You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PEMBINAAN DEWAN TERBUKA

SK TANJUNG MINYAK, MELAKA

1. Nama Projek

Pembinaan bumbung di Dataran Perhimpunan.

2. Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak mempunyai 1100 orang murid termasuk


prasekolah. Perhimpunan rasmi mingguan, perhimpunan harian diadakan di dataran
Perhimpunan. Namun begitu, apabila hari hujan ataupun menjelang tengahari,
dataran tersebut tidak sesuai untuk menghimpunkan murid.

3. Rasional

Oleh yang demikian, satu usaha perlu dilaksanakan untuk membina bumbung di
dataran ini supaya semua perhimpunan dan aktiviti lain dapat disempurnakan
sekalipun pada hari hujan / tengahari.

4.Matlamat

Memasang bumbung di antara dua bangunan supaya ;

1. Murid-murid SK Tanjung Minyak, tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau
hujan ketika berkumpul dan ketika perhimpunan pagi setiap hari.

2. Aktiviti sekolah khususnya perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar dan tidak
tertangguh serta keselesaan dan tumpuan murid-murid tidak lagi terganggu
walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (panas/hujan).

3. Aktivikti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat dijalankan


walaupun hari hujan.

5. Objektif

5.1 Memudahkan program perhimpunan murid-murid;


5.2 Memudahkan majlis rasmi seperti Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat
Agung PIBG;
5.3 Memudahkan Program keagamaan seperti Maulidur Rasul, Israk mikraj dan
Khatam al-Quran;
5.4 Memudahkan apa-apa jua program yang memerlukan perhimpunan.
6. SPESIFIKASI UMUM

1. Ukuran Bumbung ialah Panjang 55 kaki x Lebar 35 kaki x Tinggi 25 kaki.


2. Tiang Besi / Kerangka
3. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
4. Lampu 10 unit
5. Kipas angin siling 8 unit

7. JANGKAAN MASA HADAPAN

1. Tapak murid berkumpul


2. Pentas persembahan murid

8. ANGGARAN KOS

1. Anggaran kos bagi pemasangan bumbung ialah RM200,000.00 (Ringgit


Malaysia : Dua Ratus Ribu Sahaja.)

9. Penutup

Adalah diharapkan agar bantuan disalurkan oleh pihak tuan untuk membantu murid
dalam kejayaan pendidikan mereka dan mendapat ganjaran yang istimewa oleh Aza
wajalla.

Disediakan oleh:

……………………………….
(Nasrah binti Mihat)
Setiausaha PIBG

You might also like