You are on page 1of 18

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan. Strategi
pelaksanaan berdasarkan pilihan murid atau pilihan guru yang menjurus kepada aktiviti yang
dapat mengembangkan bakat, minat dan kebolehan murid serta mencabar keupayaan biasa
murid. Kepelbagaian aktiviti mendorong keberkesanan pelaksanaan pengayaan sama ada di
dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan.

ii.

Memilih dan menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan murid pengayaan serta
menghuraikan pelaksanaan aktiviti secara terperinci.

10.1

Strategi Pelaksanaan
10.1.1 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Murid Mengikut Kebolehan

Merupakan aktiviti pengayaan mendatar.


Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan yang berbeza dengan
menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang

berbeza.
Murid kumpulan cerdas dan sederhana lebih mudah menjalankan aktiviti
pengayaan berbanding dengan kumpulan murid lambat.

10.1.2 Aktiviti Kumpulan Menjalankan Aktiviti Pengayaan Serentak Dengan Aktiviti


Pemulihan

Murid cerdas dan sederhana mengikuti aktiviti pengayaan, murid lambat

mengikuti aktiviti pemulihan.


Murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti secara individu tanpa
bimbingan guru tetapi guru perlu memberikan arahan yang jelas sebelum

mereka menjalankan aktiviti pengayaan.


Murid lemah mengikuti aktiviti pemulihan dengan bimbingan guru.

10.1.3 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Pelbagai Kebolehan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Murid cerdas dilatih membantu murid lambat mengikuti aktiviti pengayaan

yang disediakan guru.


Murid cerdas mendapat pengalaman memimpin dan memupuk semangat

kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.


Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada masa yang sama mengikut tahap
murid. Contoh aktiviti kerja projek, permainan dan rekreasi, bacaan
tambahan dan seumpamanya.

10.2

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


Aktiviti pengayaan dapat dikelolakan melalui dua cara, iaitu:
10.2.1 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan murid:

Aktiviti pengayaan secara tidak formal, guru sebagai pendorong dan

pemudah cara untuk murid melaksanakan aktiviti yang telah disediakan.


Murid cerdas dan sederhana belajar kendiri manakala guru membimbing

murid lambat.
Murid cerdas boleh membantu murid lambat secara individu

atau

kumpulan. Bakat kepimpinan disuburkan dan semangat kerjasama

dipupuk.
Hasil kerja murid dibincangkan atau dipamerkan sebagai penghargaan.

10.2.2 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan guru

Aktiviti

pengayaan

secara

formal

untuk

semua

murid

mengikut

keupayaan murid. Aktiviti dilaksanakan selepas murid mengikuti aktiviti

asas dalam sesuatu kemahiran.


Aktiviti pengayaan sebagai usaha untuk membantu murid mengukuhkan
kemahiran yang dipelajari pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

10.3

Prinsip Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan


i.

Pengayaan harus diberikan kepada semua murid sama ada murid cerdas,
sederhana dan lambat (konteks KBSR).

ii.

Aktiviti berbeza untuk kemahiran bahasa yang sama.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

iii.

Murid cerdas diberikan aktiviti yang mencabar manakala murid lambat


disediakan aktiviti yang mudah dan menarik.

iv.

Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pengayaan sekitar 20 minit untuk murid
yang telah menguasai satu atau beberapa kemahiran atau menguasai semua
kemahiran yang diajarkan. Lazimnya murid cerdas dapat menguasai semua dan
murid sederhana dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran tetapi
murid lambat tidak menguasai setiap kemahiran. Murid lambat diteruskan
dengan aktiviti pemulihan.

v.

Aktiviti pengayaan seharusnya tidak formal. Murid dapat melaksanakannya


secara individu atau kumpulan. Aktiviti pemulihan secara terbimbing.

vi.

Bahan yang digunakan perlu mempunyai arahan yang jelas , kandungan aktiviti
yang menarik dan mencabar minda murid.

10.4

Jenis Aktiviti Pengayaan


Aktiiviti pengayaan terbahagi kepada dua jenis:
10.4.1 Pengayaan Mendatar
Aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti
pengayaan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan tahap pencapaian murid.
Murid lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah berbanding dengan
murid cerdas dan sederhana.
10.4.2 Pengayaan Menegak
Aktiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih
mencabar dan tahap tinggi seiring dengan tahap pencapaian mereka.

Perbezaan Antara Pengayaan Mendatar Dengan Menegak


Bil.
1
2

Aktiviti Pengayaan Mendatar


Kumpulan mengikut kebolehan
Tahap kesukaran aktiviti berbeza

Aktiviti Pengayaan Menegak


Kumpulan murid cerdas sahaja
Tahap kesukaran aktiviti sama

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Berbentuk lembaran kerja


Mengikut unit kemahiran

diajarkan
Bertujuan

diajarkan
memperkukuh Bertujuan

kemahiran yang telah dikuasai dan keseronokan,

memupuk minat belajar

untuk

mewujudkan

mencungkil

dan

mengembangkan bakat dan menjalin

kerjasama dalam kumpulan


Aktiviti melibatkan kemahiran yang Aktiviti kumpulan cerdas melibatkan

10.5

untuk

Berbentuk kerja projek, permainan


yang Boleh melebihi unit kemahiran yang

sama

kemahiran yang lebih tinggi

Masa Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan


Aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang berikut:
i.

Aktiviti dijalankan pada masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru memilih
masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran.

ii.

Aktiviti dijalankan selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran


dijalankan yang bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari.

iii.

Aktiiviti dilaksanakan selepas murid telah menguasai sesuatu kemahiran atau


sejumlah kemahiran, iaitu murid yang telah menguasai kemahiran yang diajarkan
lebih awal daripada rakan yang lain.

iv.

Aktiviti dijalankan selepas murid telah menguasai semua kemahiran dalam


sesuatu unit pembelajaran seiring dengan program pemulihan yang diberikan
kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajarkan atau
menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS).

Aktiviti
Bincangkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan yang akan anda
laksanakan di dalam bilik darjah anda.
Huraikan perbezaan aktiviti pengayaan mendatar dengan aktiviti
pengayaan menegak dengan memberikan contoh yang sesuai.
Pada pandangan anda, apakah aktiviti pengayaan kemahiran menulis
yang paling sesuai untuk murid cerdas?

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

TAJUK 11

PELAKSANAAN AKTIVITI
PENGEMBANGAN)

PENGAYAAN

(PENGUKUHAN

DAN

Sinopsis
Murid yang telah menguasai kemahiran bahasa perlu diberikan aktiviti pengayaan yang dapat
membantu untuk mengukuhkan dan mengembangkan bakat, kreativiti dan kebolehan murid
dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti pengayaan yang diberikan kepada murid
akan berupaya untuk menyerlahkan keterampilan berbahasa murid dalam kemahirankemahiran yang berkenaan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i.

Menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran lisan,


membaca dan menulis murid.

ii.

Melaksanakan aktiviti pengayaan untuk kemahiran lisan, membaca dan menulis bagi
murid-murid anda.

11.1

Aktiviti Pengayaan Mengikut Kemahiran


Pelaksanaan aktiviti pengayaan sebagai pengukuhan dan pengembangan kemahiran
melibatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti boleh dilakukan secara
individu, berpasangan atau berkumpulan.
11.1.1 Aktiviti pengayaan kemahiran lisan

Murid menyampaikan cerita yang pernah dibaca dengan mengaplikasikan


teknik bercerita yang telah dipelajari.

Murid mendeklamasikan sajak sebelum pengajaran dan pembelajaran


atau sebelum menamatkan pengajaran dan pembelajaran.

Murid melakonkan adegan berdasarkan cerita yang dibaca berdasarkan


kreativiti murid dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya
penyampaian yang sesuai.

Murid menyampaikan ucapan dalam perhimpunan sekolah atau majlis


yang diadakan di sekolah dengan menggunakan kata sapaan, bahasa
yang bertatasusila, pemilihan kata yang sesuai dan struktur ayat yang
gramatis.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

11.1.2 Aktiviti pengayaan kemahiran membaca (kefahaman bacaan)

Murid merujuk kamus dan menyenaraikan perkataan dan makna


perkataan tersebut yang ditemui dalam teks yang dibaca. Senarai
perkataan dicatatkan dalam buku khas yang dapat dijadikan sebagai
koleksi perbendaharaan kata murid tersebut.

Murid membuat ulasan dan memberi pandangan terhadap watak dan


peristiwa yang berlaku dalam petikan yang dibaca.

Murid mengenal pasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam
teks yang dibaca serta mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan
dalam teks.

Murid menghasilkan peta cerita yang dapat menggambarkan keseluruhan


cerita yang dibaca dalam petikan yang diberikan oleh guru atau cerita
yang telah dibaca murid di luar bilik darjah.

Murid memberi justifikasi dan kewajaran sesuatu peristiwa yang dibaca


itu berlaku dari aspek kekuatan dan kelemahan.

Murid mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab dan akibat


yang tidak dinyatakan atau tiada petunjuk yang diberikan dalam petikan.

11.1.3 Aktiviti pengayaan kemahiran menulis

Murid mengambil imlak berbentuk ayat atau perenggan dengan ejaan


dan tanda baca yang betul serta tulisan yang kemas.

Murid menyudahkan cerita berdasarkan gambar tunggal, gambar bersiri


atau tanpa gambar.

Murid menukarkan dialog dalam bentuk cerita.

Murid menghasilkan puisi tradisional pantun atau syair atau puisi moden
sajak berdasarkan cerita yang dibaca atau didengar.

Murid memprosakan puisi syair dan sajak.

Murid menulis biodata tokoh atau individu yang dikagumi dengan


berusaha untuk mendapatkan bahan daripada sumber yang pelbagai.

Murid menulis cerita berdasarkan tema yang ditentukan oleh guru.

Murid menulis karangan berbentuk imaginasi yang mempunyai pelbagai


kemungkinan secara kreatif dengan menggunakan frasa Jika saya...

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Aktiviti
Berikan dua contoh aktiviti pengayaan bagi setiap kemahiran dengan
menunjukkan cara pelaksanaannya.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

TAJUK 12

PENYEDIAAN BAHAN BANTU AKTIVITI PENGAYAAN

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan penyediaan bahan bantu aktiviti pengayaan berbentuk permainan
bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.
Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Menyediakan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan
kerja projek.

ii.

Mengaplikasikan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan
kerja projek.

12.1

Aktiviti dan Bahan


Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan.
Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah:
i.

Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid
menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.

ii.

Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

iii.

Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang
berbeza-beza.

iv.

Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa
satu atau dua minggu.

v.

Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau
dibeli.

vi.

Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara


langsung atau tidak langsung.

vii.

Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.

viii.

Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan murid.

ix.

Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas.

x.

Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan


konsep dan maksud kandungan pelajaran.

10

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan,
kerja projek, dan permainan dan rekreasi.
12.2

Bacaan Tambahan
Tujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi
pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam
bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan menguasai
bacaan secara luas.
Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di perpustakaan.
Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid untuk memilih bahan
bacaan yang sejajar dengan minat dan kebolehan mereka. Bahan bacaan boleh terdiri
daripada buku-buku

berbentuk ilmu pengetahuan, buku cerita, majalah, hasil kerja

murid yang dikumpulkan, risalah, potongan akhbar, dan ensiklopedia.


Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 1 dicadangkan mempunyai ilustrasi menarik,
berwarna-warni untuk merangsang imaginasi dan fantasi murid.

Struktur ayat

hendaklah mudah. Fon saiz dicadangkan antara 14 18 dengan bilangan muka surat
kurang daripada enam muka surat.
Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 2 dicadangkan mempunyai ilustrasi sesuai
mengikut keperluan. Bahan-bahan berbentuk realiti lebih sesuai dengan murid tahap ini.
Struktur ayat yang boleh digunakan ialah ayat mudah dan ayat kompleks. Saiz fon 12
lebih sesuai digunakan bagi tahap ini. Bilangan muka surat bahan bacaan bawah 20
muka surat.
Garis panduan lain bagi menyediakan kad-kad bahan bacaan tambahan adalah seperti
yang berikut:

Bahan-bahan bacaan boleh berbentuk puisi, dialog, teka-teki, cerita, iklan, berita

Bahan boleh dalam bentuk bahan sebenar dan kartun

Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran murid.

11

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

12.3

Kerja Projek
Projek memerlukan murid membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari
atau diminati. Kajian-kajian itu dalam bentuk inkuiri, penerokaan, produk baharu seperti
buku skrap, pembelajaran berasaskan masalah, drama kreatif, diorama, dan
penghasilan produk.
Murid melaksanakan projek secara kolaboratif, berpasukan, memfokuskan kemahiran
interpersonal, menyelesaikan masalah ,dan membuat keputusan. Tempoh masa
menjalankan projek bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh guru. Aktiviti
pengayaan

berbentuk

projek

juga

menekankan

konsep

konstektual

dan

konstruktivisme.
Contoh-contoh projek yang boleh dijalankan:

Menyediakan carta cuaca

Mengumpul gambar, poskad yang pelbagai

Mengumpul pelbagai jenis daun

Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan

Menyediakan dan melengkapkan sudut pembelajaran dalam kelas

Mengadakan gotong-royong

Mengadakan lawatan

Ciri projek berasaskan inkuiri dan masalah ialah:

Meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar untuk tujuan menyelesaikan


masalah

Bekerjasama, berkolaborasi dalam kumpulan kecil

Wujud penyerapaan antara ilmu dan disiplin mata pelajaran lain

Memerlukan

kemahiran

berfikir

tinggi

untuk

membuat

keputusn

dan

menyelesaikan masalah.

Penilaian boleh dalam bentuk holistik dan berterusan.

Penyoalan tonggak pembelajaran inkuiri. Murid boleh mengemukakan soalan


dan mengenal pasti kaedah menjawab dan memberikan penjelasan.

12

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Membina membina pemahaman baharu dan refleksi

MENYOAL

MEMBUAT
REFLEKSI

KITARAN
KITARAN
INKUIRI
INKUIRI

MERANCANG

MENYELIDIK

MEMBINA

Rajah Kitaran Inkuiri


MENYOAL

Bermula dengan minat dan keinginan meneroka

Soalan yang bermakna kepada kehidupan murid tentang pengalaman dunia

Soalan atau masalah sebagai fokus

Murid memurnikan dan menjelaskan masalah

MENYELIDIK

Mengumpul maklumat mengesan sumber maklumat membuat pembacaan,


menemu bual, membuat pemerhatian, soal selidik

Murid mungkin membina soalan baharu untuk memperoleh maklumat dan data
terperinci

MEMBINA

13

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Membuat perkaitan antara maklumat dengan cara mensintesis dan menemui


jawapan

Membina pemahaman baharu

MERANCANG

Merancang tindakan seterusnya berdasarkan dapatan hasil penyelidikan dan


tafsiran data

MEMBUAT REFLEKSI

Memperuntukkan masa untuk melihat semula persoalan, proses mencari


jawapan dan penyelesaian masalah untuk memberikan pemahaman makna.

12.4

Permainan dan Rekreasi


Kedua-dua jenis aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu terdiri daripada permainan pendidikan dan permainan
untuk rekreasi. Permainan-permainan ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa dan menggembirakan. Murid-murid akan sentiasa berfikir dan menyusun strategi
bagi mengatasi satu-satu masalah yang dihadapi semasa permainan itu dilaksanakan.
Permainan dan rekreasi hendaklah berkaitan dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Contoh permainan bahasa :

Teka silang kata

Teka teki

Ular dan tangga

Sahiba

Mencari harta karun

Congkak

Bermain dengan blok-blok

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau pengayaan
bahasa melalui permainan. Terdapat dua jenis permainan bahasa:
a.

Linguistik
Berfokuskan kepada cara membina struktur ayat yang betul

14

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

b.

Komunikatif
Berfokuskan kepada kelancaran dan kefasihan, iaitu pertukaran maklumat dan
idea antara dua pihak, contoh: perbincangan tentang dua gambar yang hampir
serupa tetapi tidak sama.

12.5

Memilih Permainan Bahasa


Permainan bahasa yang dipilih seharusnya memenuhi kriteria yang berikut:

Bukan sekadar hiburan

Melibatkan pertandingan persahabatan

Semua murid mesti terlibat

Fokus dan menggalakkan murid menggunakan bahasa

Memberikan peluang kepada murid belajar,berlatih dan mengulang kaji ,


mengukuhkan aspek bahasa yang dipelajari

Arahan yang jelas, dan demonstrasi oleh guru boleh diikuti dengan arahan

Sumber rujukan daripada internet atau bahan bercetak seperti kamus

Contoh-contoh permainan bahasa:


a.

Kemahiran mendengar bertutur


Nama permainan: Telefon Karat
Objektif permainan:

Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas


mengetahui kebenaran berita atau mesej itu.

Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat.

Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan daripada


individu kepada individu yang lain.

Cara bermain:

Seorang murid diminta datang ke hadapan kelas.

Guru akan memberikannya sebuah catatan dan murid itu diminta


membacanya secara senyap.

15

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Murid itu diminta membisikkan catatan itu kepada rakannya yang


kedua.

Rakannya itu pula diminta menyampaikan mesej itu kepada rakan


yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga rakan yang kesepuluh.

Murid yang kesepuluh itu akan mengujarkan semula catatan


tersebut secara kuat di hadapan kelas.

Catatan yang perlu dibaca dan dibisikkan :

Ah Ling pergi ke Kerling, ingin membeli batu giling. Dalam


perjalanan terlanggar tenggiling, lalu terjatuh terguling-guling, ruparupanya dia juling.

b.

Permainan Bahasa Berdasarkan Teks Bacaan


Arahan: Sila susun semula huruf dalam perkataan supaya menjadi satu atau
beberapa perkataan baharu.

c.

KISAH

HAKIS

RUMAH

HARUM,

SATU

LIHAT

ANAK

DAPAT

MURAH

Permainan bahasa berdasarkan menu kantin sekolah


Objektif permainan bahasa:

Menganalisis menu makanan yang terdapat di kantin sekolah.

Melengkapkan tempat kosong berpandukan menu yang dibaca.

Cara bermain:

Murid membaca maklumat yang terdapat dalam menu makanan yang


terdapat di sekolah Kebangsaan Selesa.

16

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan maklumat tersebut.

MENU KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SELESA


Isnin
Nasi

Selasa
Mee

Rabu
Nasi

Lemak

goreng

tomato

Nasi

Ikan

Laksa

goreng

RM 1.00

Jumaat
Nasi lemak

goreng

Nasi

pataya

goreng

RM 1.00

Khamis
Nasi

RM 2.00

Sabtu
Nasi ayam
goreng

goreng

Mee kari

RM 1.50

RM 1.00

RM 2.00

Arahan : Isi tempat kosong berpandukan menu di atas.


i.

Hari ini ialah hari _______________. Kantin sekolah menjual _____________


dan ______________.

ii.

Semalam

ialah

hari

_______________.

Menu

kantin

sekolah

ialah

______________ dan_____________.
iii.

Dalam satu minggu, hari _____________ ialah hari cuti bagi kantin.

iv.

Sepinggan nasi lemak berharga ______________. Ia dijual pada hari


_____________ dan hari ______________.

v.

Kecuali pada hari _______________, kami boleh membeli nasi pada hari
___________, ____________ ,

_____________ ,

_____________ ,

___________.
vi.

Sepinggan nasi ayam goreng berharga________________. Ia hanya dijual pada


hari ___________.

d.

Kemahiran menulis
Objektif permainan bahasa:

Mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis

17

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

Mewujudkan individu yang yakin menggunakan bahasa

Cara bermain:

Murid dikehendaki memilih lima gambar

Berdasarkan lima gambar tersebut, murid diminta untuk menulis sebuah cerita

Arahan: Pilih lima gambar dan tuliskan sebuah cerita.

Aktiviti
Berdasarkan satu kemahiran bahasa, bina aktiviti dan bahan bantu mengajar
pengayaan yang berbentuk bahan bacaan tambahan, projek, dan permainan
bahasa.

Tugasan ini hendaklah dibuat dalam kumpulan dan hasil kerja

dibentangkan dalam kelas.

18

You might also like