You are on page 1of 1

7 Punca Kerosakan Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu Lebih Awal

Tanpa tayar kereta, kereta tidak boleh bergerak dan jika tayar kereta tidak dalam kondisi
baik ada kemungkinan pemandu dan penumpang kereta akan alami kemalangan kelak.
Jadi, penting untuk tahu apakah punca kerosakan tayar kereta. Sebab jika kita tahu punca-
puncanya, kita boleh ambil tindakan mencegah yang sewajarnya agar kerosakan yang sama
tidak berulang lagi dan tayar pun tahan lama (jimat duit tak perlu kerap ganti tayar).
Baik jom kita lihat apa yang selalunya berlaku pada tayar.
1. Kerosakan di sebelah luar kedua-dua sisi tayar.
Jika anda lihat kerosakan seperti ini, maka ianya berpunca daripada tayar yang tidak cukup
tekanan angin. Seperti yang sedia maklum, tekanan angin dalam tayar sememangnya akan
berkurang setelah lama anda gunakan kenderaan anda.
Jadi, ada baiknya periksa secara berkala agar dapat pastikan tayar mempunyai tekanan
angin sama seperti yang telah ditetapkan. Mungkin juga kehilangan tekanan angin adalah
disebabkan kebocoran kecil, siapa tahu?
2. Kerosakan di bahagian tengah.
Kerosakan jenis ini lagi berbahaya kepada anda kerana ia berpunca daripada tekanan angin
yang lebih dalam tayar kenderaan anda. Ia boleh mengundang risiko tayar meletup dengan
tiba-tiba. Sila berhati-hati dan pastikan tekanan angin adalah mengikut jumlah bacaan yang
telah ditetapkan.
3. Kerosakan di sebelah bahagian luar bunga tayar sahaja.
Ini kerosakan yang sememangnya sentiasa berlaku. Kerosakan berpunca daripada
alignment yang tidak betul menyebabkan kerosakan tayar hanya sebelah sisi sahaja. Maka
cepat-cepatlah lakukan alignment tayar kereta anda untuk mengelakkan kerosakan makin
banyak.
4. Kerosakan secara rawak.
Jika anda lihat kerosakan secara rawak ataupun patchy spot kelihatan di tayar anda, maka
ianya berpunca daripada balancing. Sebenarnya tayar yang tidak seimbang boleh dikesan
awal kerana kadang-kadang anda akan rasa gegaran yang tidak normal apabila anda
memandu kenderaan tersebut. Orang yang sudah lama memandu kereta, insya ALLAH
boleh kesan masalah ini dengan lebih awal.
5. Kerosakan cupping wear.
Dalam istilah lain dalam bahasa Inggeris ialah diagonal scalloping wear yang mana
menunjukan kenderaan anda mempunyai masalah suspension. Masalah ini sememangnya
serius dan sudah tiba masa anda membaiki atau menukar suspension kereta anda.
6. Kerosakan di sebelah sisi tayar.
Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya
bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan
sebagainya. Ia sangat sensitif bagi kereta yang menggunakan sport rim dengan tayar yang
nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.
7. Tayar koyak atau meletup.
Lazimnya, risiko tayar tiba-tiba terkoyak atau meletup berpunca daripada tayar yang sudah
expired. Pastikan anda menggunakan tayar yang terbaru dan masih belum tamat tempoh.
Tayar second hand juga kadang-kadang mempunyai risiko yang agak tinggi. Saya sarankan
and gunakan tayar yang baru.
Selain 7 punca di atas, Kerosakan juga boleh berlaku disebabkan gaya pemanduan anda
contohnya brake secara mengejut, ambil cornering yang tajam dalam keadaan laju dan
sebagainya. Jumpa pakar dan lakukan pemeriksaan secara berkala.

You might also like