You are on page 1of 31

MELAKA 2013

1

Tema 12 Bab 9 : Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa
Merujuk Tema 12 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 9
Soalan:
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan
serantau.
Arahan : Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Pengenalan 1.1 Nyatakan bentuk-bentuk hubungan luar Malaysia.
- Hubungan bilateral
- Hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
- Hubungan dengan Negara jiran seperti Singapura , Indonesia , Thailand
dan Vietnam
- Hubungan dengan negara Asia , Afrika , Timur Tengah , dan negara
maju (Britain & Amerika Syarikat )
- Hubungan multilateral
- Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
- Contohnya, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN ) ,
Komanwel, OIC dan NAM

1.2 Terangkan matlamat Malaysia menjalin hubungan luar
- Menjamin keselamatan rakyat dan negara
- Memelihara kepentingan nasional
- Mengekalkan kedaulatan negara
- Mengalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
- Mewujudkan keamanan
- Menjadi warga global yang bertanggungjawab
- Peka terhadap usaha-usaha memupuk kesedaran
- Menggalakkan pelaburan asing
- Menghapuskan ancaman komunis
- Meluaskan pasaran
- Mengharapkan modal luar
- Mengamalkan pasaran bebas

1.3 Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan serantau ?

- Hubungan antara Negara yang berjiran
- Pembentukan adalah untuk kepentingan politik
- Kepentingan ekonomi
- Kepentingan sosial
- Pertubuhan serantau ASA ditubuhkan pada tahun 1961
- MAPHILINDO tahun 1963
MELAKA 2013

2

- ASEAN tahun 1967

Isi dan Huraian 2.1 J elaskan latar belakang dan perkembangan pertubuhan serantau yang
disertai Malaysia selepas merdeka?

ASA
- Merupakan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
- Penubuhannya dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
- Ditubuhkan pada 31 Julai 1961 dalam satu mesyuarat yang diadakan di
Bangkok
- Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina
- Matlamat penubuhan adalah untuk menjalankan kerjasama negara
anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
- Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan
dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota
- Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik
negara-negara serantau
- Dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Soekarno
- Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan British (AMDA)
- Thailand dan Filipina membuat perjanjian tentera dengan Amerika
Syarikat
- Dibubarkan pada tahun 1963

MAPHILINDO
- MAPHILINDO merupakan cantuman tiga buah negara iaitu Malaysia,
Indonesia dan Filipina
- Tujuan penubuhan untuk meningkatkan perhubungan persahabtan
- Menyelesaikan masalah pertelingkahan antara Malaysia, Filipina dan
Indonesia
- Disebabkan cadangan pembentukan Malaysia
- Indonesia menentang kerana menganggap pembentukan Malaysia
sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru
- Tentangan Filipina kerana mendakwa Sabah masih menjadi hak milik
negara mereka
- Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan
membawa kepada penubuhan MAPHILINDO
- Malaysia, Filipina dan Indonesia bersepakat mendapatkan bantuan PBB
bagi mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk
menyertai Malaysia
- Pada tahun 1963, PBB menghantar wakilnya Lawrence V Michael
More untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
- Hasil tinajauan mendapati majoriti rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong pembentukan Malaysia
- Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dan terus menentang
pembentukan Malaysia
MELAKA 2013

3

- Persengketaan berterusan dan MAPHILINDO gagal

ASEAN
- Ditubuhkan dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos
1976
- Keanggotaan ASEAN pada peringkat awal terdiri daripada lima buah
negara
- Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura
- Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh buah apabila disertai
kesemua negara ASEAN
- Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea menjadi ahli
ASEAN
- Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara tersebut
terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia
Tenggara
- Logo ASEAN berbentuk sepuluh tangkai padi
- Mempamerkan impian pengasasan ASEAN iaitu sepuluh tangkai padi
yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan
- Bulatan pula membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN
- Matlamat penubuhan iaitu mengekalkan kestabilan politik di rantau
Asia Tenggara
- Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan
- Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kejasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian
- Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan
serantau dan antarabangsa
- ASEAN semakin teguh hingga hari ini dengan pembentukan struktur
pentadbiran ASEAN
- Setiap setahun sekali akan diadakan Persidangan Menteri-menteri Luar
ASEAN
- Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN pula diadakan dua kali
setahun
- Sidang kemuncak ASEAN akan diadakan sekiranya perlu
- Ibu pejabat Secretariat Tetap ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia
- Dua Jawatankuasa Tetap ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial
dan Jawatankuasa Tetap Ekonomi
- Kejayaan ASEAN seperti kerjasama membanteras komunis
- Pengisytiharan konsep ZOPFAN
- Mengelakkan campur tangan kuasa besar
- Tidak bersekongkol dengan blok Barat atau Timur
- Mengamalkan prinsip berkecuali
- Zon bebas senjata nuklear
- Menyelesaikan konflik campur tangan Vietnam di Kampuchea
- Menubuhkan kerajaan Demokratik campuran Kampuchea
- Tidak membenarkan kapal membawa nuklear melalui perairan atau
MELAKA 2013

4

pelabuhan negara ASEAN
- Kerjasama memerangi dadah
- Menyelesaikan konflik secara aman/melalui rundingan
- Kerjasama keselamatan
- Menyelesaikan isu penubuhan Malaysia
- Pengisytiharan Deklarasi Kuala Lumpur
- Penambahan anggota negara ASEAN
- Persidangan Menteri-menteri luar ASEAN

2.2 J elaskan faktor-faktor yang mempengaruhi corak penggubalan dasar
luar Malaysia ?

Faktor Sejarah
- Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan
dengan negara luar seperti China, Siam, Arab dan negeri-negeri
Kepulauan Melayu
- Hubungan luar berbentuk perdagangan
- Terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu seperti
Brunei, Indonesia, Singapura dan Malaysia
- Setelah merdeka Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel
- Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara
Komanwel lain
- Malaysia diancam fahaman komunis oleh Parti Komunis Malaya
(PKM)
- Mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis
- Bergantung kepada Barat kerana tiada keupayaan pertahanan

Faktor Ekonomi
- Mengamalkan pasaran bebas
- Menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain untu memajukan
ekonomi
- Pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British
- Setelah merdeka Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal
dari Britain dan Amerika Syarikat
- Usaha diambil untuk menggalakkan pelaburan asing
- Bagi meningkatkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat
- Menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea melalui Dasar Pandang
ke Timur (1980-an)
- Menjalin hubungan baik dengan negara sedang membangun dan
negara-negara Islam bagi meningkatkan pelaburan dan pasaran
barangan keluaran Malaysia

Faktor Politik
- Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Berparlimen
- Hala tuju masa depan berdasarkan prinsip keamanan sejagat
MELAKA 2013

5

- Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
- Contohnya menyokong Palestin mewujudkan keamanan di rantau Asia
Barat
- Berpegang teguh kepada piagam PBB bagi memelihara keamanan
dunia

Faktor Geografi
- Kedudukan Malaysia yang strategik
- Bersempadan dengan kebanyakkan negara serantau
- Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di
dunia
- Keselamatan negara serantau akan memberi kesan terhadap
keselamatan Malaysia

Faktor Demografi
- Menjalin hubungan baik dengan negara-negar Islam
- Majoriti penduduk beragama Islam
- Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel
- Israel menceroboh dan menindas penduduk Palestin
- Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan budaya
hidup dan agama masing-masing
- Amalan konsep perpaduan menyebabkan Malaysia menentang keras
dasar APARTEID di Afrika Selatan
- Tiada hubungan diplomatik sehingga dasar APARTEID dihapuskan
oleh Afrika Selatan

2.3. J elaskan Perkembangan/ tahap-tahap dasar luar Malaysia.

TAHAP 1 (Era Tunku Abdul Rahman )
a) Dasar Pro Barat Anti komunis
- Dilaksanakan kerana faktor politik, ekonomi dan sosial
- Kerana ancaman komunis melalui PKM
- Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel
- Menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu
(AMDA)
- British memberi bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang
b) Dasar berbaik-baik dengan semua negara
- Kerana wujudnya konfrontasi dengan Indonesia
- Terputusnya hubungan dengan Filipina
- Singapura keluar dari Malaysia
- Menubuhkan ASA bersama Thailand dengan Filipina
- Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sam Indonesia dan Filipina
- Menubuhkan ASEAN bersama Thailand, Indonesia, Filipina dan
Singapura
c) Faktor Ekonomi
- Pergantungan Malaysia kepada Britain
MELAKA 2013

6

- Menggangotai blok sterling
- Menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang sterling
- Tertumpu kepada aktiviti hasil bijih timah dan getah
- Pelabur Britain menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
- Mengamalkan pasaran bebas
- Membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara seperti
Amerika Syarikat, Jepun , singapura dan Jerman Barat
- Bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain
- Mencari pasaran baru

TAHAP KE 2 ( Era Tun Abdul Razak dan Tun Husin Onn)
a) Berubah kepada dasar berkecuali
- Dasar berbaik dengan semua negara
b) Sebab-sebab perubahan dasar luar Malaysia
- Kurangnya peranan AMDA
- Pengaruh British di timur berkurangan
- Pergolakan di Vietnam
- Yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China
c) Pengisytiharan ZOPFAN
- Bersama-sama anggota negara ASEAN
- Menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis
- Seperti China, jerman Timur, korea Utara, Vietnam Utara dan
Monggolia
- d) Menjalin pertsahabatan dengan semua negara
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran seperti Vietnam
- Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia dengan kerjasama
negara jiran

TAHAP KE3 (Era Tun Dr Mahathir Mohamad )
- Dasar luar Malaysia pada zaman pentadbiran Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad telah mengekalkan dasar-dasar pada tahap kedua
- Tetapi penekanan kepada kepentingan ekonomi Kepentingan ini adalah
berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan perdagangan
terutama dalam kalangan negara membangun
- Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-
negara ASEAN
- Menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
- Dasar Pandang Ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 Dengan
menggunakan Jepun dan Korea sebagai model bagi membangunkan
negara Malaysia
- Dasar ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil
dan menerima pakai nilai-nilai yang baik
- Seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan
etika pengurusan kerja yang baik
- Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
lain
MELAKA 2013

7

- Menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Carribean dan
Pasifik Selatan Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan
Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan
dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak
- Malaysia turut menjalin hubungan diplomatikdan perdagangan

3. Huraikan sumbangan Malaysia dan faedah yang peroleh dalam
hubungan serantau.

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN
SERANTAU
- Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA
- Malaysia ingin bekerjasama dengan negara-negara jiran untuk
membenteras komunis
- Menyertai mesyuarat di Bangkok yang membawa kepada penubuhan
ASA
- Mengadakan rundingan dengan Indonesia dan Filipina sehingga
tertubuhnya
MAPHILINDO
- Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan
penyelidikan
- Menjadi tuan rumah sewaktu Deklarasi Kuala Lumpur dimeterai/
menjadikan
ASEAN sebuah ZOPFAN
- Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi membentuk kerajaan
Demokratik
Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk
- Menteri Luar negara kita menandatangani perjanjian bagi menjadikan
ASEAN zon bebas senjata nuklear
- Menyertai projek-projek perindustrian ASEAN seperti baja urea
- Menyertai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN / AFTA
- Mencadangkan ASEAN mengadakan kerjasama ekonomi dengan
China/
Jepun / Korea Selatan
- Mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan tertubuhnya
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN/ SEAMEO
- Menyertai festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan
Tabung
Kebudayaan ASEAN
- Mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen
- Menjalin kerjasama dalam Tahun Melawat ASEAN
- Menyertai dan pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA
- Menjadi tuan rumah mesyuarat ketua negara ASEAN / Menteri-menteri
ASEAN
MELAKA 2013

8

FAEDAH YANG DIPEROLEH MALAYSIA DALAM
HUBUNGAN SERANTAU
- Dapat membendung pengaruh komunis / PKM
- Menjalin kerjasama ekonomi dengan Thailand dan Filipina
- Menjalin kerjasama dalam bidang sains
- Menjalin kerjasama dalam bidang sosial
- Mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik serantau
- Meningkatkan perhubungan persahabatan antara Malaysia, Indonesia
dan Filipina
- Menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia dengan Indonesia
- Menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia denganFilipina
- Membolehkan penubuhan Suruhanjaya Lawrence V. Michael More
ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
- Mendapat bantuan dalam bidang ekonomi
- Mendapat bantuan dalam bidang sosial
- Mendapat bantuan dalam bidang kebudayaan
- Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kerjasamadalam bidang
pertanian / perdagangan / perindustrian
- Mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan
Antarabangsa
- Menyertai Sukan SEA
- Meningkatkan imej negara
- Mengelakkan campur tangan kuasa besar di Asia Tenggara
- Mengelakkan perlumbaan senjata dalam kalangan negara di Asia
Tenggara

4.1 J elaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan
keamanan/kesejahteraan serantau, ATAU
J elaskan peranan/Sumbangan/Cara/Tindakan yang dilakukan oleh
Malaysia untuk mewujudkan keamanan/kesejahteraan serantau. ATAU
Bagaimanakah Malaysia boleh berperanan dalam mewujudkan
keamanan serantau ?

- Menghormati kedaulatan negara lain
- Tidak menceroboh negara lain
- Mengamalkan dasar berkecuali terhadap hal ehwal negara lain
- Tidak campur tangan dalam hal negara lain
- Menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara
- Menunjukkan sikap bertoleransi
- Menjadi warga ASEAN yang bertanggungjawab
- Menyokong konsep ZOPFAN untuk mengekalkan keamanan dunia
- Menyelesaikan masalah secara diplomasi/rundingan
- Mengelakkan terlibat dalam perlumbaan senjata
- Tidak memihak kepada mana-mana blok dunia
- Menghormati semua prinsip dalam Piagam PBB
MELAKA 2013

9

- Menghormati semua prinsip ASEAN
- Mengelakkan isu-isu sensitif diperbesarkan
- Kerjasama dalam bidang keselamatan/pertahanan
- Mengutamakan semangat setiakawan
- Pertukaran maklumat
- Tidak menggalakkan keganasan
- Melindungi hak asasi manusia
- Memupuk kesejahteraan dunia
- Melibatkan diri dalam misi keamanan yang dianjurkan
- Menjadi model negara Islam dalam kalangan negara-negara ASEAN

4.2 Sebagai rakyat negara anggota pertubuhan serantau, bagaimanakah
anda mewujudkan keamanan/ kesejahteraan serantau ?

- Mengamalkan hidup secara bersatu padu
- Bertolak ansur/ bertoleransi dalam kehidupan
- Melibatkan diri dalam misi keamanan yang dianjurkan
- Menghargai keamanan yang dikecapi
- Sentiasa mematuhi undang-undang
- Sentiasa menghormati hak asasi manusia
- Menjaga dan memelihara kebersihan alam sekitar
- Menyokong segala dasar kerajaan yang berkaitan urusan serantau
- Menghormati kedaulatan negara lain
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan
negara luar
- Menguasai pelbagai kemahiran atau kepakaran supaya boleh berperaan
memajukan negara
- Meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi seiring
dengan setiap perkembangan/perubahan yang berlaku

4.3 Bagaimankah pemimpin negara serantau dapat mewujudkan keamanan/
kesejahteraan serantau ?

- Mengharamkan penggunaan senjata nuklear yang lebih banyak
membawa kemudaratan terhadap keamanan serantau
- Menamatkan perlumbaan senjata untuk mengelakkan kemudaratan
dunia
- Menyokong segala dasar yang telah diputuskan berkaitan keamanan
serantau.
- Menghormati segala undang-undang yang berkaitan pemeliharaan
keamanan serantau
- Sentiasa menghormati kedaulatan negara lain
- Sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara jiran dengan tidak
mencampuri urusan negara jiran
- Berhemah dalam membuat keputusan yang membabitkan negara
MELAKA 2013

10

jiran/serantau
- Berpegang teguh kepada semangat setiakawan
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dengan
negara luar
- Memperbanyak program untuk meningkatkan kemahiran rakyat
- Mendirikan lebih banyak pusat pendidikan bertaraf tinggi

4.4 Bagaimanakah negara kita dapat memanfaatkan keanggotaan dalam
pertubuhan serantau untuk kemajuan negara ?

- Memelihara kemakmuran negara melalui sokongan terhadap segala
dasar yang telah diputuskan berkaitan keamanan serantau
- Memelihara keamanan negara melalui pengharaan penggunaan senjata
nuklear yang lebih banyak membawa kemudaratan terhadap keamanan
serantau
- Bertukar-tukar ilmu untuk kemajuan negara
- Bertukar-tukar/ berkongsi kepakaran dengan negara luar bagi menjana
kemajuan negara
- Memajukan bidang pertanian melalui kerjasama dengan negara
Thailand yang maju dalam bidang pertanian
- Meningkatkan prestasi ahli sukan melalui kerjasama dengan negara
serantau
- Meningkatkan kualiti dan prestasi sektor pembuatan negara melalui
kerjasama dengan negara serantau
- Meningkatkan sektor perindustrian melalui penggunaan buruh dari
negara jiran yang terlibat dalam bidang ini
- Membantu meningkatkan pasaran barangan keluaran negara

4.5 Cadangkan bagaimana/ usaha-usaha Malaysia dapat menjadikan
ASEAN sebuah pertubuhan yang berjaya? ATAU
Terangkan bagaimana Malaysia dapat menjadikan ASEAN sebuah
pertubuhan yang berjaya.

- Bekerjasama dalam soal sains, penyelidikan, dan teknologi
- Peningkatan pelaburan dan modal asing
- Membuka pasaran lebih luas
- Pertukaran tenaga kerja
- Memaksimumkan penggunaan bahan mentah
- Meminimumkan cukai
- Aliran bebas modal antarabangsa
- Meningkatkan mutu/kualiti pengeluaran
- Menambahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Meningkatkan daya kreativiti
- Mempatenkan hak cipta
- Mengutamakan rundingan dalam segala hal
MELAKA 2013

11

- Memainkan peranan aktif dalam pertubuhan antarabangsa/serantau
- Menjamin hak asasi manusia
- Perbincangan ASEAN+3
- Mengamalkan dasar berkecuali atau ZOPFAN
- Mematuhi prinsip/resolusi PBB
- Mengelakkan perlumbaan senjata
- Mementingkan aspek keamanan dalam semua tindakan
- Tidak menggalakkan keganasan
- Membangunkan sumber alam semula jadi

4.6 Apakah kepentingan Malaysia menyertai pertubuhan serantau?

- Mewujudkan kestabilan negara
- Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik serantau
- Kerjasama mengatasi ancaman komunis
- Mengekalkan dan menjamin keselamatan
- Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
- Mengelak campurtangan kuasa-kuasa besar
- Menjadi zon bebas senjata nuklear
- Tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan
pelabuhan untuk mengangkut nuklear
- Menamatkan sebarang pertelingkahan antara negara anggota
- Mengawal harga pasaran hasil keluaran
- Mendapat tenaga buruh yang murah
- Kerjasama ekonomi, sains, dan sosial
- Kerjasama projek perindustrian ASEAN
- Baja urea di Sarawak/Acheh di Indonesia
- Pasaran luas
- Pembukaan pusat serantau Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau
Pinang
- Penuntut rantau ASEAN meningkat di universiti tempatan
- Kerjasama ASEAN+3
- Kerjasama yang diwujudkan antara Negara ASEAN dengan negara-
negara Timur iaitu Jepun, China dan Korea
- Kerjasama Kebudayaan
- Festival Kebudayaan/ Tabung Kebudayaan
- Penubuhan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA)
- Kerjasama pendidikan (SEAMEO)
- Kerjasama teknikal
- Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan, penyelidikan dan
teknologi
- Kerjasama pelancongan
- Tahun melawat ASEAN 1992
- Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus
MELAKA 2013

12

(EAEC)
- Pertukaran rancangan televisyen dan radio
- Meningkatkan hubungan persahabatan antara negara anggota
- Sukan SEA

4.7 Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat
merealisasikan semangat setiakawan melalui hubungan serantau?

- Sikap bertolak ansur
- Kerjasama ekonomi/ politik / sosial
- Saling menghormati
- Mengukuhkan berhubungan dua hala
- Pertukaran maklumat
- Bersatu padu
- Tolong-menolong
- Mementingkan perdamaian
- Menghormati kedaulatan negara
- Menamat konflik secara aman/ rundingan
- Menganjur Sukan SEA
- Kerjasama pendidikan/ SEAMEO
- Kerjasama dalam sains dan matematik/ RECSAM
- Membekalkan buruh/ pembantu rumah
- Bantuan bencana
- Kerjasama kebudayaan / filem/ dokumentari / television / radio /
anugerah
- Mesyuarat Ketua-ketua Negara ASEAN

4.8 Bagaimanakah Malaysia dapat menjalin kerjasama dengan negara
ASEAN?

- Membentuk kerjasama sains dan teknologi
- Menjalinkan kerjasama kebudayaan dan penerangan
- Pencegahan penyalahgunaan dadah
- Pemuliharaan alam sekitar
- Perkhidmatan awam
- Menghapuskan kemiskinan
- Menyatupadukan penduduk dengan dasar pembangunan luar bandar
- Mewujudkan kerja-kerja produktif bagi golongan berpendapatan
rendah
- Pembangunan sumber alam semula jadi
- Menyatakan komitmen alam sekitar dalam Pelan Tindakan Ha Noi
- Pencegahan jenayah rentas sempadan
- Pencegahan pengganas/ pelampau agama
- Pencegahan kegiatan lanun
- Pencegahan penyeludupan senjata api
MELAKA 2013

13

- Pencegahan penyeludupan/ perdagangan manusia/ kanak-kanak dan
wanita
- Menyelesaikan masalah pelarian
- Menghapuskan kemiskinan
- Mencegah penyakit berjangkit
- Membasmi buta huruf
- Kerjasama dalam bidang sukan

4.9 Terangkan bagaimana Malaysia boleh memainkan peranan dalam
memacu perjuangan pertubuhan ASEAN.

- Kita dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota
- Mengambil bahagian dalam sukan SEA
- Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial
- Kita juga cuba menyekat pengaruh komunis
- Bersedia menerima bantuan dari segi politik
- Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi
- Bersedia menerima bantuan dari segi sosial
- Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
- Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM
- Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
- Memberi bantuan teknikal dan pendidikan kepada negara-negara
anggota
- Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea
- Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan
dan mengaktifkan ZOPFAN

5.1 Penglibatan dalam pertubuhan serantau telah memberi manfaat kepada
negara Malaysia dalam pelbagai aspek. Buktikan.

Politik
- Mewujudkan kestabilan politik akibat pengisytiharan ZOPFAN
- Menjamin keamanan negara
- Mewujudkan keharmonian
- Membebaskan negara daripada ancaman senjata nuklear kesan Zon
Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ)
- Menggelakkan campur tangan kuasa asing
- Mengekalkan kedaulatan negara
- Tidak terlibat dalam kancah peperangan/ konflik negara lain
- Mudah mendapat bantuan negara lain
- Meningkatkan imej negara
- Mengukuhkan kewibawaan pemimpin negara
- Mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara jiran
- Mewujudkan pentadbiran mantap
MELAKA 2013

14

- Menyelesaikan masalah sempadan negara
- Mengekang pengaruh komunis
- Mendapat pengiktirafan luar

Ekonomi
- Meluaskan pasaran negara kesan pengenalan Kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN (AFTA) dan Skim Common Effective Preferential
Tariff (CEPT)
- Memudahkan urusan perdagangan kesan penubuhan Jawatankuasa
Perundingan Piawaian dan Kualiti ASEAN (ACCSQ) yang mengawal
keseragaman dalam piawaian dan mengadakan ujian dan pengesahan
makmal
- Meningkatkan kemakmuran ekonomi negara/ memajukan ekonomi
negara
- Membolehkan barangan negara bersaing secara sihat
- Dapat membeli barangan berkualiti dari negara ASEAN
- Mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN + 3
- Membangunkan projek perindustrian Projek Baja Urea di Bintulu,
Sarawak
- Mengadakan projek usahasama antara negara
- Meningkatkan perdagangan dua hala pencapaian sebanyak RM216.33
bilion pada tahun 2004
- Membolehkan bahan mentah dieksport ke negara ASEAN/
meningkatkan eksport negara
- Meningkatkan taraf hidup rakyat
- Memajukan sektor perkilangan
- Memajukan bidang pertanian penubuhan Pusat Perancangan
Pembangunan Pertanian ASEAN menjadi bank data bagi masalah
pertanian
- Memajukan perdagangan antarabangsa
- Mengurangkan jurang kemiskinan
- Meningkatkan kerjasama ekonomi melalui penubuhan Kawasan
Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina
(BIMP-EAGA), Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura
(IMS-GT) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
(IMT-GT)
- Perkongsian sumber alam dan bahan mentah
- Perkongsian teknologi dan galakkan R&D
- Menguasai kepentingan perikanan, minyak petrol, gas dan beberapa
buah pulau di Laut China Selatan melalui Zon Ekonomi Eksklusif
(ZEE)
- Mengukuhkan integrasi kewangan serantau Majlis Perbankan
ASEAN menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau
ASEAN
- Mendapat kemudahan kewangan melaui Syarikat Kewangan ASEAN
- Membolehkan kemasukan buruh luar
MELAKA 2013

15

Sosial
- Meningkatkan taraf pendidikan
- Membolehkan pertukaran pengetahuan dalam pendidikan
- Pertukaran tenaga pengajar antara negara anggota pada tahun 1965,
pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti
Filipina
- Pertukaran pelajar
- Mengadakan kemudahan latihan dan penyelidikan
- Meningkatkan kerjasama pendidikan melalui SEAMEO
- Menggalakkan kerjasama dalam bidang sains dan matematik melalui
pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RESCAM)
- Menjadi pusat pendidikan antarabanga
- Melahirkan modal insan
- Melahirkan tenaga mahir
- Meningkatkan sektor pelancongan melancarkan Tahun Melawat
Malaysia 1990
- Menganjurkan kejohanan sukan seperti Sukan SEA
- Melahirkan ahli sukan berwibawa
- Memajukan prasarana negara
- Memajukan bidang telekomunikasi
- Memajukan bidang ICT
- Pembangunan teknologi nano
- Meningkatkan kerjasama kebudayaan dan kesenian menganjurkan
pesta filem ASEAN, lagu ASEAN dan kebudayaan ASEAN
- Pertukaran program televisyen seperti drama negara ASEAN dan
rancangan radio (Rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB dan RTM-
RRI)
- Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
- Mengadakan rombongan kebudayaan dan pertukaran lawatan
- Meningkatkan kerjasama perkapalan menubuhkan Badan Penasihat
Perkapalan ASEAN dan Persatuan Nasihat Pemilik Kapal
- Mengurangkan aktiviti perlanunan di perairan Selat Melaya dengan
kerjasama Indonesia dan Singapura
- Mewujudkan kerjasama penerbangan awam untuk memudahkan
pendaratan kapal terbang negara
- Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institut di Sedang,
Selangor
- Mengatasi masalah isu pelarian seramai 13,000 pelarian Vietnam
ditempatkan di kem sementara di Sungai Besia dan Pulau Bidong,
Terengganu






MELAKA 2013

16

5.2 I su jerebu, PATI dan pencerobohan menimbulkan konflik antara
Malaysia dengan negara serantau.
Sejauhmanakah Malaysia dan negara serantau berjaya menangani isu
tersebut ?

BERJAYA
- Program Pemutihan/ 6 P berjaya mendaftarkan PATI di Malaysia
- Kerjasama antara negara dalam penghantaran pulang PATI
- Wujud perbincangan dalam mengatasi isu PATI
- Penguatkuasaan undang-undang
- Pekerja asing masuk mengikut prosedur
- Pencerobohan negara asing berkurangan
- Kedaulatan negara lain dihormati
- Negara anggota berjaya mengekalkan kemerdekaan
- Prinsip ZOPFAN menjadi pegangan
- Pembentukan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
- Keamanan Asia Tenggara terus kekal
- Campur tangan kuasa asing dapat dibendung
- Kewujudan perjanjian antara negara dalam menangani isu jerebu
- Menteri-menteri ASEAN berbincang tentang isu jerebu
- Pengenalan Sistem Pemantauan Jerebu Rentas Sempadan (HMS)
- Dana Khas ASEAN ditubuhkan untuk mengatasi jerebu

TIDAK BERJAYA
- Masalah jerebu masih berulang
- Pembakaran terbuka berterusan
- Tidak wujud kerjasama antara negara terlibat
- Masing-masing menyalahkan negara lain
- Kemasukan semula PATI
- Depo penahanan PATI bertambah
- Bilangan PATI terus bertambah
- Masalah sosial melibatkan PATI meningkat
- Jenayah berat melibatkan PATI berleluasa
- Penggunaan tenaga buruh PATI meluas
- Pencerobohan perairan terus berlaku nelayan Vietnam ke perairan
Malaysia
- Pencerobohan kedaulatan negara lain kes Lahad Datu
- Pencerobohan ruang udara angkatan bersenjata Singapura
menceroboh ruang udara Malaysia







MELAKA 2013

17

6.1 Sejak akhir-akhir ini rantau Asia Tenggara telah berhadapan dengan
pelbagai konflik.
Sebagai seorang pemimpin masa hadapan, cadangkan langkah-langkah
yang boleh diambil dalam menyelesaikan masalah hubungan serantau.
ATAU
Terangkan cabaran yang dihadapi oleh negara serantau dan bagaimana
negara kita mengatasi cabaran tersebut.

Cabaran Politik
a)Perbezaan ideologi politik
- Penyelesaian di meja rundingan
- Contohnya: keluarnya Singapura daripada Malaysia.
- Penyelesaian pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun
1978 diselesaikan melalui mesyuarat di Kuala Lumpur
b) Tuntutan bertindih
- Penyelesaian melalui mahkamah antarabangsa
- Contohnya penyelesaian isu tuntutan bertindih pulau Ligitan dan
Sipadan di mahkamah antarabangsa The Hague, Belanda
c) Konfrontasi I ndonesia-Malaysia 1963
- Melalui penubuhan pertubuhan / kesatuan
- Contohnya penubuhan MAPHILINDO dalam menyelesaikan masalah
pembentukan Malaysia
- Pengelibatan PBB.
- Contohnya peranan U Thant (Setiausaha Agung PBB) dalam
membentuk United Nation Malaysia Mission (UNMM)
- Pertemuan antara pemimpin negara-negara yang mengalami konflik
- Contohnya penyelesaian masalah konfrontasi antara Malaysia dengan
Indonesia diselesaikan dengan pertemuan menteri luar Malaysia Tun
Abdul Razak dengan wakil Indonesia Adam Malik
- Meminta bantuan ketenteraan
- Contohnya Malaysia telah meminta bantuan tentera Komanwel dari
Australia, New Zealand dan Britain semasa konfrontasi Malaysia-
Indonesia dan masalah komunis
d) Pencerobohan sempadan antarabangsa (udara dan laut) /
pencerobohan nelayan asing
- Kawalan di pintu masuk sempadan
- Meningkatkan kawalan maritim seperti rondaan laut
- Mengalu-alukan pendirian kerajaan Filipina yang tidak menyokong dan
membantu pengganas Sulu
- Berpegang teguh kepada prinsip zon aman, bebas dan berkecuali
- Menghormati dasar negara lain
- Tidak campur tangan dalam urusan politik negara lain
e) Penyeludupan senjata api
- Mengetatkan kawalan sempadan
MELAKA 2013

18

f) Percanggahan undang-undang
- Membentuk perundangan serantau yang selaras

Isu Ekonomi
a) Penyeludupan beras, subsidi minyak dan gula
- Tingkatkan kawalan sempadan
- Membentuk kerjasama antara kerajaan
- Contohnya sempadan Malaysia- Thailand, Sarawak-Sabah-Kalimantan
b) Pemerdagangan manusia
- Kerjasama antara polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan
negara-negara serantau
- Contohnya gambar-gambar penjenayah diedar kepada pihak berkaitan
c) Persaingan negara pengeluar komoditi utama
- Megadakan kerjasama perdagangan
- Contohnya menetapkan harga pasaran yang selaras terhadap hasil
komoditi keluaran negara-negara ASEAN
- Kemudahan pinjaman untuk penyelidikan dan pembangunan untuk
meningkatkan hasil komoditi
- Mengadakan stok penimbal untuk komoditi utama bagi mengawal
kejatuhan harga
d) Persaingan dengan negara-negara maju
- Mengurangkan kebergantungan perdagangan dengan negara maju
dengan memperbanyakkan perdagangan yang melibatkan negara-
negara Asia Tenggara
- Membuat perukaran teknologi untuk kepentingan bersama
- Mengadakan pertukaran pekerja mahir bagi membantu negara-negara
serantau memajukan bidang-bidang tertentu
- Menjadikan syarikat-syarikat gergasi serantau sebagai ikon ekonomi
dan perdagangan
- Contohnya peranan Petronas dalam carigali minyak sedunia
- Meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN
- Menubuhkan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-
Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), Segitiga Pertumbuhan
Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) dan Segitiga Pertumbuhan
Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)
e) Syarat perdagangan yang tidak adil
- Membentuk kesatuan / pertubuhan
- Contohnya penubuhan AFTA (Asean Free Trade Area) sebagai zon
perdagangan bebas
- Menggalakkan perdagangan sesama anggota ASEAN
- Pengenalan Skim Common Effective Preferential Tariff (CEPT)
- Melalui Skim ini, cukai perdagangan antara negara aggota ASEAN
diminimumkan ke antara kosong hingga lima peratus
- Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Piawaian dan Kualiti ASEAN
(ACCSQ) untuk memudahkan urusan perdagangan
MELAKA 2013

19

f) Kekurangan pelabur asing
- Menawarkan pelbagai isentif menarik bagi menarik pelabur asing
- Mengurangkan tarif cukai pelabuhan
- Memperluas kerjasama ekonomi
- Contohnya penubuhan EAEC (East Asean Economic Caucus)
- Merendahkan tarif barangan import
- Menghapuskan embargo (sekatan perdagangan) / diskriminasi
perdagangan
g) Nilai mata wang rendah
- Melaksanakan Mata wang selaras dalam USD bagi memudahkan
urusan perniagaan serantau
- Mencadangkan satu bentuk mata wang baru untuk kegunaan serantau
- Contohnya penggunaan Dinar Emas

Isu Sosial
a) Pendatang tanpa izin dan Pembantu rumah
- Menghantar pulang buruh asing tanda dikenakan tindakan
- Kerajaan juga mengadakan rancangan pemutihan bagi mengatasi
masalah pendatang tanpa izin
- Kem tahanan
- Kerjasama dengan kedutaan asing
- Ketatkan undang-undang imigresen
- Kawalan perairan bersama
b) Perbezaan budaya
- Kerjasama budaya
- Contohnya mengadakan program usahasama televisyen dan radio
- Festivel Filem ASEAN
- Tahun Melawat ASEAN
- Mengadakan sukan
- Contoh : Sukan SEA
c) J erebu
- Bantuan bencana alam
- Contohnya bantuan Malaysia semasa Indonesia dilanda kebakaran
hutan di Kalimantan dan Sumatera
- Perjanjian ditandatangani antara negara Malaysia-Indonesia dalam
menangani isu jerebu
- Menteri-menteri ASEAN berbincang tentang isu jerebu
- Pengenalan Sistem Pemantauan Jerebu Rentas Sempadan (HMS)
- Dana Khas ASEAN ditubuhkan untuk mengatasi jerebu
d) Pendidikan
- Pertukaran pelajar
- Pertukaran tenaga pengajar universiti
- Contoh : pertukaran pensyarah Universiti Filipina dengan Universiti
Malaya
MELAKA 2013

20

- Indonesia menghantar pensyarah ke UKM semasa penubuhan UKM
e) Bahasa
- Penyeragaman ejaan dan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu antara
Malaysia-Indinesia-Singapuran-Brunei dengan penglibatan DBP
e) Krisis kemanusiaan
- Memberi bantuan kemanusiaan
- Contohnya Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian
Rohingya dan Kampuchea
- Merealisasikan wawasan 2020
- Menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan
masyarakat berbilang kaum

6.2 Ketika ini banyak negara di dunia yang mengalami krisis
dalaman sehingga membawa kepada keganasan.
Sebagai warganegara / pemimpin yang prihatin bagaimanakah
anda mengelak krisis tersebut berlaku di negara kita?

Peranan Individu
- Hidup bersatu padu
- Mementingkan keamanan
- Saling menghormati
- Setia kepada negara
- Taat kepada pemimpin
- Menghayati Rukun Negara
- Sentiasa rasional dalam membuat keputusan
- Meghormati proses demokrasi
- Menghormati perlembagaan
- Menghormati hak dan kedaulatan negara lain
- Peranan media sebagai alat pemangkin keamanan serantau
- Laman sosial bertindak sebagai agen penyatuan universal / sejagat.
- Tidak mengapi-apikan sentimen perkauman
- Tidak menyebarkan khabar angin / berita palsu
- Tidak membangkitkan isu-isu sensitif dan provokasi
- Tidak terlibat dengan perhimpunan haram / tunjuk perasaan /
demonstrasi jalanan
- Menghormati agama / amalan / kepercayaan kaum lain
- Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang melibatkan semua
kaum seperti perayaan, rumah terbuka, sukan
- Menyokong dasar kerajaan yang menekankan perpaduan seperti konsep
1 Malaysia
- Tidak memihak / menyokong fahaman-fahaman yang bertentangan
dengan akidah seperti Syiah, wahabi atau komunis
- Tidak memburuk-burukkan negara di mata dunia


MELAKA 2013

21

Peranan Pemimpin / kerajaan
- Sentiasa rasional dalam membuat keputusan
- Memberi keutamaan kepada rakyat
- Menjadikan Perlembagaan teras kepimpinan
- Mengelakkan perebutan kuasa
- Menolak campur tangan kuasa luar
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar -
Contohnya melalui kerjasama dalam pertubuhan-pertubuhan serantau
dapat menjamin keharmonian dunia
- Mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana negara yang
mencabuli hak sesebuah negara - Contohnya kerajaan Malaysia yang
telah mendakwa Sultan Jamalul Kiram sebagai penjenayah perang di
mahkamah antarabangsa
- Kolaborasi ekonomi antara negara - Contohnya kerjasama dalam
import eksport
- Menjadikan mahkamah antarabangsa sebagai tempat rujukan bagi
menyenyelesaikan sesuatu isu yang berkaian dengan tuntutan bertindih
- Contohnya isu tuntutan pulau Batu Putih antara Malaysia dan
Singapura yang dirujuk di mahkamah antarabangsa di The Hague
Belanda
- Negara yang membangun / maju / aman boleh menghulurkan bantuan
kemanusiaan kepada negara yang mengalami krisis - Contohnya
bantuan perubatan oleh Mercy Malaysia kepada rakyat Acheh,
Indonesia yang terlibat dalam bencana tsunami
- Menganjurkan sukan yang menyatukan masyarakat serantau --
Contohnya sukan SEA dan Komanwel
- Sentiasa menjaga / menjalin hubungan baik antara negara agar
keamanan berkekalan / berbaik-baik dengan negara jiran dan semua
negara
- Menghantar hadiah sebagai tanda persahabatan
- Melantik / menghantar duta ke luar negara
- Tidak menyokong mana-mana pihak yang bertelagah sama ada blok
kapitalis mahupun komunis
- Mengamalkan prinsip berkecuali
- Program kebudayaan bersama - Contohnya program televisyen yang
menggabungkan artis-artis Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei
- Menandatangani perjajian pertahanan / kerjasama pertahanan
- Dasar pro Barat dan anti Komunis
- Menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau sama
- Urusan ekonomi bersama blok-blok kapitalis dan Blok Sterling
- Mengadakan perjanjian kerjasama ekonomi antara negara. Contohnya
EAEC dan APEC



MELAKA 2013

22

6.3 Sebagai pemimpin masa depan, apakah cadangan anda untuk
menjadikan ASEAN lebih berkesan di peringkat global ? ATAU
Sebagai seorang pemimpin, pada pandangan anda apakah usaha-usaha
yang boleh dilakukan agar negara-negara serantau terus bergiat aktif
dalam mengukuhkan jalinan kerjasama ? ATAU
Bagaimanakah Malaysia dapat mengukuhkan hubungan serantau
supaya lebih erat?

- Pemimpin ASEAN perlu aktif dan berani dalam melahirkan
pandangan di peringkat global
- Menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan
- Menghantar bantuan teknikal kepada negara-neraya yang dilanda
bencana -contohnya kerajaan Malaysia yang membantu memadam
kebakaran hutan di Sumatera
- Menjadi pemimpin yang mengetuai pertubuhan-pertubuhan
antarabangsa
- Menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa
- Menganjur / menyertai sukan di peringkat antarabangsa
- Menyertai pameran di peringkat antarabangsa
- Terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Menyumbang kepakaran dalam inovasi
- Menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang
sedang bergolak
- Menawarkan negara sebagai pusat / hub dunia - Contohnya menjadikan
Malaysia sebagai hub halal dan hub pendidikan
- Menghasilkan buku / novel bertaraf antarabangsa
- Menyokong usaha keamanan
- Menolak keganasan
- Menyokong keputusan PBB
- Menentang senjata nuklear
- Mengamalkan prinsip berkecuali
- Menghapuskan diskriminasi kaum / bangsa / ekonomi dan kedaulatan
negara
- Menghormati hak asasi individu / negara
- Elak perlumbaan senjata
- Menghormati prinsip demokrasi
- Tidak mencampuri urusan negara lain
- Menarik / menggalakkan pelabur asing melabur di Malaysia
- Memperbanyakkan rundingan dan usahasama politik / rundingan meja
bulat
- Kolaborasi ekonomi / pendidikan
- Perkongsian pintar
- Usahasama menjaga alam sekitar
MELAKA 2013

23

- Menjaga sensitiviti negara jiran
- Kerjasama melindungi warisan dunia

6.4 Beri cadangan anda tentang hala tuju masa hadapan yang sesuai bagi
dasar luar Malaysia yang melibatkan kerjasama serantau.

- Mengekalkan dasar berkecuali
- Mengekalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran
- Mengukuhkan hubungan serantau seperti ASEAN
- Memperbanyakkan rundingan
- Mengutamakan diplomasi dalam kes-kes tuntutan bertindih
- Menarik lebih ramai pelabur
- Melabur di negara-negara ASEAN
- Misi bantuan keamanan di negara-negara bergolak
- Misi bantuan kemanusiaan di negara-negara yang dilanda musibah atau
bencana alam
- Mengurangkan pergantungan perdagangan dua hala dengan Amerika
Syarikat dan memperbanyakkan perdagangan dua hala dengan negara-
negara ASEAN
- Usahasama ketenteraan
- Usahasama kawalan sempadan dan perairan
- Mengekalkan keamanan serantau
- Perkongsian pintar dan kepakaran
- Membentuk sistem perundangan yang sama

6.5 Beri cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi
warganegara Malaysia yang berupaya menjamin keharmonian serantau.

- Setiap warganegara perlu mengamalkan perpaduan
- Menghindari penyalahgunaan dadah
- Saling bertolak ansur
- Menghormati dan mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara
- Berpegang teguh kepada nilai, agama dan kepercayaan masing-masing
- Menolak gejala sosial / negatif
- Mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat
- Memupuk nilai kasih sayang
- Menghormati kedaulatan sempadan dan negara lain
- Mencintai nilai budaya sendiri
- Menguatkan jati diri
- Meningkatkan penguasaan ilmu
- Menguasai sains dan teknologi
- Kreatif dan inovatif
- Masyarakat penyayang

MELAKA 2013

24

6.6 Sebagai warganegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda
kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan.

- Menguatkuasakan pengharaman penggunaan senjata pemusnah besar-
besaran / senjata biologi / senjata nuklear
- Melindungi perairan antarabangsa daripada penyeludupan (dadah /
manusia / hasil ekonomi)
- Melindungi perairan antarabangsa daripada pencerobohan / puak
militan
- Melindungi perairan antarabangsa daripada kapal-kapal yang
membawa bahan plutonium dan radioaktif
- Mengamalkan prinsip keadilan sejagat
- Berpegang teguh kepada prinsip agama nilai moral
- Berpegang teguh kepada prinsip demokrasi
- Tidak tunduk kepada desakan kuasa luar
- Tidak mencampuri urusan negara lain
- Mengekalkan kestabilan ekonomi
- Mengekalkan kestabilan politik
- Memupuk perpaduan rakyat
- Menguatkuasakan undang-undang
- Mengelakkan gejala-gejala negatif seperti rasuah
- Mengambil kira pandangan orang lain dan tidak mementingkan diri
sendiri
- Membasmi kemiskinan
-

Pelihara dan memulihara alam sekitar

7.1 Sebagai warga global, apakah nilai-nilai yang dapat diamalkan untuk
membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni dalam
kalangan negara serantau.

- Adil dalam pengagihan ekonomi
- Jujur/ amanah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dan
warganegara
- Menghormati hak asasi manusia
- Intergriti dalam menjalankan amanah
- Bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
- Bersikap terbuka menerima perubahan
- Bekerjasama memajukan negara
- Bertoleransi antara kaum
- Patuh kepada agama
- Bersatu padu antara kaum
- Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kepimpinan
- Baik hati kepada semua orang
- Menerapkan kasih sayang sesama insan
MELAKA 2013

25

- Bersikap rasional membuat keputusan
- Menerima kepelbagaian adat dan budaya

7.2 Sebagai warga global, apakah iktibar yang dapat diambil hasil daripada
kita hidup bersama dengan aman dan harmoni?

- Toleransi antara kaum
- Kebijaksanaan dalam kepimpinan
- Mengutamakan keamanan
- Permuafakatan sesama kaum
- Kesungguhan dalam perjuangan
- Menepati janji
- Bijak mengatur strategi
- Amalan bersaudara perlu diterapkan
- Memberi bantuan kepada yang memerlukan
- Suasana harmoni dalam kalangan masyarakat
- Mengamalkan pendekatan diplomasi
- Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
- Rela berkorban untuk agama bangsa dan negara
- Mendukung konsep kerjasama
- Bertoleransi dalam masyarakat

7.3 Sebagai warga global, apakah unsur patriotik yang dapat diamalkan
untuk membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni?

- Cinta akan negara
- Setia kepada negara
- Menjaga nama baik negara
- Negara kita tanggungjawab kita
- Berbangga sebagai rakyat Malaysia
- Berpegang teguh kepada nilai sejagat
- Menyanjung warisan bangsa
- Bersemangat kekitaan
- Menghargai perjuangan pemimpin
- Menyokong dasar-dasar kerajaan
- Menyanjung warisan bangsa
- Sanggup mempertahankan maruah bangsa
- Tolak ansur dalam menghadapi konflik
- Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu
- Menghargai kemerdekaan negara

7.4 Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah sikap yang perlu ada pada
anda supaya keamanan dapat dikekalkan?

- Adil dalam pengagihan ekonomi
- Jujur/ amanah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dan
MELAKA 2013

26

warganegara
- Menghormati hak asasi manusia
- Intergriti dalam menjalankan amanah
- Bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
- Bersikap terbuka menerima perubahan
- Bekerjasama memajukan negara
- Bertoleransi antara kaum
- Menerima kritikan dengan hati yang terbuka
- Patuh kepada agama
- Bersatu padu antara kaum
- Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kepimpinan
- Baik hati kepada semua orang
- Menerapkan kasih sayang sesama insan
- Bersikap rasional membuat keputusan
- Menerima kepelbagaian adat dan budaya

7.5 Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah kesan yang akan berlaku
jika keamanan tidak dapat dikekalkan bagi sesebuah negara?

- Negara akan mundur
- Pendidikan rakyat akan rendah/ terbantut
- Hidup dalam kemiskinan
- Tiada daya saing
- Tidak berwawasan/ tiada hala tuju
- Tidak mengamalkan semangat kerja sepasukan
- Gagal menghadapi cabaran
- Berlaku persengketaan antara rakyat/ kaum
- Berlaku campur tangan asing
- Negara mudah diceroboh
- Kedaulatan negara akan terhakis
- Imej negara akan tergugat
- Undang-undang/ Peraturan negara tidak akan dipatuhi
- Berlaku kacau bilau/ huru hara/ anarki
- Gagal bersaing di peringkat antarabangsa
- Taraf hidup rakyat merosot

7.6 Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah ciri-ciri semangat patriotik
yang dapat ditunjukkan agar keamanan dapat dikekalkan?

- Cinta akan negara
- Bersatu padu sesama kaum
- Hormat menghormati
- Saling bekerjasama antara pemimpin dan rakyat
- Semangat tolak ansur dalam menyelesaikan masalah
- Memajukan negara ke peringkat global
- Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
MELAKA 2013

27

- Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
- Peka kepada masalah dan isu
- Bersefahaman dan bermuafakat
- Mempertahankan dan menjunjung perlembagaan
- Bertindak secara wajar/ adil/ amanah
- Tidak berputus asa dalam memperjuangkan keamanan
- Berpendirian teguh dalam menangani isu keamanan
- Berilmu dan berketerampilan
- Berkelakuan sopan/ berhemah tinggi
- Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
- Menjadi insan yang berdisiplin

7.7 Apakah iktibar yang dapat diambil daripada dasar luar negara kita bagi
meningkatkan martabat bangsa?

- Kita perlulah/mestilah mempunyai kepimpinan berwibawa
- Kita mestilah mementingkan keselamatan negara
- Kita perlulah/mestilah saling menghormati antara negara
- Kita perlulah/mestilah saling bekerjasama antara negara
- Kita perlulah/mestilah mengutamakan keadilan sejagat
- Kita perlulah/mestilah mengekalkan kemakmuran bersama
- Kita perlulah/mestilah mementingkan kebergantungan antara negara
- Kita perlulah/mestilah memelihara keamanan dunia
- Kita perlulah/mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab
- Kita perlulah/mestilah memelihara kedaulatan negara
- Kita perlulah/mestilah berpengetahuan tinggi dalam semua bidang
- Kita perlulah/mestilah mengwujudkan sistem pentadbiran yang mantap
- Kita perlulah/mestilah mengutamakan perpaduan antara negara/
rakyat/pemimpin
- Kita perlulah/mestilah mengutamakan kepentingan negara
- Kita perlulah/mestilah mengamalkan semngat tolak ansur

7.8 Nyatakan nilai yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin untuk
membina negara yang maju.

- Kegigihan/ Kesungguhan untuk mengwujudkan hubungan baik
- Bijak mengambil peluang dalam pembangunan ekonomi serantau
- Berdaya saing dalam sektor pengeluaran
- Berani mengambil risiko dalam membuat keputusan
- Adil/ Saksama dalam melaksanakan dasar luar
- Bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan antara negara
- Berani mempertahankan negara
- Berpendirian tetap terhadap sesuatu keputusan
- Mempunyai intelek yang tinggi
- Bijak mengatur strategi
- Berkemahiran dalam komunikasi
MELAKA 2013

28

- Berwibawa dalam memimpin pergerakan serantau
- Bekepimpinan cemerlang
- Dedikasi dalam menjalankan tugas
- Bersifat terbuka dalam menerima idea baru
- Bersedia menerima perubahan
- Berwawasan
- Berfikiran terbuka terhadap sudut pandangan negara lain
- Kreatif dan inovatif dalam memajukan negara serantau
- Sanggup berkorban mempertahankan keamanan serantau

7.9 Nyatakan iktibar yang dapat diterapkan daripada hubungan luar demi
memajukan negara kita.

- Kita mesti mempunyai pemimpin berwibawa untuk memajukan negara
- Kita mestilah mementingkan keselamatan negara
- Kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain
- Saling bekerjasama antara negara bagi menjamin keharmonian serantau
- Keadilan sejagat sangat perlu untuk keharmonian serantau
- Kemakmuran bersama haruslah dipertahankan
- Kebergantungan antara negara perlulah diamalkan
- Kita mestilah memelihara keamanan dunia
- Kita menstilah menjadi warga global yang bertanggungjawab
- Memelihara kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama
- Rakyat dan pemimpin mestilah berpengetahuan tinggi
- Setiap negara mesti mengwujudkan sistem pentadbiran yang mantap
- Kita mestilah mengutamakan perpaduan
- Kita perlu mengutamakan kepentingan negara
- Mengamalkan semangat tolak ansur antara negara-negara serantau

7.10 Apakah nilai-nilai murni yang diperoleh melalui pengamalan dasar
luar negara?

- Kegigihan/ Kesungguhan untuk mengwujudkan hubungan baik
- Bijak mengambil peluang dalam pembangunan ekonomi serantau
- Berdaya saing dalam sektor pengeluaran
- Berani mengambil risiko dalam membuat keputusan
- Adil/ Saksama dalam melaksanakan dasar luar
- Bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan antara negara
- Berani mempertahankan negara
- Berpendirian tetap terhadap sesuatu keputusan
- Mempunyai intelek yang tinggi
- Bijak mengatur strategi
- Berkemahiran dalam komunikasi
- Berwibawa dalam memimpin pergerakan serantau
- Berfikiran terbuka terhadap sudut pandangan Negara lain
- Kreatif dan inovatif dalam memajukan negara serantau
MELAKA 2013

29

- Sanggup berkorban mempertahankan keamanan serantau
Rumusan












































Pengetahuan Yang Diperoleh
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia mengambil langkah
yang dinamis dalam strategi dasar luarnya bagi memastikan Negara
dapat terus bersaing dengan negara lain.
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia menjadi anggota
pertubuhan serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah mengetahui faktor-faktor yang
menjadi asas pembentukan dasar luar Malaysia
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah Malaysia banyak memberikan
sumbangan dalam pertubuhan serantau
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah banyak faedah Malaysia peroleh
dengan menganggotai pertubuhan serantau
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah pentingnya menjalin hubungan
dengan negara-negara jiran
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah perlunya persahabatan antara
negara demi kepentingan rakyat dan negara
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah ASEAN memberi sumbangan
besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah ASEAN berjaya mengekalkan
kedudukan Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
(ZOPFAN)
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah penubuhan ZOPFAN
mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah wujudnya kerjasama antara
negara serantau dalam bidang ekonomi
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah AFTA ( kawasan perdagangan
bebas ASEAN) diwujudkan bagi menghapuskan sekatan dagangan
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah wujud kerjasama dalam bidang
pendidikan
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah terdapat kerjasama dalam bidang
kebudayaan dan sosial
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah Sukan SEA dapat merapatkan
hubungan antara negara serantau melalui semangat kesukanan
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah dasar luar melibatkan hubungan
berbaik-baik dengan negara lain
- Pengetahuan yang saya peroleh ialah kerjasama dalam bidang
pelancongan dilakunkan melalui kempenTahun Melawat ASEAN 1992

Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
- Iktibar yang saya peroleh ialah sebagai pelapis kepemimpinan negara
saya haruslah mencontohi para pemimpin Malaysia yang memberi
sumbangan besar dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa
- Iktibar yang saya peroleh kita perlu memupuk perpaduan dan toleransi
MELAKA 2013

30

dalam kerjasama serantau
- Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia haruslah
mengambil ikhtibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian negara
lain yang sedang bergolak
- Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah rakyat Malaysia perlu
mengetahui peri pentingnya keamanan serantau
- Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah kita perlu menjalin semangat
kerjasama antara negara
- Iktibar kepada bangsa Malaysia ialah kita perlu berfikiran kreatif untuk
manfaat bersama
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara kita haruslah mengukuhkan
hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara kita mestilah memupuk semangat
kerjasama dan saling membantu dalam apa jua pertubuhan yang
disertai
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara harus menghormati undang-
undang negara
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara perlu memajukan ekonomi
serantau
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara memerlukan pemimpin
berwibawa
- Iktibar kepada Malaysia ialah negara harus menjamin keamanan dan
kemakmuran
- Iktibar kepada Malaysia ialah pemimpin negara harus bersepakat dalam
membuat keputusan
- Iktibar kepada Malaysia ialah pemimpin negara harus menghormati
negara lain
- Iktibar kepada Malaysia ialah pemimpin negara perlu bijak memanfaat
peluang untuk kemajuan dan kemanan

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
- Saya berharap pemimpin negara akan terus menyumbangkan idea dan
kepakaran untuk memajukan pertubuhan serantau
- Saya berharap Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara
serantau agar politik dan ekonomi negara terus kukuh
- Saya berharap negara kita akan terus dihormati oleh negara-negara
jiran
- Saya berharap Malaysia akan terus memelihara maruah negara
- Saya berharap politik negara menjadi semakin stabil
- Saya berharap taraf hidup rakyat semakin meningkat
- Saya berharap ekonomi negara semakin maju
- Saya berharap bidang pendidikan negara kita bertaraf dunia
- Saya berharap Malaysia akan memelihara kemajuan yang telah dicapai
dengan sebaiknya
- Saya berharap negara kita dapat melahirkan pemimpin bertaraf dunia
- Saya berharap Malaysia akan ersama-sama dengan negara serantau
MELAKA 2013

31

mengekalkan kedaulatan negara
- Saya berharap Malaysia dapat mengekalkan keamanan serantau

You might also like