You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME)

Mata Pelajaran : Perdagangan


Tarikh/ Hari : 25 Mac 2013 (Isnin)
Tingkatan : 5 Dinamik
Bilangan Pelajar : 30 orang
Masa : 9.00 a.m - 9.40 a.m (40 minit)
Tajuk Utama : Bab 9 : Insurans
Sub Tajuk : 9.3 : Jenis Insurans
Insurans Kemalangan
Insurans Kebakaran
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:
i. Menyenaraikan jenis-jenis insurans kemalangan.
ii. Menyatakan fungsi insurans kebakaran.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mempelajari :
1. Konsep insurans.
2. Perbezaan antara risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans.
3. Prinsip insurans.
Pendekatan : Konstruktivisme
Strategi : Berpusatkan guru, pelajar dan bahan.
Kaedah : Soal jawab, lakonan, perbincangan dan nyanyian.
ABM : Video, kotak misteri, nota slaid power point, paper craft doll, paper craft, marks board, kertas mahjong, pen
marker, kotak kereta, kotak rumah, kertas soalan, telur, kapas, bunga, peta minda kreatif, polystrene, microphone,
rotan dan gula-gula.
Nilai Murni : Menghormati guru, bekerjasama, tekun, patuh kepada arahan, berusaha dan yakin.
KBKK : Menjana idea, membentuk kefahaman, mengenal pasti, menganalisis dan membuat rumusan.






AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah/
Masa
Isi Kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Strategi/ Kaedah/ ABM/ Nilai/
KBKK
Persediaan
(5 minit)
Orientasi idea
berasaskan
pengetahuan
sedia ada.
Guru memberikan salam kepada
pelajar.

Guru menayangkan video dan
meminta pelajar menyatakan apa yang
cuba disampaikan dalam video.

Guru menanyakan objektif
pengajaran.

Guru membahagikan pelajar kepada
tiga kumpulan besar serta memberikan
kotak misteri dan nota slaid power
point kepada setiap kumpulan.

Guru memberikan nama kumpulan
Pelajar memberikan salam.

Pelajar memberikan pendapat
mengenai apa disampaikan dalam
video.

Pelajar memberikan objektif
pengajaran.

Pelajar duduk dalam kumpulan
masing-masing.


Strategi: Berpusatkan guru.

Kaedah: Soal jawab.

ABM: Video, kotak misteri dan
paper craft doll dan nota slaid power
point.

Nilai: Menghormati guru dan
bekerjasama.

KBKK: Menjana idea.
berdasarkan paper craft doll di dalam
kotak misteri.
Imaginasi
(10 minit)
Penstrukturan
idea.


Guru memberikan masa kepada
pelajar untuk membaca nota slaid
power point yang diberikan.

Guru melakonkan situasi 1 yang
berkaitan dengan insurans
kemalangan.

Guru mencabut undi untuk
menentukan kumpulan yang
menjawab soalan.

Guru melakonkan situasi 2 yang
berkaitan dengan insurans kebakaran.

Guru mencabut undi untuk
menentukan kumpulan yang
menjawab soalan.

Pelajar membaca nota slaid power
point yang diberikan.

Pelajar memberikan tumpuan dan
mendengar dengan teliti terhadap
lakonan guru.

Pelajar menjawab soalan dalam
kumpulan berdasarkan cabutan undi
guru.

Pelajar memberi respon mengenai
lakonan yang ditonton dengan tajuk
yang akan dipelajari.


Strategi:Berpusatkan guru, pelajar
dan bahan.

Kaedah: Lakonan dan perbincangan.

ABM: Kotak misteri, paper craft
doll, paper craft, kertas mahjong,
pen marker, kotak kereta, kotak
rumah, polystrene dan microphone.

Nilai: Tekun, patuh kepada arahan,
berusaha dan bekerjasama.

KBKK: Menjana idea dan
membentuk kefahaman.
Guru memberikan paper craft kepada
kumpulan yang berjaya menjawab
soalan sebagai tanda markah di
polystrene.
Perkembangan
(10 minit)
Aplikasi idea. Guru mengarahkan pelajar untuk
membuat lirik lagu mengikut genre
dengan menggunakan peralatan dan
soalan dalam kotak misteri.

Guru mencabut undi untuk
menentukan giliran kumpulan yang
menyanyikan lagu.

Guru mengulas lirik lagu yang
dihasilkan oleh setiap kumpulan.
Pelajar berbincang dalam kumpulan
secara aktif untuk membuat lirik lagu.

Pelajar melakar hasil perbincangan
kumpulan dalam bentuk lirik lagu di
atas kertas mahjong yang disediakan.

Pelajar membentangkan hasil
perbincangan di hadapan kelas dengan
menggunakan lirik lagu yang
dihasilkan.





Strategi: Berpusatkan pelajar dan
bahan.

Kaedah: Perbincangan dan nyanyian.

ABM: Nota slaid power point, kotak
misteri, kertas soalan, paper craft
doll, paper craft, kertas mahjong dan
pen marker.

Nilai: Menghormati guru,
bekerjasama, tekun, berusaha dan
patuh kepada arahan.

KBKK: Menjana idea, membentuk
kefahaman dan mengenal pasti.

Tindakan
(10 minit)
Penilaian. Guru meminta seorang wakil daripada
kumpulan tampil ke hadapan.

Guru meminta wakil kumpulan untuk
memecahkan telur, ahli kumpulan
dikehendaki menjawab soalan.

Guru mengulas jawapan pelajar.

Guru memberikan paper craft sebagai
tanda markah.

Guru memberi ganjaran kepada semua
kumpulan yang melibatkan diri.

Pelajar menjawab soalan dalam
kumpulan masing-masing.

Pelajar membuat catatan mengenai
jawapan yang diulas oleh guru.

Strategi: Berpusatkan pelajar.

Kaedah: Soal jawab.

ABM: Telur, kapas, bunga, kertas
soalan paper craft, marks board,
rotan dan gula-gula.

Nilai: Yakin, tekun, berusaha,
bekerjasama, menghormati guru dan
patuh kepada arahan.

KBKK: Menganalisis dan menjana
idea.
Penutup
(5 minit)
Membuat
rumusan.
Guru memaparkan peta minda kreatif
topik pengajaran di hadapan.

Guru meminta beberapa wakil pelajar
untuk menjawab soalan, guru
melengkapkan peta minda
. Pelajar memberi respon dengan
menjawab pertanyaan guru.

Pelajar membuat catatan tentang kerja
rumah yang diberikan oleh guru.
Strategi: Berpusatkan guru, pelajar
dan bahan.

Kaedah: Soal jawab.

ABM: Peta minda kreatif.
berdasarkan jawapan pelajar. (Penutup
Kognitif)

Guru memberikan pujian dan
penghargaan kepada pelajar atas
penglibatan dalam aktiviti.

Guru menanya pelajar adakah mereka
berasa seronok dengan pengajaran
pada hari ini. (Penutup Sosial)

Guru menyuruh pelajar menjawab
soalan latihan daripada buku teks dan
membuat nota ringkas berkenaan
topik yang telah diajar sebagai kerja
rumah.

Guru mengarahkan pelajar untuk
membaca buku teks sebelum belajar
tentang sub topik yang seterusnya.
Nilai: Menghormati guru dan patuh
kepada arahan.

KBKK: Mengenal pasti dan
membuat rumusan.

You might also like