalam jadual.
5. Kepelbagaian spesies dikira dari setiap pulau dengan menggunakan Indeks
Kepelbagaian Simpson.
Keputusan:
KEPUTUSAN

SPESIES

PULAU
SIPADAN

PULAU
TALANG-
TALANG

PULAU
REDANG

A


11

0

11

B


9

0

0
C


5

12

4
D


6




0




10




E




10



23



0
F


2

0

3
G


4

2

0
H


0

2

0
I



0






3






0






J




3



15



0
K




29



4



0
L




35



4



0
M






0



0



7

N




0



0



10
O




0



0



14
P




0



0



18
Q




3









35



0

BILANGAN INDIVIDU

117


100

77

BILANGAN SPESIS


11

9

8

INDEKS SIMPSON (D)


5.6

4.6

6.5

KEUTAMAAN
UNTUK
PEMULIHARAAN


2

3

1





















Indeks Diversiti Simpson (D):


Pulau Sipadan
D = 1/ [ (11/117)
2
+ (9/117)
2
+ (5/117)
2
+ (6/117)
2
+ (10/117)
2
+ (2/117)
2
+ (4/117)
2
+
(3/117)
2
+ (29/117)
2
+ (35/117)
2
]
= 1/ [ (0.0088) + (0.0059) + (0.0018) + (0.0026) + (0.0073) + (0.00029) + (0.0011) +
(0.00066) + (0.0614) + (0.0894)
= 5.5788
= 5.6

Pulau Talang-Talang
D = 1/ [ (12/100)
2
+ (23/100)
2
+ (2/100)
2
+ (2/100)
2
+ (3/100)
2
+ (15/100)
2
+ (4/100)
2

+ (4/100)
2
+ (35/100)
2
]
= 1 / [ (0.0144) + (0.0529) + (0.0004) + (0.0004) + (0.0009) + (0.0225) + (0.0016) +
(0.0016) + (0.1225) ]
= 4.604
=4.6

Pulau Redang
D = 1/ [ (11/77)
2
+ (4/77)
2
+ (10/77)
2
+ (3/77)
2
+ (7/77)
2
+ (10/77)
2
+ (14/77)
2
(18/77)
2
]
= 1/ [ (0.0204) + (0.002698) + (0.0169) + (0.00152) + (0.00826) + (0.0169) + (0.033)
+ (0.0546)
= 6.4818
= 6.5

Perbincangan

1. Apakah asas pembinaan atau Unit Operasi Taksonomi dari kepelbagaian?
Terangkan.
Oleh sebab terdapat berjuta-juta spesies di dunia ini, spesies-spesies tersebut perlu
dikelaskan dalam kumpulan-kumpulan mengikut ciri-ciri sepunya. Taksonomi
merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengelasan, pengecaman dan
penamaan organisma yang hidup di dunia ini. Spesies boleh dikelaskan mengikut
ciri-ciri persamaan dan perbezaan mereka. Sebagai contoh, spesies biologi ialah
organisma yang dapat membiak bersama-sama. Spesies morfologi ialah individu
yang dilihat sama dari segi fizikal. Pengecaman pula boleh dibuat dengan
menggunakan sistem hierarki Linnaeus. Penamaan pula dijalankan menggunakan
satu sistem universal iaitu Binomial Linnaeus.

2. Huraikan apakah maksud kekayaan spesies dan kesamarataan spesies
Kekayaan spesies ialah bilangan spesies yang wujud dalam satu sampel. Semakin
banyak bilangan spesies, semakin kaya sampel tersebut. Kekayaan spesies tida
mengambil kira jumlah individu yang ada bagi setiap spesies. Ia memberi
pemberatan kepada semua spesies.
Kesamarataan spesies pula ialah bilangan individu yang sama rata atau hampir bagi
setiap spesies tersebut yang wujud dalam satu sampel. Jumlah individu dalam
sampel diserakkan secara rata untuk semua spesies.

3. Pulau manakah yang paling tinggi, sederhana dan paling rendah
kepelbagaiannya?
Pulau yang paling tinggi kepelbagaiannya ialah Pulau Redang kerana Indeks
Diversiti Simpson yang diperoleh ialah 6.5. Kepelbagaian yang sederhana ialah
Pulau Sipadan yang mencatatkan bacaan sebanyak 5.6 dan paling rendah ialah
Pulau Talang-Talang dengan bacaan 4.6.

4. Pulau yang manakah anda hendak utamakan pemuliharaan? Adakah mengikut
nilai kepelbagaian? Apakah faktor-faktor yang boleh diambil kira dalam menentukan
keutamaan program pemuliharaan?
Pemuliharaan adalah merupakan satu usaha untuk melestarikan sumber alam
melalui membaik pulih sumber yang telah digunakan terutamanya suber yang boleh
diperbaharui seperti hutan. Mengikut kajian yang dibuat di dalam amali ini terdapat
pulau yang perlu diberi keutamaan untuk dipulihara. Jika mengikut nilai diversiti,
semakin tinggi nilai diversiti sesuatu spesies tersebut, semakin tinggi tahap
konservasinya. Jadi, pulau yang perlu diutamakan untuk pemuliharaan ialah Pulau
Redang. Tambahan lagi, Pulau Redang mempunyai bilangan kepelbagaian spesies
yang tinggi. Faktor lain yang boleh diambil kira untuk pemuliharaan ialah bilangan
individu yang terdapat di pulau tersebut. Bilangan individu yang paling sedikit ialah
77 iaitu di Pulau Redang. Jadi, kupu-kupu di Pulau Redang perlu dipulihara untuk
mengelakkannya daripada pupus.

5. Jika kita tidak mempunyai sumber bagi melindungi semua spesies, apakah kriteria
yang boleh diguna pakai untuk menentukan usaha-usaha pemuliharaan ini terus
dilakukan?
Untuk menentukan usaha pemuliharaan ini terus dilakukan, kita boleh melihat kadar
pencemaran sesuatu kawasan tersebut. Pencemaran air yang berlaku contohnya di
sungai boleh menyebabkan kematian organisma yang terdapat di situ. Selain itu,
pembuangan sampah di laut juga boleh membahayakan organisma seperti penyu
yang mungkin termakan bahan-bahan tersebut. Jadi, fokus perlu diberikan kepada
pengurangan aktiviti manusia yang boleh mengancam hidupan tersebut.

Kesimpulan:
Pulau Redang mempunyai kepelbagaian spesies yang tinggi dengan jumlah Indeks
Diversiti Simpson sebanyak 6.5.

Rujukan:
Bailey, K. D. (1994). Typologies and Taxonomies: An Introduction to Classificcation
Techniques. Los Angeles: Sage Publication Inc.
Hawksworth, D. L. (1995). Biodiversity Measurement dan Estimation. London:
Chapman & Hall.

You might also like