You are on page 1of 9

1.

____________ tidak bersalah, tuanku, kata Dang Melur kepada Permaisuri


Cendana.
A Beta
B Kami
C Kalian
D Patik


2. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika
berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun
enam.
A Saya
B Kami
C Kalian
D Mereka


3. Bau ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci
dengan tepung gandum.
A hapak
B hamis
C tengik
D hanyir

4. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.
A dan
B ketika
C seraya
D setelah


5. Pak Harun _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan
niaganya.
A akan
B harus
C belum


6. ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat
yang berbeza.
A Ketiga
B Ketiga-tiga
C Masing-masing


7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya
yang
lain.
A agak
B betul
C sekali


8. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
dahulu.
A lah
B tah
C kah
D jua


8. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak
yang banyak.
A bolak-balik
B lintang-pukang
C simpang-siur
D pontang-panting


9. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.
A jalan buntu
B hilang punca
C kering darah


10. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua
darjah.
A Sila
B Ayuh
C Minta
D Semoga


11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
kemalangan.

Perkataan seerti bagi pekak ialah
A tuli
B tajam
C kabur
D jelas


12. Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum.

Perkataan berlawan bagi kembang ialah
A kecut
B kuncup
C mekar
D segar


13. Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?
A Dia menyikat rambutnya.
B Pakaian Ani belum berbasuh.
C Wanita itu memakai baju kebaya.
D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.


14. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?


15. Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah
Borhan.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?


16. Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup
mencederakan
dirinya sendiri?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu
menagih
simpati.
B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada
kita.
C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya
sendiri.
D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya.


17. Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua
kampung.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung
saya.
C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung
saya.
D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang
kampung.


Soalan 18 19

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

18. I Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
II Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.

A I dan II
B II dan III
C II , III dan IV
D I, III dan IV


2. I Ibu memenuhkan barang dengan maklumat peribadinya.
II Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.
III Barang yang lepas usah dikenang, ujar nenek Kiah.
IV Tolong belikan barang sekilo gula, Danial, pinta ibunya.

A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV


Pilih ayat yang betul.

29. I Puan Munah adalah ibu saudara saya.
II Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.
III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.
IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.

A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV


30. I Azhar merasa kuah sup itu.
II Cikgu Haris mengajar Matematik.
III Ibu menjahiti adik sehelai baju.
IV Bapa membeli abang sebuah komputer.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-
anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau
kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat
mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke
rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian
pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam
secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut
bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung
Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu
mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang
ditetapkan oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan
oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah
terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung,
terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau
bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak
buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya
membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat
sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan
gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu
menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas
ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang
selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-
nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian
diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.


31. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak
buahnya supaya berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala
anjing.

32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam
untuk
menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu
?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.

33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34.Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat
dan anak buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk
kampung.


Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis
pertandingan
Masa Tempat Kumpulan Umur
Pertandingan
mewarna
8.00 pagi 12.00
tengah hari
Di kantin sekolah 5 7 tahun
Pertandingan
bercerita
8.00 pagi 10.00
pagi
Di dewan sekolah 8 10 tahun
Mendeklamasikan
sajak
10.00 pagi
12.00 tengah hari
Di dewan sekolah 10 12 tahun
Mencari harta
karun
2.00 petang
4.00 petang
Di tempat
perhimpunan
12 tahun dan
ditemani ibu bapa
Sukaneka 4.00 petang
6.00 petang
Di padang
sekolah
7 12 tahun dan
para ibu bapa

36. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada
masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh
Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan
mendeklamasikan sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.


38. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah
berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

39. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak
pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk
dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua
pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

You might also like