You are on page 1of 1

1.

Pengenalan
Pendidikan adalah hak asasi semua manusia termasuk kanak-kanak

Pendidikan Khas. Oleh itu, pada tahun 1975, Undang-undang Awam (Public Law)
94-142 digubal, yang berkehendakkan setiap negeri menyediakan akses kepada
program pendidikan percuma dalam sistem sekolah awam kepada semua kanakkanak istimewa yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 13 tahun. Program ini
perlu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan
keperluan khas dalam persekitaran yang tidak terhad atau setaraf dengan kanakkanak dan persekitaran biasa. Persekitaran yang tidak terhad membawa kepada
perlunya program rangkuman ataupun inklusif yang disediakan supaya kanak-kanak
khas tidak terasing daripada kanak-kanak normal.
2.0

Pendidikan Inklusif
Menurut Kamariah Jarji (1994), pendidikan inklusif adalah sebuah program

yang melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di


mana bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan
mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya.
Seterusnya, pendidikan inklusif ini mempunyai 2 bentuk pendidikan iaitu
pendidikan inklusif sepenuh masa dan juga pendidikan separa inklusif. Bagi
pendidikan inklusif sepenuh masa, pelajar berkeperluan khas akan mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di dalam kelas biasa
seperti pelajar biasa. Namun begitu, senarai nama pelajar berkeperluan khas masih
kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas boleh merujuk atau meminta bantuan
daripada guru pendidikan khas atau guru pendamping sekiranya terdapat sebarang
masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Seterusnya, pelajar
berkeperluan khas akan diberi peluang untuk mengambil dan menduduki
peperiksaan awam seperi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pendidikan separa inklusif ialah sejenis program yang mana pelajar
berkeperluan khas hanya mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata
pelajaran tertentu sahaja dan waktu selebihnya pelajar tersebut mengikuti program
di kelas khas. Senarai nama pelajar didaftarkan dalam program Pendidikan Khas
dan guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
Selain itu, pelajar berkeperluan khas juga menduduki ujian mata pelajaran sama
seperti murid biasa.

You might also like