You are on page 1of 6

Set induksi

1. Guru meminta murid menyebut ayat di


bawah di dalam dialek yang berbeza.

Cantiknya baju kamu

Dialek Kelantan :
Comenyo bajumu
Dialek Utara :
Lawanya baju hang
Dialek Negeri 9 :
Cantik amek baju ekau


TEMA : KENALI BUDAYA MALAYSIA
TAJUK : BAHASA DAN DIALEK
1. Bahasa ialah alat komunikasi untuk manusia
berhubung, melahirkan perasaan, kehendak
fikiran dan sebagainya.

2. Komunikasi ialah seni memindahkan
maklumat, idea dan sikap daripada
seseorang kepada seseorang lain dan
melibatkan perlakuan yang berbentuk
isyarat, pertuturan, penulisan atau
penyelidikan

3. Dialek ialah bahasa yang diubah suai
daripada bahasa formal dan mengikut
kedudukan geografi sesuatu tempat.

4. Dialek tidak terdapat dalam bentuk tulisan.

5. Di Malaysia, kita menggunakan pelbagai
dialek untuk berkomunikasi.

6. Kita dapat memahami dan mengenali dialek-
dialek di Malaysia dengan bercampur-gaul
dengan masyarakat dari serata negeri.







DIALEK DALAM
BAHASA MELAYU
Dialek
Kedah
Dialek Pulau
Pinang
Dialek
Perak
Dialek
Kelantan
Dialek
Melaka
Dialek Negeri
Sembilan
POP KUIZ BAHASA DAN DIALEK
1. Apakah makna bahasa ?

2. Apakah pula yang dimaksudkan dengan
dialek ?

3. Bagaimanakah kamu dapat memahami dan
mengenali dialek-dialek di Malaysia ?

4. Nyatakan dialek yang terdapat di Malaysia.


Disediakan oleh :
Bazlina Binti Sapar Ali

Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
Shah Alam , Selangor

You might also like