You are on page 1of 38

UKIRAN

DHARSIGA A/P SELVARAJU


G 4.8

PENGENALAN
Seni pertukangan kayu yang menjadi
satu tradisi dalam masyarakat Melayu.
Memperkenalkan teknik dan motif
bunga ukir yang menjadi identiti ukiran
Melayu tradisi.

Penghasilan sebuah karya seni ukir
memerlukan kemahiran:
memilih kayu
memproses kayu
memilih dan melukis motif ukiran
hinggalah mengukir silat dengan
menggunakan pemahat dan pisau wali.
SEJARAH PERKEMBANGAN
UKIRAN KAYU
Perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara
menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal
telah wujud di zaman dahulu.
ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan
pinggan mangkuk.
Buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang yang ditulis pada abad ke-17.
Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat
keindahan seni bina istana Sultan
Mansur Syah yang memerintah Melaka
pada tahun 1459 hingga tahun 1477.
Istana berukir indah itu digelar oleh
rakyat Melaka sebagai Istana Hawa
Nafsu.
MOTIF-MOTIF YANG
DIGUNAKAN
motif awan larat atau
ragam hias yang diambil
dari unsur-unsur flora,
fauna, kaligrafi jawi,
kosmos dan bentuk
geometri.
PRINSIP UKIRAN
Sebagai pelengkap dan penyokong kepada sesuatu
reka bentuk.
Jenisnya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan
Motif perlu harmoni dengan persekitaran. Biasanya
motif flora digunakan sebagai lambang keindahan
persekitaran.
Penerapan falsafah dan kerohanian orang Melayu,
disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.

CORAK UKIRAN
Awan larat melayu
asli.
Awan larat jawa.
Awan larat corak
silang.
BENTUK-BENTUK UKIRAN
(A) Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau
beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji supaya tembus bentuk-
bentuk bunga atau corak.
Terdapat dua(2) jenis ukiran:
i. Ukiran tebuk tidak silat.
ii. Ukiran tebuk silat.
i. Ukiran tebuk tidak silat.
obanyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu
bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan
mimbar masjid.
oBentuk bunga ukit ialah:
awan larat.
Siling.
Kaligrafi.
Simetri.
ii. Ukiran tebuk silat.
bahagian yang menindih serta melengkung keluar
ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam
serta yang tertindih ditenggelamkan.
Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan
bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan
tebuk disobek.
Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan
larat, silang dan simetri.

Bentuk awan larat
Bentuk silang Bentuk simetri

(B) Ukiran Bunga Timbul.
Ukiran ini tidak tembus.
Mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan
tidak silat.
Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
Terdapat pada:
Perabot.
Mimbar masjid.
Barang perhiasan yang diperbuat daripada
kayu.
Ulu serta sampir senjata.
(C) Ukiran Arca
Terdapat pada ulu senjata seperti :
ulu keris.
kepala tongkat.
kukur kelapa.
kotak nelayan.

Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi
lebih halus dan kecil.
Berbentuk 3 Dimensi.


(D) Larik
Cara orang-orang Melayu mengukir kayu.
Berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan
genting-gentat yang menarik.
Terdapat pada:
ulu senjata.
Perabot.
Tongkat.
Gasing.
tiang-tiang rumah.
(E) Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru.
Ukiran ini diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf
tangan Malaysia.
Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran
kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu
dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan
sebagainya.
Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang
terdapat dalam sungai.
(F) Ukiran Layang

ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai
corak timbul pada permukaan.
Terdapat pada:
perabot almari.
Katil.
bermotif ringkas.
menggunakan teknik guris di permukaan
kayu.
POLA CORAK
corak yang dipilih mengikut
kesesuaian fungsi ukiran.
Terdapat 3 jenis pola:
Pola Bujang.
Pola Pemidang.
Pola Lengkap.

PERALATAN
Peralatan tradisional dan moden

Pahat menebuk, membentuk corak atau membuang
bahagian yang tak diperlukan.

Ketam kayu melicin dan meratakan permukaan kayu.
Cetar membentuk asas kayu secara kasar.

Tukul kayu mengetuk pahat dalam proses mengukir.
Gergaji kecil memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan.

Kikir Pari meratakan corak yang dilukis.



Daun
mempelas/kertas
pasir
melicinkan permukaan corak yang telah
diukir

Gergaji berhalang memotong dan membentuk bahagian
lengkung pada ukiran.

Pisau wali mengukir corak yang dikehendaki.
Gergaji kecil(jigsaw) memotong mengikut lengkung yang
dikehendaki.

Mesin gerudi Menebuk lubang.
Sesiku mendapatkan ketepatan sudut.

Pengapit memegang atau mengapit kayu.
BAHAN
1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya.
2. Kayu yang tua dan benar-benar kering.
3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong.

PEWARNA
Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yang terdapat di
pasaran.

GAM
- Untuk melekatkan papan dan kayu yang disambung.

PROSES MENGUKIR
1. Penyediaan kayu.
2. Mengukir.
3. Kemasan.
PROSES MENGUKIR
Melukis corak pada kertas.
Menekap corak pada kayu.
Memahat.
Melurut dan mengukir dengan pisau
wali.
Melicin dan mengilatkan dengan
syelek.
BENTUK SILAT
Silat leper.
Silat serong.
Silat belah rotan.
Silat Minang kabau.
Silat dada tuna.
TOKOH-TOKOH UKIRAN
1. Encik Latiff bin Long
Dilahirkan di Besut, Terengganu.
Ukirannya tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di
Muzium negeri Terengganu.
1971- beliau memenangi tempat pertama dalam
pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran
Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara.
Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan
membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan .

2. Tuan Haji Wan Su bin Othman
Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur
tradisi.
Cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu.
beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan
Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu sehingga
kini.
Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu.

RUJUKAN
Miharja, S. (n.d.). Mesin Ukir 3 Dimensi. Retrieved from
http://www.youtube.com/watch?v=16Y8e4GGO5c
Pembuatan Ukiran Kayu Sumatera Barat,. (2013). Ukiran Kayu.
Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=ezZkathlz-
A
Seni Visual, P. (2009). Ukiran Kayu. Pendidikan Seni Visual.
Retrieved from
http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.html
USRATI PRODUK, D. (2010). Ukiran Kayu. Laman Seni.
Retrieved from
http://lamanseni09.blogspot.com/2010/08/ukiran-kayu.html

TERIMA KASIH

You might also like