You are on page 1of 22

JURNAL IPBA

PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

oleh
Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz
Jabatan Bahasa
Melayu
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangsa

ABSTRA
K
Artikel ini memberikan penjelasan tentang beberapa perkara
yang berhubung dengan permainan bahasa. Pada hari ini
aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam
bilik darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti
tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang
ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan
perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan
bahan yang berkaitan dan sebagainya. Justeru, artikel ini
memberikan input yang dapat membantu para guru dalam
merancang dan mengelolakan aktiviti permainan bahasa
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
...games can be used at all levels in language syllabus and
with all types of pupils from primary school children to
adults...
Alan Chamberlain
(1986)

10
8

JURNAL IPBA
PENGENALA
N
Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini
sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga
adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap
pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan
untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan
kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa
merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
OBJEKTIF PERMAINAN
BAHASA
Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai
beberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut:
(a)

Merangsang interaksi verbal pelajar


Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk
menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu,
mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang
berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif
dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri
mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa
sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan
pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan
bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan
tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran
seperti ini akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu
suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar.
Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas.

(b)

Menambah kefasihan dan keyakinan


Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara
untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta
menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam
sesuatu permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur
ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat
kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang
10
9

JURNAL IPBA
mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh
dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan
bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar biasanya merasa
seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar.
Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan
keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Peranan guru
sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia
memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama
dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan
tatabahasa dan sintaksis.

11
0

JURNAL IPBA
(c)

Menyediakan konteks pembelajaran


Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang
positif dalam kalangan individu yang terlibat, bukan sahaja antara
pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru.
Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama
antara mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan
berfaedah kepada para pelajar, khususnya yang bersifat pemalu dan
pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di
samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang
dijalankan.

(d)

Alat mengikis rasa bosan


Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang
tengah hari, pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar.
Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan
pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman
dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas
yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat.
Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan
gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan
mengantuk. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk
yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila
berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan
keadilan dan pertandingan, akan meransang pelajar untuk bertindak
balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini, pelajar
dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal
dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah.

(e)

Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan


Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam
pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Justeru, permainan sangat
berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan
dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit
melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Jika tiada langkah
yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan
akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan
suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja
pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara
berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun,
aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan
dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk
111

JURNAL IPBA
aktiviti permainan bilik darjah.
Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai
pelbagai peringkat kebolehan, misalnya kumpulan cergas,
sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan
malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu
ramah. Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya
perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan.
Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh digalakkan
mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar

11
2

JURNAL IPBA
yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Namun, mereka
ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan
kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula,
permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.
PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK
PENGAJARAN
Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran
bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini.
Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,
permainan bahasa mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut:
(a)

Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu


bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di
samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan
sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul.

(b)

Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa


memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir
pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, permainan bahasa
tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini kerana
pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang
menyeronokkan serta terlibat secara aktif.

(c)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, permainan bahasa


lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. Ini
bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal
dalam ingatan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pembelajaran.

(d)

Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat


yang berfaedah. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan
bosan setelah belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain pelajar
dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan
pembelajaran mereka.

(e)

Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada


mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana
semasa bermain, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu
dengan bertanya,
memberikan arahan, meneka dan membaca.
Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan
pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah
11
3

JURNAL IPBA
fikiran secara berkesan.
UNSUR PERMAINAN
BAHASA
Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat
bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. Pelajar bekerjasama dalam
menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara
satu sama lain. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat
atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Oleh itu,
permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya
setakat bertanding. Permainan harus dapat

11
4

JURNAL IPBA
memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan
dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini harus mampu memantapkan
proses penguasan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang
lebih harmoni.
Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan
menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Sekiranya
digunakan dengan betul, teknik permainan boleh memberikan lebih banyak
pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah
pengajaran konvensional. Oleh itu, guru harus memikirkan faedah dan apa yang
dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. Untuk
pelaksanaan teknik permainan yang berkesan, perkara-perkara yang berikut perlu
diberikan perhatian:
(a)

Meningkatkan motivasi
Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Pelajar
biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak
sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan
dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi
kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat
dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Oleh
sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa,
pelajar biasanya menjadi pasif. Ini kerana di dalam bilik darjah
pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar,
latih tubi dan latihan menulis. Mereka juga tidak dapat melihat
kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam
kehidupan mereka seharian. Ini menjadikan pelajaran bahasa
sungguh membosankan, belajar untuk sementara waktu sahaja dan
tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Permainan
memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan
permainan bahasa, mereka akan melibatkan diri dalam semangat
pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan
yang betul.

(b)

Interaksi
Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga
mudah untuk bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk
meningkatkan interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan
sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya
berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Perkara penting yang
patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan
sebaya. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada
guru mereka sendiri.
11
5

JURNAL IPBA
(c)

Pertandingan
Permainan bahasa bercirikan persaingan. Persaingan boleh berlaku
antara sesama peserta, masa yang dihadkan, pencapaian
persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Sudah
menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang
kalah. Jadi, permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan
bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran.

11
6

JURNAL IPBA
(d)

Kerjasama
Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan
yang penuh pertandingan. Dalam permainan, ahli-ahli kumpulan
bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan
bagi kumpulan mereka. Semangat bekerjasama yang dipupuk
melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkaraperkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah.

(e)

Pembelajaran semula jadi


Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara
semula jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan
yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru,
terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang
keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran bahasa berlaku dalam
diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek
yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui
proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat
dengan penggunaan bahasa itu secara langsung.

(f)

Peraturan permainan
Dalam permainan bahasa, terdapat beberapa peraturan khusus yang
telah didefinisikan secara jelas. Semua pelajar yang terlibat dalam
permainan, biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk
bermain. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan
mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan
kepada peserta, di samping dapat mengredkan permainan itu
mengikut nilai-nilai tertentu.

(g)

Penamat permainan
Permainan bahasa mempunyai penamat. Biasanya, terdapat
beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk
peserta menghentikan permainan mereka. Ia mesti dilakukan
walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai
keputusan yang sepatutnya.
PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA

Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan


aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu
permainan. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Tidak kurang
penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan.
11
7

JURNAL IPBA
Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan, kumpulan kecil yang mengandungi
tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Aktiviti
berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat
bekerjasama, iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar,
di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal
bagi mencapai matlamat permainan.

11
8

JURNAL IPBA
Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya,
empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Bilangan
ahli dalam satu- satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru
hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin
kurang selesa, terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Walau bagaimanapun, jika
keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan tersebut boleh digantikan dengan
jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah.
Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan pelajar. Permainan bahasa secara berpasangan boleh
memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya,
permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika
dibandingkan permainan secara kumpulan. Guru lebih mudah untuk mengawal
pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.
Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Dalam permainan, pelajar
berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Jika masalah itu tidak
dapat diselesaikannya, pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan
petunjuk dan panduan.
BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN
BAHASA
Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding, mentor,
pembetul kesalahan dan pengadil. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri
setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik.
Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian
secara aktif dan menunjukkan kesungguhan. Guru juga turut bertindak sebagai
fasilitator dan merancang pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut:
Rajah 1: Guru mengatur tetapi tidak mengawal perbincangan kelas.
Rajah menunjukkan tiada interaksi antara pelajar secara langsung. Semua
pertukaran maklumat adalah melalui guru sama ada menerima, menolak
atau mengemukakan soalan.
11
9

JURNAL IPBA
P

G
P

12
0

JURNAL IPBA
Rajah 2: Guru sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar.
Interaksi yang berlaku melibatkan lebih daripada seorang
pelajar.
P
P

Rajah 3: Guru sebagai fasilitator. Pelajar


melakukan aktiviti secara berpasangan.
P

Rajah 4: Guru menyelia aktiviti kumpulan. Pelajar


melakukan aktiviti dalam kumpulan masingmasing.
P

12
1

JURNAL IPBA
Rajah 5: Guru menyelia aktiviti pelajar. Seorang
wakil pelajar berbincang dalam kumpulan lain.
P

Rajah 6: Interaksi atau perbincangan antara guru


dengan seorang pelajar.
G

CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK


Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di
bilik darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar
bilik darjah. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang disampaikan secara
bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti
bermain itu sendiri. Oleh itu, guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang
ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan sesuai dipraktikkan dalam pengajaran
bahasa. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut:
(a)

Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti


penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan
penguasaan elemen tatabahasa.

(b)

Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik, sesuai dengan


peringkat penguasaan bahasa pelajar.

(c)

Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara


pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar
terhadap bahan.

(d)

Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif


12
2

JURNAL IPBA
dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka.
(e)
Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau
kelas.

12
3

JURNAL IPBA
(f)

Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami.

(g)

Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar
objektif pembelajaran dapat dicapai.
PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN
BAHASA

Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan, persediaan yang rapi hendaklah dibuat
agar pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Cara pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting, selain
memilih permainan dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan.
Dalam aspek pengendalian aktiviti, perkara yang berikut perlu diambil kira, iaitu:
(a)

Perancangan Permainan
Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai
dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan.
Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua
pelajar di dalam bilik darjah. Guru juga harus memastikan jangka
masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat
dirancang dengan sebaik-baiknya. Sebelum memulakan permainan,
pelajar hendaklah diberitahu tentang nama permainan, bentuk dan
cara pengelolaan mengikut keperluan bermain. Guru juga harus
menentukan ada penjaga masa dan hakim sebagai penyelia jika
berkaitan. Semasa permainan berlangsung, guru bertindak sebagai
fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan. Selepas
permainan. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang
kemahiran, sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi
hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu.

(b)

Bentuk Permainan
Permainan bahasa boleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan,
berpasangan atau secara individu. Permainan bahasa dalam
kumpulan kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid
yang ramai. Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru
mengawal dan memberikan perhatian kepada setiap murid.
Manakala permainan secara individu sesuai untuk aktiviti
pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah.
Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk, iaitu bentuk
pertandingan dan penghayatan kendiri. Penentuan kalah menang
dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata, tempoh masa,
ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah.
12
4

JURNAL IPBA
Permainan berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi
memenuhi minat dan memberikan kepuasan serta keseronokan
kepada diri sendiri, misalnya permainan teka silang kata, mencari
perkataan tersembunyi atau mencari gambar tersembunyi.
(c)

Waktu Pengendalian Permainan


Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal,
pertengahan dan akhir pelajaran. Pada peringkat awal pengajaran,
permainan dijalankan

12
5

JURNAL IPBA
dalam induksi set. Permainan pada peringkat ini tidak memakan
masa yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada
tajuk atau kemahiran yang diajarkan. Pada peringkat pertengahan,
permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. Manakala
pada peringkat akhir, permainan dijalankan sebagai aktiviti
pengukuhan kepada kemahiran yang telah dijalankan.
(d)

Tunjuk cara
Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu
haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara
bermain kepada pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan
pelaksanaan permainan tersebut.

(e)

Arahan dan Peraturan Permainan


Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas
kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan
semasa bermain. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan
lancar serta mencapai objektifnya.
CONTOH PERMAINAN
BAHASA Contoh 1

Nama permainan
Kemahiran
Objektif

: Maka berkatalah Simon


: Mendengar dan membezakan arahan
: (i) Melakukan arahan mudah yang didengar
(ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian
tubuh
Kandungan
: - Bahagian-bahagian tubuh
- Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari,
lutut, buku lali, hidung, telinga, mulut, kepala, dahi,
mata, kening
- Aspek bahasa:
berdiri, duduk
tunjukkan
saya... sila
angkat... tunjuk
kepada...
pegang...anda
Jenis aktiviti
: Kelas
Prosedur Permainan :
12
6

JURNAL IPBA
i.
Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi
tertentu ii. Pelajar diterangkan peraturan permainan
iii.
Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan Simon
berkata... Misalnya: Simon berkata berdiri
iv.
Pelajar melakukan aksi yang
disebutkan v. Pelajar berdiam diri sebentar
vi.
Guru kemudian berkata duduk
vii.
Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan
Simon berkata... akan diketepikan daripada permainan.

12
7

JURNAL IPBA
viii.

Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal


apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang.
Contoh 2

Nama permainan
Kemahiran
Objektif

: Salah atau betul


: Mendengar dan memahamkan arahan
: (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan
(ii) Memahami arahan mudah yang didengar
Kandungan
: Ayat Penyata
Jenis aktiviti
: Kelas
Kumpulan mengikut barisan
Prosedur Permainan :
i.

Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas


Misalnya:
Sekarang hujan
lebat.
Hari ini hari
Selasa.
Guru kelas ini seorang wanita.
Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.
(Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi.
Sebaliknya, jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri)
ii.
Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul
iii.
Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayatayat yang seterusnya.
iv.
Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira
menang.

RUJUKA
N
Andrew, W. (1980). Games for language learning. England: Cambridge University
12
8

JURNAL IPBA
Press.
Lee, W. R. (1979). Language teaching games and contests. Oxford: Oxford
University Press.

Nota: Artikel ini dipetik daripada buku penulis sendiri yang bertajuk
Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah (1996).
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

12
9

You might also like