You are on page 1of 4

1.

0 Pendahuluan
Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu dalam sains sosial. Menurut
Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau
kaeadah Heuristik. Ia digunakan sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan
seperti sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan proses mencari
kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatan-dapatan penyelidikan. Selain daripada itu,
kaedah ini juga melibatkan proses penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan
dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.

Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting yang boleh digunakan oleh guru-guru dalam mata
pelajaran sejarah. Kaedah ini menjadi essence dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains social untik
mengembangkan kemahiran belajaryang bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan
ikepada pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur dan cara-cara
melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam pembelajaran. Cara ini memberatkan penyiasatan-
penyiasatan, ekspositori dan penemuan.

Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna dan
mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran, kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-
cara menyampaikan data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan. Sebaliknya,
kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan secara sistematik oleh
guru. Kaedah ini dianggap amat relevan untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang
berkembang kepada pelajar. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara sendiri. Hal
ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri dapat membentuk sikap keterbukaan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan pelajar lebih
berdikari dan mampu untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru sahaja
untuk memberikan maklumat kepada mereka.

Pengajaran sejarah KBSM perlu menitikberatkan perubahan sikap pelajar-pelajar untuk menegtahui bukan
setakat apa yang orang lain fakir dan diminta percaya apa yang diketahui, tetapi menggalakkan mereka
menyoal, mengkaji, menilai, menyangkal pendapat-pendapat berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti sejarah.
Pentingnya strategi inkuiri ini ialah untuk menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan fikiran yang munasabah
terhadap sesuatu isu, masalah-masalahatau pengetahuan-pengetahuandan mengaplikasi pengetahuan sejarah
dengan keadaan masa kini. Seseorang bukan sahaja dapat memahami isi kandung sejarah tetapi dapat
mengaitkan dengan situasi lain (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999:113). Daripada pengalaman-penglaman
penyelidikan, kaedah inkuiri dapat memberikan kemahiran yang penting kepada proses pengembangan
kemahiran intelek.

2.0 Konsep Kaedah Pengajaran Inkuiri
Kaedah inkuiri atau tinjau siasat atau pertemuan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran sejarah. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial, kaedah
ini menjadi penting bagi mengembangkan kemahiran kemahiran belajar yang bermakna kepada murid. Ia
menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara
melihat masalah serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi
peluang kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar memperoleh
pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka jalankan.

Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses mengenal pasti, mencari dan
menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan
mementingkan soalan yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak
terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya. Sebaliknya, sesi pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak
memainkan peranan sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak sebagai
pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertindak sebagai penasihat
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).

Kaedah ini dapat membentuk sikap suka meneroka dan menyelidik dalam kalangan pelajar. Melalui kaedah
inkuiri, guru bukan memberikan murid-murid, sebaliknya mengemukakan persoalan atau permasalahan yang
memerlukan pelajar mendapatkan data dan melakukan penyelidikan serta mengemukakan penjelasan bagi
menilai andaian-andaian yang sudah mereka bina. Oleh itu, kaedah ini menggalakkan murid menggunakan
akal fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan sejarah dengan keadaan masa
kini.

Kaedah inkuiri adalah berdasarkan falsafah John Dewey yang menyatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan.
Guru akan membentuk dan menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh
pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah, murid dapat memahami dan menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah
dengan membuat penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata. Murid belajar sejarah melalui
pemahaman dan bukan penghafalan semata-mata.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid memainkan peranan penting dalam aktiviti gerak
kerja seperti bertanya, membaca, berbincang, mencatat, meneliti, dan menganalisis data atau maklumat,
menghujah, melaporkan, menulis esei dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada
murid. Interaksi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid amat penting supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kaedah ini juga dapat merangsang murid
mengkaji dam mengetahui sesuatu peristiwa secara dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga dapat
mengembangkan naluri ingin tahu dalam kalangan murid.

Kaedah inkuiri melibatkan proses mental yang sentiasa berkembang. Semasa mengamati sesuatu masalah,
mengklasfikasikan masalah tersebut, seterusnya membuat andaian atau membina hipotesis, menguji hipotesis
dan akhirnya membuat kesimpulan. Ini adalah cara mendapatkan penemuan dan membuat kesimpulan
berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan melalui pemerhatian, pengumpulan data dan sebagainya.

Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses pembelajaran dan pemikiran
murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk mengapa dan bagaimana memerluka murid membuat huraian.
Ini menghasilkan tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah satu
proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang dapat menggunakan
pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas bagi tujuan yang lebih bermakna.

Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah inkuiri pendekatan deduktif
dan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada
peraturan atau generalisasi kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep
pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):
1. Cadangkan masalah yang mencabar
2. Bantu murid-murid menganalisis masalah
3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh dipertimbangkan
4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid
5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am yang betul sebelum mereka
mahir menggunakannya.
6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka menggunakan langkah-langkah
yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah tersebut sendiri.
7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan bagaimana mereka memastikan
jawapan mereka sama ada betul atau salah.

Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan deduktif,
murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu yang berkaitan dengan masalah yang
berkaitan dengan masalah yang dikemukakan proses mencari maklumat atau fakta sejarah itu akan dipandu
oleh generalisasi dan kesimpulan sesuatu peristiwa sejarah yang telah diketahui dan diterima umum. Murid
tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana generalisasi telah diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya
murid hanya perlu mencari fakta dan maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang diberikan.

Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada data-
data yang terkumpul kepada generalisasi. Pendekatan ini memerlukan kita membuat sesuatu generalisasi
daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara yang berbeza. Pendekatan induktif adalah selaras
dengan pemikiran sejarah yang terdapatnya suatu covering laws yang berupaya menerangkan fenomena
yang berupaya seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza.

Langkah-langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi berikut :
1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan
2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian
3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak
4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik.
5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan
6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan
7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama.

Pada awal kajian, murid dikehendaki membuat hipotesis. Selepas mengumpul data
data yang sah, menilai hipotesis dengan menggunakan data dan maklumat yang diperoleh, murid dikendaki
pula membuat generalisasi berdasarkan bukti-bukti yang terkumpul tadi. Akhir sekali mengaplikasikan
generalisasi tersebut kepada situasi yang sama.

3.0 Aspek-aspek Pengajaran Inkuiri
Banyak isu-isu sains sosial dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan dalam pengajaran
terutamanya berkaitan dengan konsep-konsep dan kebolehan-kebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri
adalah berasaskan kepada pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kaedah ini
bertujuan mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan, membuat dan
menyusun data serta menganalisis data (maklumat). Salah satu kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran
Sejarah ialah menekankan kepada kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan,
bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai, sebab-munasab dan
sebagainya (Abd Rahim Abd Rashid, 1989:149).

Melalui proses inkuiri, satu generalisasi daripada bidang sejarah boleh dikaji atau atau diuji sebagai suatu
kemungkinan hipotesis. Penekanan terhadap aspek ini akan membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan
kebolehan menilai pelbagai corak generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-
masalah serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

Dalam merancang tajuk-tajuk sejarah, guru boleh membuat keputusan-keputusan yang rasional dan terancang
mengenai bahan-bahan, aktiviti pembelajaran dan strategi-strategi pengajaran untuk memendu dan menentukan
tercapainya matlamat pengajaran inkuiri.

4.0 Kelebihan dan Halangan Kaedah Inkuiri
Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani
menyoal kesahihan sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian.
Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan pemikiran kritikal.
Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan
maklumat yang mereka peroleh daripada sumber rujukan yang sahih.

Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat penaakulan aktif. Apabila
murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih
supaya menentukan sesuatu masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat,
kemudian menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat
kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.

Kaedah inkuiri dalam subjek Sejarah memerlukan proses penyiasatan. Murid akan diminta menyiasat dan
mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau jawapan mengenai sesuatu persoalan yang
dikemukakan. Melalui pengalaman murid dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu
maklumat dan murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka melakukan proses
pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau peristiwa sejarah. Pengalaman pembelajaran melalui
kaedah inkuiri ini akan membantu murid melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai sesuatu
perkara dengan berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini juga dapat mengembangkan bakat dan kebolehan
murid untuk merancang dan mengelolakan sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap
berani, bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan membuktikan pendapat
atau hipotesis yang mereka kemukakan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa halangan dan kekangan yang menyebabkan kaedah inkuiri ini
dikatakan gagal atau tidak sesuai diguna pakai dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Hal ini timbul apabila subjek Sejarah hanya dijadikan subjek tulis dan ingat oleh guru-guru dalam
pengajaran Sejarah semata-mata tanpa membabitkan pelajar berfikir secara berfikrah. Oleh itu, proses
pengajaran hanya tertumpu kepada penulisan nota-nota dan menghafal segala nota yang diberi. Murid-murid
tidak digalakkan untuk mencetuskan persoalan-persoaln yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan ini
memungkinkan kaedah inkuiri digunakan dalam pengajaran.

You might also like