You are on page 1of 19

EDU 3104 BAB 1: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

Ciri yang menjadikan bilik darjah tempat yang unik dan mencabar
1. Pelbagai dimensi
2. Serentak
3. Segera
4. Sukar diramal
5. Umum
Konsep pengurusan bilik darjah
pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian
akademik yang lebih tinggi
pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas
tingkah laku (Richard, 1990)

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai
matlamat yang berikut:
menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
membentuk suasana pembelajaran yang positif
menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid
menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan
optimum
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p
mengurangkan masalah disiplin
pengurusan rutin yang berkesan
murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Bilik darjah yang teratur bergantung kepada kemahiran guru mencegah
masalah daripada berlaku dan bukannya menyelesaikan masalah yang telah
berlaku. ia memerlukan guru yang berkemahiran dan berkemampuan yang
pelbagai dalam menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah:-
Perancangan yang rapi
Guru perlu mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan mereka
Membuat refleksi untuk menentukan kekuatan dan kelemahan p&pyang
telah dilaksanakan
pengetahuan tentang keperluan murid-murid
Keperluan hierarki Abraham maslow (estetik, pengetahuan, penyempurnaan
kendiri, penghargaan diri, kasih sayang, keselamatan dan fisiologi)

Fisiologi dan psikologi mempunyai pengetahuan akademik:-
Memahami objektif pengajaran
Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
Pengalaman kejayaan
Maklum balas yang tepat dan realistik

Pengurusan bilik darjah
1. Merancang
2. Mengelola
3. Mengawal
4. Membuat refleksi
5. menjalinkan hubungan guru- murid

Ciri-ciri guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah ialah guru yang
dapat:
Menguruskan bilik darjah dengan berkesan
Membentuk suatu suasana
Agar murid teransang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha
melakukan yang terbaik
Menggunakan masa p&p dengan efisien

Tiga aspek yang dilihat:
1. kualiti peribadi
2. kompentensi pengajaran dan pembelajaran
3. penghayatan dan amalan nilai

Guru yang efektif (mesra, peramah, penyayang, tenang, jenaka, kreatif,
spontan, fleksibel dll)
Guru yang tidak efektif (cepat marah, tidak yakin, pesimis, autokratik, tiada
daya usaha, tegar)

Kompetensi pengajaran dan pembelajaran

Kompetensi P&P yang harus dipupuk oleh guru efektif ialah seperti
berikut:

1. Kandungan mata pelajaran:
Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum.
Contoh : Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran
cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir
dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan
kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain.

2. Strategi pengajaran
Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses P&P
Contoh : Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi
antara murid dalam usaha mereka menuntut ilmu, dan memahami diri sendiri.

3. Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran.
Contoh : Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang
mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras
dengan perancangan dan matlamat tercapai.
Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat
maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih
baik,menarik pada masa seterusnya.




[with En. Musleh and his wife. He is our EDU 3104's lecturer]


Kemahiran mengurus bilik darjah

Merupakan salah satu aspek bagi seorang guru yang efektif.
Kebolehannya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan
membentuk peraturan bersama murid-murid, memantau aktiviti bilik darjah,
dan menangani masalah tingkah laku murid.

Kemahiran motivasi

Seorang guru yang efektif semestinya mempunyai strategi-strategi tertentu
untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan
yang diberikan dan pengalaman pendidikan yang disediakan selaras dengan
minat dan matlamat dan kebolehan mereka.

Kemahiran komunikasi

Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan.
Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan
bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir, dan sebagainya.
Seterusnya guru efektif juga mengekalkan kritikan pada tahap minimum,
mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif
atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi
mjurid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya.

Kemahiran teknologi

Guru efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan
perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan
teknologi tersebut dalam proses P&P di dalam kelas serta mempelbagaikan
bahan multi-media sebagai alat sokongan.

EDU 3104 BAB 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK
DARJAH PENGENALAN

Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
Ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan
perhatian dalam pembelajaran

Persekitaran fizikal
susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
sumber bahan pembelajaran
ruang/sudut pembelajaran
ruang pada dinding
pencahayaan, pengudaraan dan perabot
kebersihan

Persekitaran psikososial
Suasana selesa dan mesra
bebas daripada ancaman bahaya fizikal
perasaan yang diterima
sensitif dan peka kepada perbezaan individu
suasana yang meransang pembelajaran
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
menggalakkan pembelajaran koperatif
peluang yang sama untuk semua murid

Peraturan dan rutin bilik darjah
(ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik
darjah)
ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam
bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
hadkan bilangan peraturan
peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya



PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH

a. Dua Proses
PENGUKURAN - penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau
maklumat pencapaian pembelajaran individu.
PENILAIAN - proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

b. Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya
atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang
sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam
masa yang berbeza.

c. Dua bentuk pentaksiran
formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid
dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh
pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil

d. Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid.
Murid terdorong untuk memberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu
akan dinilai.

e. Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar,
menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah
laku.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
tarikh ujian dan peperiksaan
menggubal soalan ujian
tempoh masa setiap ujian
ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan
pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat
pengetahuan
bincang dengan guru mata pelajaran lain
murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
sediakan persekitaran selesa
benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan
untuk memberikan arahan atau peraturan
mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
pentadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid



PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID

Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu
pihak sekolah dalam pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
maklumat ibu bapa/penjaga
tanggungan ibu bapa/penjaga
maklumat murid
maklumat bantuan yang diterima murid
penyimpanan data peribadi murid



Kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
buku rekod guru kelas
buku laporan
buku kedatangan murid
Posted by hana syakira at 4:22 PM
Labels: nota

EDU 3104 BAB 3: HUBUNGAN GURU-MURID PENGENALAN

hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran
murid
hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang
berkesan antara kedua-dua belah pihak


MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID

komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai
objektif p&p
guru perlu sentiasa mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang
dihadapi mereka
guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama
tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah

Kepentingan membina hubungan guru - murid

a. Kepada guru
menaikkan motivasi dan semangat guru
murid lebih senang dikawal
memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
menaikkan imej guru

b. Kepada murid
murid lebih minat belajar
murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
meningkatkan pencapaian akademik murid
murid lebih bermotivasi untuk belajar

Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid
penampilan dan bahasa badan guru
menunjukkan contoh teladan yang baik
persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

Strategi membina hubungan positif guru - murid
ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
agihkan tanggungjawab bersama
tetapkan jangkaan yang realistik
tunjukkan keprihatinan
masukkan unsur kecindan dalam komunikasi



Amalan budaya penyayang
i. Hormat
ii. Autentik
iii. Keprihatinan integriti emosi
iv. Menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
v. Strategi mengamalkan budaya penyayang
- menerapkan elemen mengambil berat
- membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
- hormat menghormati
- guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan
pelajar

Dinamika bilik darjah

Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya
menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama, terbahagi
kepada :
Dinamika kumpulan - boleh dikenal pasti melalui kajian sosiometri
Kajian sosiometri - membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam
bilik darjah
Penularan - ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan
mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain

Faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
jantina
agama/bangsa
status sosioekonomi

Peranan guru dalam dinamika kumpulan
kenal pasti bentuk dinamika
perhatian kepada murid yang tersingkir
gunakan kuasa penularan
bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
guru sebagai ketua dinamika bilik darjah



sekadar gambar hiasan

EDU 3104 BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGENALAN

Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara
pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam
menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk
mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran
untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positif-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku
murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini
hasil pantas tetapi tidak kekal lama
lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen
ganjaran
untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
murid lebih teruja mendapat ganjaran daripada ilmu

Model disiplin asertif Canter
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid
terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah.
hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru
untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk
memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).
beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.



Terdapat tiga jenis guru
guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak
ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan
mengelirukan.
guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid

Model akibat logikal Dreikurs
menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab
kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah
murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan
disiplin bilik darjah.
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin
bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:
mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan



Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid
kenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi

Model pengurusan kelompok Kounin
menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah
guru perlu mempunyai weightiness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih
daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakukan dua
tindakan pada satu masa digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru
terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih
efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik.
guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara
yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran
itu dapat dijalankan secara menyeluruh
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia
melibatkan diri dalam aktiviti p&p
momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup
dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan

Model terapi realiti oleh William Glasser
a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat
daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam
bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi
keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu
individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang
dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada
masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
- Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi
keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti
akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran
yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang
kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran
persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan
memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:
memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid
menggalakkan murid meneroka p&p
menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti
tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk gantikan dengan tabiat yang boleh
kekalkan hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau
mengancam murid apabila timbul masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan

Posted by hana syakira at 5:13 PM
Labels: nota
DU 3104 BAB 5: MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH BILIK DARJAH

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

Definisi disiplin
Disiplin berkaitan dengan tingkah laku seseorang.
Disiplin boleh dijelaskan sebagai
- latihan
- kepatuhan
- kawalan
Disiplin tidak boleh ditafsirkan sebagai hukuman, hukuman bersifat negatif dan
mengajar kanak-kanak perkara yang tidak patut mereka lakukan
Sekolah di Malaysia memberikan konsep disiplin sebagai penekanan kepada cara-
cara mencegah masalah disiplin dan tingkah laku daripada berlaku di dalam bilik
darjah agar p&p dapat dilaksanakan dengan lancar

Jenis disiplin di dalam bilik darjah
arahan Guru- termasuk peraturan & rutin
arahan rakan sebaya
arahan tugasan
diri sendiri

Jenis-jenis masalah disiplin
melawan
memukul
mencuri
mengugut rakan/guru
kekemesan diri
ponteng kelas

Masalah disiplin yang bersifat disruptif
tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap semasa guru mengajar,
makan dan tidur di dalam kelas
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
lewat masuk kelas
tidak membawa buku latihan/teks
menunjukkan sikap biadap terhadap guru
membuli
melepak, berlari, menjerit di koridor

Masalah kekemasan diri
tidak memakai lencana, tanda nama.stoking
kuku panjang
mewarnakan rambut
pelajar lelaki rambut panjang



TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
kurang memberikan perhatian
hiperaktif
pendiam
sensitif
apati (tidak kisah kepada arahan guru)
sikap melengahkan dan sambil lewa
gemar bercakap
menganggu rakan
membuli
berbohong
menipu
menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah
kurang sopan
mencuri
merosakkan harta benda
mudah marah dan agresif

SEBAB-SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU
BERMASALAH
diri murid
guru
sekolah
latar belakang murid

Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah
merancang aktiviti yang menyeronokkan
gunakan pelbagai kaedah dan teknik
yakin
berminat dan mengambil berat terhadap murid
rol model
adil
komunikasi yang jelas
memberikan bimbingan dan maklum balas
tenang dalam menangani masalah di dalam bilik darjah
DU 3104 BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat
kepada murid
kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh
ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan
rentak p&p

Kitaran pengurusan disiplin
merancang
menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan
digunakan
melaksanakan dan mengurus
mengawasi dan membuat refleksi

PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN
BILIK DARJAH
a. Guru berperanan sebagai pembimbing
b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh
merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
c. Cadangan untuk menangani disiplin:-
- tidak panik dan jangan bertindak melulu
- elakkan daripada mencabar murid
- semak semula cara pengajaran
- jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
- berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
- ikuti budaya disiplin sekolah

HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
hubungan ibu bapa
pengaruh rakan sebaya
keadaan persekitaran bilik darjah
masalah perkembangan murid
salah laku yang tidak dijangka

INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
PASTORAL CARE
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Pastoral care

Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga
kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas
seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan
sokongan emosi murid.



Bimbingan dan kaunseling

a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk
membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan
kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.

b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid
memahami dirinya yang sebenar

c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:-
mengenal potensi murid
membina kemahiran pengurusan diri
kemahiran penyelesaian masalah
pengurusan tingkah laku
memajukan diri murid
penilaian kendiri

d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
murid perlu sukarela untuk dibimbing
murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
bimbingan adalah proses pencegahan
penggunaan kemahiran asas bimbingan
bantuan menyeluruh
bersikap terbuka

e. Etika bimbingan
menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
kerahsiaan murid
bertanggungjawab

f. Kemahiran bimbingan
memberikan perhatian
kemahiran mendengar dengan aktif
kemahiran berempati

Teknik modifikasi tingkah laku

a. Menggunakan prinsip peneguhan
tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang
manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan

b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
sistem kontrak tingkah laku
sistem token

c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
tetapkan tingkah laku murid
beri kesedaran kepada murid
matlamat yang realistik
bincangkan akibat
bina sistem pengurusan kendiri
guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu
EDU 3104 BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG MELIBATKAN
MURID BERPERLUAN KHAS

KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS

1. Terencat akal

2. Masalah kerosakan sesnsori
a. Masalah kecacatan fizikal
- cerebral palsy
- musculor dystrophy
- spina bifida
- sawan (epilepsy)
b. Masalah penglihatan
c. Masalah pendengaran
d. Masalah komunikasi
- masalah bahasa
- masalah pertuturan

3. Masalah pembelajaran
masalah membaca
masalah menulis
masalah mengira
masalah komunikasi

4. Disleksia
5. Diskalkulia
6. Disgrafia
7. Autistik (autism)
8. Lewat perkembangan
9. Hiperaktif (ADHD dan ADD)
10. Pintar cerdas atau berbakat
11. Masalah emosi dan tingkah laku

Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-
a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal
bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang
berkesan
b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang berbeza
c. Keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid
d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil
kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza di dalam
kelas
f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran
koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu
j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain
serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan
memenuhi keperluan murid tersebut.

Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan
guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam
kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta
respon kepada keperluan individu.

EDU 3104 BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
YANG BERKESAN CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
BERKESAN

Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti.
guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran
dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama
murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid
yang lemah
Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan
bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen
seperti fizikal, emosi dan sosial

Kerjasama
Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru
dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya
Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar,
jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik
darjah

Matlamat pengurusan bilik darjah
Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik
darjah yang positif, kondusif dan produktif
Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri

Persekitaran bilik darjah yang positif
a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses
pembelajaran dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
rutin bilik darjah
peraturan
akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat
di dalam bilik darjah
ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk
aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
Galakkan penglibatan murid
Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
Komunikasi berkesan

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
Suasana demokratik di dalam bilik darjah
Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-
murid
Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan
mendidik murid-murid
Pembelajaran berasaskan individu
Mempunyai semanagat kekitaan
Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN
BILIK DARJAH YANG BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat
perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan
persekitaran pembelajaran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya
pembelajaran yang berkesan berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik murid supaya
bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang
kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
rancang
susun
praktis

Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
komponen pengajaran
komponen pencegahan
komponen pembetulan
komponen sokongan
komponen persekitaran fizikal
http://hanasyakira90.blogspot.com/2012/05/edu-3104-bab-6-pengurusan-masalah.html

You might also like