You are on page 1of 1

PELBAGAIKAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SUBJEK SEJARAH UNTUK


TARIK MINAT PELAJAR
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Sekolah di seluruh negara dinasihat
mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di
peringkat rendah dan menengah bagi menarik minat pelajar menghayati subjek itu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof
Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan berkata ia boleh dilakukan melalui kaedah
interaktif yang menjurus kepada pemikiran kreatif dan kritikal pelajar.
"Pelbagaikan kaedah pengajaran di sekolah, ini boleh dilakukan melalui
drama, mungkin juga penceritaan dalam bentuk forum, pidato khas dan sebagainya.
"Namun, ini tidak bermakna buku rujukan di sekolah rendah dan menengah perlu
diketepikan, cuma kaedah pengajaran dan pembelajarannya perlu dipelbagaikan,"
katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Selasa lepas, sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
melahirkan kerisauan apabila melihat ramai di kalangan pelajar kini kurang
berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya mencatat gred ''A'' dalam
peperiksaan.
-- LAGI

You might also like