You are on page 1of 4

KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)

Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu
kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan
yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urus iaitu majlis
perkahwinan. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk
memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya
mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa
walimatulurus, iaitu rewang, mandi limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan
beradap.

Rewang (GOTONG ROYONG)
Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau
gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk
membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan.
Selain itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada
para tetamu. Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang
membantu dalam bentuk wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin
pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya buffet atau katering kian popular dan
sering diamalkan oleh masyarakat kita.

Mandi Limau
Terdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai
mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan,
pengantin akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk
istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa.
Selepas itu, emak pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan
pengantin. Tujuan adat ini dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin.
Adat ini dijalankan sebelum kenduri kahwin dijalankan.
Menyambut Menantu dan Cukai Pintu
Adat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut
menantu. Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan
atau lelaki bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke
rumah pengantin perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin
lelaki akan memberi wang kepada pengapit dan kaum keluarga terdekat si pengantin
perempuan. Kebiasaanya, wang yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas
selesai upacara tersebut, barulah si pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si
pengantin perempuan .
Kompang, Silat dan Tarian
Sepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan
kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain
itu, seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang
dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang,
beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah
dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.
Makan Beradap
Di samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan
dijalankan, iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan
pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan
untuk adat makan beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk
adat ini ialah pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan
mereka. Adat makan beradap diakhiri dengan upacara memotong kek atau pulut kuning.
Kemudian dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput.

persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk
seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi
yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa
bersanding. Di hadapan pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyit yang
dihiasi dengan bunga-bunga telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan
sejambak karangan bunga.
Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu
bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki.
Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak akan diiringi dengan selawat dan pukulan
rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran
akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu. Di hadapan halaman rumah
pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan
mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana. Marhaban dan zikir
turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka
akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Pertunjukan silat
akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu
rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga
kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai
sebelum masuk ke rumah. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua
tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari.
Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-
dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona
dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan
dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke
mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.
Setelah itu majlis diteruskan dengan adat merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini
merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin tersebut. Antara bahan yang digunakan
untuk upacara ini adalah air mawar, bunga rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanya
dimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin, kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para
tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan
air mawar. Kemudian, beras kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan
meletakkan bunga rampai di atas kedua-dua tapak tangan pengantin. Setelah selesai merenjis
pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih.

You might also like