You are on page 1of 44

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah

Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik



Sekolah yang mempunyai makmal komputer ( bangunan sendiri / ubah suai)

1. PENGURUSAN MAKMAL
Pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai aspek-aspek berikut :
Misi / Visi / Moto
Objektif
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi Induk
Carta Organisasi Pelaksana

PERATURAN
Peraturan makmal

SISTEM FAIL
Pekeliling
Surat menyurat
Perkembangan Staff
Jadual waktu penggunaan
Fail mesyuarat

INVENTORI
Buku stok/rekod bekalan pejabat
Kad inventori (kew312)
Senarai inventori
Buku laporan penyelenggaraan
Buku pinjaman alatan
Label


2. PENGGUNAAN MAKMAL
Setiap aktiviti berhubung dengan penggunaan makmal direkodkan:
Rekod penggunaan makmal
Rekod penggunaan Komputer
Rekod Penggunaan Bahan
Rekod buku pelawat


3. KESELAMATAN
Aspek keselamatan dari segi pengguna dan peralatan perlu diutamakan:
Peralatan
Plan kecemasan
Langkah-langkah keselamatan

4. KECERIAAN
Bagi menambahbaikkan pengurusan makmal, aspek keceriaan turut diambil kira:
Plan Makmal
Susun atur (kreativiti)
Sudut Pembelajaran
Kebersihan
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
BAB 1 PENGURUSAN MAKMAL

1.1 Misi / Visi / Moto





- Sila cipta Misi / Visi / Moto yang jelas dan mudah difahami dan pamerkan di dalam makmal komputer






1.2 Objektif





- Objektif yang hendak dicapai oleh jawatankuasa ICT sekolah hendaklah jelas dan bersesuaian
mengikut persekitaran sekolah









1.3 Piagam Pelanggan





- Perlulah sesuai dan bertepatan













1.4 Carta Organisasi Induk
(Gunakan carta organisasi sekolah yang menunjukkan Jawatankuasa ICT)



Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
1.5 Carta Organisasi Pelaksana














































Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah
Pengerusi
( Pengetua / Guru Besar )
Naib Pengerusi
( Penolong Kanan Kurikulum )
Setiausaha
( Penyelaras Makmal )
Penolong Setiausaha
( Penolong Penyelaras Makmal )
J/Kuasa
Perkembangan
Staf
J/Kuasa
Pengajaran dan
Pembelajaran
J/Kuasa
Pengurusan dan
Penyenggaraan
J/Kuasa
Tugas-Tugas
Khas
J/Kuasa Pengurusan
dan Penyenggaraan
J/Kuasa Pengurusan
dan Penyenggaraan
J/Kuasa Pengurusan
dan Penyenggaraan
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA ICT SEKOLAH


1. PENGERUSI ( PENGETUA / GURU BESAR )

1.1 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah
1.2 Mengemukan keperluan sekolah kepada Pejabat Pelajaran Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri/
Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan
kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan.
1.3 Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah.
1.4 Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
1.5 Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan
mencapai matlamatnya.
1.6 Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan
segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.
1.7 Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan keomputer oleh semua pihak.
1.8 Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahan dan pelajar.
1.9 Memastikan keselamatan kawasan sekolah.


2. NAIB PENGERUSI ( PENOLONG KANAN 1/KURIKULUM/PENTADBIRAN )

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas.


3. SETIAUSAHA ( PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER )

3.1 Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah.
3.2 Menguruskan latihan dan kursus dalaman.
3.3 Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT sekolah
3.4 Memantau pembangunan web / portal sekolah
3.5 Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah
3.6 Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah
3.7 Menyediakan jadual penggunaan makmal
3.8 Jadual pengajaran dan pembelajaran.
3.9 Jadual kelab.
3.10 Jadual guru bertugas.
3.11 Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti ICT sekolah.
3.12 Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah.


4. PENOLONG SETIAUSAHA ( PEN. PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER )

Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.


5. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF

5.1 Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
5.2 Mengikut perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut.
5.3 Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT.
5.4 Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus
dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah.
5.5 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.


Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
6. JAWATANKUASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6.1 Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan ICT.
6.2 Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
6.3 Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.4 Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
6.5 Menilia kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
6.6 Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan
menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara MS PowerPoint.
6.7 Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.8 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.


7. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN

Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu :

7.1 Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi
7.1.1 Menguruskan stok, iventori dan harta modal.
7.1.2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeling, manual dan lesen perisian
7.1.3 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber
seperti perisian kursus.
7.1.4 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber
seperti perisisan kursus.
7.1.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
7.1.6 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.

7.2 Jawatankuasa Keceriaan
7.2.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal
7.2.2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
7.2.3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan
keceriaan makmal komputer.
7.2.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.

7.3 Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan
7.3.1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisisan serta
mempamerkannya di tempat yang strategik.
7.3.2 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal emahami
dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
7.3.3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan
memantau pelaksanaannya. ( Contohnya penyenggaraan : Servis penghawa dingin,
mengemaskini cakera keras, mencuci pemacu dan mengimbas cakera keras)
7.3.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.



8. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS PROGRAM ICT

8.1 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang
melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
8.2 Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah.
8.3 Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
8.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.



Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
1.6 Peraturan makmal





1.6.1 Peraturan makmal diwujudkan untuk:
1.6.1.1 Memaksimumkan penggunaan

1.6.1.2 Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan

1.6.1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran

1.6.1.4 Panduan untuk penggunaan ramai.

1.6.2 Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal
komputer:

Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali
dengan keizinan Penyelaras ICT.

Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal
kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.

Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau
mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian
komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan
segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang
bertugas.

Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

Dilarang membuat bising di dalam makmal.

Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur
lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.

Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.

Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

Contoh Peraturan Makmal Komputer
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan
dalam cakera keras.

Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal
komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.

Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.



1.7 Sistem Fail

1.7.1 Pekeliling
1.7.1.1 Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran
Malaysia ( lihat folder Pekeliling )

1.7.2 Surat menyurat
1.7.2.1 Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian,
jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.
1.7.2.2 Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

1.7.3 Perkembangan Staff
1.7.3.1 Laporan perkembangan staff/in-house training yang diadakan.
1.7.3.2 Senarai kehadiran perkembangan staff/in-house training

1.7.4 Jadual waktu penggunaan
1.7.4.1 Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.

1.7.5 Fail mesyuarat
1.7.5.1 Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri.
1.7.5.2 Minit curai mesyuarat

1.8 INVENTORI
1.8.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat
1.8.1.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah

1.8.2 Kad inventori (kew312)
1.8.2.1 Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan
dalam kad inventori
1.8.2.2 Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan
di dalam fail tegak

1.8.3 Senarai inventori
1.8.3.1 Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta
dipamerkan dalam fail inventori

1.8.4 Buku laporan penyelenggaraan
1.8.4.1 Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan
catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan
(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan
peralatan ICT sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer
sepanjang masa dan senang diakses.)

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
1.8.5 Buku pinjaman alatan
1.8.5.1 Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan
peralatan ICT di luar makmal komputer

1.8.6 Label
1.8.6.1 Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar
inventori yang telah dibuat



BAB 2 PENGGUNAAN MAKMAL

2.1 Rekod penggunaan makmal
2.1.1 Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar
sepanjang masa

2.2 Rekod penggunaan Komputer
2.2.1 Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan
mengisi rekod

2.3 Rekod Penggunaan Bahan
2.3.1 Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal

2.4 Rekod buku pelawat
2.4.1 Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat



BAB 3 KESELAMATAN

3.1 Peralatan
3.1.1 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa
kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
3.1.2 Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk
mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan
aplikasi yang dipasang.
3.1.3 Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya
operasi tidak terganggu.
3.1.4 Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan
pemeluwapan tidak berlaku
3.1.5 Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan
Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian
3.1.6 Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau
panas.

3.2 Plan kecemasan
3.2.1 Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.



Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
3.3 Langkah-langkah keselamatan

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM
3.3.1 Kunci :
3.3.1.1 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2 Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja.
3.3.1.3 Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
3.3.2 Akses Pelawat :
3.3.2.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik
berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan
beliau.
3.3.3 Elektrik :
3.3.3.1 Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat.
3.3.3.2 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted
Power Supply
3.3.3.3 Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
3.3.4 Label
3.3.4.1 Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.
3.3.5 Pencegahan Kebakaran
3.3.5.1 Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu
mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2 Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam
keadaan baik.
3.3.6 Makanan
3.3.6.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)
3.3.7 Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
3.3.8 Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

3.3.9 Akses Pelawat
3.3.9.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan.
3.3.9.2 Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh
maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan,
jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan
ruangan catatan jika perlu.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
3.3.9.3 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan
setiap masa.
3.3.10 Elektrik
3.3.10.1 Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power
Supply.
3.3.10.2 Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa
dingin.

3.3.11 Alat Penghawa Dingin
3.3.11.1 Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua
(2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24
jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan
dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown
apabila tidak diguna.

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER
3.3.12 Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer.
Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log
termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13 Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan
makmal
3.3.14 Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.


BAB 4 KECERIAAN

4.1 Plan Makmal
4.1.1 Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer
4.1.2 Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu
didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah
mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali
dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

4.2 Susun atur (kreativiti)
4.2.1 Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri
dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.
4.2.2 Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah
ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
4.3 Sudut Pembelajaran
4.3.1 Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut
subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah
sahaja)

4.4 Kebersihan
4.4.1 Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer.
4.4.2 Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan
dalam makmal komputer.

BAB 5 PERANCANGAN ICT SEKOLAH

Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang
menggerakkannya, segala galanya akan menjadi sia sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi
Maklumat dan Komunkasi (ICT).

Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat
cahaya di hujung terowong, dalam apa apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik
dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.

Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ).
Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat
ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.

Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha
bersama anggota sekolah dari semua lapisan.

Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di
pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi
merangka pelan tindakan yang seterusnya.

Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran
ICT dan lain lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh
Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan
sebagai panduan.

5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG
Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun)

5.1.1. VISI
a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.
b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan selaras dengan
pembangunan ICT semasa.
c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT
serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

5.1.2. MISI
a. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam
setiap aspek, pengalaman, pembelajaran.
b. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk
menghadapi cabaran masa depan.
c. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
d. Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
5.1.3 MATLAMAT
Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT bagi meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras
dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.1.4. OBJEKTIF
a. Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah.
b. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
c. Menjadikan sekolah sebagai learning organisation.
d. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap.
e. Mewujudkan satu sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk
menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

5.1.5. KUMPULAN SASARAN
a. Kakitangan Sekolah
b. Pelajar.
c. Komuniti

5.1.6 STRATEGI PELAKSANAAN

a. Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang
dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT
Sekolah adalah seperti para 1.5.
b. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk
melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut
:

Jawatankuasa Ketua
a. Perkembangan Staf AAA
b. Pengajaran dan Pembelajaran BBB
c. Pengurusan dan Penyenggaraan CCC
d. Tugas tugas Khas DDD
e. Pengurusan Stok dan Dokumentasi EEE
f. Penyenggaraan dan Keselamatan FFF
g. Keceriaan GGG

c. Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli jawatankuasanya sendiri.


5.1.7 PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH

5.1.7.1 Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2007 hingga tahun 2009 adalah seperti di
Jadual 1.

5.1.8 PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH

5.1.8.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika
berikut :

a) Panduan Keselamatan di sekolah,
b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi,
c) Etika Penggunaan Internet dan
d) Peraturan Penggunaan Makmal Komputer.

5.1.9 PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH

5.1.9.1 Perancangan Jangka Panjang ICT akan direviu pada tahun 2009.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
5.1.9.2 Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan
perancangan yang telah dirangka.

Contoh penilaian yang dibuat oleh ICT adalah seperti Jadual 2.

5.2 PERANCANGAN JANGKA PENDEK
(Satu Tahun)
Sekolah perlu membentuk perancangan jangka pendek yang melibatkan
aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun selaras dengan objektif
setahun ICT sekolah.

5.2.1. CARTA GANTT AKTIVITI TAHUNAN
Sekolah perlu membentuk Carta Gantt (rujuk Jadual 3 : Contoh perancangan
aktiviti tahunan), untuk perancangan aktiviti setahun (berpandukan Pelan Tindakan
Perancangan Peningkatan ICT Jangka Panjang Sekolah).

Contoh : Latihan - perlu dinyatakan pengisian latihan seperti Pembinaan
Bahan P&P menggunakan PowerPoint

5.2.2 KEWANGAN
Jawatankuasa Kerja sekolah perlu membuat kertas kerja bagi setiap aktiviti yang
dirancang pada tahun berkenaan. Kertas kerja ini juga perlu dimasukkan belanjawan
dan sumber kewangan

Cadangan Kandungan Kertas Kerja Aktiviti/Projek/Program
1. Tajuk
2. Jangka masa projek
3. Rasional/Matlamat
4. Objektif
5. Kumpulan sasar
6. Kos/justifikasi kos dan sumber kewangan
7. Jawatankuasa kerja
8. Strategi pelaksanaan
9. Penilaian
*Laporan perlu dibuat selepas aktiviti dijalankan.

5.2.3 JADUAL PENGGUNAAN
Sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan makmal yang membenarkan
penggunaan optimum.

5.2.4 PENILAIAN
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

5.2.5 LAPORAN
Laporan perlu dibuat selepas penilaian perancangan jangka pendek.






Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Jadual 1
CADANGAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG
2007 Sasaran Kos 2008 Sasaran Kos 2009 Sasaran Kos





Peningkatan
Kemahiran ICT
Literasi Pelajar
40% menguasai kemahiran ICT
asas
RM 350 Literasi Pelajar
70% menguasai kemahiran ICT
asas
30%kemahiran interemediate
RM 350 Literasi Pelajar
100% menguasai kemahiran ICT
asas
60% kemahiran intermediate

RM 450
Literasi Guru
20% menguasai kemahiran ICT
asas
RM 550 Literasi Guru
50% menguasai kemahiran ICT
asas
10%kemahiran interemediate
RM 650 Literasi Guru
70% menguasai kemahiran ICT
asas
30% kemahiran intermediate

RM 750
Literasi Staf Sokongan
30% menguasai kemahiran ICT
asas
RM 200 Literasi Staf Sokongan
60% menguasai kemahiran ICT
asas
10%kemahiran interemediate
RM 200 Literasi Staf Sokongan
70% menguasai kemahiran ICT
asas
30% kemahiran intermediate

RM 350

Kursus Literasi ICT bagi
Komuniti
1 kursus, 20 peserta RM 200
Kursus Literasi ICT bagi
Komuniti
2 kursus, 20 peserta


RM 400






Peningkatan ICT
dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Latihan Guru
20% menggunakan ICT dalam
P&P
RM 550 Latihan Guru
40% menggunakan ICT dalam
P&P
RM 550 Latihan Guru
60% menggunakan ICT dalam
P&P

RM 650
Bahan Sumber Matematik
Peningkatan 30% dalam
perolehan P&P
RM 1000 Bahan Sumber Sains
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
RM 1000 Bahan Sumber Sejarah
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P



RM 1200
Bahan Sumber Bahasa
Melayu
Peningkatan 30% dalam
perolehan P&P
RM 1000
Bahan Sumber Bahasa
Inggeris
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
RM 1000 Bahan Sumber Geografi
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P

RM 1200
Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber
2 bengkel RM 640
Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber
3 bengkel RM 790
Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber
3 bengkel



RM 790
Kajian Tindakan
4 Matapelajaran

RM 500

Peningkatan
Penggunaan ICT
dalam Pengurusan
Latihan Staf Sokongan
dalam Aplikasi Pengurusan
40% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan
RM 460
Latihan Staf Sokongan
dalam Aplikasi Pengurusan
80% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan
RM 460
Latihan Staf Sokongan
dalam Aplikasi Pengurusan
100% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan

RM 500
Penyenggelaraan Komputer
2 kali setahun begi semua
computer
RM 2000 Penyenggelaraan Komputer
2 kali setahun bagi semua
komputer
RM 2000 Penyenggelaraan Komputer
1 kali setahun bagi semua
komputer

RM 1200

Peningkatan
Infrastruktur ICT
Pembelian Peralatan
Komputer
2 komputer RM 6500
Pembelian Peralatan
Komputer
5 buah komputer
1 pengimbas
1 pencetak
RM 12000
Pembelian Peralatan
Komputer
5 buah komputer
1 projektor LCD
1 kemera digital

RM 16000




Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Jadual 2

CADANGAN PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG
2007 Sasaran 2008 Sasaran 2009 Sasaran Penilaian
Peningkatan
Kemahiran ICT
Literasi Pelajar 100% menguasai
kemahiran ICT asas
60% kemahiran
intermediate
Literasi Pelajar 70% kemahiran
intermediate
30% kemahiran tinggi
Literasi Pelajar 100% kemahiran
intermediate
50% kemahiran tinggi
95% menguasai kemahiran asas, 90% intermediate, 30%
kemahiran tinggi kerana:
1. Lima peratus pelajar tidak menghadiri kelas komputer.
2. Dua peratus pelajar buta huruf tidak dapat mengikuti
kelas.
3. Dua peratus pelajar fobia komputer dan tidak
menyentuh komputer.
Literasi Guru 70% menguasai
kemahiran ICT asas
30% kemahiran
intermediate
Literasi Guru 100% menguasai
kemahiran ICT asas
60% kemahiran
intermediate
Literasi Guru 70% kemahiran
intermediate
30% kemahiran tinggi
95% menguasai kemahiran asas, 60% intermediate, 20%
kemahiran tinggi kerana:
1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke
sekolah tanpa kemahiran ICT
2. Dua peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke
sekolah lain.
Literasi Staf
Sokongan
70% menguasai
kemahiran ICT asas
30% kemahiran
intermediate
Literasi Staf
Sokongan
100% menguasai
kemahiran ICT asas
60% kemahiran
intermediate
Literasi Staf
Sokongan
70% kemahiran
intermediate
30% kemahiran tinggi
100% menguasai kemahiran intermediate dan 50%
kemahiran tinggi kerana:
1. Pemindahan masuk staf yang mahir IT
2. Latihan tambahan di jalankan bagi staf oleh Jabatan
Pendidikan Negeri
Kursus Literasi
ICT bagi
Komuniti
2 kursus x 20 peserta Kursus Literasi ICT
bagi Komuniti
3 kursus x 20 peserta Kursus Literasi ICT
bagi Komuniti
3 kursus x 20 peserta Seramai 300 ahli komuniti telah dilatih dalam ICT (melebihi
sasaran yang ditetapkan)
Peningkatan ICT
dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Latihan Guru 40% menggunakan ICT
dalam P&P
Latihan Guru 80% menggunakan ICT
dalam P&P
Latihan Guru 100% menggunakan
ICT dalam P&P
75% menggunakan ICT dalam P&P kerana:
1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke
sekolah tanpa kemahiran ICT
2. Sepuluh peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke
sekolah lain
3. Belum ada bahan perisian bagi matapelajaran tertentu.
Bahan Sumber
Matematik
Tambahan
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Bahan Sumber Sains
Tulen
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Bahan Sumber
Matematik
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Koleksi bahan P&P sekolah telah bertambah sebanyak 150%
(mengikut sasaran yang ditetapkan)
Bahan Sumber
Bahasa Melayu
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Bahan Sumber
Bahasa Inggeris
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P
Bahan Sumber
Bahasa Melayu
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P

Bengkel
Penghasilan
Bahan Sumber
3 Bengkel Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber
2 Bengkel Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber
2 Bengkel 15 bengkel pembinaan bahan telah dijalankan (melebihi
sasaran) kerana:
1. Keperluan bahan bagi P&P oleh guru
2. Keperluan mendedahkan guru yang baru dipindah
kepada proses pembinaan bahan
Kajian tindakan bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains telah dijalankan dan hasil kajian
digunakan untuk memperbaiki mutu P&P.
Peningkatan
Penggunaan ICT
dalam Pengurusan
Latihan Staf
Sokongan dalam
Aplikasi
Pengurusan
80% staf dilatih
menggunakan aplikasi
pengurusan
Latihan Staf
Sokongan dalam
Aplikasi Pengurusan
40% staf dilatih
menggunakan aplikasi
pengurusan
Latihan Staf
Sokongan dalam
Aplikasi Pengurusan
60% staf dilatih
menggunakan aplikasi
pengurusan
Semua staf sokongan telah dilatih dan menerima latihan
semula dalam aplikasi pengurusan
Peningkatan
Penggunaan ICT
dalam Pengurusan
Penyelenggaraan
komputer
2 kali setahun bagi
semua komputer
Penyelenggaraan
komputer
1 kali setahun bagi semua
komputer
Penyelenggaraan
komputer
1 kali setahun bagi
semua komputer
Penyelenggaraan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
Pembelian
Peralatan
Komputer
5 buah komputer
1 pengimbas
1 pencetak laser
Pembelian Peralatan
Komputer
5 buah komputer
1 pelayan

Pembelian Peralatan
Komputer
5 buah komputer
1 projektor LCD
1 perakam video digital
Perolehan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
Merangkaikan
komputer sekolah
(WAN)
20 Komputer Rangkaian komputer telah dibuat bagi 40 buah komputer
(melebihi sasaran) kerana:
1. Guru IT sekolah telah merangkaikan 20 komputer
dengan menggunakan kepakaran sendiri

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Jadual 3
CADANGAN CARTA GANTT BAGI AKTIVITI TAHUN 2007
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis



Peningkatan
kemahiran ICT
Literasi
Pelajar

Literasi Guru
Literasi Staf
So-kongan

Kursus
Literasi
Komuniti







Peningkatan ICT
dalam
Pengajaran dan
Pem-belajaran
Latihan
Guru

Bahan
Sumber
Mate-matik

Bahan
Sumber
Bahasa
Melayu

Bengkel
Peng-
hasilan
Bahan
Sumber

Peningkatan
Penggunaan ICT
dalam
Pengurusan
Latihan Staf
Sokongan
dalam
Aplikasi
Pengurusan


Peningkatan
Infrastruktur ICT
Penyeng-
gelaraan
Komputer

Pembelian
Komputer






Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
CONTOH PERANCANGAN ICT TAHUN 2007

1. MATLAMAT
Membangunkan infrastruktur ICT sekolah.
Melahirkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT .
Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian.


2. OBJEKTIF
Membangunkan infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya.
Melahirkan 20 % guru ( 5 orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran .
Melahirkan staf sokongan ( 1orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan
pengurusan sekolah.
Melahirkan 40% pelajar yang celik ICT .


3. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH
Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT Jabatan Pendidikan Negeri.
Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus lanjutan aplikasi ICT di Syarikat XYZ. Yuran penyertaan
dibayar.
Menggalakkan guru mengikuti Kursus KSPK ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di institusi
perguruan.
Latihan untuk staf sokongan (semua ) oleh guru terlatih.
Menjalankan kelas asas ICT kepada guru yang buta ICT .


4. CARTA GANTT
Carta Gantt pula bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT sekolah bagi tahun 2007. Ia
disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan. Carta Gantt Tahun 2007 bagi sekolah adalah seperti berikut di
Jadual 3.


5. KERTAS KERJA
Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai
satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan kan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi pelaksanaan
dan peruntukan kewangan yang berkaitan.
Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru Dalam Meningkatan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. (Sila rujuk Lampiran 1-1)


6. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL
Jadual Penggunaan Makmal Komputer Sekolah dirangka bagi membenarkan penggunaan optimun makmal
bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal berulang setiap 4 minggu dicadang penggunaannya.


7. SEMAKAN SEMULA (REVIU)
Semakan status pelaksanaan Pelan dicadangakan pada 1 April dan 1 Jun tahun semasa.
Semakan status pencapaian Pelan dicadangkan pada 1 November tahun semasa






Lampiran 1-1

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
CONTOH KERTAS KERJA
LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT
DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


JANGKA MASA :
BAHAGIAN 1 : 28 29 Mei 2007
BAHAGIAN 2 : 20 Ogos 2007
BAHAGIAN 3 : 26 Disember 2007

RASIONAL :
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif, sejak tahun 1996. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam
menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

Bagi mencapai matlamat ICT SMK XYZ perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep
sekolah bestari bagi guru-guru SMK XYZ. Pada Masa ini, SMK XYZ mempunyai dua orang guru yang mahir
dalam IT tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran-
pembelajaran. Tambahan pula, tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam
mengenai konsep Sekolah Bestari. Dengan ini, latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu
agar sekolah SMK XYZ tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan swasta.



MATLAMAT :
Menghasilkan tenaga pengajar SMK XYZ yang mahir dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran dan
pembelajaran, dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam
kelas.

OBJEKTIF :
Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Mengadakan latihan dalam
aspek-aspek tersebut:
Kemahiran generik
Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif
Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran.
TARIKH / ASPEK / KUMPULAN SASARAN
Bahagian Tarikh Aspek Kumpulan Sasaran Bilangan
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
1 28-29 Mei
2007
Konsep Sekolah Bestari
Kemahiran Generik dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran
Semua Guru 50 orang
2 20 Ogos
2007
Aplikasi Microsoft Excel
dalam pengajaran dan
pembelajaran efektif
Guru Matematik 5 orang
3 26 Dis
2007
Bahan Internet dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran
Guru Mata Pelajaran
Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan
Sains
20 orang

KOS / JUSTIFIKASI KOS / SUMBER KEWANGAN
Bahagian Tarikh Aspek Kos Bilangan
1 28-29 Mei
2007
Konsep Sekolah Bestari
Kemahiran Generik dalam
pengajaran dan
pembelajaran
OS 29000: RM
350
50 orang
2 20 Ogos
2007
Aplikasi Microsoft Excel
dalam pengajaran dan
pembelajaran efektif
OS 29000: RM
50
5 orang
3 26 Dis
2007
Bahan Internet dalam
pengajaran dan
pembelajaran
OS 29000: RM
150
20 orang

JADUAL AKTIVITI / STRATEGI PELAKSANAAN
Pegawai, pensyarah, Jurulatih Utama ICT Daerah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan
dijemput ke sekolah untuk memberi latihan. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi daripada
Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terhampir.
BAHAGIAN 1: 28-29 Mei 2007
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan
Sasaran
28 Mei
2007
8.00 pagi
12.00 tgh
- Konsep Sekolah Bestari
- Komponen Pengajaran dan
Pembelajaran Bestari
Taklimat oleh
Penyelia Pusat
Kegiatan Guru
Semua guru
2.00 4.00
ptg
Strategi Pembelajaran Bengkel dan latihan
oleh Guru Sumber
SMK AAA
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
29 Mei
2007
8.00 pagi
4.00 ptg
Kemahiran Generik dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran
Taklimat, Bengkel
dan Latihan oleh
Pensyarah Maktab
Perguruan
Semua guru




BAHAGIAN 2: 20 Ogos 2007
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan
Sasaran




20 Ogos
2007
8.00
10.00 pagi
Pengenlan kepad aplikasi
Microsoft Excel
Taklimat oleh Guru
Sumber Matematik
SMK BBB




5 guru
Matematik
10.30-1.00
ptg
Penggunaan aplikasi
Microsoft Excel dalam
pengajaran dan
pembelajaran efektif
Taklimat oleh Guru
Sumber Matematik
SMK BBB
2.00-5.00
ptg
Penggunaan Excel dalam
pengajaran dan
pembelajaran
Bengkel dan latihan
oleh Guru Sumber
Matematik SMK AAA

BAHAGIAN 3: 26 Disember 2007
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan
Sasaran






26 Dis
2007
8.00
10.00 pagi
Pengenalan kepada Internet
sebagai Sumber Maklumat,
Kaedah Muat Turun Laman
Web untuk penggunaan kelas
Taklimat oleh Guru
Penyelaras Bestari
SMK BBB





20 guru
Bahasa
Melayu,
Bahasa
Inggeris dan
Sains
10.30
1.00 tgh
Bahan Sumber Mata
Pelajaran daripada Internet
Taklimat oleh Guru
Penyelaras Bestari
SMK AAA
2.00 5.00
ptg
Bahan Internet dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran Mata Pelajaran
Sesi Kumpulan
(mengikut mata
pelajaran) dan
Bengkel dengan
Guru Sumber Bahasa
Melayu, Bahasa
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Inggeris dan Sains
SMK AAA sebagai
pemudah cara



PENILAIAN:
Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat bahagian dari segi :
Pencapaian objektif latihan
Kesesuaian program
Kesesuaian isi kandungan
Kesesuaian bahan
Keberkesanan Penceramah / Pemudahcara






























Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
GARIS PANDUAN MENJALANKAN KURSUS ICT DI SEKOLAH

Setiap guru yang telah menduduki Kursus ICT sewajarnya melaksanakan latihan dalaman atau in-house
untuk rakan guru yang lain. Tindakkan ini perlu dilakukan supaya ilmu kemahiran baru yang diperoleh itu
dimanfaatkan sepenuhnya.
Berikut adalah cadangan langkah-langkah menjalankan kursus latihan dalaman.

Kenal pasti kursus


Buat justifikasi keperluan menjalankan kursus


Tubuh jawatankuasa / urus setia kursus


Kenal pasti kumpulan sasaran


Kenal pasti tenaga pengajar dan pusat latihan


Sedia keperluan kursus


Sediakan kertas kerja


Buat permohonan untuk mengadakan kursus serta peruntukan kewangan


Sediakan dokumen


Jalankan kursus



Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
JENIS KURSUS

KENAL PASTI JENIS KURSUS

Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang diperlukan berdasarkan keperluan guru atau sekolah.
Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak PPD tau JPN untuk memastikan tidak ada pertindihan
kursus yang dijalankan.

JUSTIFIKASI KURSUS

Pihak sekolah hendaklah menentukan keperluan menjalan kursus dengan jelas supaya kursus yang
dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar , guru dan sekolah.

JAWATANKUASA KURSUS

Melantik jawatankuasa atau urus setia kursus

KUMPULAN SASARAN

Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan aras, kemahiran, dan
Keperluan atau kepentingan mengikuti kursus.

PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR

Mengenal pasti pusat latihan - maktab, swasta, agensi kerajaan, dan lain-lain.
Mengenal pasti khidmat kepakaran ( Jurulatih ICT Daerah/Negeri, kakitangan sumber negeri,
pensyarah maktab, dll.)

KEPERLUAN KURSUS

Menyediakan peralatan termasuk bahan rujukan/ sumber rujukan kursus.
Menyediakan kemudahan makan, minum, dan penginapan.

MENYEDIAKAN KERTAS KERJA

Menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan


Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
PERMOHONAN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Mengenal pasti dan membuat kiraan kos melaksanakan kursus
Mengenal pasti sumber kewangan yang boleh digunakan
Mengajukan permohonan bagi memperolehi peruntukan kepada pihak berkenaan

MENYEDIAKAN DOKUMEN

Memaklumkan kepada pihak PPD, JPN mengenai kursus yang hendak dijalankan
Mengedarkan surat panggilan, jadual kursus dan bahan rujukan kepada peserta.




























Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kursus yang boleh atau sesuai dijalankan disekolah berdasar
keperluan dan pihak-pihak yang boleh dirujuk bagi mendapatkan khidmat nasihat ataupun contoh modul.


JENIS KURSUS

PERINCIAN KURSUS

AGENSI
1. Literasi komputer 1. Pengenalan komputer
2. Microsoft Office
1. JPN/BPG
2. IAB
2. Pengurusan ICT 1. Pengurusan makmal
2. Sistem rangkaian
3. Baik pulih dan
penyelenggaraan
4. Pengurusan Maklumat/Data
5. Pengurusan Perisian
6. Pengurusan Kelab Komputer
7. Salah laku ICT
8. Pembangunan Program
Pengkomputeran Sekolah
9. Pengurusan pembangunan
halaman web dan perisian
kursus
1. JPN/BPG
2. IAB
3. PSPN/BTP
3. Multimedia 1. Internet dan pengurusan e-mel
2. Pembinaan laman web
3. Grafik
4. Suntingan audio/video
5. Pengarangan perisian kursus
1. JPN/BPG
2. IAB
3. PSPN/BTP
4. Penggunaan ICT
dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
1. Perisian kursus Sistem Bestari
2. Perisian kursus CD-Rom
Multimedia Pendidikan
Interaktif
1. JPN/BPG
2. PSPN/BTP













Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
BAB 6 KELAB KOMPUTER SEKOLAH

6.1 LATAR BELAKANG
6.1.1 Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi
memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami
kemahiran ICT dan mengoptimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

6.1.2 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat
Pekeliling Ikhtisas bil.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000,
lampiran surat KP(BS)8591/Jld.XVI/(8) untuk:
6.1.2.1 Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah.
6.1.2.2 Merancang aktiviti kelab.
6.1.2.3 Mengurus dan mentadbir kelab.

6.1.3 Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta, PIBG, dan sebagainya, Kelab
Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang
sedia ada di bawah program perkomputeraan KPM seperti Program Komputer Dalam
Pendidikan, Program Perkomputeraan Reka Cipta, Sekolah Bestari, Perkomputeraan
Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.

6.1.4 Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh
pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak
PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah.

6.2 KANDUNGAN
6.2.1 Untuk aktiviti kelab, pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan
dan kepakaran tenaga pelajar yang boeh dipilih di kalangan guru atau pihak luar.
Aktiviti yang dicadangkan ialah:
6.2.1.1 Sesi pendedahan kepada komputer.
6.2.1.2 Pengajaran pengaturcaraan.
6.2.1.3 Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi
6.2.1.4 Penggunaan perisian pengarangan dan pembangunan bahan multimedia.
6.2.1.5 Komputer Grafik
6.2.1.6 Internet dan komunikasi
6.2.1.7 Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya.
6.2.1.8 Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian.

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

6.3 SYARAT PELAKSANAAN
6.3.1 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat.
6.3.2 Sekurang-kurangnya dua guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.
6.3.3 Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang.
6.3.4 Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan
perkomputeraan.
6.3.5 Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen.
6.3.6 Untuk keselamatan perkakasan, bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat
satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jerji pada pintu dan tingkap.

6.4 KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
6.4.1 Kesediaan dan kesedaran guru.
6.4.2 Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah.
6.4.3 Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik.

6.5 UKURAN PENCAPAIAN
Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output atau produk pelajar. Contohnya,
penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan menggunakan Power
Point, merekacipta aturcara komputer atau perisian.

6.7 RUJUKAN
6.7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/200 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000
bil.KP(BS)8591/Jld.XVI/(8).
6.7.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan
di Sekolah.
6.7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988: Larangan menaja Jualan Terus di Sekolah-
sekolah, bertarikh 29 Jun 1988, bil KP(BS)8591/Jld.lll/(31)
6.7.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada
Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar, bertarikh 28 April 1992, bil
KP(BS)8591/Jld.lV/(110)
6.7.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan
Dasar dan/atau Pungutan Wang, bertarikh 2 Mei 1997, bil KP(BS)8591/Jld.VIII/(74)
6.7.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 : Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif
Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah, bertarikh 6
Jun 2001, bil KP(BS)8591/Jld.XVII/(6)
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
6.7.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer
Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah, bertarikh 17
Feb 1992, bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.II(91)
6.7.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum
Pengenalan Kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 7
Mac 1986, bil KP(BS)8591/ Jld.II/(45)
6.7.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab
Komputer Sekolah, bertarikh 11 Mac 1986. bil KP(BS)8591/Jld. II/(45)
6.7.10 Laman web http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran dalam
bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk kegunaan aktiviti
pembelajaran Literasi Komputer)









































Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Lampiran 2-1

PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER / TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH



1. Pendahuluan

1.1 Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan
yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan
perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan
Teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan ini, panduan penubuhan Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi
penekanan baru kerana:

a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah:
b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi maklumat ke sekolah:
c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran
bestari:dan/atau
d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Komputer / Teknologi
Maklumat Sekolah.

1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru bagaimana hendak:
a. Menubuhkan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah;
b. Merancang aktiviti; dan
c. Mengurus dan mentadbir kelab.

2. Matlamat Kelab Komputer / Teknologi maklumat Sekolah

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat
Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat
pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh
meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan
Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung
dalam Falsafah pendidikan Negara.

3. Objektif Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah

Matalamat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang
berikut:

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
a. Pengetahuan.
i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem
Komputer / Teknologi Maklumat.
ii. Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer.
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai
disiplin ilmu.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerja yang berkaitan dengan Komputer
dan Teknologi Maklumat.
b. Kemahiran.
i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui
penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu / kumpulan melalui kemudahan
Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan
sesuatu system.

c. Nilai.
i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan
antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4. Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah
4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan kelab Komputer / Teknologi Maklumat dan mematuhi
Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98 yang termatub dalam Akta
Pendidikan 1996.
4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengetua / Guru
Besar dengan mengemukakan perkara-perkara seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, dan
senarai aktiviti utama kelab.
4.3 Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan kemudahan makmal
komputer yang sedia ada di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti
Komputer Dalam Pendidikan, Reka Cipta, sekolah Bestari, Perkomputer Tingkatan 6 dan mata
pelajaran Teknologi Maklumat.
4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang berikut setelah
mendapat kelulusan daripada Pendaftaran, iaitu:

a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
b. Syarikat Komputer swasta.
c. Sumbangan luar KPM seperti badan korporat dan orang perseorangan.

Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat ialah:
a. Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah hendaklah didaftarkan dengan Jabatan
Pendidikan Negari (JPN) masing-masing.
b. Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko-
kurikulum.
c. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
d. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan di luar jadual
waktu sekolah supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

e. Jumlah waktu belajar secara hands-on hendaklah tidak kurang daripada 2 jam seminggu
bagi seseorang murid.

f. Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat
Sekolah hendaklah:
i. Mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing.
ii. Mematuhi Peraturan-Peraturan Ikhtisas, Kewangan dan Perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

g. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak
sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN sebelum ditandatangani oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru atau Lembaga Pengelola Sekolah.

h. Sekirannya komputer dibekalkan oleh pihak KPM atau disumbangkan oleh mana-mana
pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli kelab adalah ditentukan oleh
Pengetua/Guru Besar dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar.

i. Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak PIBG/LPS maka kadar
bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar
dengan bersetujuan PIBG serta mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak sekolah perlu
memastikan murid-murid yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab
Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum. Yuran Kelab
Komputer / Teknologi maklumat Sekolah yang disimpan dalam akaun PIBG hendaklah
dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku Penasihat PIBG.

j. Sekiranya tenaga pengajar adalah dari syarikat swasta, pihak sekolah perlu mendapatkan
kebenaran Pendaftar dan juga menentukan kesesuaian kandungan pengajaran yang
disimpankan kepada murid.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
k. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi semua
kemahiran asas sehingga aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian
dengan kebolehan ahli.

l. Semua perisian yang digunakan mestilah berlesen

m. Pengetua / Guru Besar dalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan simpanan wang
kelab.

n. Pendaftar / Pengetua / Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab dibubarkan
sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak menjalankan aktiviti yang membawa
manfaat kepada murid sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98

5. Pengurusan Kelab Komputer / Teknologi Makluamat Sekolah
5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab

5.1.1 Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar.
Perlembagaan Kelab mesti merangkumi perkara-perkr seperti nama dn logo kelab,
dasar, matlamat dan tujun penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli jawatankuasa
guru penasihat dan mesyuarat agung.

5.1.2 Guru Penasihat
a) Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurngny dua orng guru penasihat yang
dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

b) Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang mempunyai minat mendalam dan
motivasi tinggi serta mempunyai dedikasi serta penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.

c) Antara peranan guru penasihat ialah :

i. Menubuhkan jawatnkuasa yang dianggotai oleh murid-murid
ii. Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang :
Menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza kebolehan
dalam menggunakan komputer.
Mempunyai kesimbangan dari segi nilai pengetahuan nilai sosialdan
nilai rekreasinya.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
iii. Mengatur jadual(schedule) bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan
pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatnkuasa.
iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta memantau
aktiviti yang dijalankan.
v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab Komputer / Teknologi
Maklumat sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuan dan
mempelbagaikan aktiviti kelab.
vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan perbelanjaan Kelab
Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah.
vii. Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh tenaga
pengajar swasta.

d) Penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah digalakkan
mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi
Maklumat.

5.1.3 Jawatankuasa
a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang bertanggungjawab
b) Jawatankuasa kelab terdiri daripada
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari (perlu menyimpan rekod kutipan yuran dan perbelanjaan
pegangan tunai sekiranya kelab tersebut tidak melibatkan
pihak luar)

dan
Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan bilangannya
bergantung kepada bilangan ahli kelab).

c) Ahli Jawatankuasa perlu diberi latihn yang sesuai untuk membolehkan mereka
membantu guru dalam penyeliaan kerja amali

d) Pengiktirafan hendaklah diberi kepada ahli jawatankuasa sebagai insentif.




Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
5.1.4 Keahlian.
a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah, melanggar
peraturan kelab atau melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah
dan Bahan Multimedia) 1998 yang termaktub dalam Akta Pendidikan !996.
b. Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancang.
c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab.
d. Untuk sesi hands-on, tidak lebih daripada 2 orang murid diperuntukkan kepada
sebuah komputer pada sesuatu masa.
5.1.5 Kewangan
a. Semua kutipan dang perbelanjaan wang oleh Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah
hendaklah direkod dan Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab menyelia dan
mengawal kutipan dan perbelanjaan wang kelab.
b. Pegangan tunai tidak melebihi RM 200.00 hendaklah dipegang oleh Bendahari Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah pada sesuatu masa.
c. Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada bila-bila masa kewangan
kelab sekiranya yuran kelab disimpan dalam akaun PIBG.

5.1.6 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
a. Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab sekiranya kompuer disewa
daripada syarikat swasta.
b. Kemudahan computer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh guru dan kakitangan pejabat
sekolah dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab mengadakan aktiviti-
aktivitinya serta mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat Kelab
Komputer/Teknologi Maklumat.
c. Bagi Kelab yang menggunakan kemudahan makmal computer kepunyaan sekolah,
Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat hendaklah mengatur jadual penggunaan
kemudahan tersebut untuk kelab.




5.2 Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
5.2.1 Latihan
a. Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru pembantu, murid-murid yang
telah mahir, pengajar swasta atau pengajar sambilan
b. Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah berkenaan dengan syarat
mereka juga membayar yuran yang ditetapkan.
c. Antara latihan yang dicadangkan ialah
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
i. Sesi pendedahan kepada komputer (Computer Awareness Sessions);
ii. Pengajaran pengatucaraan;
iii. Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi;
iv. Penggunaan sistem authoring ;
v. Capaian internet;
vi. Pembangunan laman web; dan
vii. Pembinaan aplikasi sistem.

5.2.2 Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan
Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam Pendidikan (KDP)
Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diguna pakai untuk
tujuan latihan peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

5.2.3 Aktiviti Am
Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk:
a. Surat berita (newsletter)/bulletin.
b. Perjumpaan/mesyuarat kelab.
c. Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz.
d. Lawatan.
e. Pameran/Hari Terbuka.
f. Tayangan filem/video/slaid.
g. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan perisian.


5.3 Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh
14 hari daripada tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya terdapat perubahan dalam
perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa atau ahli, umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara
bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada perubahan tersebut.



6. Infrastruktur Kelab Komputer /Teknologi Maklumat Sekolah
6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada
a. Makmal/Bilik Komputer
b. Perkakasan
c. Perisian


Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
6.2 Makmal/Bilik Komputer
6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik komputer
hendaklah mengambil kira
a. Saiz makmal/bilik
b. Bilangan murid
Nisbah murid : komputer

6.2.2 Makmal/Bilik Komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.
6.2.3 Makmal / Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai
6.2.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan
dipasang,terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik.
6.2.3 Makmal / Bilik Komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi dan
dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan.

6.2.4 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading ) mestilah
diletakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.


6.3 Perkakasan.

6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa :

a. Keperluan Utama.

i. Komputer mikro (multimedia); dan
ii.Pencetak ( 1 unit untuk setiap 5 10 unit komputer mikro).

b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab )

i. Pengimbas;
ii. Modem dan sambungan internet;
iii. Rangkaian setempat (LAN)
iv. Projektor LCD atau TV dan kad dan;
v. Lain-lain peralatan komputer,

6.3.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian yang berlesen
dan sesuai dengan perisian.

6.3.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baik hendaklah diinsuranskan.


6.4 Perisian.

6.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
serta kokurikulum di sekolah.







Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
7 Penyelenggaraan ( Makmal, Perkakasan dan Perisian )

7.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok sebagai rekod
inventori.

7.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.

7.3 Penyelengaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh sekolah atau dengan
perkhidmatan pihak luar, jika perlu.

7.4 Kelab adalah digalakan dan menyimpan salinan (backup) perisian dan aplikasi sebagai
langkah keselamatan

8. Peraturan Makmal

a. Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi
menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi ialah ;
i. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
ii. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal kecuali
dengan kebenaran guru penasihat.
iii. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer.
iv. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambutan kawat yang terdapat di belakang
komputer, atau membuka tudung komputer.
v. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal untuk
membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal.
b. Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/guru
penasihat kelab (jika difikirkan perlu).





























Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Bab 7 PENGLIBATAN, KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAK

Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan, kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam kegiatan sekolah
berhubung aktiviti atau program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Bab ini menerangkan
tatacara penerimaan sumbangan yang dibenarkan oleh KPM apabila sesuatu pihak ingin menaja atau
meyumbangkan kepakaran, perkakasan,perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah.

Walau bagaimanapun sekolah sebagai institusi kerajaan perlu mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang
termaktub. Pekeliling-Pekeliling yang dirujuk dalam bab ini ialah :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak
Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan,
Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar / Atau
Pungutan Wang.


1. PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia
1.1 Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka
panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat pelajar serta
melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer.
1.2 Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan.
1.3 Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media
massa dan menaggung perbelanjaan serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan.
1.4 Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sekolah asalkan tidak
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk tujuan ini, pihak penyumbang
perlu terlebih dahulu mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan dijalankan
ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM untuk mendapatkan
kelulusan.

2. PERSEDIAAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM MENERIMA SUMBANGAN

2.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan
peralatan atau tajaan, perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian :
Sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran dikenakan.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
Sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah.
Pertimbangan perlu diberikan kepada infrastruktur, keselamatan dan peruntukan kewangan.
Mendapatkan sumbangan secara pakej adalah digalakkan.
Sebarang sumbangan dari negara luar perlu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
Sumbangan hendaklah selaras dengan rancangan dan dasar yang ditetapkan.
Penyertaan pihak luar tidak bercanggah dangan falsafah dan matlamat pendidikan negara.

2.2 Bagi sumbangn berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-
perkara berikut :
Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu
untuk diteliti.
Pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan sekolah perludijalankan.
Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran.

3. TATACARA PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH

Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah yang menerima sumbangan
hendaklah mematuhi perkara berikut seperti Carta Alir sumbangan pihak luar :
3.1 Memohon kebenaran daripada PPD/PPB.
3.2 Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak
penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan
disaksikan oleh PPD/PPB.
3.3 Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam boring KEW.312 (daftar harta modal).
3.4 Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada JPN masing-masing.

4. TANGGUNGJAWAB JPN DAN PPD / PPB

Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak JPN dan PPD / PPB perlu
melaksanakan perkara-perkara barikut :
4.1 Meminta pihak sekolah membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan
daripada aspek :
Kos penyenggaraan peralatan;
Kos sewaan talian;
Kos penggantian alat;
Kos penggunaan perisian, dan
Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
4.2 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun
tamat tempoh tajaan.
4.3 Memaklumkan semua kelulusan program ini kapada Bahagian Sekolah dengan salinan kepada
Urus Setia Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran (JMPK) Kementerian Pendidikan
Malaysia di Bahagian Sistem Maklumat dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
4.4 Pihak JPN/PPD/PPB perlu memastikan sekolah sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat
atau peraturan yang sedia ada bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan mana-
mana dasar, syarat atau peraturan berkaitan pungutan wang.
4.5 Sekiranya program atau aktiviti dalam sumbangan yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di
bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan mengenai
bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi mendapatkan
persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan disertakan maklumat lengkap mengenai program atau aktiviti
yang hendaklah dijalankan.
4.6 Merancang dan memantau latihan ICT guru.

5. KESINAMBUNGAN PROJEK
Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak sekolah perlu melaksanakan
perkara-perkara berikut :

5.1 Membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek :
Kos penyenggaraan peralatan
Kos sewaan talian
Kos penggantian alat
Kos penggunaan perisian
Kos penggunaan perisian kursus pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Merancang kos tersebut untuk dikemukakan kepada JPN bagi dimasukkan dalam Anggaran
Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun tamat tempoh tajaan.















Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
BAB 8 PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

1. LATARBELAKANG
Merupakan kaedah dan strategi pengajaran yang menggunakan ICT
bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2. KANDUNGAN
2.1 Berdasarkan perancangan rapi sebelum seseuatu P&P
2.2 Berdasarkan objektif pelajaran dan kesesuaian (relevan)
2.3 Berfikrah dan bijaksana

3. PENDEKATAN / KAEDAH
3.1 Penggunaan ICT secara tutoran bahan yang berdasarkan susunan yang tetap atau modul
dalam portal pendidikan dan penjelajahannya dikawal oleh sistem
3.2 Penggunaan ICT secara penerokaan penggunaan bahan CD, Portal maklumat atau Internet
untuk megumpul maklumat untuk tugasan yang tertentu di mana mautan dan penerokaan
dikawal oleh murid
3.3 ICT sebagai alat aplikasi penggunaan aplikasi untuk menjanakan produk dan melaksanakan
tugas pembelajaran , contohnya membuat persembahan hasil perbincangan menggunakan
aplikasi Power Point.
3.4 ICT sebagai alat komunikasi berhubung dengan pihak lain atau sumber maklumat daripada
lokasi yang berbeza menerusi aplikasi komunikasi seperti e-mail, video conferencing,
messenger, dan sebagainya.

4. PRODUK / HASIL
4.1 Kerja kursus dan penilaian hasil projek pelajar.
4.2 Pembinaan laman web yang boleh diakses secara offline sekolah. (Bahan laman web disimpan
dalam server dan diakses secara Intranet)
4.3 Kemahiran mencari, mengumpul dan memilih maklumat
daripada Internet.
4.4 Berkomunikasi secara e-mail, chatting atau video conferencing
untuk tujuan pendidikan.

5. SYARAT PELAKSANAAN
5.1 Perancangan rapi oleh guru bersesuaian dengan objektif
pengajaran.
5.2 Penguasaan kemahiran belajar oleh pelajar iaitu dapat memilih, menyusun, memetik
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik
maklumat dan mempersembahkan maklumat.

6. KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
6.1 Tahap literasi computer guru yang baik
6.2 Kesediaan dan kesedaran guru
6.3 Sokongan oleh pihak pengurusan

7. UKURAN PENCAPAIAN
7.1 Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output/produk pelajar.
7.2 Pentaksiran autentik berdasarkan hasil sebenar
7.3 Briged pelajar yang dapat membantu pelajar lain dalam P & P dan masalah komputer.
7.4 Briged guru yang mampu membantu guru lain dalam P & P dan masalah komputer.

8. RUJUKAN
8.1 Laman web http://kdp.ppk.kpm.my atau http://igalaksi/mercury/kdp
8.2 Laman web http://www.bestarinet.my
8.3 Laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my
8.4 Laman web http://www.akademikpahang.edu.my/v3/




















Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik


BAB 9




Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk:

1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau
menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar
negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara
keseluruhannya.

4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan
surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

5. E-mel
Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan
perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).
Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan
menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini
juga dikenali sebagai newsgroup spam.
Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia
perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara
dan antarabangsa.
Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut
dianggap sebagai pencerobohan:

a) Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian
komputer milik orang lain.

b) Menghalang identiti pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer
atau rangkaian milik orang lain.

c) Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).

Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang boring, kontrak atau permohonan atas
talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas
data yang ditujukan kepadanya.






ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Panduan Pengurusan Makmal Komputer dan Perancangan ICT Sekolah


Disusun oleh Unit ICT, Sektor Pengurusan Akademik

You might also like