You are on page 1of 20

Pendahuluan

Gejala sosial ialah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidaktentuan
sistem kemajuan dan ketamandunan sesebuah negara. Gejala sosial ini wujud di seluruh
negara dan tidak terkecuali negara kita sendiri. Malaysia sedang menghadapi isu-isu sosial
yang semakin berleluasa dam membimbangkan semua lapisan masyarakat. Kini, kita
didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media massa dan juga media
elektronik.
Setiap hari, kita membaca berita-berita yang menakutkan di dada akhbar. Merempit ,
membuang anak, seks luar nikah, bergaduh di sekolah, berdisko, minum minuman keras,
pelacuran dan ponteng merupakan gejala yang kita kerap didengar. Keadaan ini menunjukkan
betapa nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hilang dalam diri manusia sendiri. Masalah yang
berlaku ini akan memberi kesan kepada pembangunan negara. Pembangunan negara sedikit
sebanyak akan terganggu dengan kadar jenayah yang semakin meningkat.
Kebanyakan mereka yang terlibat dalam gejala sosial adalah terdiri daripada golongan
remaja dan belia. Tidak mengambil kira sama ada lelaki ataupun perempuan, mereka
mempunyai sebab-sebab yang tertentu seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga dan
terdiri daripada orang yang agresif , berani serta liar. Pelancong dan pelabur asing juga
bimbang terhadap tahap keselamatan yang sedia ada di negara kita.
Dalam tempoh sejak awal tahun 2000 sehingga sekarang, terdapat kira-kiranya 150 buah
kajian tentang pelbagai gejala sosial telah dibuat. Kajian tentang jenayah berat seperti
pembunuhan yang memberi impak yang besar kepada keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat adalah amat kurang. Kesan atau pun tindak balas daripadanya ialah kekacauan
dan ketidakseragaman antara keadaan masyarakat dan peluang individu untuk membangun
dalam mencapai kepuasan, dan menikmati daya pengeluaran di dalam masyarakat.(Sheomaler,
1990) keadaan anomie ini menghasilkan ketegangan dalam kalangan setiap individu kerana
persekitaran sosial yang mengundang konflik, ketegangan, kekeliruan, atau kehendak yang
mustahil untuk dipenuhi. (Nettler, 1984)
Pelacuran adalah gejala sosial yang utama yang kian merebak dan berleluasa di dalam
negara. Terdapat banyak punca dan kesan yang dikemukakan oleh orang ramai. Untuk
membanteraskan masalah ini, semua pihak perlu memberi kerjasama.


Masud Pelacuran
Pelacuran ialah penjualan khidmat seksual seperti hubungan seks dan seks oral. Pelacuran
berlaku biasanya untuk mendapatkan wang, dadah, barangan kemas ataupun hartanah.
Seseorang yang melacurkan diri dikenali sebagai pelacur. Kebanyakan pelacur terdiri daripada
perempuan, namun terdapat juga lelaki yang menjadi pelacur. Aktiviti pelacuran merupakan
aktiviti yang tertua di dunia dan ia tidak dapat dihapus malah diwarisi dari generasi ke
generasi. Kegiatan haram ini selalunya mempergunakan wanita dari usia seawal 10 tahun
hinggalah 55 tahun.
Pelacuran boleh dikategorikan sebagai seks haram. Seks haram merupakan seks luar
nikah ataupun seks sebelum berkahwin. Hubungan seksual yang tidak dbenarkan oleh hukum
syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. Seks haram dibahagikan kepada enam
bahagian iaitu rogol, seks bebas, sumbang mahram, nimfomania, pelacuran dan satiriasi.
Dari segi Islam pula, seks haram diertikan sebagai perilaku percabutan kemaluan
perempuan yang diharamkan melalui persetubuhan yang diharamkan yakni diistilahkan
sebagai zin. a dan para ulama. Islam melarang dengan tegas perbuatan zina kerana perbuatan
tersebut adalah keji dan kotor. Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina.
Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (QS. Al-Isra).
Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumya dan berdosa besar.
Bayaran terhadap pelacur adalah berbeza-beza mengikut umur, rupa paras dan temapt
beroperasi. Pelacur bagi kelas atasan biasanya beroperasi di rumah urut, hotel yang
mempunyai bintang dan juga spa kesihatan. Manakala bagi pelacur kelas biasa akan
beroperasi di hotel murah yang mengenakan bayaran yang rendah. Bayaran pelacur bagi
negara yang berlainan juga adalah berbeza. Sebagai contoh, pelacur dari China akan dibayar
antara RM200 hingga RM300 untuk setiap perkhidmatan. Ini menjelaskan bahawa pelacur
luar negara lebih mahal berbanding pelacur didalam negara.
Walaupun pelbagai alasan yang dikemukakan dalam kegiatan pelacuran tetapi ia juga
menjadi kesalahan dari segi agama, adat dan budaya. Risiko yang dipaparkan pelacuran antara
lain adalah keresahan masyarakat dan penyebaran penyakit menular seksual seperti AIDS.
Semua agama di dunia ini menuntut penganutnya untuk berperibadi mulia dan menjaga
maruah diri mereka dengan baik.



Jenis-jenis pelacur
Pelacur dikategorikan kepada tujuh jenis iaitu bohsia, pelacur pasar, pelacur jalanan,
pelacur bermajikan, pelacur tukang urut dan pelayan pusat hiburan, pelacur bebas serta
pelacur kehormat.
1) Bohsia
Bohsia boleh diketegorikan sebagai perempuan yang ingin mendapatkan hiburan oleh
mana mana lelaki. Kebiasaannya bohsia sering didapati didalam aktiviti lumba haram motor
ataupun kereta. Bohsia juga menjual tubuhnya kepada beberapa orang lelaki dalam suatu
masa tertentu. Bayaran yang dikenakan tidak dipentingkan atau tidak perlu membayar wang
yang tinggi, kebiasaanya cukup membelanjanya untuk hiburannya seperti, menonton wayang,
belanja makan, membelikan telifon bimbit atau sebagainya.
2) Pelacur pasar
Pelacur pasar merupakan kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam
masyarakat pelacur. Mereka menjalankan aktiviti perniagaan mereka di lorong-lorong yang
gelap seperti Jalan Haji Talib, Jalan Chow Kit, Petaling Street dan lain-lain. Mereka hanya
menunggu pelanggan dan menjalankan aktiviti tawar menawar ditempat tersebut dan
seterusnya dibawah oleh pelanggan untuk melakukan seks.
3) Pelacur jalanan
Golongan ini mendapatkan pelanggan dengan menjaja diri di pusat membeli- belah dan
tempat hiburan seperti disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Golongan ini terdiri daripada
gadis atau isteri yang ingin mencari duit lebih.
4) Pelacur bermajikan
Pelacur bermajikan juga dikenali sebagai call girl. Mereka beroperasi di tempat tertentu
seperti di flat atau rumah perseorangan yang biasanya disediakan oleh pihak majikan.
5) Pelacur tukang urut
Pelayan bar didaftarkan sebagai pekerja di tempat berkenaan tetapi turut melacurkan diri
untuk menambahkan pendapatan mereka.
6) Pelacur bebas
Pelacur bebas merupakan kumpulan elit yang terdiri daripada pramugari, artis, pelajar,
peragawati dan gadis pejabat. Mereka mencari pelangan di bar, restoran eksklusif di hotel atau
tempat tumpuan golongan elit. Mereka juga boleh disewa satu malam ataupun dibawa bercuti.
Mereka boleh dihubungi semula melalui telefon.

7) Pelacur kehormat
Pelacur kehormat hanya melayan golongan yang tertentu sahaja iaitu golongan kaya
seperti peniaga yang kaya. Pelacur kehormat terdiri daripada gadis yang disewa firma dan
syarikat korporat tertentu. Mereka biasanya meneman tetamu khas ke kelab malam dan
menghibur tetamu termasuklah hubungan seks.

DIMANA ATIVITI PELACURAN BERLAKU ?

1) LUAR BANDAR :
Aktviti pelacuran juga terdapat diluar bandar. Kebiasaannya pelacur terdiri daripada orang
kampung dan pelanggan juga daripada orang kampung yang berdekatan. Terutamanya pelacur
menawarkan aktiviti pelacuran ini untuk memenuhi kepuasan nafsu pelacur tersebut
disamping mendapatkan bayaran daripada pelanggan. Pelacur kurang melakukan aktiviti
pelacuran berbanding pelacuran yang berlaku dibandar kerana kebebasan yang terhad dan
sering diperhatikan masyarakat. Pelacur juga tidak mendedah kegiatannya secara terang
terangan. Pelanggan juga akan menceritakan adanya pelacur tersebut kepada kawan-kawan
dan menutup mulut akan adanya pelacur tersebut. Bayaran yang dikenakan juga lebih murah
berbanding pelacur dibandar. Kebiasaannya pelanggan pelacur luar bandar tidak ramai dan
pelanggan tersebut merupakan pelanggan tetap. Aktiviti pelacuran yang mereka lakukan
adalah dirumah pelacur akibat ketiadaan keluarga seperti pergi bercuti, di rumah pelanggan,
didalam kebun, dan ada juga yang menyewa motel atau rumah tumpangan. Oleh kerana
mendapat bayaran yang rendah isu ini menjadi titik permulaan penghijrahan para pelacur
untuk melacur diri ke kawasan bandar dengan bertujuan mendapat pendapatan yang lebih
tinggi.
2) KAWASAN BANDAR :
Sudah kita ketahui, pelacur dibandar mempunyai jumlah yang sangat besar berbanding di
luar Bandar. Aktiviti pelacuran yang mereka dilakukan secara terang-terangan. Mereka
mempunyai kebebasan untuk melacur. Aktiviti pelacuran yang dilakukan juga dibuat
semaksima yang boleh. Mereka lebih cenderung untuk melakukan pelacuran bagi
mendapatkan wang yang bukan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Terdapat banyak
tempat sarang pelacuran yang berlaku. Antara lokasi tempat pelacuran yang sering menjadi
aktiviti pelacuran ialah di rumah urut ataupun spa, di lorong lorong jalan, terdapat juga bar,
premis, hotel, disco, pub, pusat dangdut dan lain-lain. Jika di premis, pelanggan boleh
memilih pelacur mengikut kiteria yang diinginkan samaada gemuk, kurus, putih, hitam, tinggi,
rendah, cantik, hodoh dan sebagainya. Aktiviti pelacuran berlaku disitu sebaik sahaja
pelanggan memilih pelacur

Mengapakah terjadinya masalah pelacuran
Tidak dapat dinafikan masalah pelacuran merupakan suatu gejala yang semakin
merebak dan menular dari semasa ke semasa. Sudah kita ketahui gejala pelacuran ini berada
dikawasan luar bandar mahupun dibandar yang terdiri daripada wanita yang mahukan duit
dengan cepat melalui cara yang haram disisi agama Islam. Isu utama yang menjadi sesorang
itu melakukan pelacuran adalah untuk meraih pendapatan yang lumayan, akibat daripada
desakkan hidup kerana kesempitan wang, mengambil jalan mudah untuk cepat memperolehi
wang dan sebagainya sehingga meninggalkan kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga dan
kerajaan. Walhal, sudah dilarang oleh agama Islam malalahan menjadi larangan bagi semua
jenis agama yang mana melacurkan diri adalah sesuatu perbuatan yang keji dan tidak
dibolehkan oleh penganutnya. Dari statistik Polis Kuala Lumpur melalui sumber akhbar
Utusan Malaysia mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang paling ramai terlibat dalam
pelacuran iaitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina sebanyak 30%, lain-lain kaum 8%
dan kaum India dengan peratusan yang paling rendah iaitu 2%.
Faktor ekonomi merupakan salah satu punca dalam gejala pelacuran. Dalam ekonomi
yang tidak menentu akan menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan, peningkatan kos
hidup, hutang, pengangguran dan peluang pekerjaan yang tidak seimbang. Ini akan
menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk meneruskan kehidupan
mereka. Di samping itu, ada juga seseorang itu mempunyai keinginan untuk hidup mewah
dengan cara yang mudah tanpa bekerja keras. Mereka ingin memperolehi wang yang banyak
dalam masa yang singkat.
Selain itu, gejala pelacuran berlaku disebabkan oleh faktor sosial. Keruntuhan moral
dari keluarga menyebabkan nilai-nilai murni budaya dalam sesetengah masyarakat semakin
menipis. Keruntuhan rumah tangga seperti masalah penceraian dan pergaduhan menyebabkan
anak- anak mereka yang berusia dalam lingkungan 12 tahun hingga 18 tahun berasa tertekan
dam mencari kebebasan dan keseronokan di luar. Remaja lebih mudah terpengaruh dengan
budaya negatif yang membawa kerugian kepada diri mereka sendiri.
Kezaliman keluarga juga adalah salah satu faktor. Sebagai contoh, melacurkan diri
disebabkan oleh paksaan dari suami, keluarga dan pemiutang menyebabkan anak gadis atau
isteri mereka sebagai pertukaran. Anak gadis atau isteri mereka dipaksa melacurkan diri untuk
membayar hutang keluarga. Sekiranya mereka tidak mematuhi perintah yang disuruh ,
mereka akan dibalasah, diancam dan disesak tanpa belas kasih. Selain itu, ibu tunggal yang
tidak mempunyai kemahiran pendidikan dan pengalaman kerja mudah terjebak apabila hilang
punca sepencarian setelah kematian atau diceraikan oleh suami mereka.
Selain daripada itu, faktor persekitaran juga adalah salah satu punca daripada pelacuran.
Sesetengah golongan remaja mudah terpengaruh daripada rakan-rakan mereka apabila mereka
mempunyai permasalahan dalam keluarga. Mereka berasa tertekan dan mempunyai perasaan
ingin mencuba serta terpengaruh kapada perkara-perkara yang negatif daripada media massa
dan media elektronik. Contohnya bagaimana terjadi aktiviti ini, kebanyakkan pelacur
memperkenalkan diri di internet yang boleh diketahui oleh sesiapa sahaja yang membuka
sesawang tersebut. Gambar seksi seperti bogel dan separuh bogel dimuatkan didalam internet
tersebut membuka mata pelanggan. Sesiapa yang berminat boleh menghantar email dan
sebagainya. Antara contoh laman web yang boleh menjurus kepada akitivi pelacuran ini ialah
Facebook, Lovetimes, dan beberapa lawan web yang menawarkan seks. Pelancong luar juga
membawa kesan negatif kepada budaya tempatan. Cara mereka berpakaian dan bersosial
melebihi batas islam. Masyarakat generasi muda mula terpengaruh dengan budaya barat ini.
Hal ini dapat dilihat melalui pakaian , tutur kata dan juga kelakuan generasi muda sekarang
yang bertentangan dengan budaya timur.





Kesan buruk Pelacuran
Kesan Ke atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seorang individu. Oleh itu, akhlak sangat
penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang
baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag
baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik
seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan
remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu
memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina,
perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja
muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan
amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada
kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan
akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada
keluarga yang harmoni dan bahagia. Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan,
pastinya akan wujud penceraian. Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.
Anak anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Wujudnya masalah-masalah sosial
yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis
dan masalah-masalah yang lain. Keluarga juga akan mendapat malu diatas perbuatan yang
anak mereka lakukan. Maruah keluarga juga tercemar dan dipandang rendah sebagai sebuah
institusi kekeluargaan dalam pandangan masyarakat. Oleh hal demikian keluarga tersebut,
akan dipandang hina dan dipulau masyarakat kerana terdiri daripada ahli keluarga yang kotor.
Kesan Ke atas Masyarakat
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu. Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat
pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan
antara dua kaum. Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana
hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud. Masyarakat tidak lagi bekerjasama dan
bertolenrasi diantara satu sama lain. Institusi kemasyarakatan juga rendah dan meninggalkan
kesan kepada negara kita yang sedang membangun.

Kesan Ke atas Negara
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan. Kerancakan
pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk
berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di
kalangan masyarakat. Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut
meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah. Anasir-anasir luar akan
mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga
akhlak mereka. Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur
dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah
serong.

STATISTIK KEGIATAN PELACURAN KAWASAN SELANGOR


ISU ANAK LUAR NIKAH

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada
kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat
dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah
peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf. Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil
kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan
dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui
ayah kandungnya.

STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan
terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000
hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah
direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat. Amat menyedihkan kerana
menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun
sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang islam.
Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.






4,000 Kanak-kanak terjebak pelacuran - Nasron Sira Rahim
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun adalah antara lebih 4,000 kanak-kanak yang dikesan
terbabit dalam kegiatan pelacurandi seluruh negara. Kajian lima tahun oleh pensyarah Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Lukman @ Zawawi
Muhammad Lukman mendapati, usia bapa ayam atau individu yang mengawal pelacur
kanak-kanak juga semakin muda iaitu antara 18 hingga 20 tahun. Kajian bertajuk `Kanak-
kanak Dalam Pelacuran turut menemui kes pelacuran yang diwarisi sesebuah keluarga
selama tiga generasi sejak sebelum merdeka iaitu daripada ibu kepada anak dan seterusnya
kepada cucu. Kajian yang dilakukannya di seluruh negara itu juga menemui kes seorang ibu
menyuruh anak perempuannya berusia 11 tahun melakukan hubungan seks kali pertama
bersama teman lelakinya.
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 4,315 kes kanak-kanak
berusia bawah 18 tahun terbabit dalam pelacuran antara 1995 hingga 1999. Jumlah itu adalah
kes yang berjaya diselamatkan. Jumlah yang gagal diselamatkan dipercayai lebih ramai lagi.
Kebanyakan kisah pelacur kanak-kanak ini sangat sedih. Mereka tidak meminta menjadi
pelacur tetapi dipaksa termasuk ibu mereka yang juga pelacur. Pernah saya menangis dua
hari dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja kerana mendengar kisah pelacur kanak- kanak
kini, katanya. Ketua Pengarah JKM, Datuk Rafek Reshidullah ketika diminta mengulas hasil
laporan itu mengakui ada kes pelacuran membabitkan remaja bawah 18 tahun, tetapi tidak
seawal usia sembilan tahun. Setakat ini, belum ada kes kanak-kanak berusia sembilan tahun
terbabit dalam pelacuran dirujuk kepada JKM, tetapi di rumah perlindungan ada yang berusia
14 tahun ke atas. Kami berharap dapat berkongsi maklumat dengan UKM hasil kajian itu,
katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Rafek berkata, Akta Perlindungan Kanak-Kanak
2001 boleh dikuatkuasakan untuk kes membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun sama ada
penderaan, penderaan seksual, kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran. Menurut kajian
itu juga kebanyakan kanak-kanak terbabit bukanlah daripada keluarga miskin tetapi sederhana
yang mana ibu bapa mereka memiliki pekerjaan stabil di bandar. Bagaimanapun,
kebanyakan mereka tidak lagi bersekolah, tercicir daripada sistem persekolahan dan
meninggalkan alam persekolahan pada usia antara 12 hingga 15 tahun. Ada antara mereka
melacur dengan bayaran serendah RM10, kata Lukman. Faktor utama yang mendorong
kanak-kanak itu menjadi pelacur pada usia yang muda adalah kepincangan dalam keluarga
seperti berlakunya aktiviti keganasan rumah tangga, perceraian, penderaan, kurangnya kasih
sayang kepada anak-anak selain gangguan seksual terhadap kanak-kanak seperti rogol dan
cabul. Apabila kanak-kanak kurang mendapat kasih sayang, dan menjadi mangsa penderaan
emosi atau fizikal, ada pihak menawarkan kasih sayang kepada mereka sehingga terjerumus
dalam kegiatan negatif seperti dadah seterusnya pelacuran, katanya. Kajian itu turut
mendedahkan lelaki yang melanggan pelacur kanak-kanak adalah terdiri daripada pelbagai
golongan lelaki sama ada amatur termasuk profesional. Turut dikesan melanggan mangsa
ialah penganggur, pemandu teksi serta lelaki bujang dan yang sudahberkahwin kerana
menganggap pelacur kanak-kanak sebagai objek seks. Lukman menyarankan lelaki yang
menjadi pelanggan perlu dibawa ke muka pengadilan, sebaliknya kanak-kanak terbabit tidak
wajar dihukum masyarakat dan dipandang hina. Beliau kesal kerana masyarakat memandang
hina golongan itu tanpa cuba memahami dan membantu mereka kerana tiada kanak-kanak
yang meminta dijadikan pelacur. Kanak-kanak ini membesar dengan psikologi tidak normal
kerana sejak kecil terdedah dengan tontonan terhadap perlakuan negatif, antaranya daripada
ibu bapa yang bercerai, keganasan rumah tangga dan penderaan termasuk penderaan seksual.
Kerosakan psikologi kanak-kanak ini menyebabkan kelumpuhan psikologi dan mereka
cenderung melakukan aktiviti dan tingkah laku yang merosakkan diri mereka sendiri
sepanjang membesar.

FAKTA
Kajian mendapati pelacur kanak-kanak Membabitkan 63 responden antara sembilan
hingga 18 tahun. Lebih 80 peratus daripada mereka tidak bersekolah, mangsa penderaan
(fizikal, emosi dan seksual seperti rogol dan cabul), memendam kemarahan, pernah melarikan
diri dari rumah. Lebih 70 peratus adalah mangsa perceraian ibu bapa, keganasan rumah
tangga, terdedah kepada seks oleh orang yang mereka kenali, menjalankan aktiviti pelacuran
dengan kawalan pihak tertentu. Lebih 60 peratus mengambil alkohol dan dadah sebagai cara
melupakan penderaan ketika pelacuran, tidak menggunakan alat pencegah hamil ketika
melayan pelanggan. Antara 40 hingga 60 peratus mengaku melayan enam hingga 10 lelaki
setiap hari, melacur setiap hari.



PENYELESAIAN PERMASALAHAN SOSIAL ( PELACURAN )
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Permasalahan sosial seperti pelacuran boleh di tangani sekiranya akhlak umat islam di
bangunkan dan di terapkan sejak dari awal. Menurut Syaikh Abdul Rahman Al-Midani,
akhlak manusia boleh berkembang dan boleh di bentuk dengan berbagai cara. Contohnya:
Yang pertama, ialah menerapkan latihan amali dan amalan-amalan menjernihkan
batin. Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada
masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga
pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang
berterusan. Walaupun pada mulanya ia dilaksanakan kerana arahan, namun lama-kelamaan ia
akan menjadi kebiasaan dan tabiat mereka. Manusia sememangnya berupaya memperolehi
akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Seperti Rasulullah S.A.W bersabda
(maksudnya):
suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka (menjangkau) sepuluh tahun
Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil, maka puasa, zikir dan
tilawatul Al-Quran pun boleh diamalkan sejak dari kecil. Amalan-amalan ini pastinya akan
menjadi adat atau kebiasaan seseorang itu.
Yang kedua ialah meletakkan diri dalam lingkungan persekitaran yang soleh.
Persekitaran social dan budaya sering mempengaruhi manusia. Kewujudan seseorang dalam
lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam
dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Mereka secara tidak langsung
akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakat.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini,Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya:
Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya (yang baik dan sihat)
dengan izin tuhannya, manakala Negara yang buruk, tak akan dapat menghasilkan kecuali
pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada
kaum yang bersyukur.
(SurahAlAraf,ayat58.)
Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah.
Mereka hanya menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang
menyimpang dari jalan Allah. Sudah pasti warganya akan berkembang di dalam masalah
sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang
berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.
Penyelesaian yang ketiga pula ialah melalui qudwah hasanah. Manusia juga
dipengaruhi oleh idolanya. Idola merupakan rol model dalam kehidupan mereka. Manusia
yang sering menjadi rol model ialah seperti tokoh politik, artis, seniman, atlet sukan, ibu bapa,
guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat islam,
namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh
golongan idola berkenaan. Mereka sebagai idola seharusnya menunjukkan contoh dan teladan
yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda.
Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk
mereka yang mengharapkan (ganjaran) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati
Allah.
(SurahAlAhzab,ayat 21)

Permasalahan sosial juga boleh ditangani melalui tekanan sosial dari masyarakat
Islam. Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta
memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial
yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai
impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau
menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang
berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan.
Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjungi. Manusia juga takut dikeji dan
dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-
faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang.
Masyarakat Islam yang aktif boleh perperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup
berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat
melalui perlaksanaan amal makruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan
keperihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar,
maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan. Setiap
usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika
masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga.
Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai
dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di
sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya
mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula
membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah
pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan
jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah
masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan
oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil
dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta
surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti
masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan
melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri. Pihak
jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha
ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah
untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala
permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.
Selain itu, masalah sosial juga boleh dibentuk melalui kuasa Negara Islam melalui
sistem keadilan dan galakannya. Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa
digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana
itu, tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera
pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-
kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini, sudah pasti
keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang. Amalan pemerintahan yang tidak adil juga
menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.


Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas, maka permasalahan sosial juga boleh
dibentuk oleh media massa. Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai
pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia
merupakan ejen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan
menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu
mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media
massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang
melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-
poya.Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang
selaras dengan nilai-nilai akhlak islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan
nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa
terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan
pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah,membimbing, meningkatkan rasionaliti,
kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk
ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang dibawah jagaan mereka. Media massa juga
sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination and imperialisme melalui berbagai
saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. Media
juga mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak
tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya orang yang berjaya mesti sering ditonjolkan
di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti
sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif
mereka.Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh
itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah
sosioekonomi yang lebih serius.
Sekolah juga mempunyai fungsi tersendiri dalam mengatasi permasalahan sosial.
Sekolah mampu mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Guru di sekolah pula bukanlah
sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati
oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan
masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak
didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan
pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Displin sekolah hendaklah dilaksanakan
dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-
sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan
cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing
melindungi dan mempertahankannya.
Antara yang paling berpengaruh di dalam menyelesaikan permasalahan sosial ialah
peranan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang
lumrah.Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk
mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang
generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah
dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh
Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik
apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi ( generation gap ) tersebut antara
pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah
remaja lelaki dan perempuan adalah kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka
dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka. Mereka juga mengalami kesukaran
untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan. Selain
itu, kerana wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan
pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering
merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah
menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada
bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan
sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .
Dan yang paling berperanan dalam menyelesaikan permasalahan sosial ialah peranan
ibubapa. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran
dalam mendidik anak-anak. Peranan ibu bapa sangat penting ketika anak-anak sedang
meningkat remaja.Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap
perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa
mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan
bahawa ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu
memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan
anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi
boleh diamalkan.Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.Ibu bapa harus peka dan
membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu
dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja
membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati
diri sendiri.Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan
psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan
bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa
kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja
pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu
bapa.Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas
agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang
tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-
anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang
berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja
hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai
ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila
anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan.
Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa
untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan
merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan,
seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama
ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa
memantau keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu
dibimbing.Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat
dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak
mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa
ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak
Pihak berkuasa juga mempunyai peranan dalam penyelesaian permasalahan sosial.
Pihak berkuasa tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi
pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks
bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat harus
dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar
menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru.
Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru harus disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan
lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?
Sebagai rumusannya, gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan
meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab
besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan
mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para
pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam
yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat
tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan
keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat
menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar,
menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh
Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka
melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma
akhlak dalam masyarakat. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan
tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat.
Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan
nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan
merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan. Agenda-agenda khusus menangani
gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan
menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk
meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang. Kebenaran keadilan dan ihsan akan
didaulatkan. Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba
benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang
dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin
berleluasa, khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini.


KESIMPULAN
Kesimpulanya, pelacuran merupakan suatu aktiviti sosial yang kian berleluasa didalam
Negara. Aktiviti pelacuran masih menjadi pilihan pekerjaan wanita yang ingin berpendapatan
tinggi. Sudah kita ketahui aktiviti pelacuran ini terdapat dikawasan bandar dan juga kawasan
luar Bandar. Mereka tergolong kepada 7 jenis pelacur yang telah diterangkan didalam
perbincangan kita. Bayaran yang dikenakan juga berlainan mengikut kelas pelacuran masing
masing dan memberi peluang kepada semua pelanggan yang mempunyai kedudukan ekonomi
yang sikit tetapi mahu untuk membeli pelacur. Hal ini memberikan kesan yang sangat buruk
terhapad perspepsi masyarakat didalam negara ataupun diluar negara. Walaupun negara kita
merupakan negara yang mengamalkan atau mengiktiraf agama islam sebagai agama rasmi
namun masalah pelacuran ini masih tetap wujud dan berlaku serta berleluasa tanpa halangan
ataupun pemantauan yang sewajarnya. Pusat-pusat pelacuran seperti premis, pub, disko,
rumah urut masih beroperasi dan ini akan menyebabkan aktiviti pelacuran terus berlaku dari
semasa ke semasa. Pemantauan dari semasa ke semasa hendaklah dilakukan oleh pihak yang
terlibat, Hukuman yang dikenakan juga hendaklah lebih berat seperti menyita tempat-tempat
pelacuran. Para pelacur juga hendaklah dikenakan hukuman yang lebih berat seperti
meninggkatkan kadar denda serta tempoh tahanan yang lama didalam penjara. Oleh itu,
semua pihak hendaklah berkerjasama diantara satu sama lain agar isu permasalahan pelacuran
ini dapat dikurangkan serta dihapuskan bagi menjamin kedamaian dan dianggap sebagai
negara islam yang paling bertamadun dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

RUJUKAN
1) Hadis & al- Quran.
2) Mahadzir Md Said 2000, Tingkah laku bilazim remaja pelacuran gadis bawah umur
kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
3) Dr Amram Kasiman 1992., Masalah sosial dan hubungannya dengan didikan agama.
4) www. Berita harian.com.my/m/ BHarian/Sunday/ Mukadepan/ 20061125234331/
Article/.
5) sumber: www. Topic.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4U175.

LAMPIRAN

Rajah 1 Membuang bayi.

Rajah 2 Pelacur ditangkap.

Rajah 3 Keadaan bayi yang telah busuk.

You might also like