You are on page 1of 5

PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro

Makro bermaksud awalan yang banyak. Pengajaran makro merangkumi segala
proses pengajaran, sekurang-kurangya satu unit kemahiran, dalam sesuatu waktu
pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,
perkembangan dan penutup. Ia merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap
kepada satu kelas biasa. Simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah, makmal atau
bilik tayangan. Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran
mikro yang disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama
dipelajari.
Perkataan Mikro diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Ini beerti
pengajaran mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai
simulasi kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan
masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro dijalankan.
Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang
dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang
lengkap akan menghasilkan pengajaran yang baik dan berkesan.


Objektif Pengajaran Makro

Di antara objektif-objektif pengajaran makro ialah ia menyediakan suatu
kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih serta mempraktikkan suatu suasana
sebenar apabila mengajar dan juga ia akan memperbaiki kelemahan-kelemahan
pengajaran yang berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar. Selain itu, ia
bertujuan supaya memahami ciri-ciri perancangan pengajaran makro dan membina
rancangan pengajaran makro mengikut format latihan seterusnya dapat
mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.
Di antara objektif lain ialah :
Memberi keyakinan kepada guru
Menguasai kemahiran mengajar
Mengenal pasti potensi guru
Mengenal pasti kelemahan guru
Mewujudkan semangat kekitaan dan bekerjasama


Situasi Pengajaran Makro

1) Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid
2) Murid sebenar
3) Guru pelatih, mengajar sepenuh masa
4) Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar
5) Situasi sebenar pengajaran
6) Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

Prinsip Pengajaran Makro
Antara prinsip pengajaran makro ialah:-

Objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran makro, guru mempunyai
objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar.

Jumlah pelajar. Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada
bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang
sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah
mencabar dengan karenah para pelajar.

Strategi pengajaran. Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan
strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menarik.

Jangkamasa Pengajaran. Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro
adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35
hingga 45 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

Bahan pelajaran. Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi
pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu,
guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru
ketika menyampaikan adalah menyeluruh.

Perbincangan dan refleksi. Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai
melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru.
Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan
datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan
penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.

Aplikasi Pengajaran Makro. Pengajaran mikro ialah penyampaian pelajaran lengkap
yang mengandungi kemahiran-kemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran
pembelajaran dalam kelas sebenar. Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih
dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran mikro berdasarkan masa
pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit
atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai
kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki
kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di
sekolah.

Terdapat tiga bahagian penting dalam pengajaran iaitu bahagian persediaan,
penyampaian dan bahagian peneguhan atau penutup. Guru harus menguasai ketiga-
tiga komponen ini. Dalam aspek penggabungjalinan kemahiran juga perlu dinyatakan
sebagai sebahagian daripada persediaan mengajar. Objektif pengajaran merupakan
bahagian yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran. Dalam menyediakan sesuatu
persediaan mengajar yang baik, kriteria penilaian perlu diberi perhatian oleh guru.
Seorang guru yang prihatin harus peka penentuan hasil daripada pengajaran dan
pembelajarannya.

Sebelum membuat rancangan harian, guru harus memastikan apa yang perlu
dikuasai oleh murid agar apa yang hendak disampaikan nanti dapat diaplikasikan dan
tumpuan sepenuhnya dapat diberikan oleh murid-murid. Guru juga haruslah merancang
kaedah atau sumber yang sesuai bagi membantu melaksanakan penilaian kelak. Hasil
pelajaran haruslah dirujuk kepada sukatan pelajaran dan pastikan aras pembelajaran
mengikut aras dari mudah ke sukar agar hasil pembelajaran dapat dinyatakan dengan
tepat, eksplisit dan jelas . Guru harus memastikan set induksi bertepatan dengan
objektif pelajaran, bermakna dan mengikut tahap murid-murid. Set Induksi juga
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.


Prosedur Pengajaran Makro
Perancangan

Kejayaan bergantung kepada perancangan yang rapi.
Komponen persediaan;- tarikh, masa, mata pelajaran, kelas, bilangan pelajar dan tajuk
Kemahiran:-nombor kemahiran isinya
Pengetahuan sedia ada
Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/efektif)
Sumber P&P
Penerapan Nilai murni
Penggabungjalinan kemahiran

a.. Prosedur sebelum Pengajaran Makro dijalankan :

Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah menggunakan
pendekatan yang lebih kreatif untuk menarik minat murid melalui proses kefahaman,
kreativiti dan inovasi, mengaplikasikan pendekatan, kemahiran memilih dan
sebagainya. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan dapat mewujudkan satu kondusif
pembelajaran dalam mencungkil keupayaan murid membuat sumbangsaran, menyusun
atur dan menyenarai topik yang dipelajari. Pendekatan yang sesuai juga akan dapat
mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada murid.
Kaedah dan teknik : Mata pelajaran Al Quran mengandungi tajuk-tajuk yang
terdapat pula sub-sub tajuk seperti yang telah dibincangkan dalam nota grafik. Ini
menjelaskan bahawa, guru perlu menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai untuk
serta dapat diaplikasikan dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Kaedah dan teknik tersebut membantu
guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.


b. Prosedur semasa Pengajaran Makro dijalankan:

Pengaplikasian kaedah yang dipilih dan keberkesanannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Secara ringkasnya setiap kaedah yang dipilih hendaklah dipastikan
keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara faktor-faktor yang
menunjukkan kepada keberkesanan tersebut adalah seperti berikut:
Menarik perhatian murid.
Mewujudkan motivasi.
Adanya perkembangan ilmu di dalam pengetahuan sedia ada murid.
Menyenaraikan, sumbangsaran, membanding beza dan berlakunya perubahan
tingkahlaku murid.

c. Prosedur selepas Pengajaran Makro dijalankan
Cadangan penambahbaikan dari segi pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik
dan pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Penilaian kendiri perlu dibuat setelah selesai melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu refleksi berkenaan dengan pengajaran guru. Kekurangan
dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan
datang. Antara penambahbaikan yang perlu ada ialah pencapaian objektif, disiplin kelas
dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajaranya.
Penambahbaikan juga perlu dilihat kepada perkembangan murid dan penerimaan
mereka berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara
berperingkat-peringkat.

Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan
penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat
meningkatkan mutu penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu
lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.


Kelebihan Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro mempunyai kelebihan seperti yang berikut:
1. Guru pelatih akan lebih yakin apabila berada dalam kelas sebenar
Walaupun tempoh dan bilangan murid adalah kurang, pengajaran mikro
dapat memberi keyakinan kepada guru pelatih apabila mereka berada dalam
kelas sebenar.
2. Guru pelatih dapat menguasai sesuatu kemahiran mengajar
Pengajaran mikro menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar
sahaja. Oleh itu guru pelatih dapat menguasai kemahiran tersebut.
3. Guru pelatih dapat mengenal pasti potensi diri
Melalui pengajaran mikro, guru dapat mengenal pasti potensi atau bakat
yang ada pada dirinya, seperti memiliki suara yang lantang dan sebutan
yang jelas, berkebolehan bernyanyi dan berlakon, dan sebagainya. Dengan
demikian guru pelatih dapat menggunakan potensi tersebut dengan sebaik
mungkin.
4. Guru pelatih dapat mengenal pasti kelemahan dalam pengajaran-
pembelajaran
Melalui pengajaran mikro, kelemahan pengajaran seseorang guru mudah
dkenal pasti dan diperbaiki. Daripada hasil perbincangan dan pandangan
raan sekursus dan pensyarah guru boleh mengulang pengajaran untuk
membaiki kelemahannya.

http://mte3107kba.blogspot.com/2013/07/pengajaran-mikro-dan-makro.html

You might also like