You are on page 1of 3

Laporan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-08 Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak

tahun 2014.
Tanggal 26 Jun, 2014 bersamaan hari Khamis warga Sekolah Kebangsaan Tanjung
Minyak telah bersama-sama meraikan Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-
08.Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriahnya bermula dari pukul 2.00 hingga ke
pukul 6.00 petang. Ia telah di rasmikan oleh YB Encik Sazali bin Muhd Din @ Muhamad Din
(Adun Paya Rumput) juga merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri
Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Di samping itu turut memeriahkan
Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-08 SK Tanjung Minyak ini ialah Naib Yang DiPertua
PIBG Sekolah kebangsaan Tanjung Minyak iaitu En Saiful Ridzuan b. Abd Hamid.
Kejohanan ini telah di mulai dengan perbarisan lintas hormat yang di ketuai oleh
wakil pelajar iaitu said Alif Akmal bin Said Jamaluddin serta di iringi oleh 4 orang pembawa
bendera Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak.Turut mengambil
bahagian dalam perbarisan lintas hormat ini ialah pasukan badan beruniform iaitu Tunas
Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam di ikuti
dengan keempat-empat rumah sukan iaitu Tun Mahathir (Merah), Tun Abd Razak (Biru),
Tunku Abdul Rahman (Kuning) dan Tun Hussein Onn (Hijau). Selepas perbarisan lintas
hormat kesemua warga SKTM dan para ibu-bapa berdiri bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Melaka Maju Jaya. Selepas itu wakil pelajar membacakan ikrar kejohanan
dan seterusnya upacara menaikkan bendera kejohanan di lakukan.Selepas selesai upacara
menaikkan bendera kejohanan Ustaz Shahrizal b. Abdullah telah mengetuai bacaan doa
bagi memohon keberkatan serta di permudahkan perjalanan atucara kejohanan.
Setelah selesai bacaan doa guru besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak (Pn.
Noraini bt. Ahmad) telah memberikan ucapan alu-aluan seterusnya ucapan perasmian
daripada YB Encik Sazali bin Muhd Din @ Muhamad Din (Adun Paya Rumput) juga
merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan
Tempatan dan Alam Sekitar. Pada tahun ini, Kejohanan Sukan Tahunan buat kali ke-08 SK
Tanjung Minyak julung-julung kalinya turut di meriahkan lagi dengan kehadiran skuad
Bananana TV3 School Attack. Turut hadir 4 orang artis iaitu Almy Nadia, Adam (Juvana),
Honey dan Bob yang sama-sama memeriahkan lagi sukan tahunan SK Tanjung Minyak.
Pelbagai permainan serta game show yang di jalankan oleh mereka bagi memeriahkan lagi
sukan tahunan pada tahun ini.
Pada pukul 2.45 kejohanan bermula dengan acara 100 meter bagi kategori tahun 3,
4, 5 dan 6.Seterusnya acara 50 meter bagi kategori tahun 1,2 dan 3. Selepas itu acara
sukaneka pula menyusul. Acara sukaneka ini di adakah khas untuk pelajar-pelajar pra
sekolah dan pendidikan khas. Pelbagai jenis permainan telah di pertandingkan untuk
sukaneka ini di antaranya ialah membawa pundi kacang dan melambung pundi
kacang,melantun serta membawa bola berpasangan. Selepas acara sukaneka warga SKTM
dan para ibu-bapa di sajikan pula dengan acara lari berganti-ganti iaitu acara 4 x 50 meter.
Ia di sertai oleh keempat-empat rumah dalam kategori tahun 3.Selepas tamat acara 4 x 50
meter acara kuartet 4 x 200 meter pula di jalankan. Ia di sertai oleh keempat-empat rumah
dalam kategori tahun 5 dan 6 sahaja.Seterusnya acara khas bagi ibu-bapa dan guru-guru
pula menyusul. Bagi acara bapa dan guru-guru lelaki mereka telah berlawan sesama
mereka dalam acara membawa belon berisi air manakala bagi acara ibu dan guru
perempuan ialah tiup dan duduk belon sampai pecah. Acara sukaneka ini telah di jalankan
oleh skuad Bananana TV3 School Attack.Yang membuatkan kejohanan ini lebih bermakna
ialah penglibatan guru besar (Puan Noraini bt. Ahmad) dalam acara ibu dan guru
perempuan ini.
Dalam kejohanan ini terdapat acara sampingan yang di pertandingkan iaitu
perbarisan badan beruniform dan rumah sukan terbaik serta khemah rumah sukan
tercantik.Bagi kategori perbarisan terbaik bagi badan beruniform telah di menangi oleh
Badan Beruniform Pengakap manakala bagi rumah sukan pula di ungguli oleh Rumah
Merah (Tun Mahathir). Untuk khemah rumah sukan tercantik turut di menangi oleh Rumah
Merah (Tun Mahathir). Acara-acara ini telah di adili oleh guru besar SKTM (Puan Noraini bt.
Ahmad), Mejar Munajat bin Moktar(B) KAT, PCK, PJK, PJM, PNBB NATO (YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak) dan Puan Roziah bt. Simbob (GPK Kokurikulum
SKTM).
Seterusnya bagi acara kemuncak telah di serikan lagi dengan penganugerahan
olahragawan serta olahragawati bagi Kejohanan Sukan Tahunan SKTM kali ke-08 ini.
Anugerah olahragawan telah di sandang oleh Said Alif Akmal bin Said Jamaluddin dari
Rumah Kuning dengan pungutan pingat sebanyak 2 emas dan 2 perak manakala
olahragawati pula di sandang oleh Nor Maisarah Sofea bt. Noor Hisamsol dari Rumah Biru
dengan pungutan pingat sebanyak 2 emas 1 perak dan 1 gangsa.Bagi juara keseluruhan
telah di ungguli oleh Rumah Merah (Tun Mahathir) dengan catatan mata sebanyak 1045
mata di ikuti dengan Rumah Kuning (Tunku Abdul Rahman) dengan catatan mata sebanyak
916 seterusnya rumah Hijau (Tun Hussein Onn) sebanyak 850 mata dan terakhir sekali ialah
Rumah Biru (Tun Abdul Razak) sebanyak 753 mata.
Secara kesimpulannya, Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung
Minyak telah berjalan dengan jayanya hasil daripada kerjasama semua pihak pentadbir,
guru-guru, murid-murid, ibu-bapa serta staf sokongan yang merupakan keluarga besar
Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak. Sebarang kekurangan akan di buat penambahbaikan
di masa akan datang bagi memastikan kejohanan ini lebih meriah.

Di sediakan oleh: 01 Julai, 2014


....................................................
En. Muhammad Yunus b. Hj. Ilias
Setiausaha Sukan
Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak,
Km10 Cheng, 75250 Melaka.

You might also like