You are on page 1of 4

Penglihatan Terhad

Pengenalan
Penglihatan terhad ialah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur dan/atau
keluasan medan penglihatan mengecil dan tidak dapat dibantu melalui rawatan
perubatan, pembedahan, penggunaan cermin mata ataupun kanta sentuh pada keduadua mata. Mereka yang mempunyai penglihatan terhad adalah tidak sama dengan
mereka yang mengalami kebutaan, dimana mereka dengan peglihatan terhad masih
mempunyai sedikit tahap penglihatan yang berguna. Walaubagaimanapun penglihatan
terhad biasanya akan mengganggu kelancaran perjalanan aktiviti harian seseorang
seperi memandu atau membaca.
Di Malaysia, Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat seramai 540,000
orang berpenglihatan terhad dan kira-kira 50,000 orang buta. Prevalen masalah
penglihatan terhad meliputi 2.44% dan buta ialah 0.3%.
Apakah definasi penglihatan terhad?
Penglihatan terhad adalah keadaan di mana individu mempunyai tahap penglihatan
kurang daripada 6/18 hingga 3/60 atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah
pada kedua-dua mata dengan pembetulan terbaik.
Apabila tahap penglihatan kurang daripada 3/60, keadaan ini dikenali sebagai buta.
Buta didefinasikan sebagai tahap penglihatan kurang dari 3/60 atau keluasan medan
penglihatan seluas 10 darjah atau kurang pada kedua-dua mata dengan pembetulan
terbaik.
Seseorang dengan tahap penglihatan 6/18 bermaksud individu berpenglihatan terhad
hanya mampu melihat objek dari jarak 6 meter manakala individu normal boleh melihat
objek yang sama dari jarak 18 meter.
Apakah penyebab utama penglihatan terhad?
Penyebab utama penglihatan terhad ialah:

Katarak yang tidak dirawat


Rabun yang tidak dapat dibetulkan
Age Related Macular Degeneration (ARMD)
Retinopati diabetik
Glaukoma

Apakah tanda-tanda saya mengalami penglihatan terhad?

Kesukaran untuk mengenalpasti pada jarak jauh


Kesukaran untuk membezakan warna dalam tona yang sama
Kesukaran untuk melihat dekat (membaca atau memasak)

Keluasan medan penglihatan semakin mengecil


Kombinasi tahap penglihatan yang rendah dan medan penglihatan yang mengecil

Pandangan individu berpenglihatan normal

Pandangan individu berpenglihatan


terhad akibat rabun yang tidak dibetulkan

Pandangan individu berpenglihatan terhad


akibat retinopati diabetik

Pandangan individu berpenglihatan


terhad akibat katarak

Pandangan individu berpenglihatan terhad


akibat ARMD

Pandangan individu berpenglihatan


terhad akibat glaukoma

Bagaimanakah mengesan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?


Pengesanan boleh dilakukan melalui:

Saringan penglihatan
Pemeriksaan penglihatan berkala dan komprehensif
Pemeriksaan penglihatan berkala kepada pesakit kronik seperti diabetes mellitus
dan hipertensi

Apakah bantuan yang boleh dicadangkan sekiranya saya mengalami penglihatan


terhad?
Bantuan yang boleh dicadangkan ialah rehabilitasi penglihatan terhad iaitu melibatkan:

Peralatan optikal contoh: kanta pembesar, teleskop


Peralatan bukan optikal contoh: penggunaan cahaya tambah, tiposkop, buku
bercetakan besar, panduan menulis, jam bernombor besar, keyboard berhuruf besar
Peralatan elektronik contoh: television litar tertutup (CCTV), alat elektronik mudah
alih
Modifikasi persekitaran
Latihan Orientasi dan Mobiliti
Kaunseling

Contoh pelbagai peralatan optikal kanta


pembesar untuk membaca dan teleskop
bagi melihat objek jauh
Contoh pelbagai peralatan bukan optikal :
a) buku bercetakan besar
b) panduan menulis

c) jam bernombor besar


d) keyboard berhuruf besar

Contoh menggunakan peralatan elektronik Contoh modifikasi persekitaran yang boleh


CCTV
dilakukan

Contoh penggunaan cahaya tambah dan


tiposkop

Contoh menggunakan peralatan elektronik


mudahalih

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengalami penglihatan terhad?
Sekiranya dirasakan anda mengalami penglihatan terhad, sila dapatkan rehabilitasi
penglihatan terhad dari Hospital Negeri, Hospital Daerah dengan pakar, Hospital
Universiti, sesetengah Hospital swasta dan Klinik Penglihatan Terhad di Jabatan
Optometri, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mempunyai perkhidmatan
rehabilitasi penglihatan terhad.
Apakan agensi-agensi lain yang boleh membantu?
Agensi-agensi lain yang boleh membantu:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga


dan Masyarakat
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
Lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan
o Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia (MAB)
o Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
o St. Nicholas Homes Centre
o Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sabah (SSB)
o Pertubuhan Bagi Orang-Orang Buta Sarawak (SKSB)

Rujukan :
1. Arthur S., 1999. A Review of Current Research on the Effect of Diabetes Mellitus
on the Eye. Cli & Exp Optom. 82(3): 84-97.
2. Barry L.C., 1999. Optometry, Public Health and Diabetes. Cli & Exp Optom. 82(3)
40-42.
3. Chaudhry, M., 2006. Low Visions Aids. New Delhi: Jaypee Brothers Medical
Publishers (P) Ltd.
4. Colenbrander, A., 2003Aspects of vision loss visual functions and functional
vision. Vis Imp Res, 5(3): 115-136.

5. Dickinson, C., 1993. A step-by step guide to low vision practice. Optician
5424(206):26-33.
6. Grosvenor T., 2007. Primary Care Optometry: Care of the Vision-impaired
Patient Chapter 19. Ed ke-5. Butterworth Heinemann Elsevier. China: 435-455.
7. Leat, S.J. & Karadsheh, S., 1991. Use and non-use of low vision aids by visually
impaired children. Ophthal. Physiol. Opt. 11(1): 10-15.
8. Keeffe, J., Vision Assessment and Prescription of Low Vision Devices.
Community Eye Health. 17(49): 3-5.
9. Omar, R., Knight, V.F., & Mohammed, Z., 2009. Effectiveness of Low Vision
Devices in a Special Education School. Sains Malaysiana 38(5): 799804.
10. Omar, R., Knight, V.F., & Mohammed, Z., 2008. The Causes of Low Vision and
Pattern of Prescribing at UKM Low Vision Clinic. Jurnal Sains Kesihatan
Malaysia. 6(2): 55-64.
11. Pararajasegaram, R., 2004. Low Vision Care: The Need to Maximise Visual
Potential. Community Eye Health. 17(49): 1-3.
12. Robyn, G., 2003. Review the Genetics of Age-related Macular Degeneration Cli
& Exp Optom. 84(4):182-190.
13. WHO. 2001. Classification, Assessment, Surveys, and Terminology Team.
ICIDH-2: International Classification of Functioning, Disability and Health: Final
Draft, Full Version, 10th revision. Geneva, Switzerland: World Health
organization.
14. Zainal, M., Ismail, S.M., Ropilah, A. R., Elias, H., Arumugam, G., Alias, D.,
Fathilah, J., Lim, T. O., Ding, L. M. & Goh, P. P., 2002. Prevalence of Blindness
and Low vision in Malaysian Population: Results from the National Eye Survey
1996. Br J Ophthalmol. 86: 951956.
15. Omar, R. 2010. Low vision rehabilitation can improve quality of life. Jurnal
Kebajikan Masyarakat Vol.36 Edisi Jun 2010 (in press)

Semakan
:
Akhir
Penulis
:
Akreditor :
Penyemak :

20 Jun 2014
Prof. Madya Dr. Rokiah Omar
Hjh. Che Ruhani Che Jaafar
Dr. Rosniza Ab. Razak

You might also like