You are on page 1of 3

BAHAGIAN A

ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Nyatakan secara ringkas komputer generasi keempat?
[4 markah]

SOALAN 2
Apakah fungsi peranti output? Jelaskan DUA(2) peranti output yang selalu digunakan?
[4 markah]

SOALAN 3
Beriakn secara ringkas kelebihan Cantuman Mel (Mail Merge) di dalam Microsoft Word.
[4 markah]

SOALAN 4
Senaraikan EMPAT (4) elemen yang harus ada dalam papan cerita.
[4 markah]

SOALAN 5
Jelaskan maksud dan kegunaan Sub window Format Cells di dalam Microsoft Excel.
[4 markah]

SOALAN 6
Nyatakan secara ringkas maksud Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network
– MAN)
[4 markah]

SOALAN 7
Senaraikan jenis laluan yang diberikan oleh Internet Service Provider?
[4 markah]

SOALAN 8
Menurut Ismail (2002), latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar
memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan. Senaraikan DUA
(2) kelebihan latih tubi berasaskan komputer tersebut.
[4 markah]

SOALAN 9
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakukan di akhir proses membangunkan perisian dan
melibatkan dua kumpulan penilai. Nyatakan DUA (2) jenis penilai yang terlibat dalam penilaian
tersebut.
[4 markah]
SOALAN 10
Nyatakan DUA (2) perkara asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan mod penggunaan TMK.
[4 markah]
[Jumlah: 40 markah]
BAHAGIAN B
ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1
a) Nyatakan dengan ringkas matlamat sekolah bestari.
[2 markah]
b) Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujdukan dengan ciri-ciri berbeza
berbanding sekolah sedia ada. Senaraikan TIGA (3) ciri sekolah bestari.
[9 markah]
c) Nyatakan SATU (1) contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap ciri yang
disenaraikan dalam (b).
[9 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2
a) Nyatakan maksud reka letak dalam persembahan elektronik.
[2 markah]
b) Senaraikan TIGA (3) prinsip reka letak CASPER.
[6 markah]
c) Jelaskan ketiga-tiga prinsip tersebut dengan memberi contoh yang sesuai.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 3
a) Apakah yang dimaksidkan dengan Kumpulan Berita (News Group)?
[2 markah]
b) Dengan menggunakan Internet, penyampaian maklumat pendidikan akan lebih berkesan.
Jelaskan TIGA (3) cadangan yang telah dikemukan dalam perisian pembelajaran
berbantukan internet.
[9 markah]
c) Berikan SATU (1) contoh bagi setiap cadangan yang dijelaskan dalam (b).
[9 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 4
a) Nyatakan pengertian “penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK)” menurut pandangan Hinich (1993).
[2 markah]
b) Dalam melaksanakan pembelajaran, seseorang guru perlu menentukan jenis atau kaedah
penggunaan PPBK. Jelaskan TIGA (3) jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK).
[9 markah]
c) Berikan SATU (1) contoh bagi setiap jenis PPBK yang dijelaskan dalam (b).
[9 markah]
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 5
a) Jelaskan maksud pemilihan perisian PPBK.
[2 markah]
b) Dewasa ini, terlalu banyak syarikat atau orang perseorangan yang membangunkan
perisian pendidikan tetapi kebanyakan perisian yang dibangunkan itu tidak memenuhi
kriteria yang dikehendaki. Nyatakan TIGA (3) kriteria yang tidak dipenuhi tersebut.
[6 markah]
c) Jelaskan TIGA 93) kriteria yang perlu difikirkan oleh guru sebelum memilih perisian.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT DI SINI

You might also like