You are on page 1of 4

7 | P a g e

PANDUAN UMUM PENULISAN CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN




1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai
memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS
2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify
3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak
dan Rujukan

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:
Atas : 2.5 cm daripada jidai atas
Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
Kanan : 2.5 cm daripada jidai kanan
Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 2.5 cm daripada birai atas kecuali
tajuk laporan penyelidikan.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi
sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan
teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda
sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya
DUA baris teks.


3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.








Lampiran 1

8 | P a g e

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm
daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan.
Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul)
hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara
berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv .

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman
(i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan
angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .


3.6 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi
tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format
penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan
kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis
perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat
menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan
perenggan berikutnya.


3.7 Sistem Rujukan
3.7.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis
hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks dan
dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American
Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah
seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).




9 | P a g e


(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon &
Koh, 2003) telah menunjukkan


(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man,
1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem
pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.



3.7.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.

(b) J urnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The
efficiency dimension. Review of Educational Research, 2, 175-199.


(c) Surat khabar

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah
Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia.


(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari
http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari
http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/



10 | P a g e

7.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India


Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis
nama penuh pengarang yang
tidak mempunyai nama
keluarga.


Mohd. Ali (2005) menyatakan

Lim (2006) menyokong

Krishnan (2003) menerangkan


Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).
Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.


4.0 Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah
perkataan.

You might also like