You are on page 1of 12

Ciri-ciri

Keselamatan Kenderaan
Tali pinggang keledar
Mencegah penumpang daripada
terhumban ke hadapan akibat kesan
inersia.
Beg udara
Mengelakkan penumpang daripada
terhentam stereng atau cermin
hadapan akibat kesan inersia.
Pengadang kepala
Mencegah penumpang daripada
kecederaan leher semasa kereta
dilanggar dari belakang.
Bahan dalaman penyerap impak
Memanjangkan masa impak untuk
mengurangkan daya impuls ke atas
penumpang.
Cermin hadapan yang anti-selerak
Mencegah serpihan kaca daripada
terselerak dan mencederakan
penumpang semasa perlanggaran.
Bampar
Menyerap impak dalam perlanggaran
ringan, mengurangkan kerosakan
kereta.
Zon remuk
Memanjangkan masa impak untuk
mengurangkan daya impuls ke atas
penumpang.
Bar sisi di pintu
Melindungi penumpang daripada
hentaman dari sebelah sisi.
Tiang pintu yang tahan hentaman
Melindungi penumpang daripada
hentaman dari sebelah atas.
Brek kawalan cengkaman (ABS)
Mencegah kereta daripada tergelincir
semasa brek secara mengejut.

You might also like